Happy Dung Dung Ceng
Live Blogging

Happy Dung Dung Ceng

Adik bongsu pergi kerja dan terus balik kampung dengan keretapi petang ini.
Along baru saya call dari PD, report dah selamat sampai.ย  Lega …

Sekarang tinggal berdua dengan Intan.

Sambutan CNY di taman perumahan kami 2 tahun sudah. Tanpa slogan kami tetap 1Malaysia.

Buka semua pintu tingkap – tukar langsir, cadar – sapu sawang kipas siling – mop satu rumah sampai ke dapur – basuh balkoni depan sampai garaj kereta – cuci kain 3 kali mesin – masak nasi goreng untuk Intan.

Nampak rumah luas dan berkilatยฒ – rasa sedih rasa kosong rasa sepi rasa sunyi tibaยฒ.

Tak ada sesiapa yang nak diraikan – rumah seluas ini tinggal kami berdua. Rasa nak ajak Intan pindah duduk rumah kami kat Ampang. Flat tingkat 8 – 3 bilik – mesti meriah riuh rendah dengan jiran tetangga.

Adik lelaki ( anak no 5 ) baru call dari kampung – luah perasan itu ini begitu begini. Sebagai kakak sulung, saya menjadi pendengar dan memberi sokongan.

ยฉkujie – tengok jiran kiri dah kosong, jiran tepi dah sunyi jiran depan pintu rapat bertutup – semua orang bercuti………..lagiiiiiiiiiilah sedih walaupun rumah tokey bumbung biru depan tu dah berdung dung ceng…dung dung ceng…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Happy Dung Dung Ceng

  1. ๐Ÿ˜† Haa… mujur baru sampai Kelang Sentral. Buatnya sampai JB baru sedar ? Paling tidak pun, dibawak sampai ke Depo bas tu.. kaco mari Kujie nak trace tempat tu.

    Perkara macam ni sering berlaku masa saya jadi dreba bas dulu. Kita dah sampai Butterworth dari KL, tetiba dalam ramai2 tu sorang datang bertanya; “bang, Ipoh lama lagi ke nak sampai? ”

    Tu dia… camana nak cerita tu..
    (padahal kita dah melalak dekat nak keluar anak tekak “IPOH! IPOH! IPOH” masa kat Medan Kidd, 2 jam sebelum tu…)

  2. takpa kak jie, jji ada anak2. itu lagi penting. insyaAllah, ada masa sy pula balik umah kak jie. itu pun kalau kak jie izinkan, sy dah anggap kak jie macam mak sy sendiri. tak salahkan kak jie. ๐Ÿ™‚

  3. kt sini melayu cina india same je % nye.. umah atas bukit tu sume cine..(rmh melayu ade sebuah aje) jd bile diorg berpesta aduhh.. dh rasa mcm kat mesir..dr mlm bawak ke pg.. tghari pun balun jugak.. udah rs mcm raye melayu jugak…

  4. saLAM

    ok, kak jie dah tgok
    1. loading time… memang berat blog ni, kurangkan widget yg tak perlu atau script yang tak penting

    2. letak google web analytic > http://www.google.com/analytics/

    3. masalah page rank flow – kurangkan outbound link lebihkan inbound link – buat internal backlink kepada entri di dalam blog sendiri

    4. H1 & H2 – title dan blog description blog tak ada

    tapi alexa ranking dah bagus tu

  5. tak luak pun tadahkan telinga…kadang2 dia bukan nak dengar nasihat , dia cuma nak cari tempat luahkan perasaan…dengar sajalah… ๐Ÿ˜‰

  6. seronoknya malaysia, ada cuti perayaan, semua orang turut cuti. tapi kalau kita yang dok rumah ni, kalau tak kemana, mmg terasa jugaklah. huhu

  7. alaihai, sedih rasanya. takmolah sedih2 kak jie, sy lg sedih tak dapat pulang ke kampung. ada kerja yg perlu dilaksanakan. insyaAllah esok baru balik.

  8. tumpang tanya kak hehe.. sori tanya kat sini.. trackback tu apa benda ek? saya klik benda tu kat entri krisis di mesir tu xleh komen pape pun hehe..

  9. salam,seronok orang bercuti yea..

    p/s : kak, ni link blog saya http://www.sissyira.com/, nak mintak akak tolong tengokkan, sy punya 27% bila pasang seo doc tu..sy dah baca banyak kali apa yang akak ajar, tp still tak menjadi..broken link pun tak jumpa cari..huhu..

  10. dari rumah maza melaporkan..

    depan, atas, bawah, tepi dan di pakir kereta sudah lenggang.. tinggal kami anak beranak juga.. huhuhu

    tiada dung dung cheng kat sini.. hanya seletup dua bunga api besar kedabak berbunyi… aderkkk…

    terasa mcm di negara Mesir dilanda garuda lah fulakss…

    Lantun jgn tak lantun.. hahhaha
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  11. dkt sekitar rumah saya pun ramai jiran dah balik kg tak kira bangsa..nasib baik ada pak guard round belah malam..

  12. kawasan rumah saya sunyi jerk.tak der pulak dung2 ceng. haha…rumah kalau besar tapi penghuni nya sikit, memang terasa sunyi…Ohh…

  13. bersama-sama lah kite ikut irama dun dun cheng mlm ni ye kak jie.. umah atas bukit nun dh start berdun dun cheng …. mercun papan meletus2… hahaha…

  14. dah balik, baru balik sini malam tadi
    tak boleh pergi mana2….hari ni Angah nak balik dari asrama dijangka tiba kat Hentian Duta KL kul 4 pagi.

    lagi suami tak berapa senang hati nak lepaskan kami kat jalanraya time cuti2 mcm ni…bila dia jauh di sana

    sejak suami kat luar negara, memang jarang keluar , memang mengelak utk berada di luar rumah tanpa sebab….dok je rumah…

    mencegah lebih baik… ๐Ÿ˜‰

  15. Hehe, bermonolog seperti peserta Pilih Kasih ka? :mrgreen:

    Kalau macamni, saya mesti balik kampung, bercuti dengan orang tua. Hati ibu sayu bila anak-anak jauh, lebih-lebih lagi waktu cuti panjang kan?

  16. “Nampak rumah luas dan berkilatยฒ โ€“ rasa sedih rasa kosong rasa sepi rasa sunyi tibaยฒ.”

    – Usah sedih-sedih kak jie, pelawat blog boleh mengisi sedikit ruang kosong dan sepi sunyi tu. ๐Ÿ™‚

Comments are closed.