Ben Ashaari – Benci Bilang Cinta
Blogger

Ben Ashaari – Benci Bilang Cinta

Hari ni tak nak berleter – hari² berleter pun bukan boleh ‘masuk’ . wat derkkkk je korang…..

Tengah² minggu ni, tema ezi N lite!

Kita usik pengunjung nak…

Awak ada aduan tentang KFC juga ye? Ada yang tak puas hati dengan KFC? Meh kita kongsi kat Aduan Pengguna KFC O.R. Chicken Chop .

Semalam staff KFC telefon mengenai aduan saya minggu lepas.  Dia bagitau KFC ada pisau , minta maaf dan pelawa untuk belanja makan.

Saya tak harap pun nak makan percuma di KFC tetapi ini pengajaran untuk staff, jangan ingat  makcik pakai tudung bawal murah tak reti nak makan guna pisau dan garfu.

Makcik tak  mainlah bising² dalam premis tetapi makcik tau buat aduan online ke ibu pejabat siap dengan link ke blog.   Kelaaaasss makcik, ok!

 


Pakwe sapa la nii…..

Dik… kata orang tengah bercinta semua wangi, ini bukti penemuan baru ni. Boleh diketengahkan untuk kajian saintis.

Masam tang mana tu dik…. ke masyam masyam syayang?

Tips terkumpul cara untuk beritahu seseorang yang badan berbau.  Berterus terang pada waktu yang tepat , gunakan ayat yang cermat.  Kalau hal baik² macam ni pun dia melenting – tu dah nampak petanda awal suka berperang bila kahwin.

 

Nak peluk suami pun nak kena ada cara dan gaya ke?

Bulan depan datang lagi ye.  Boleh saya buat demo bergambar…:lol:

 

Carian dari Indonesia.  Benci tapi mengandung juga… Nak mengandung tak perlukan cinta. Dengan izin Allah, perlukan sperma yang cukup kuat untuk berenang ke tube fallopia untuk bersatu dengan telur.  Tak kira terpaksa atau dipaksa, benci atau cinta.

Cari Ben Ashaari, sampai ke blog Kujie, Tongkang silap mendarat kot ni.

nak letak tajuk Ben Ashaari Mengandung..
tapi takut dia terasa hati le pula..hiks jangan marah ye..

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Ben Ashaari – Benci Bilang Cinta

  1. Bau peluh badan dihasilkan adalah minyak wangi asli dengan bau badan sudah kenal bau cik abang atau cik adik. Macam cagu atau cengkam kaki walapun busuk ada yang menciumnya. Minyak wangi Musk dihasilkan dari kalenjar perut rusa Musk.

  2. Berkesan aduan Kak Kujie tu. Mungkin aduan tu memang jitu. Amek depa.

    ‘Masam’. Teringat mangga jeruk kat pintu depan Giant. Masam-masam pun bila dicicah asam yang ada masam-masam manis, tak sedar ngunyah dah jilat jari. Tapi itu jeruklah!. Tentang orang, tak saya arif. Adatlah ada masa-masa tu sendiri rasa tak selesa. Maknanya perlu bersiram. Tapi kalau ‘semedang’ aje gitu. Perlu lakukan sesuatu. Koreklah segala macam petua dan pemuda. Hih!3X.

    Teringat masa ngandung anak sulung. Masa tu ditugaskan dikaunter, berdepan dengan orang yang ibarat tak gosok gigi. Waduh! Aku dah le sensitif giler masa tu. Serasa mahu terbelahkkan breakfast pagi tu… Wakaka..Cerita 14 tahun lepas.

    Suka benci bilang cinta dari Radja! Ngandung tu tak semesti ngan cinta. Mungkin cinta hanya sebahagian ‘bahan’ sahaja. Selebihnya macam-macam lagi…..Yang kena perko.. pun, boleh termengandung yek..

  3. Hu hu awek sapa masam tuu. Kalau cari kan gelama masam reti lah habaQ mana boleh dapat 😆

    p/s: start esok cuti 4 hari, iza amek annual leave, nak balik kampung makan degheyan 😀
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Apa barangMy Profile

  4. Assalamualaikum,
    Ben Ashaari mengandung? Errrr…apa nak kata ek.
    Kalau menyemak keywords orang yang datang ke blog, ada masa boleh buat kita gelak tergolek-golek 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Blog Yang Aku Tak BacaMy Profile

Comments are closed.