Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak
Blogger

Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak

Dibawakan untuk anda, siaran langsung Pakistan’s New Top Model… he he he.

Blog saya telah direview di sini – dari Pakistan tu, kira peringkat International.

Penulis tersebut – knizam berasal dari negeri cencaluk tetapi sekarang sedang bermain ski bertugas di Pakistan .

Saya tidak pernah berjumpa mana-mana blog selain knizam yang diupdate dengan begitu kencang sehingga pernah mencecah 150+ entri sebulan. knizam banyak berkongsi gambar yang menarik sepanjang kehidupan beliau di luar negara. Bukan post berjela-jela tetapi lebih kepada gambar yang bercerita berserta tulisan yang sempoi dan cool.

aku perasan blog k jie neh mmg cepat giler ah nak load
mmg cool dan simple theme dia

Saya memang menitikberatkan mengenai loading time kerana dengan capaian internet di Malaysia umpama Kangaroo berlumba lari dengan Snailmyx , saya tidak mahu dipertanggungjawapkan sekiranya pembaca blog ini ditumbuhi janggut kerana menunggu!

Theme blog ( Extreme Georgia ) adalah dari hasil kerja seorang guru bujang muda ,Cikgu Bat dari MentariWorks, dan theme ini adalah pemenang TEMPAT KEDUA Smashing Magazine Typographic Layout Contest. ( peringkat International juga tau )

Cikgu Bat baru saja melaporkan diri mengajar di SK Telok Hutan Lesung, Kota Tinggi, Johor disamping  menjadi penternak  labah-labah di blognya. Sesekali dapat juga melihat Cikgu Bat di twitter.

Ini pula review dari rohaizad.com . Sesiapa di sini yang tak kenal rohaizad.com? Kalau kamu ingin menjadi blogger yang Gemilang, Cemerlang dan Terbilang, blog beliau haruslah menjadi salah satu blog utama yang boleh disedut berbagai info yang bermanfaat. Banyak ilmu yang dikongsi bersama pengunjung setia menjadikan beliau sebagai rujukan untuk mendapatkan ‘rentak’. Beliau juga seorang penganjur Seminar Blogging Dot Com .

Terimakasih.   Ini pula review dari beberapa blogger di alexa.com. Terimakasih semua kerana menceriakan hidup saya untuk hari ini. What you give, you will get back – secara diam-diam saya buat review blog mereka dan inilah balasan baik yang saya terima. Terimakasih.

Rasa gembira seolah-olah seperti post ini keluar di kosmo.

©Kujie – Post ini adalah penghargaan kepada mereka semua, bukanlah untuk menunjuk riak dan berbangga diri…kerana saya seorang yang berfikiran positif dan optimis … Be nice to people, and people will be nice with you too

p/s – suami saya pernah mengadu, kenapa tajuk post saya di [sini ] tidak sama dengan dengan isi kandungan. Saya cakap, sebab itulah abang tidak boleh menjadi seorang blogger.. Blogger ada deria ke-6 untuk ‘read between the lines’

EDIT : Perhatian orang kampung sekalian, silalah tune in FuhyooFm.com esok jam 12 tenghari.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

71 thoughts on “Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak

  1. 😉 saya dah book mark blog akak, memang nampak lain. lagipun memang tengah belajar nak buat blog dan website.

    ada sedikit promosi sempena Kempen Empower Education and Humanity:

    Kempen Online Tuisyen. Jimat RM 148 dan menyumbang 30% ke tabung kebajikan [www.a2sa.tk]

Comments are closed.