Encik Tokei ipad2 di Malaysia minta tag 5 blog paling kerap dilawati 2011.
Sebenarnya ada banyak blog yang kerap saya lawati dan kebanyakkan menjadi pembaca senyap. Saya rasa, saya lebih kepada pembaca blog dari penulis blog.
Di bawah ini hanyalah 0.01% blog yang saya baca dan ikuti sejak bertahun² dahulu dan sangat saya hormati atas originality mereka.
1. Hikayat Sinaganaga Origami III – dan klik beberapa komuniti bloglist di sini.
Saya mula mengikuti blog ini sejak 2005 dan memiliki beberapa buah blook projek mereka kecuali buku gambar muka depan ‘katak oren’
2. Saloma – Jumpa blog ini tahun 2008 dan ramai blogslist dia pun saya jadi ‘silent view’ seperti PeejBurhan, Capt Lukman , Kereta Mayat
3. Kahuna Blog Paling Kool walau pun kadang² macam biskut. Encik Polis Tatabahasa ini sekarang bertanah air di France. Kalau yang ikuti saya di twitter mungkin perasan kerana saya seringkali tweet entri beliau. Korang perlu baca entri ‘Periuk kata cerek hitam”
4. Trankuiliti Tronoh – saya suka ‘membaca pemikiran orang’ . Saya juga baca separuh blog lain di bloglist Lucius Maximus termasuk Sokernet , Blues Orang Jelebu . Saya beli dan baca buku beliau Cerita Piala Dunia ( masih berhutang nak buat review sebab buku dah lesap dipinjam entah siapa )
Mungkin kalau dapat amplang sebungkus baru nak tulis kot..hiks!
5. Tersepit Dicelah Kegilaan – sekarang dah berpindah ke rumah baru Anak Abu Bakar – Satu tahun satu blog kot description dia.
Saya ikuti kesemua segmen Solarisnya dan yang penting dia peminat Liverpool! Full stop!
Eh belum…. catatan secebis harapan dari saya seorang pembaca
Jadi anak yang baik, sanggup hidup kosong di Seremban demi ayahanda yang sedang mengidap kanser dan memiliki lesen memandu sebagai pelajar dewasa. Moga kembali memiliki semula ‘mata ketiga dan lidah kedua’.
6. Genta Rasa dimiliki oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Wartawan, pengarang ,Ketua Pengarang , kolumnis beberapa buah majalah , penulis lirik kumpulan nasyid, penulis skrip Raudhah (ASTRO) dan pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Belajarlah. Kekadang sesuatu ilmu tidak dapat diajar tetapi boleh dipelajari. Pokoknya, aliran ilmu umpama aliran air. Mana tempat yang rendah, di situlah banyak mengumpul air. Tadahlah ilmu dengan hati yang merendah. Orang yang tawaduk bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan cerdik, tetapi juga daripada orang yang jahil dan jahat – gentarasa
Walau tajuknya 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 tetapi saya senaraikan 6 dan kalau boleh nak listkan 60 blog.
Eh…saya juga pembaca senyap blog Aku Melayu Minimalis..
Saya pun nak tahu juga 5 blog paling kerap yang korang lawati…sharelah. Mungkin ada blog baru yang kena dengan selera tekak saya.
Saya melawat blog lain setiap hari bergantung dari referer dari clickly
©kujie – bila ada ‘saya’ itu pengalaman saya … jangan tipu pembaca awak tau!
1. Walaupun jarang singgah kujie2, tapi kalau sekali singgah saya ambik masa yg lama utk stop di sini.Kekadang jer drop komen sbb kalau masuk sini mesti dah berduyun org lain yg komen. padahal sya buka blog ni awal pagi. huhu
2. Blog mysuperkid.com pun blog yg menambat hati saya juga. Pemilik Blogger wanita. Sya tgk pengomen tak ramai mcm sini. tp isi cerita dia mggambarkan dia seorg yg ambil tahu perkembangan semasa.
Jom terjah post menarik dari mekar ..Tortilla Ayam bersama English Parsley
Blog genta-rasa memang best untuk dibaca. Gaya penulisan yang santai dan memberi input kepada para pembacanya.
Jom terjah post menarik dari shaharil ..Sepi Tidak Semestinya Ditinggalkan
errr..nape chii x penah jumpa pun nama2 dorang ni eh :p
klo blog kak jie..biasa sgt 😀