Bila Awak Buat Baik, Awak Jangan Ingat Orang Lain Jahat
Peribadi

Bila Awak Buat Baik, Awak Jangan Ingat Orang Lain Jahat

Beberapa bulan lepas, ada orang cakap – dapat erning berjuta juta lemon tapi tak pernah anjurkan kontest.

Maksudnya kedekutlah tu.

Dalam ramai² blogger, saya yang tidak pernah anjurkan kontest.  Saya akui – saya cuma pernah anjurkan 2 contest mudah tarikh tutup sehari tak perlu buat entri tak perlu backlink. Untuk kawan² bukan bertujuan nak bagi blog terkenal.

Saya bagi hadian buku – Rancang Wang dari Sekarang

Saya tak umumkan siapa pemenang, tetapi kesemua 12 orang yang hantar penyertaan saya kirimkan hadiah , tak perlu update di blog. Jadi semua peserta anggap diri mereka pemenang.

Saya memang dapat bayaran agak mewah dengan Innity.  30% daripada cash out yang saya dapat saya kembalikan kepada blogger atau pihak yang memerlukan .

Bukan dalam bentuk kontest.

Tahun lepas saya taja 2 blog – tajaan lengkap domain dan hosting.  Saya bukan taja blog popular tetapi blog yang memberi faedah semoga ilmu yang mereka sampaikan itu berpanjangan memberi keberkatan kepada diri saya juga.

Dari duit iklan yang saya dapat di blog ini juga saya pernah salurkan kepada beberapa rakan blogger yang alami masalah kritikal hidup mereka.  Saya dah tak dapat nak ingat atau terperincikan semua tu.  Saya dah lupa siapa mereka atau bila dan untuk apa.

Kenapa sekarang saya nak ungkit² semua ni?  Tak malu ke?

Bila saya nampak ada lagi orang yang bercakap seperti itu, saya rasa sedih.  Bukan sedih atas diri sendiri, tetapi saya sedih kerana dia membiak virus² berbahaya di dalam hati.

Virus suka berprasangka buruk.

Ada orang akan cakap, biarlah mereka nak mengata.  Kita tau apa yang kita buat.

Tetapi saya pula tak sampai hati nak membiarkan mereka terus merosakkan hati sendiri.   Saya boleh diam – biarkan dia terus terusan ‘buat dosa kering’ dan saya mendapat ‘kebun-kebun subur’ di akhirat. ( Insyaallah).

Tetapi rasa tak seronok , ini bukan entri nak mempertahan diri atas isu ini tetapi ambil saja sebagai panduan untuk kita dalam apa saja isu lain yang berkaitan dalam kehidupan.

Jangan ingat semua orang buat blog untuk popular atau terkenal.

Saya tak pertikaikan hak dan pendirian blogger lain tetapi saya cakap atas prinsip dan diri saya sendiri.

Pencapaian blog dan pendapatan yang saya perolehi  dari blog ini saya yakin datangnya dari prinsip² dan disiplin diri yang akhirnya dianugerahkan keberkatan oleh Allah S.W.T.

Saya adalah saya, bukan awak bukan dia.

 

Dulu ini bilik Along dan Angah.   Bilik budak lelaki dengan warna bendera Argentina.

 

Sekarang ini bilik Intan.  Dia kata warna ni tak comel.

Along  tengah cuti semester sekarang,  dia jadi buruh paksa landasan kereta api maut

Bukan dia je..saya pun dah jadi kontraktor mengecat rumah.   Bukan bilik Intan saja, hampir separuh rumah kami kerjakan.

Ingat nak buat kejutan untuk suami yang akan balik bulan depan, terbocor rahsia pula…. tapi masih suspen warna apa, kan?

Inilah sebab utama entri saya ringkas ( seperti dibawah) , banyak komen tak sempat dibalas dan saya kurang berfoye-foye di talian. Jangan berprasangka cakap saya sombong ye ….

Leganya dapat tulis ni…  Nak cakap rasa bersalah, tak cakap pun rasa diri bersalah.  Paling utama takut menimbulkan salah faham.  Tulisan dan perkataan kadang² boleh mencetuskan berbagai² tafsiran bergantung  pada siapa yang membaca.

Segala kekurangan itu memang dari saya, maafkan…

asik nak tegur hati orang je…hati saya sendiri pun masih berdaki

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

61 thoughts on “Bila Awak Buat Baik, Awak Jangan Ingat Orang Lain Jahat

  1. suka dengan entri nih. kebaikan tak perlu nak canangkan kak jie, orang bleh nampak sendiri. manusia nih selalu tak puas hati, tak pernah cukup dengan apa yang diorang ada.

  2. Dari Jawa ke Bangkahulu,
    Memberi keris di Inderagiri;
    Kawan ketawa ramai selalu,
    Kawan menangis seorang diri.

    Itulah Kak Jie, dunia blog Malaysia ni. Banyak orang banyak ragammnya 🙄

  3. Komuniti blogger dah terlalu besar. Macam2 ragam2 ada sekarang. Dulu blog tu kongsi ilmu, tulis pengalaman berguna, tapi sekarang lebih kepada sosial. Ada kawan saya pesan

    “Blog sekarang lebih kepada sosial ye, ingatkan blog tempat untuk perkongsian ilmu at the first place”

    Perasan gak benda ni. Sekarang niat dah lain, ada yang nak jadi popular.

    Blogger sekarang tak ambil tahu sangat agaknya pasal “hubungan dengan blogger lain”. Bila kita tak balas komen, tak datang blog die balik, marah.

    Income blog terpulanglah kepada empunya. Ada jugak yang persoalkan ye? Hehe. Tapi saya puji sebab kakjie sanggup peruntukkan untuk taja blog, dapat jugak bantu blogger lain.

    Apa2 pun kita tak dapat puaskan hati semua orang. Kalau kakjie dah tulis macam ni, dah lepas lah kot tanggungjawab kakjie nak mengingatkan kat “mereka”

  4. Salam Kak Kujie. Agak lama saya tidak “menjengah” akak di sini.

    Tak tahu macamana saya nak describe, tentang rasa rindu dan terharu. Saya suka baca, sebab begitu banyak luahan rasa yang begitu ikhlas boleh saya jadikan panduan.

    Lega kan, bila dapat meluahkan wpun risiko mungkin membuat hati terasa. Takpa la KAK. Saya pun macam Kak Kujie, belum pernah buat contest. (Alasan: saya agak tak akan dapat sambutan pun).

    Setakat cat rumah sendiri, saya rasa itu sangat menyeronokkan. Membahagiakan.
    Sapa yang pernah buat, dia akan faham maksud nilai bahagia di situ.

  5. hati org mmg susah kita nak puaskan semua kak jie. takpe yg penting selagi kita tahu niat hati kita insya-allah rezeki dan popular itu akan dtg dengan sendiri sbb tuhan tak suka jg dengan org yg nk menunjuk2. yg berkata2 tu mungkin mereka yg betul2 mengenali kak jie. even sy pun x kenal sgt kak jie tp sy tetap rasa nk dtg ke sini jika berpeluang.

  6. bagus la bro..bila lagi nak buat entri..nak baca jugak..

    biarlah orang nak kata apa pun..yang penting niat kita..kalau betul..insyaAllah berkat kan..femes ke tak femes tak payah nak pikir pun sebenarnya 😥

  7. Errr…kalau macam Kak Long yang tak ada earning beribu-ribu lemon ni, tak boleh buat contest ke? 😆

    Bagus projek mega Kujie dan anak2 ni, mesti suami balik nanti senyum lebar. Cat comel-comel ya!

  8. secara jujurnya…dunia blog dah mcm dunia politik skang ni…berblog untuk balasan, nama dan sebagainya…

    tak boleh kah blog untuk kepuasan sendiri…untuk diri sendiri…back to the basic, kenapa kita berblog…

    ikut kalau suka, tak perlu nak bising2..x suka boleh bla..err..maksudnya kalau tak suka boleh pegi..ehe..

    kita sume ad acara sendiri untuk mengelola blog sendiri..

    🙂

  9. Hmm susah juga jadi blogger. Kalau sudah memilih jalan ini jadi terpaksa menerima bahangnya. nasib baik bukan artis glamour cuma glamour dekat blog sahaja.

    Ingatkan Intan minta cat bilik warna Pink?

  10. Common sense, kita usaha untuk dapat duit tu, ikut kita la nak buat apa selagi halal. Bagus akk laburkan pada yang memberi manfaat. Insyaallah dapat pahala berterusan.

  11. Quote kata kak jie,
    Jangan ingat semua orang buat blog untuk popular atau terkenal.

    Setujuuuu sangat

  12. Entahlah kak jie, tak de pulak saya terfikir tentang blog2 yg byk incomenya mesti buat contest. Saya datang blog kak jie untuk ambil ilmu. bukan ilmu blog aje, ilmu dari seorang kakak yg byk pengalaman tentang hal anak-anak terutamanya. ada byk info sebenarnya. income dari blog itu hak pemilik blog, dah rezeki dia. segmen ben pun bukan ada bagi hadiah. tapi ada banyak faedah lain yg kita dapat. pelik bila fikir hal begini pun depa nak kira. wajib canang ke kita nak buat apa dengan duit tu? bila kita canang kata kita menunjuk pulak. lantak pi depalah kak jie. maaflah kak jie..emo sikit.

  13. Sabar je lah kak jie. Berpeganglah pada prinsip asal kak jie. Apa orang fikir, biarlah mereka. Nak puaskan hati semua orang memang tak dapatlah. 🙂

    *Cat bilik Intan warna pink ke 😆

  14. salam…pd saya terpulanglah kepada org yg ada duit tu nak buat apa dgn duit dia.nak simpan sendiri pun takpe..org tu dah kerja utk dapatkan duit tu..hak dialah nak buat apa pun.yg lain2 tu takde hak utk bgtau @ arah2.tak perlulah nak tumpang duit org lain.
    sekalipun tuan punya duit jutaan RM tu nak menderma ke mana2,terpulang saja kpd dia nak bgtau ke tidak.tapi kalau dia bgtau nanti ada plk yg tuduh riak kan?….manusia ni serba tak puas hati dgn kesenangan org lain.

  15. Assalamualaikum Kak Jie,

    Tak tahu nak cakap apa… Saja nak letak komen untuk bagitahu kak jie yg Su masih wujud. 🙂
    Walaupun bukan setiap hari, tapi sesekali bila ada masa terluang, Su suka mengintai blog kak jie. Su tahu blog kak jie popular berdasarkan pada ramainya org komen, tapi itu je lah. Dapat duit hasil berblog? Alhamdulillah… Rezeki datang dgn pelbagai cara dan bentuk, kan.

  16. Setuju apa denaihati kata. Dalam hidup ni ,kita tak boleh puaskan hati semua orang, selagi boleh jaga, kita jaga 🙂

  17. Bab contest pun dijadikan persoalan ke?
    Huh…risau jgk ni kalau ada org kata mcm tu.
    Dah lama jgk blogging tp sekalipun tak pernah buat contest…huhu..

  18. Tak terfikir pulak bab pregnant..
    Ingatkan projek besar tu nak buat suprise mcm kenduri ke utk sambut org tersayang…

  19. virus blog yang semakin tidak menyenangkan.. sudah lama perati.. sampai masa je saya nak buat entry membunuh.. =)

    *itu je nak kata.. hehe…

  20. salam kak jie…tutup mata tutup telinga je kak. buat2 tak tau. orang macam tu rupanya masih wujud jugak kat muka bumi kita ni. tak faham…

  21. siapa yg mula buat contest? tokan2 kontest sila bertanggung jwp diatas entry kujie ni.

    for your info, saya seorang yg bertuah sebab saya salah seorang pemenang buku RWDS. tq kujie.

    sy pon pernah buat contest walaupun x masyuk sgt dgn duit blog. anyway it’s a question of choice

  22. haih..sampai income org pun nak disibukkan juga..apapun..saya adalah antara yg pernah merasa hasil income kak kujie ni..timerkasih kak… 😆

  23. paling menyampah dgn orang yg bfikiran macam tu. Lantak la kita dpt duit byk mana pun, n ape kita buat dgn duit kita..hak kita. Pernah berlaku kt kawan sy,dia kerja keras buat OT dan kejar output sbb nak kawin,tp kwn2 perli pulak..”bila nak blanja ni?dgr OT lebat..” x malu ke meminta2? Lain la kalau kita sndri niat nak blanja,diam2 sudah…xkan nak heboh2. 😕

  24. sebenarnya maza tak tau nak cakap apa..
    cuma nak bagi nasihat sikit.. mengecat tu biar rata2.. baru comel.. hahahaha

  25. baru nmpk makcik ni baru teringat
    ngape code tu tak leh letak, tak keluar ape2 pun

    nk hntr email tak terhantar2…lupa manjang
    byk sgt telan semut gamaknya

  26. Untuk sentiasa berfikiran positif memerlukan kematangan yg tinggi. Kematangan tu pula datang dari amalan dan pemerhatian.

    Tapi kalau hidup sentiasa nak berlandaskan “aku tak puas hati dengan kau” — masuk je laa dlm peti ais.. tak payah matang-matang.

  27. salam kak jie, 1st time menjengah ke sini.. bila dh baca ruang biodata tu, rasa mcm boleh ‘ngam’ terus ngan kk Jie. Et sgt impress dgn blog kkJie ni. Sebut pasal contest, Et pun tgh wat contest skrg. Bukan populariti jadi tujuan, duit iklan- lagilah tak pernah rasa pun.. cuma ingin ‘inject’ some fun dlm hidup sendiri dan org lain. Hmm.. rasa mcm byk boleh blajar dari kkJie disini. InsyaAllah.. Moga kkJie berjaya, dunia hingga akhirat.

  28. kak jie…
    saya nak letak ikon senyum nampak gigi kat ruangan komen saya tu..ingatkan bila drag icon tu dan letak kat ruang komen, icon tu muncul..sekali tak jadi pulak..hikss…

  29. Sedih bila membaca statement kak jie nie..
    kena pertahankan diri sendiri setelah sekian lama berdiam diri..

    Saya nak bagi pandangan sikit lar kak jie..
    Sila bagi laluan pada saya ya??
    http://www.kujie2.com/wp-includes/images/smilies/icon_lol.gif
    hmpkhhhh…pada blogger di luar sana
    (yang baca senyap-senyap pastu kutuk-kutuk)
    penting sangat ke contest? Penting sangat ke iklan??
    Penting sangat ke semua benda yang berkaitan duit nie??
    Orang dapat sesuatu benda dari hasil usaha mereka sendiri..
    Perlu ke kita kena tahu kat mana duit hasil usaha mereka sendiri disalurkan???

    Ehhhh..come on lar..
    Umpama kita dapat gaji..perlu ke bagitau kat semua orang expenses (perbelanjaan) kita??
    Udah-udahler…jangan perli-perli atau sakitkan hati org..kita dok dunia nie tak lama…ko ingat senang ke nak mintak ampun kat org yang kita tak kenal especially kat alam maya (blog) ni???

    Meih kita sama-sama dok pikir dan manfaatkan kelebihan org lain utk upgrade blog kita sendiri…itu lagi baik dari memikirkan hal org lain…

    Kak jie…saya pulak yang emo…
    Bukan apa kak jie…bila saya bukak blog sana sini
    Asyik-asyik memperkatakan isu macam nie..
    Bosan pulak rasanya..
    Nak kata budak-budak, tengok profile macam org dah dewasa..
    Even budak remaja punya blog pun, ada yang bermanfaat…

    Saya minta ampun dan maaf jika saya terkasar bahasa..marilah sama-sama kita manfaatkan segala ilmu yang baik-baik kat dunia blog..yang buruk-buruk, letak jauh-jauh…

  30. Actually, kita tak boleh nak sebok2 pasal earning orang lain, duit blog atau pun duit kerja part time. Dah duit dia, apasal kita nak kecoh?

    Mungkin sbb ramai yg kepoh2 pasal pendapatan, utk share2. terpulang pada diri masing2, sbb tengok cara.

    Melalui cara penyampaian, kita tahu dia tu nak menunjuk ke atau nak bagi motivasi. Bahkan, walaupun dia sembunyikan derma dia, tapi cara dia sembunyi tu mcm nak show off aje, kira show off juge.

    Right?

  31. orang tu tak senang dengan kesenangan kak jie. tapi susah kak jie dia tak nak amik tahu lak.
    untuk orang yang dengki tu, jangan lah awak buat baik, pastu awak ingat awak tu baik sangat..

  32. Kak Jie tak boleh nak layan sangat benda-benda ni tapi sebenarnya inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita terutama MELAYU yg sentiasa cemburu apabila kawan berjaya tak kira lah naik pangkat katanya kaki ampu, dapat projek besar katanya bayar bawah meja .. ni semua penyakit masyarakat yg tak ikut cara Islam. Islam benarkan cemburu tapi untuk kita ikut jadi lebih berjaya … biarkan mereka tak luak apa2 pun kita dan selalu orang macam ni tak jadi apa2 pun..berjaya pun tidak. Insan yg sukses pasti tak ada perangai macam ni ..sebab itu mereka berjaya.

  33. erk…erk… bab pregnant ni sensitif oiii

    suami kak jie kat luar negara 10 bulan belum balik lagi, bahaya statement ni..kang dia di sana tak tidur malam

    😆

    terus cari tiket kapalterbang balik … lautan api sanggup direnangi 😆

  34. setuju dgn kak jie ckp tu…mungkin msg2 nk popular kot tu jd perkembgn tk sihat…semoga Allah beri hadiah pada mereka2 itu…sabar ye kak,ganjaran utk org sabar tu besar…ingat projek mega tu ‘pregnant’…mueheehe,mklumlah org pompuan itulah yg mega…rupanya cat umah yer…anyway thanks yer kak sebab sudi dtg menjengah di blog comot yana dan meninggalkan tanda hati…sangat menghargainya (“,)

  35. dah untung banyak-banyak pandai la blogger tu nak buat apa dengan duit dia pon..ikot cara masing-masing.kadang kadang peminat ni terlalu obses sangat mungkin pasai baru lagi dan nak cepat dapat nama daripada blogger tu supaya dapat backlink tu yang ramai buat permintaan tu kot.apa pon..ikot pemikiran sendiri saja..untuk mengeratkan silatullrahim mari ber blogwalking di pagi hari.

  36. saya tak tahu nak komen part mana, setuju dgn apa yang kakjie ckpkan tu…

    fenomena bloggger malaysia ni dah jadi makin tidak sihat….berbeza dengan tahun 2004-2005 dulu

    apa2 pun pesan sy, jagalah hati sendiri dan menilai seseorang tu bukan dari isi luar nya sahaja

  37. Salam Kak, kat twitter tu ada je yg suka perli2 pasal income blog nie (Yan tau siapa), dpt income bila nak buat contest?, sebenarnya bukan kita tak buat, seperti akak katakan duit tu kita salurkan kat tmpt lain, tidak semestinya dengan contest di blog.

    Yan sendiri jugak ada menaja domain + hosting 2 orang blogger, dengan niat nak bantu dia agar dia lebih berjaya dengan apa yang dia ada sekarang.

    tapi manusia nie mudah sangat nak menilai, pernah jugak salurkan duit tersebut ke salah satu badan kebajikan tapi takkan semua benda2 tu kita nak entry? bukan mengungkit seperti yang kakjie katakan tu. Yan setuju dengan entry akak ini.

    Contest2 sebelum ini kat blog pun alhamdulillah jugak adalah hasil perkongsihan dari pendapatan blog tersebut, cuma sesekali duit tersebut disalurkan ke tempat lain. tidak semestinya tiap kali kita dapat kita kena buat contest, ada orang lain yang lebih memerlukan.

    Dan alhamdulillah contest2 kat blog ramai jugak yang nak sponser 😆 , dan baru teringat ada 1 contest dari rakan blogger yang belum Yan run..uhuk…insyaallah akan cari masa untuk buat entry tersebut.

    oh yea, hubby nak balik ye…hehehe selamat mengecat rumah kak. Yan pun bizi jugak dengan hal lain, sebab tu kurang masa nak on9, buat apa yang perlu dan utama dulu, sebelebihnya barulah duk dpn lappy.

    alamak dan berjela..maaf…ampun 😆

Comments are closed.