Saya bertukar menggunakan Innity bukan bersebab earning semata-mata. Ianya berhubung kait dengan prinsip seorang isteri seorang ibu, ada sempadan agama dan budaya yang perlu saya patuhi.
Itu saja. Bukan bersebab wang ringgit semata². Kalau duit yang saya utamakan, semua orang akan nampak blog ini berkelipan berkilau iklan kiri kanan atas bawah.
Bukan tak ada pengiklan yang mencari untuk beriklan tetapi ada produk² yang tidak selari dengan prinsip saya.
Dengan Innity saya ada kuasa ke atas diri sendiri dengan memilih dan mengabaikan iklan yang saya tidak mahu dipaparkan di blog ini.
Innity tidak melihat personaliti seorang blogger tetapi mengiktiraf pencapaian sesebuah blog. Ini juga sebab menarik kenapa saya selesa bersama Innity.
Di syarikat mana sekali pun, earning ada pasang surutnya – kita kena faham pengiklanan adalah perniagaan bukan projek syok sendiri.
Bagi pendapat peribadi saya, Nuffnang tetap sesuai dengan sesiapa saja yang boleh menerima sistem mereka. Cuma saya yang tidak boleh masuk dengan sosial budaya Nuffnang. Itu saja.
jawapan untuk email
soalan kenapa…kenapa…yang kerap ditanya
nuffnang siar iklan tah pape.. nasib baik mikadeal dah xde.. kalau x, asik merah je blog.. atas,kanan,kiri,bawah.. hehe.. satu hari tu, boleh pulak terkeluar iklan ar*k.. 🙂
Assalamualaikum kak,
entri yang bagus. Penuh dengan informasi. Dan komen dari teman-teman blogger lain kat bawah ni pom bernas jugak..
Bakpo ya tak sekung tuh? Boleh kongsi sikit dop? 😉
saya baru je buang kod nuffnang tadi…bila ranking blog dah ok nanti baru nak letak iklan kot…(innity kot nanti itupun kalau lepas) 😉
salam, akak 1st time dtg sini.. nice!
tertarik ngan tajuk.. hmm
sy masih dalam di lema nk amik antara 2… hmmm… sbb nuff mmg pilih kasih~
innity semakin mendapat tempat di kalangan blogger.
Masih setia dengan nuffnang.. walaupun bukan anak emas.. tapi masih boleh lepas bayar broadband setiap bulan.. Tuhan dah tentukan rezeki setiap orang ..kalau bukandari berblog rezeki anda.. mungkin ada sumber rezeki dari tempat lain..yg penting jgn berhenti berusaha.. kalau dok salahkan sana.. salahkan sini.. tak kemana.. betul tak kak Jie
Salam kak jie…
earning dari nuffnang baru dapat skit….terpukau juga dengan innity nih…tapi takpalah.. just wait n see dulu with nuffnang…klu ok bleh teruskan..klu tidak babai…
sambil2 tuh leh kukuhkan dulu blog….
Saya tak layak lagi untuk innity.. untuk nuffnang pula saya makin hari makin sakit hati.. unique visitor 5 angka.. tapi income 25 sen walaupun saya status Glitterati!! Yerlah, bukan tujuan saya buat blog untuk dapat duit tapi bagi saya tak adil jika orang mempergunakan blog saya. Buat masa sekarang, saya gunakan adsniaga. biarlah status glitterati saya hilang.. janji puas hati..