Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak
Blogger

Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak

Dibawakan untuk anda, siaran langsung Pakistan’s New Top Model… he he he.

Blog saya telah direview di sini – dari Pakistan tu, kira peringkat International.

Penulis tersebut – knizam berasal dari negeri cencaluk tetapi sekarang sedang bermain ski bertugas di Pakistan .

Saya tidak pernah berjumpa mana-mana blog selain knizam yang diupdate dengan begitu kencang sehingga pernah mencecah 150+ entri sebulan. knizam banyak berkongsi gambar yang menarik sepanjang kehidupan beliau di luar negara. Bukan post berjela-jela tetapi lebih kepada gambar yang bercerita berserta tulisan yang sempoi dan cool.

aku perasan blog k jie neh mmg cepat giler ah nak load
mmg cool dan simple theme dia

Saya memang menitikberatkan mengenai loading time kerana dengan capaian internet di Malaysia umpama Kangaroo berlumba lari dengan Snailmyx , saya tidak mahu dipertanggungjawapkan sekiranya pembaca blog ini ditumbuhi janggut kerana menunggu!

Theme blog ( Extreme Georgia ) adalah dari hasil kerja seorang guru bujang muda ,Cikgu Bat dari MentariWorks, dan theme ini adalah pemenang TEMPAT KEDUA Smashing Magazine Typographic Layout Contest. ( peringkat International juga tau )

Cikgu Bat baru saja melaporkan diri mengajar di SK Telok Hutan Lesung, Kota Tinggi, Johor disamping  menjadi penternak  labah-labah di blognya. Sesekali dapat juga melihat Cikgu Bat di twitter.

Ini pula review dari rohaizad.com . Sesiapa di sini yang tak kenal rohaizad.com? Kalau kamu ingin menjadi blogger yang Gemilang, Cemerlang dan Terbilang, blog beliau haruslah menjadi salah satu blog utama yang boleh disedut berbagai info yang bermanfaat. Banyak ilmu yang dikongsi bersama pengunjung setia menjadikan beliau sebagai rujukan untuk mendapatkan ‘rentak’. Beliau juga seorang penganjur Seminar Blogging Dot Com .

Terimakasih.   Ini pula review dari beberapa blogger di alexa.com. Terimakasih semua kerana menceriakan hidup saya untuk hari ini. What you give, you will get back – secara diam-diam saya buat review blog mereka dan inilah balasan baik yang saya terima. Terimakasih.

Rasa gembira seolah-olah seperti post ini keluar di kosmo.

©Kujie – Post ini adalah penghargaan kepada mereka semua, bukanlah untuk menunjuk riak dan berbangga diri…kerana saya seorang yang berfikiran positif dan optimis … Be nice to people, and people will be nice with you too

p/s – suami saya pernah mengadu, kenapa tajuk post saya di [sini ] tidak sama dengan dengan isi kandungan. Saya cakap, sebab itulah abang tidak boleh menjadi seorang blogger.. Blogger ada deria ke-6 untuk ‘read between the lines’

EDIT : Perhatian orang kampung sekalian, silalah tune in FuhyooFm.com esok jam 12 tenghari.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

71 thoughts on “Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak

  1. Kak Jie, terima kasih. Labah-labah dah kena halau balik kampung dah, hehehe..

    Dasat tuh banyak orang buat review blog Kak Jie ni. XD

  2. “Blogger ada deria ke-6 untuk ‘read between the lines'” hahaha tepat sekali.. sokong kenyataan ini..
    .-= topo´s last blog ..4 Tips Tingkatkan Trafik Dengan Memahami Pelawat =-.

  3. Terimakasih semua yang tinggalkan komen di sini – sokongan dan kata semangat

    Komen-komen semua tu macam ditambah mauripan sampai saya dah kembang macam apam kukus :p 😆

  4. Cayalah kak jie. Memang blog kak jie antara blog “saye pasti lawat”. Ade daya penarik yang unik. Macam mamat kat pakistan tuh cakapla.

    p/s – Kak Jie, sudi-sudikanlah yer jenguk blog baru saye. 😛
    .-= hafizmd´s last blog ..Domain Percuma dan Hosting Percuma =-.

  5. terima kasih kak jie di atas review kembali di alexa saya…semuga Hidup Biar SEdap terus memberi sumbangan kepada kehidupan manusia….ilmu yg di manafaatkan akan menjadi cahaya kelak didalam kubur.
    .-= denaihati´s last blog ..Tahukah ANDA negara apa yang aku kunjungi =-.

  6. wahhh hebat la kak gie ni..:)
    nnti nk tiru jejak kak gie jadi top women blogger la..i`allah..

  7. aih… dah terlambat ke nak komen ni? huhuhu.. tak tau nak cakap apa dah
    kak jie sememangnya blogger selebrity, seorang mama blogger yang
    sangat ceria dalam blog mahupun kat luar.
    .-= Kreuger´s last blog ..Mari belajar berkomen cara Azman Ishak =-.

  8. blog kak jie mmg sesuai kalu direview sebab blog kak jie mmg bagus. harap² takde org review blog saya, buat malu jer.hehe..

    p/s : nak reply komen pasal kura² terbang tu. a’aa..kura² boleh terbang jika berada dalam kapal terbang.err..ok ke komen camni.hehe… (tengah terpikir naper org tu cari kura-kura terbang. )
    .-= penyubiru´s last blog .."Maya Karin" Mengamuk Di Kuala Ibai?? =-.

  9. feeeeewwwiiittttt….
    dh mcm celebrity…. u deserve it..

    sy tak pandai memuji tp yg ni sy kena ckp juga… sy suka dgn org yg humble… dan kak jie adalah antara org2 itu… org yg humble.. dan blog yg humble… tak rimas nak membacanya…

    psssttt.. takleh nak dengar fuhyoofm kul 12… incik bos dah ada…
    .-= kutaksempurna´s last blog ..Merona merah pipi Gadis PEMALU itu mendengar kata-kata Ali – Untuk makluman; Ali adalah seorang lelaki yang punya SATU isteri sahaja… (buat masa ini) Dan dia bukanlah Ali Setan… (buat masa ini)… lol 😛 =-.

  10. syoknye bila blog kita dihargai cmtu…kak jie mmg best 🙂
    .-= zati´s last blog ..Bau Badan dan Jodoh Anda =-.

  11. i always come back here when i’m in need of sentimental and slow rock mood. unexplainable.

  12. tahniah kak jie…..! 😉
    blog yang sempoi tp mesra penuh dengan pengisian yang tak boring untuk di tatap. ada org tu smpai masuk newspaper kata blog dia bagus… tapi hampeh! best lagi masuk kat blog yg minimalis ne. ahaks!
    nak request kak jie kuar entri pasal algeria lagi… bleh?

  13. maza berblog utk suka suki dan kongsi pengalaman dan pelajaran dgn generasi dan keturunan maza gitew.. hehe

    kongsikan pasal silam, kini dan akan datang.. hehehhe

    pss: kekadang jealous gak tengok org ada ramai pengikut itew. tapikan lagi jealous kalau boleh buat duit sekali.. hehhehe
    .-= maza´s last blog ..Lagi Bayi Mati Tercekik Puting! =-.

  14. hehe.. blog kak jie memang sesuai untuk dijadikan contoh.. 🙂
    .-= zuls´s last blog ..Aduka Taruna dan #yorais =-.

  15. belum sempat reply lagi review kak jie ka alexa tu. nanti buat. saya ada satu lagi exam ni
    .-= ariff´s last blog ..Memperkenalkan Innity Ads =-.

  16. tajuk lain macam je…baca entri pun lain macam…hehe…

    kira kakjie skang sudah main international la kann…hehe..

    1. @syins, Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Kamu adalah review blog

      contoh ; ini blog kakjie tetapi kak jie suka blog kamu, jadi kak jie tulislah review pasal blog kamu di blog kak jie

      nampak?

      ini mesti deria ke-6 tak berfungsi ni….

  17. Tahniah atas pengiktirafan antarabangsa itew…

    Cuma ingin bertanya, adakah dengan membuat posting yg banyak didlm blog dpt mempopular blog itu sendiri???
    .-= Ayah Aiman´s last blog ..AKU Tengah Berkabung… =-.

    1. tak jugak kalau entry pun haprak;

      faktor pengisian entry tu sendir kena lah berciri user friendly.
      then,sentiasa humble,jgn sesekali tinggi diri.
      jgn paksa2 org masuk blog kita.
      then,rajin2 lah komen2/tegur2 bloggers ni.

      secara automatiknya,i’allah blog kita boleh dikenali ramai 🙂 tp jgn sombong pulak lepas tu 😀

      1. thanks. sbg newbie dlm dunia blogging nie, tips2 drp senior blogger amat diperlukan. inysaallah sya akn cuba apply tips2 nie pd msa hadapan…
        .-= Ayah Aiman´s last blog ..AKU Tengah Berkabung… =-.

        1. @Ayah Aiman, minta maaf, sy tak sempat nak reply….tapi kat blog ni..semua kawan-kawan saya…sesiapa saja boleh reply komen kawan mereka yang lain 😆

          1. @Kujie, skrg baru saya faham. “teamwork” sesama kawan2 pun penting juga.
            contoh yg saya nampak di blog MEGAT, yg mana azman yg kerap reply komen…
            .-= Ayah Aiman´s last blog ..AKU Tengah Berkabung… =-.

  18. keep on blogging k jie. blog k jie ni dah mcm khazanah blog warisan negara ni. hehe 🙂

    kalau boleh racun sekali husband k jie supaya ada blog. bolehlah update live from luar negara mcm saya. hehe 🙂

    nanti kalau ada rezeki kita jumpa ngan geng2 blogger msia mac nanti ya!
    .-= KNizam´s last blog ..Sunrise at Nathiagali =-.

  19. saya suka post blogger2 yg undergroun dan sempoi mcm akak… wakakaka… bkn cam blogger femes xtntu psl. tp post cam ape aje.. heee
    .-= paeh´s last blog ..Why I Like It Longer, Life Good Bersama BL40 =-.

      1. @beliamuda, bahaya tak boleh lepaskan komen tu..nanti kena serang dgn ‘peminat susah mati’ 😆

        tak pasal2 dapat hits 😆

          1. HAHAHA public tweet dekat yonna T____T 😈 sabo je lah si din ni. dia siap nak buat petisyen ma! T_____________T boleh pulak yonna cadang buat fan page kt fb! hahaha
            .-= yonna´s last blog ..S.K Sri Aman,Kg Melayu,Pulau Pinang =-.

    1. @Jaws, jaws the top women blogger?

      pisyek rase kalo jd betul2 mmg jadi bahan la kat utp nnt….

      hahaha… 😆
      .-= Pisyek´s last blog ..Cara membuang generator Joomla! 1.5 dan WordPress =-.

  20. nnti den review alexa. hoho!
    .-= Extremist Thinker´s last blog ..Kita Semua Rakyat Malaysia =-.

Comments are closed.