Bila Awak Buat Baik, Awak Jangan Ingat Orang Lain Jahat
Peribadi

Bila Awak Buat Baik, Awak Jangan Ingat Orang Lain Jahat

Beberapa bulan lepas, ada orang cakap – dapat erning berjuta juta lemon tapi tak pernah anjurkan kontest.

Maksudnya kedekutlah tu.

Dalam ramai² blogger, saya yang tidak pernah anjurkan kontest.  Saya akui – saya cuma pernah anjurkan 2 contest mudah tarikh tutup sehari tak perlu buat entri tak perlu backlink. Untuk kawan² bukan bertujuan nak bagi blog terkenal.

Saya bagi hadian buku – Rancang Wang dari Sekarang

Saya tak umumkan siapa pemenang, tetapi kesemua 12 orang yang hantar penyertaan saya kirimkan hadiah , tak perlu update di blog. Jadi semua peserta anggap diri mereka pemenang.

Saya memang dapat bayaran agak mewah dengan Innity.  30% daripada cash out yang saya dapat saya kembalikan kepada blogger atau pihak yang memerlukan .

Bukan dalam bentuk kontest.

Tahun lepas saya taja 2 blog – tajaan lengkap domain dan hosting.  Saya bukan taja blog popular tetapi blog yang memberi faedah semoga ilmu yang mereka sampaikan itu berpanjangan memberi keberkatan kepada diri saya juga.

Dari duit iklan yang saya dapat di blog ini juga saya pernah salurkan kepada beberapa rakan blogger yang alami masalah kritikal hidup mereka.  Saya dah tak dapat nak ingat atau terperincikan semua tu.  Saya dah lupa siapa mereka atau bila dan untuk apa.

Kenapa sekarang saya nak ungkit² semua ni?  Tak malu ke?

Bila saya nampak ada lagi orang yang bercakap seperti itu, saya rasa sedih.  Bukan sedih atas diri sendiri, tetapi saya sedih kerana dia membiak virus² berbahaya di dalam hati.

Virus suka berprasangka buruk.

Ada orang akan cakap, biarlah mereka nak mengata.  Kita tau apa yang kita buat.

Tetapi saya pula tak sampai hati nak membiarkan mereka terus merosakkan hati sendiri.   Saya boleh diam – biarkan dia terus terusan ‘buat dosa kering’ dan saya mendapat ‘kebun-kebun subur’ di akhirat. ( Insyaallah).

Tetapi rasa tak seronok , ini bukan entri nak mempertahan diri atas isu ini tetapi ambil saja sebagai panduan untuk kita dalam apa saja isu lain yang berkaitan dalam kehidupan.

Jangan ingat semua orang buat blog untuk popular atau terkenal.

Saya tak pertikaikan hak dan pendirian blogger lain tetapi saya cakap atas prinsip dan diri saya sendiri.

Pencapaian blog dan pendapatan yang saya perolehi  dari blog ini saya yakin datangnya dari prinsip² dan disiplin diri yang akhirnya dianugerahkan keberkatan oleh Allah S.W.T.

Saya adalah saya, bukan awak bukan dia.

 

Dulu ini bilik Along dan Angah.   Bilik budak lelaki dengan warna bendera Argentina.

 

Sekarang ini bilik Intan.  Dia kata warna ni tak comel.

Along  tengah cuti semester sekarang,  dia jadi buruh paksa landasan kereta api maut

Bukan dia je..saya pun dah jadi kontraktor mengecat rumah.   Bukan bilik Intan saja, hampir separuh rumah kami kerjakan.

Ingat nak buat kejutan untuk suami yang akan balik bulan depan, terbocor rahsia pula…. tapi masih suspen warna apa, kan?

Inilah sebab utama entri saya ringkas ( seperti dibawah) , banyak komen tak sempat dibalas dan saya kurang berfoye-foye di talian. Jangan berprasangka cakap saya sombong ye ….

Leganya dapat tulis ni…  Nak cakap rasa bersalah, tak cakap pun rasa diri bersalah.  Paling utama takut menimbulkan salah faham.  Tulisan dan perkataan kadang² boleh mencetuskan berbagai² tafsiran bergantung  pada siapa yang membaca.

Segala kekurangan itu memang dari saya, maafkan…

asik nak tegur hati orang je…hati saya sendiri pun masih berdaki

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

61 thoughts on “Bila Awak Buat Baik, Awak Jangan Ingat Orang Lain Jahat

  1. rezeki masing2 kan..apa perlu korang nak sibuk kan?biar lah diorang nak buat contest ke,taknak ke..itu hak diorang,agak yang korang asik mintak GA je ni,apekehe?itu ke sebab utama korang berblogging? lu fikir lah sendiri

    p/sL ni untuk depa lah =)

  2. Salam Ziarah kak jie

    LAin org lain ragam dan karenah,biarlah kita berbuat baik hanya perlukan ALLAH yg membalasnya.Jgn niat hati berbuat baik tp perlukan penghargaan dr org lain.

  3. Salam Kak Jie…

    Kadang2 rasa kecewa dalam hati bila ada bloggger yang macam ni…mungkin blogger tu jenis nak yang free jer kut…apa2 pun teruskan usaha murni Kak Jie tu 🙂

  4. Salam kakjie. Mekar hanya boleh nasihatkan..sabar dan sabar.
    Walaupun kakjie tak de buat apa2 contest tp mekar pasti singgah sini baca omelan akak. x bising kalu x reply pun 🙂

    Kejadian mcmni berlaku sbb skrg byk blog suka buat contest utk menarik pembaca dan semstinya utk suka2. Takde salahnya.
    psst : agaknya bila blog dah popular, memang dugaan mcmni kerap berlaku er ?

  5. Kita berniat sedekah biarlah sampai tangan kiri pun tak tahu… tangan kanan jer yang tahu….

    biarlah orang kata apa pun… memang akan nampak buruk kalau orang kata kita ni kedekut la itu la ini la… yelah mulut orang bukan mulut botol, leh tutup2…

  6. Susah nak dikata. Pandangan saya. Ini sikap manusia. Mungkin kata-kata kurang enak sebegitu membawa bersama perasaan yang serupa. Biar Tuhan sahaja menilai amal dan perbuatan kita. Kak Jie pasti lebih tahu perihal diri dan perbuatan. We’ll di Malaysia ini saya tahu hanya ada satu Kak Jie di alam cyber ini. So Kak Jie adalah Kak Jie! Saya setuju.

  7. erm, saya pun nak mengecat bilik saya jugak… belum ada kesempatan lagi… nnt balik cuti sem bleh la kot cat bilik.. nak tukar color ceria sikit 🙂

    erm, dalam hidup ni kita akan lebih gembira bila berprasangka baik. Bila perprasangka buruk rasa tak best jek… 😀

  8. Assalamualaikum,
    Mmmmmm tengah memegakan projek ya…lepas ni sambung mengecat di bangi pulak ya, cat hijau masih ada satu tong (kecik) tu… 😉

    Walaupun penat kena tolak barang sana sini…kalau lakukan dengan family dan nak sambut orang tersayang, tak rasa pun penat tu kan. Selamat mengecat!

Comments are closed.