Saya malas nak menulis isu ini sebenarnya…sebab isu tak tak pernah habis. Tetapi hari ini saya kena tag 2 kali kat twitter.
Mula-mula blogger yang seawal saya kenal saya tersilap jantina, url dia macam dimiliki oleh seorang perempuan jiwang..entrinya di sini, kemudian seorang lagi blogger taman bunga yang ada kerusi untuk bersantai dengan entrinya di sini
Mereka berdua tanya – Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke? dan Bila Kepingin Blog Disinggahi Blogger Terkenal.
Macam dah lali kena cop sombong..dulu ada isu blogger wordpress sombong. Pelik pula…kalau kita cop seseorang tu sombong, kenapa dia ramai follower ye? Kenapa fan page dia ramai orang LIKE?
( saya tak termasuk dalam semua tu..saya tak ada widget follower, tak ada fan page sebab saya adalah saya, bukan awak bukan dia )
Saya bukan blogger mainstream atau terkenal, saya blogger indie – bergerak diam² dan fokus dengan dunia blogging yang saya mulai sejak tahun 2005.
Saya tak ada group atau komuniti tertentu, saya bebas untuk pergi dan join mana² genre blog. Saya boleh berada di mana saja blog yang ditakdirkan hari itu saya pergi. Saya selalu klik secara random link yang terdapat pada commentluv tanpa saya ambil kisah dia siapa. Benda ni adalah gerak hati semulajadi yang dipanggil ‘kimia’.
Memandangkan isu ni dah berbuih mulut saya taip kat forum, pendirian saya tak berubah, jadi saya copy paste saja apa yang pernah saya tulis di GB
Menjadi blogger bukan seperti kita ke sekolah atau pergi kerja
suka tak suka, kena pergi – kalau tidak mak bapa marah, kena pecat dengan bossNak jadi blogger adalah pilihan kita, bukan paksaan orang lain, bukan dari cik tipah, bukan dari mek senah atau dari farid kamil.
Jadi – jangan jadikan orang lain sebagai penghalang untuk kita berjaya ( menjadi blogger)
Orang lain nak sombong, tak nak datang blog kita, tak nak jawap pertanyaan kita, tak nak kawan dengan kita tak nak klik iklan kita tak nak komen entri kita tak nak follow bukan salah orang – tetapi datangnya dari diri kita sendiri.
Bagaimana kita membina skil perhubungan , bagaimana kita creat network, bagaimana kita berkembang dalam team. Itu adalah attitude yang datangya dari diri sendri, bukan orang lain.
Memang persekitaran juga banyak mempengaruhi feeling kita berblogging , itu juga pilihan kita untuk berada dalam cuaca, lingkungan persekitaran macam mana.
Kalau nak jadi orang yang positif, beradalah dalam grup, komuniti yang positif atau frekuensi yang betul.
Setiap di dunia ada dua sisi – baik dan buruk, cantik dan hodoh atau suka dan tidak. Jadi untuk hidup dengan lebih positif, anggun dan awet muda , ambil saja sisi-sisi indah, yang baik untuk meneruskan kehidupan.
Blogger² terkenal yang dicemburui itu berkerja keras untuk membina penjenamaan diri , belajar berbagai teknik membina blog mengikut petatah ‘ berakit² ke hulu, berenang² ketepian… bersakit² dahulu, bersenang² kemudian’
Perlu ke kita cemburu dengan seseorang yang ingin menikmati hasil dari titik peluh dia?
Membina blog adalah seperti anda mempromosikan produk yang yang anda hasilkan kepada pengguna. Bukan salah pengguna kalau produk anda tak laku. Jangan sesekali gunakan cara negatif untuk menarik perhatian pengguna dengan mengkritik produk saingan anda. Itu membuka sifat negatif yang ada dalam diri anda.
“Dia boleh canang keburukan si A pada aku…….. tak mustahil di belakang aku dia boleh cerita buruk aku pada pada A”
Ingat jadi blogger tu seronok? Create je blog, ada banner , bunting selamat datang intan payung …. sebab itulah orang² bijak pandai cakap ‘ buat sesuatu dengan ilmu’ . Nak masak nasi pun kena ada ilmunya, kalau tidak nasi jadi bubur!
Kalau nak ilmu, belajar…. kalau nak belajar , pergi cari guru. Bukan duduk tunggu guru datang macam kat sekolah.
Ini adalah stats outgoing link dari blog kujie2.com. Link yang diklik oleh pengunjung. Saya tak buat pun backlink ini tetapi mereka yang bina backlink sendiri dengan tinggalkan komen di sini.
Nampak? Rugi ke datang blog orang dan komen? Baca 7 Perkara Jangan Untuk Blogger Baru dari blogger Malaysia yang sedang berentap untuk contest Famous Bloggers peringkat antarabangsa.
Saya nak tulis panjang lagi, kalau tulis nanti ada yang berasap keyboard.
Jadi……….. biarlah korang sambung kat ruangan komen. Saya tahu ramai yang nak tambah perisa untuk entri ni….
saya sibuk dengan projek mega – rahsia..tak boleh cakap
kejutan untuk menyambut kepulangan orang jauh bulan depan
orang yang cop org/blogger lain sombong tu ..dia tak berapa kenal lagi org/blogger tu. jangan le cepat sgt menilai org.
Kakjie punya artikel ni boleh memberi kesedaran pada pembaca2 baru dan lama termasuk MEKAR. Tambah lagi bila disambut oleh komen2 di atas ini yg boleh menjana minda. TQ kakjie dan kawan2 pengomen yg lain 🙂
psst: untungnya sya berada di senarai ke bawah dlm ruang ini.
fuhh memang berasap kalau terus taip lagi.
terkesima jap 😆
nice advice la k.ujie..
Salam. Terima kasih kerana memberikan backlink .. 🙂 dan terima kasih kerana entri ini.
dorang yang komplen ni macam tak pernah masuk sekolah asrama gamaknya. ingat budak-budak form 5 tu tak pernah merasa ke penat jerih time masuk form 1.
Banyak cara hendak beri perhargaan kepada pengunjung. Janganlah harap orang beri pada kita sahaja kerana kita perlu memberi. Bak kata DenaiHati, ‘Hidup Untuk Memberi’
luas rupanya dunia berblogging ni ye kak jie? ingatkan habis takat baca blog, suka ikut, tak suka tinggal. mentah sungguh saya. saya respect kak jie yang tetap cool dan rendah diri dan masih boleh memberi nasihat walau hadapi banyak dugaan. baru je jumpa link blog kak jie dari satu lagi blog blogger otai. mengasyikkan. terimakasih berkongsi cerita. moga akan terus menulis lagi dan lagi.
bila niat blogging utk popular beginilah jadinya..keikhlasan dalam memberi tu tade hahahaha
biasalah tu..blogger-blogger baru nak naik..macam tu la..
Penulisan kak jie yang ni sangat2 membuka mata pasal tujuan sebenar dan cara nak berblog dengan betul. 😉
Pada saya.. Cemburu dgn kejayaan org lain itu tak apa. Tapi, biarlah cemburu yang boleh membina – Encourage kita berusaha untuk dapat kejayaan juga. Yang tak bagusnya bila cemburu sampai nak memburukkan dan menjatuhkan orang. Haihh..
sbnrnya kita yg untung bila org yg komen dan bagi backlink kat blog kita. tp utk capai tahap org bley dtg smata2 nk bg komen tu, kena la buat entry yg btol2 berkualiti 😎
ajinamoto
garam secukup rasa
gula 1 sudu teh
ngan halia dan bawang putih seulas…
pergh…
secukup rasa… wahaa!
adakah tanggapannya sebegini..
blogger biasa datang = 1 UV
blogger feymes datang = 10 UV.. 😆
takde pe yg perlu dikejar sgt..give passion on writing.. menjadi diri sendiri..
saya suka sedang2 aje kakjie..sendiri pun dah puas bila baca entri sendiri sebenarnya,sebab saya memang suka menulis.kalau ada yg datang baca&bagi respon,itu kira bonus! 😀
nasi dalam pinggan kalau tak sendiri suap ke mulut tak akan sampai ke perut.. boleh minta orang lain tolong suapkan.. tapi sampai bila? takkan orang tu asyik jaga & suap kita saja.. sendiri boleh usahakan.. cari kekuatan masing-masing..
Salam Kak Jie,
Saya selalu datang membaca je kat blog ni. Sekali sekala je gatal tangan tinggalkan komen. Bagi saya, kalau kita buat sesuatu (blogging) dengan mengharapkan sesuatu balasan, kita sendiri akan rugi.
Blogging biarlah ikhlas, atas niat nak berkongsi cerita ke, tips ke, motivasi ke, apa2 saja.. bukan untuk kejarkan komentar dr blogger feymes.
blogger feymes tu pun pembaca juga. kalau entri blog orang lain tak tak dapat nak puaskan nafsu membaca blogger feymes tersebut, kita nak buat macam mana kan?
ramai lagi pembaca lain yang datang baca blog kita. kenapa tak fokus kepada mereka yang betul2 berminat saja? harap tak terlebih komen sudah 🙂
suka baca celoteh kak kujie.. tapi memang betul.. ingat senang kea nak bina penjenamaan sendiri ? harus ada usaha keras dan sentiasa menghasilkan entri yang berkualiti giteww..
😛 😛
Dah pernah komen di thread GB.
Dah komen di blog Ariff. Dah komen di blog Bro Denaihati juga.
Tak faham kenapa isu begini boleh timbul sedangkan semua orang pun sama. Ini macam satu rage kepada blogger2 yang lebih lama walaupun tak pasti kenapa orang nak rage. Sombong?
Tak faham kenapa orang nak kata sombong.
Sebab blogging is not just about blog semata2.
Those yang tak pernah mahu membaca, menggali sendiri ilmu dan harap semata2 semua orang suap, itu sepatutnya malu dengan diri sendiri~
Hish.
Ada berbagai cara blogger menghargai visitor setia seperti
1. List top 10 pengomen terbanyak
2. CommentLuv memberi peluang blogger mempromosi entri terbaru
3. Backlinks dalam entri terpilih
Dalam dunia blog selain komunikasi yang ramai kejar adalah trafik jadi dengan ada ke tiga-tiga perkara di atas pasti ada limpahan trafik yang akan singgah ke blog mereka dari Top Blog seandainya kita sering bertandang di Top Blog ni. Jadi mana lebih penting komen daro Top Blogger atau limpahan trafik dari Top Blog tu???
Cemburu tu biar bertempat. Cemburu biarlah ke arah yang membangun. Jika blog kita tidak mendapat perhatian dari orang lain, blogger itu sendiri kena muhasabah diri. Buat sedikit study mengapa tiada orang yang datang ke blog, mengapa tiada orang komen, mengapa susah untuk mendapat follower. Usah cemburu tak tentu pasal. Lebih elok kenali masalah yang timbul. Banyak kemungkinan yang telah berlaku. Mungkin entri yang di hasilkan tidak dekat dengan pengunjung, mungkin blogger itu sendiri tidak membuat promosi blog mereka sendiri ataupun mungkin blogger itu sendiri sudah merasakan diri mereka hebat. Mengapa saya berkata sedemikian, Sebab penulisan blog adalah subjektif. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Yang membezakannya bagaimana mereka deliver mesej yang ingin di sampaikan. Ini hanya pendapat peribadi.Sorry Kak Jie…terpanjang pulak komen ni…
Assalamualaikum,
Kak Jie, saya juga pernah alami situasi “nak berguru kepada orang yang salah”. Setelah google dan cari maklumat pasal beberapa benda, tapi tak jumpa…dan soalan tu pulak terlalu mudah untuk blogger otai jawab sebenarnya, jadi saya pun bertanyalah dengan seorang blogger otai. Namun jawapan yang saya dapat cukup mengecewakan. Kalau dia beritahu tak nak jawab, tak kesahlah. Tapi dia mula ungkit tentang “susah payah” dia dapat ilmu tersebut, tetapi bila beritahu kepada blogger baru, dia tak dapat apa-apa walaupun ucapan “terima kasih”.
Saya bukan kecil hati sebab dia tak nak bagi ilmu tersebut sebab bagi saya, kalau “tak ikhlas memberi, saya pun tak ikhlas menerima” orang kata pinggan tak retak, nasi tak dingin…tetapi sedikit tersinggung sebab dia tidak berterus terang yang dia sebenarnya tidak mahu KONGSi ilmu tersebut.
Sepanjang saya blogging, sebenarnya lebih ramai blogger otai yang baik berbanding sombong. Blog2 kami yang ntah apa-apa ni pun mereka jengah juga walaupun sekali sekala je.
kesimpulannya (macam karangan pulak), kalau seorang tak nak kongsi ilmu dia, masih ramai lagi orang lain yang tak kedekut…bergurulah dengan orang2 sebegini. Kalau tanya Kak Jie memang confirm akan jawab, siap entri panjang lebar lagi.
Terima kasih kak Jie, banyak ilmu saya dapat kat blog ni walaupun bukan semua sempat saya praktikkan.
erm, mungkin ini padah akibat terlalu ghairah dengan blog..
honestly, blogger that use wordpress kelihatan lebih elit. i adore them. i mmg xde masa nak xplore n belajar.
as for tak tinggal komen, sy pun xleh nak salahkan blogger tu, kita tinggal komen biar ikhlas. x dpt kunjungan balas, atau reply pun x rugi
mungkin blogger baru,dia sedih kot blog dia tkde org dtg..cerita best…selalu tinggal komen kat blog2 femes tp diorang tk dtg tengok dia…agaknya lah…tp sebenarnya bila kita rasa jerih payah utk naik…kita akan lebih mencari jwpn kenapa & mengapa…carilah kwn yg boleh buat rutin lawat blog dia dan dia lawat blog kita balik…mula2 mcm gitu je…bak kata kak jie pelan2 kayuh…jgn fikir sgt benda2 nie…
setuju dengan semua di atas.
ada jugak ye isu camni eh kak..saya ingat orang blogging just untuk kepuasan diri je.hehe
assalamualikum kak jie…pendapat kak jie 2 betul juga…kita adalah kita, kita tak boleh jadi orang lain kan.
As salam..
Wahh, semakin panas isu ni..
Setuju dgn kak jie..
kalau kita nak kan sesuatu, kita kena cari, kalau tunggu kat rumah je, mana nak ada hasil..
“maza menulis bukan kerana nama,,
kerna sifat kasih, sesama insan
untuk menyatakan hasrat hati maza…
kita adalah sama.. kita adalah insan..” .. lalalala
lirik lagu yg entah apa2 entah lantun2 dari maza.. hehehe
psst: kak jie, kita kawan kan? ahaks..
kak jie, sy pun ada wat entry psl ni..tp sy tulis dr pandangan sy je la..pndangan sorg budak mahu blajar…thanks kak jie sudi dtg blog sy..muah3!!! HAHA
dari dulu lagi isu ni dan sampai kiamat pun tak abeh kot..saye senyum je baca..
salam. kak jie, saya rasa…
blogging ni perlu dari hati dan bukan disebabkan nak ikut2 orang/blogger lain. Sebabnya bila kita blogging atas minat sendiri, walau susah macam manapun kita akan bangun sendiri. Berdikari.
Dan bila blogging disebabkan minat sendiri, kita akan cuba untuk jaga hubungan kita dengan blogger lain, sabar tunggu blog kita naik, dan macam2 lagi.
Sesungguhnya, melihat blog kita naik sedikit demi sedikit adalah sangat membahagiakan…Kalau baru hari ni buat blog lepastu esok nak blog tu famous memanglah jauh panggang dari api.
sekian. (maaf ye, banyak pulak perisa hari ni. hehe)
penjelasan yg amatlah dipersetujui kebenarannya.
andai takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai…
pasir di pantai pasti akan berubah, jika tiada pegangan, pasti hanyut ke laut lepas.
tak dak sapa yang sombong dalam dunia ni.. kita cakap orang tu sombong bila dia tak memenuhi keperluan diri kita….
Ramai yang buat blog, nak jadi blogger
tetapi berapa ramai yang kuat untuk berumah di tepi pantai?
tu thread lama tu…sesekali timbul bagus juga
sebab blogger pun muncul setiap hari
dah macam anniversary 😆
eh pergi kelas la
maksudnya… ruang telah diberi utk promosi diri, guna dgn sebaiknya 😆
entri ni kena kitar semula tiap tahun 😆
Terbaca jugak pasal ni di ruangan forum GB tu tapi tak nak komen sebab banyak kali dah jumpa thread macam tu. Akan datang nanti ada lagi. Bukan diminta 5 blog Popular sering dilawati tapi 5 blog sering dilawati. Tak perlu pun blog popular.
seronok ulangtayang entri lama ni…boleh kita sama2 buat ulangkaji 😆
isu tak pernah basi…. memang besar dari dulu pun..hehe
dah jadi isu besar nampaknya!
semalam pun saya tulis sipi2 mengenai benda ni, dan pantun kita sama la kakjie, berakit-rakit kehulu tu…
apa2 pun jgn terlalu cepat melatah, manusia punyai satu personaliti yang cukup unik dan disitulah perbezaan antara kita dgn org lain
senang bukan boleh sekelip mata, dan jgn utk famous kita melanggar hukum fitrah yg dah sediada
“matlamat tidak menghalalkan cara”
Betul apa yg kak jie tulis. Seboleh-bolehnya jangan menekan org lain untuk datang. terpulang kepada mereka nak datang ke tak.. apapun .. masing2 pikirlah sendiri..
kak jie, sikalang (baca: sekarang) talak (baca: tak ada) isu lain ka? 😆 ini punya isu sulah (baca: sudah) naik tiap2 tahun meh~
🙂 Selagi mana ada sifat/tanggapan negatif di dalam diri kita, selagi itu kita akan nampak yang negatif. Cubalah pupuk pemikiran yang positif, pasti tidak timbul isu-isu seperti ini. Saya sekadar menjadi pemerhati, tidak menyokong mahupun membantah, masing-masing punya akal fikiran yang baik untuk berfikir, kenapa perlu biarkan emosi menguasi penilaian kita.
ait link saya pun ada ke? 🙂