Walaupun point utama dia nak ucap terimakasih, ( kak jie jawap – sama-sama ) apa yang ingin saya fokuskan pada entri ini adalah sikap positif yang ada pada diri Nanne.
Menjadi blogger bukan seperti menjadi pelajar sekolah – suka tak suka, awak kena pergi sekolah. Undang² dah tetapkan – ibubapa , guru disiplin ada yang menjadi pengawal.
Menjadi blogger adalah pilihan diri sendiri tanpa ada paksaan. Jadi diri sendirilah yang mempunyai kuasa untuk menjadi blogger yang seperti mana – bukan salah blogger lain tak balas komen kita, bukan silap blogger lain tak balas kunjungan kita, bukan sebab blogger lain letak lagu kat blog dia, bukan kerana blogger lain ‘sombong’ dengan kita.
Kita yang kena pilih untuk berada dalam komuniti mana – yang positif atau negatif.
kelaut berleternya………..balik pada entri asal.
Seperti yang selalu saya berpesan-pesan lima ratus juta kali, baca dan mencuba. Jangan takut untuk DIY sambil trial and error. Itu adalah pengalaman dan dari situlah datangkan kefahaman mengenai beberapa asas HTML yang blogger perlu tahu.
Saya selalu dapat email dan soalan di forum mengenai sesuatu tutorial yang pernah diberi – “Kak Jie, saya tak faham………”
Bila ditanya, dah cuba buat ke belum step yang diterangkan tu… ” Belum…takut nak buat….”
Kalau belum cuba tapi dah cakap tak faham, macam mana nak tahu step mana yang tak jadi, step mana yang tak faham? Jadi…. macam mana saya nak terangkan apa yang perlu dibetulkan kalau dia sendiri tak buat salah lagi.
Nanne contoh yang baik – beliau membaca dan buat amali dan ilmu yang dia dapat, dia faham. Ilmu yang kita dapat bukan boleh digambarkan bentuk dan rupa – tapi perasaan kepuasan yang diri sendiri saja tahu nilainya.
Seperti kata Ariff – You Can Never Please Everybody , jadi berblogginglah mengikut acuan diri sendiri selagi tidak melanggar hukum agama dan budaya.
Komen ini sungguh bermotivasi – saya bukan harap pujian tetapi sifat positif yang ditunjukkan oleh ‘pelajar’ – rasa macam dah kenyang walau belum bersarapan.
Tahniah untuk Pemenang Top Link Referrer 2010 di blog denaihati.com
©kujie – tengah habiskan limau mandarin sekotak…. cuaca terang benderang dan hati berbunga riang….
saya jadi blopgger atas pilihan sendiri.. bukan paksaan.. hehehe
lain kali nak join gak..hehe
singgah sini mencari ilmu dari kak jie 🙂
saya pun banyak jugak blajar kt blog kak jie ni,cuma jarang2 komen..segan..hehehe
assalamualaikum kak jie..
saya speechless..saya terkejut tgk email saya pada kak jie boleh jadik satu entri…kreatif, memang kreatif…
alhamdulillah, banyak benda saya belajar..tapi semua ini memerlukan “masa yang bukan sedikit”..tahniah pada kak jie sebab tak semua blogger boleh luangkan masa macam kak jie utk buat tips dan tutorial secara khusus…kak jie, tenkiu ya utk kata2 semangat kat blog saya… 😛
Salam,
Semangat kak Jie “buat dulu, kalau tak faham boleh tanya” adalah semangat cikgu2 masa sekolah dulu. Dah lama hidup sikit, baru tahu kenapa kena buat dulu baru baru tanya orang kalau masih tak faham.
Sesape pun boleh naik angin kalau sesuatu benda tu dah tulis dalam entri lepas, tapi ada jugak dok tanya benda yang sama. Rasa macam lenguh jari menaip tu tak berbaloi kan…sama macam berbuih air liur cikgu dok criter dalam kelas, tapi kita buat dekkkkk je. Dekat exam tanya semula hu hu hu —-> sib baik cikgu tak terajang je kan hu hu hu.
Respek betul cikgu yang sabar macam kak jie ni (errrr…ini bukan ayat mamai selepas cuti CNY @ ayat ampu, seikhlas dari hati)
Dulu (thn lps) sya tak tahu apa tujuan sya berblog. Bila banyak benda dibuat utk blog tu tak menjadi, sya mula patah hati. Tapi sya teruskan berjalan & mcari blog2 lain sbgai panduan (cont kujie2).
Alhamdulilah Skrg dah ada dot com sendiri. Aktiviti m’cari panduan2 bguna tetap diteruskan. Semangat pun makin membara 😉
sekarang ‘trafik’ = duit menjadi ‘racun’ dalam dunia blogging ,
maka, terjadilah 18 entri sehari
blogging kena ada feel! bukan hanya duit semata-mata!
memang seronok tidak terkata apabila ilmu yg kita dapat dari tutorial blog lain kita cuba sendiri dan berjaya tapi selalunya kena cuba banyak kali baru berhasil. Berblog juga sama seperti kehidupan perlu kreatif dalam mencari bahan dan penampilan. Masih jauh perjalanan denaihati.com untuk mencapai bounce rate below 50% dan alexa ranking top 100 di Malaysia.
ni nak ckp terus terang ni, sblm sy buat blog tu pun sy dah banyak kaji,m perhati tulisan orang lain seperti kakjie dan blogger yang lain..dari situ belajar dan terus belajar smpai skrg
Wah, sifu merasa kenyang, melihat anak murid berjaya memahami ajaran sifu. Walaupun belum sarapan ye. 🙂
tutorial tu hanya sekadar manual untuk kita ikuti – hasilnya tentu tak sama dengan seorang blogger dengan yang lain kerana tiap blogger ada fokus yang berbeza – prioriti yang berbeza terhadap blog dan kehidupan masing 😆
blogging pada asalnya adalah luahan diri seorang pemilik blog, cumanya sekarang hala tuju makin tersasar. Ramai yang suka menilai dan melabelkan sesebuah blog mengikut citarasa masing2….sedangkan bukan keperluan pun orang tu menjadi blogger seperti acuan kita.
Seorang blogger yang faham prinsip ‘blogging’ , dia tak akan pernah mempertikaian apa juga paparan blog orang lain kecuali sesuatu yang melanggar hukum agama dan adat. Kalau setakat template warna pelangi, tulisan kecik besar, kalerful, isi luahan hari ….. itu adalah keperbagaian dunia blogging
tapi ada syarat2 lain nak kena diikuti kalau blogging itu telah mengubah hala tujuan – contoh nak diterima orang lain, jadi kita pun kena belajar cara menjalinkan hubungan dgn orang lain.
kalaulah kak jie berkemampuan, semua entri yg dibaca nak dikomen
tapi… ( cari alasan macam biasa….) 😆
tak faham boleh tanya, tapi kena mencuba dulu
bila kita cuba, kita tahu kat mana yg tak fahamnya, tang mana salahnya…. baru org nak tolong selesaikan tu tahu nak bagi cadangan mcm mana…
😆
hahaha…macam sukan tahunan kat tadika…lari dalam guni
sebenarnya tak masuk bertanding pun..mcm mana nak menang
huhu 😆
Blog Kak Jie menjadi sumber saya dulu hingga kini (walaupun agak lewat berjumpa blog ini). Terima kasih banyak2 atas ilmu yang dikongsikan..
tak kisah ler menang ke tidak Acer tuh
yang penting semanga kesukanan.. huhuhuhu
Saya banyak belajar melalui pemerhatian walaupun saya dapat rasakan tidak semua blogger mempunyai masa untuk melayan menjawab soalan-soalan di kemukakan.
Rajin-rajin ikut tutorial dan tip yang blogger tulis didalam blog itu adalah satu cara kita berlajar. Betul kata Kak Ji apabila kita blog adalah atas pilihan diri bak kata pepatah Melayu, ‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’
menjadi blogger memang happening.
terasa memiliki diri sendiri sepenuhnya, dengan cara terkawal.
patutlah ramai blogger otai selalu cakap, enjoy blogging, jadi diri sendiri.
sekarang saya hampir rasakannya.
kak jie,
terima kasih kerana telah meluang masa untk komen berkenaan entry belalang kemarin. apa yg kak jie cakap tu mmg betul…
belalang jugak selalu dtg intai2 segala tunjuk ajar kak jie.
akhir kata terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca entry belalang…hee
salam,,
datang ke sini setelah diperkenalkan oleh rakan, benar kata beliau, blog hidup biar sedap ni memang hebat, bayak ilmu seo yang saya belajar walaupun belum faham…
tiba tiba terbayang beruang kutub…hahaha 😆
ayat dengki
Orang ‘ cekap tangkap’ mcm Abg Zul ni mesti mudah untuk faham… 😆
A’ah.. kesibukan mmg tak lari dlm hidup.. Tp kemalasan juga salah satunya.. 🙂 jadi kenalah diamkan diri dan jadi pemerhati… lepas ni kene blajar utk motivate diri sendiri.. 🙂
yang baik2 saja..
dlm internet ada banyak lambakan info – negatif dan positif
kita kena pandai2 tapis
Lamanya tak nampak… mesti sibuk dgn kehidupan sendiri
ikut kata kujie…
Hati maza sedang berbunga-bunga sambil menggigit pencungkil gigi…
maza sedang tersandar di atas kerusi selepas pekena ikan sungai asam pedas yg fresh2 gitw.. hehehe
burpppp! oppss.. hehehe
Betul tu.. Lagi satu, jgn terikat menjadi blogger, nnti tertekan pula dibuatnya… kepuasan blogger bila entry yg dibuat berguna kepada org lain..
Satu lagi ilmu baru dipelajari hari ni…
Terlalu banyak lagi yang belum diketahui…
Masih duk R & D serta trial & error benda2 yg org lain dah buat 5-6 belas tahun dulu… (inilah bahana nak ikut perkembangan dunia IT dgn zero knowledge tentangnya…ta..pi, seronok laa…)
nak ikut gak jejak langkah ni…bagus ni… 🙂
Mcm tu lah, bantu-menbantu. Yg lama beri contoh dan panduan pada yng baru.. Yang baru beri pandangan kepada yang lama… 🙄
kawan² menang, gembira – rasa tu berkembang – kita yang disekitar kawan² yang gembira pun jadi gembira…mcm pakai minyak wangi, lah kan… 😆
respek dengan kakjie..kalau kakjie join mesti boleh menang jugak