kerja berat takut reput tulang
Semalam Intan dah cakap ” tulang mama ni dah reput ni…”
“Awat tak reputnya Intan…masa mama mengandung, pembentukan tulang Intan yang sihat tu datangnya dari kalsium mama . Selepas lahirkan Intan, Intan menetek dan dapat kalsium dari susu mama juga…..”
Dah 3 hari mengecat, tolak almari, tarik katil, sorong papan tarik papan….kemas sana sini, buang sawang sampah sarap yang sayangnya nak buang tapi tak guna pun.
Nampak je senang, sorong tarik roller tu, tapi sebelum nak mula proses mengecat rumah yang sedia diduduki bertahun² bukan semudah mengecat rumah yang kosong belum ada penghuni.
Mula² kena sediakan ruang, katil almari langsir,buku , majalah Kreko, Gempak anak² yang bertimbun, harta karun bawah katil dikeluarkan dari bilik.
Kemudian sapu sawang , habuk dan debu yang 14 inci menempek sejak zaman Jepun.
Kemudian, kalau ada lubang atau crack, tutup dengan Puttyfilla ( cellulose filler). Yang ni yang mengigil sikit. Nampak senang tetapi tak ada skil asyik mengerutu je tak rata.
( edit – crack = retak – lama termenung nak ingat crack tu apa .. kekonon lahir kat LOndon , kan? )
Kalau cat asal dengan cat baru agak contras, kena cat dulu warna asas putih. Kemudian baru mula mengecat dengan warna pilihan.
Inilah puffyfilla tu… saya beli saiz yang paling kecik, bukan nak baiki retak MRR2 pun.
Saya mula mengecat selepas balik mengaji pukul 11.30 pagi. Ingat ke bila saya pergi kelas, anak bujang tu boleh mengecat dulu…….jangan nak harap. Selagi mulut mak tak keluar bertih jagung, jangan nak harap dia nak tanam jagung.
Bila dah tua² terbongkok² panjat tangga ni, tak hairanlah boleh tidur malam kejang tak boleh nak gerak. Ada orang janji bulan depan dia balik, dia tolong urut. Dengar macam tu je dah tegak² bulu roma…hahahaha
haippp……dah! Jangan nak bayang bukan², stop!
- Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis ( reput tulang ) berbanding lelaki disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopos.
- Hormon estrogen ( bagi wanita ) dan hormon testosteron ( bagi lelaki ) adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium.
Dalam dok mengadu sakit dan lenguh pun sempat menaip berjela², kan…. membebel tak sudah!
Tulang jari hari² bersenam atas papan kekunci, sebab tu sihat, tirus dan runcing – tapi tempat lain yang mengembang!
Entri tanpa hala tuju – kisah makcik cleaner, saleman kedai hardware sampai jadi doktor pakar tulang. Macam mak mak membebel , cakap je apa yang nak sebut tak ada skrip.
btul tu kak jie, nak ngecat rumah lama xsemudah cat rumah baru.byk nk dipunggah n diangkut. salute kt mak, umur dah dkt 60 tp still kuat btenaga,rhsianya pnjagaan ksihatan sjk dr muda2…yg kita ni muda2 dh sakit pinggang, sakit tulang…huhu (teringat plak kt mak..huuuu rindu~)
Jom terjah post menarik dari munna ..Hiba seorang ibu
Sekarang sudah banyak susu yang berasaskan kalsium tapi kalau pengambilan melebihi tahap yang dibenarkan mengundang masalah lain pula. Kalau nak ambil susu kalsium tinggi pastikan ikut aturan bukan kerana jumlah banyak akan selamat tetapi sebaliknya
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Abang Koning kembali ke zaman Dinosaur
Teringat cerita mak saya bersihkan rumah baru masa mengandungkan adik saya dulu. Saya kecil lagi masa tu 😎
Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Merong Mahawangsa Jelmaan Al-Fateh
wow.. seronok mendeco rumah..
Jom terjah post menarik dari Mus ..Gambar Sekitar Mukah – Buah Engkala
wahahaha… jari je yang slim kak jie? ngeh3… ada satu suggestion…
apa kata sambli kak jie type entry tuh, kak jie pasang lagu, pahtu senam robik, haa….
Jom terjah post menarik dari kaizen ..GeMPa BuMi JePuN 7 APRiL 2011 MaLaYSia STiLL SiBuK DeNGaN PoRN
kak jie,
tgh membilang hari le sekarang ni.hehehe
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Telur Awak Palsu Ke
sebenarnya………. ambil kesempatan kebetulan anak tengah cuti semester
Alhamdulillah….. moga2 ramai lagi anak2 yg baca entri ni terus pergi supermarket beli susu utk mak masing2 😆
Setuju dengan kak jie hehe. Cat rumah yang dah lama dihuni ni cabaran dia agak besar. Terutamanya nak angkat barang-barang purba yang banyak tu. 😆
Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..Antara
kita kena rajin bersenam…hehehe
Jom terjah post menarik dari azhar@Shed Plans ..Garden Sheds – Tips for Building a Garden Shed
lepas ni volleh amek contrak cat rumah maza fulaks.. hehehhe
apa mcm? raya tak lama lagi nie….
Jom terjah post menarik dari maza ..Penerbitan buku foto oleh Maza & company
minumlah air susu untuk orang-orang berumur tu.. ape tah namenye
Jom terjah post menarik dari pereman ..Blog yang Difollow tu Bebetul ke di’Follow!!Issue basi
minumlah appeton, eh ye ke?
Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Apa itu Kod QR
majalah kreko pergh..kenangan tu makcik..hahaha..meh upah gua buat semua tu..upah dia acc innity haha
Jom terjah post menarik dari mijae ..Trolling medium terbaik mencari butthurter dan mengenal stereotypes sesebuah komuniti
respek la sama kak jie. DIY btol. tp tu la. pengorbanan seorang ibu ni tiada tandingan. even saya pon masih bersimpati dgn isteri yg masih dlm pantang ni dok mengadu sakit2 lg. kesian dr waktu nak bersalin smpai skg masih belum hilang lg.
Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Teknik Pencahayaan Sempurna Di Kubu Rekaan A-Cero
Seronok mengecat ni bila nampak hasilnya.
Makcik surirumah mengecat rumah sendiri dengan anak-anaknya, tapi makcik cikgu ni pun sibuk mengecat kelas dengan pelajar-pelajarnya.Cuma makcik cikgu ramai tenteranya dan lebih mudah, tak payah bongkok-bongkok tolak almari, tarik katil. Nak tarik telinga kalau malas-malas sangat tak boleh, nanti kena saman!
Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Pahlawan tanpa tanda jasa
sesuai jadi cikgu ni kak jie..tu semua kerja² cikgu kat sekolah..
baru berkenalan dengan puffyfilla ni..
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Tulisan Cikgu Kan Cantik Kenapa Nak Suruh Kitorang
haish baru blajar haritue pasal sex hormone nie, igtkan nak terangkan kat kak jie dah apsal kak jie kene osteoporosis.. rupenye kak jie lebih tau.. ceh..
Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Blog Aku Takde Bahasa SEO- Jangan Tiru Blog Aku!
ha..ha.. cat mengecat keje hubby. bukan liza tak nak buat. tapi kalau liza buat nanti banyak beno komplennya. mengalahkan pompuan cerewetnya
Jom terjah post menarik dari Adzriel AB ..Antara kita-kita juga ye!
sampaikan si kedai hardware pon jadi pakar tulang gk yey kak..hehehe
Wah ini macam kalau nak suruh cat rumah, boleh hire u lah yek! 😀
Jom terjah post menarik dari AMiRU ..Upgrade ke WordPress 311
Assalamualaikum,
Enjoy je mengecatkan…tak tak berapa nak enjoy bab kena kemas lepas dah siap cat. Untungnya, cat zaman sekarang tak bau kuat sangat dan basuh guna air pun dah ok (kalau jenis kapur), tak macam dulu…kena cat maknanya kena mandi dengan minyak tanah hu hu hu bau tak usah nak cakaplah.
Kalau perlu pembantu, boleh iklankan kat blog kot…esok penuh depan pintu pagar para sukarelawan nak tolong comelkan rumah kak jie 😉
Salam!
Tak kisahlah Kak Jie. Bebellah apa pun. It’s your house and we’re just visitors. Apa yang penting, saya dapat rasa ada bunga-bunga ‘bahagia lagi gembira’ sedang mekar di taman hati. Semoga segalanya lancar buat Kak Jie dan keluarga. Insyaallah!
lepas ni saya akan selalu belikan mak saya susu Anlene gold sebab dia selalu bekerja keras untuk kami sekeluarga.. I love You Mak.
Jom terjah post menarik dari Amancalledamie ..6 Perkara Buatkan Anda Sucks Di Facebook
haha…Jiji, tu belum ngadu bentuk dah tak kental mcm dulu…tak sedar ‘makanan budak’ tu utk anak2 dia 😆
ops….jadi batu api le pula 😆
saja je sambil2 membebel, sambil bagi tau kat Intan…pentingnya kalsium . Dia pun perempuan, esok2 jadi mak orang. 😆
Mula2 tanya orang, dia nak buat dgn upah rm 500
tak mau arr…rasa mcm tak berbaloi
baik buat sendiri…nilai kepuasan yg kita rasa lebih berganda²
biarlah sikit2….
Bila dah siap, nak mengemas nak susun balik semua barang…sambil2 buat pembersihan mana nak masuk semula, mana nak buang, mana nak lap nak baiki….tu yang penat.
kalau mengecat – tak susah sgt
dah nak siap, tapi bile tengok barang2 bersepah berlonggok2 nak kena susun balik tu……….pengsan lagi sekali 😆
hehehe….’senyum…tak perlu kata apa apa…senyum 😀
dok ngadap komputer berejam² pun salah satunya
erk..mcm sedar tapi tak insap je, kan..haha
selalu nampak org guna, tau benda tu guna utk apa
tapi bila buat sendir…baru sedar betapa seninya ‘kerastangan’ sendiri 😆
Rasanya dulu guna puttyfilla masa subjek pendidikan seni, buat mozek hahaha
Jom terjah post menarik dari Affan ..Beza Hidup di Kanada dan Malaysia
huhu osteoperosis bukan sahaja menyerang orang tua dah, orang muda pun dah kena, sebab pelbagai postur yang tak betul.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Biasiswa Tak Cukup- Sedikit Sangat
😆 senyum gelak baca entri kujie ni… hehehe
saya pun tengah cat rumah. buat sikit-sikit, maklumlah takda kakitangan buat sorang-sorang je.huhuhu
Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Tips untuk mengurangkan dengkuran
Memang penat mengecat rumah ni..ingat dulu time nak cat rumah baru, ingat dalam 2-3 hari boleh siap..angan2 je la..sudahnya sampai 9 hari baru siap..penat lepas tu tak boleh nak cakap lah..nak mintak orang rumah urutkan, sudahnya dia yang suh kita..pasal dia pun mengecat sekali..
tapi tak pernah pulak guna puffypila tuh..nanti kalau ada cadangan nak cat lain nanti, boleh jugak guna tutup2 lubang yang ada..
Jom terjah post menarik dari Berita harian online ..Maxis Bakal Memperkenalkan HTC Desire S
semua tu jadi tak kisah kak dan berbaloi bila tengok hasilnya. esp nak bagi surprise kat org jauh kan….
emm memang…ibu2 yg mengandung,kalau kurang kalsium utk anak mulalah rasa sengal2 tulang…sakit gigi sebab tu lah ada yang setiap kali mengandung hilang satu gigi..tapi kalau amalkan pemakanan yg sihat tak lah…kesian kan pompuan ni…byk kali pregnant pn ada risiko rahim jatuhla macam2 sebab tu la syurga di bawah kaki ibu…bertuah org pompuan (“,)
Jom terjah post menarik dari yana ..Bukan Salah SesiapaCuma Salah Diriku
org dulu dgn yang laa ni lain. org dulu makan mana ada msg n preservative, org sekarang pemakanan pun huru hara, fast food ajer.
mmg pemakanan dan penjagaan semasa dan selepas mengandung memainkan peranan. depend pada ibu, kalau ada jenis yg tak sabar tu boleh bentan
Jom terjah post menarik dari matjoe ..Apa itu hutang yang BAIK good debt
pengorbanan seorang wanita/ibu yg jarang dibawah ketengah bila berlaku pergaduhan/penceraian. Hehehehe.
bergantung pada sosio ekonomi keluarga tu mcm mana..kalau ada 13 org anak, pembantu rumah ada, kesihatan dan penjagaan diri sebelum dan selepas mengandung tip top, kita boleh nampak bila tua seseorang wanita tu mcm mana.
Kalau keluarga yang sebalinya..kita boleh nampak wanita tu macam mana
First. Respect yg mengandung smpi 13 org anak. tulang depa reput lagi teruk laa camtuh
Jom terjah post menarik dari matjoe ..Apa itu hutang yang BAIK good debt