Saya duduk sambil membaca akhbar di kerusi food court Tesco. Intan dan kawannya Shera berada di dalam pusat permainan kanak-kanak. Umur dah 13 tahun masih nak main game kanak-kanak.
Tiba-tiba seseorang menegur ” Ini Kak Jie, ye? ”
Kami bersalaman dan dia beritahu dia adalah pembaca senyap blog ini. Dia nampak saya tetapi tak pasti betul atau tidak sehinggalah dia ter nampak Intan didalam ruang permainan.
“Kat luar nampak kurus dari dalam gambar kat blog….”
Terimakasih Ida! Dengar pujian tu Kak Jie rasa tak sabar nak update blog.
Motivasi diri .
@kujie – ini kali ke 3 saya terjumpa dengan pembaca blog dalam situasi begini.
Posted with WordPress for BlackBerry.
mesti ramai pembaca senyap blog kak jie kat luar sana..hehe..
saya kadang² senyap juga bila baca blog kak jie guna E72..hehe..
Saya pula pembaca senyap dan pemalu..
Memang dia pembaca tegar siap boleh kenal Intan lagi he3..kalau saya pun saya boleh perasaan Kak Jie sebab selalu tgk gambar Kak Jie kat blog.
Assalamualaikum… Datang Dari Negri Jiran.. Izin Menyapa Sahabat Blogger Yang Di Seberang..
“Salam Kenal” dan “Salam Sukses Selalu”.. Tarimokaseh….
mungkin dh pernah terjumpa tapi x kenal… hehehe
Salam alaiyka Kak Jie,
Wahhh ni pun nanti nak skodeng Kak Jie di Rawang, untung-untung boleh berenang di kolam renang. Hehee.
“Kat luar nampak kurus dari dalam gambar kat blog….” – musti hati Kak Jie berbunga-bunga umpama taman riang ria masa tu kan?
Selamat Hari isnin : )
Kak Jie jangan marahkan kamera kerana menjadi gambar kak Jie nampak berisi. Yan penting blog ini berisi. 🙂
jom nak jumpa kak jie juga lah..haha…boleh?.. 🙂
saya pun pembaca senyap jugak…hehehe…
Kak Jie memang dah sampai level selebriti.. jalan2 kat public ada orang tegur.. 🙂
fuh untung pembaca senyap berani tegur. kalau saya tak berani XD
pembaca senyap dah dikenali. comelnya adik tuh buat peace.
assalamualaikum..
kak jie!!..malunya.. ini terpaksa menguatkan diri untuk menconteng di blog kak jie..tak sangka pulak kak jie nak letak gambar ‘pembaca senyap’ ni kat blog kak jie… malu tapi mahu..hahaha
*saya sangat berbesar hati dapat bertemu dengan kak jie..kak jie sangat sporting! 🙂 *
Bilalah nak dapat jumpa Kak Jie.. 🙂
buat gathering ramai2..hehe
hehe..agknya kalau sy trjmp kak jie, mesti tak cam..sy ni mmg cenggitu kak…ape lg klau org tegur sy, msti blur2…
pemes… pemes… hehehehe…
Pemilik blogger elit memang pemes dan popular, kan…? huhuhu
memang otai habislah kak jie…hehehe
terkadang tu berselisih bahu di dunia realiti tapi tak sedar pun..