Encik Tokei ipad2 di Malaysia minta tag 5 blog paling kerap dilawati 2011.
Sebenarnya ada banyak blog yang kerap saya lawati dan kebanyakkan menjadi pembaca senyap. Saya rasa, saya lebih kepada pembaca blog dari penulis blog.
Di bawah ini hanyalah 0.01% blog yang saya baca dan ikuti sejak bertahun² dahulu dan sangat saya hormati atas originality mereka.
1. Hikayat Sinaganaga Origami III – dan klik beberapa komuniti bloglist di sini.
Saya mula mengikuti blog ini sejak 2005 dan memiliki beberapa buah blook projek mereka kecuali buku gambar muka depan ‘katak oren’
2. Saloma – Jumpa blog ini tahun 2008 dan ramai blogslist dia pun saya jadi ‘silent view’ seperti PeejBurhan, Capt Lukman , Kereta Mayat
3. Kahuna Blog Paling Kool walau pun kadang² macam biskut. Encik Polis Tatabahasa ini sekarang bertanah air di France. Kalau yang ikuti saya di twitter mungkin perasan kerana saya seringkali tweet entri beliau. Korang perlu baca entri ‘Periuk kata cerek hitam”
4. Trankuiliti Tronoh – saya suka ‘membaca pemikiran orang’ . Saya juga baca separuh blog lain di bloglist Lucius Maximus termasuk Sokernet , Blues Orang Jelebu . Saya beli dan baca buku beliau Cerita Piala Dunia ( masih berhutang nak buat review sebab buku dah lesap dipinjam entah siapa )
Mungkin kalau dapat amplang sebungkus baru nak tulis kot..hiks!
5. Tersepit Dicelah Kegilaan – sekarang dah berpindah ke rumah baru Anak Abu Bakar – Satu tahun satu blog kot description dia.
Saya ikuti kesemua segmen Solarisnya dan yang penting dia peminat Liverpool! Full stop!
Eh belum…. catatan secebis harapan dari saya seorang pembaca
Jadi anak yang baik, sanggup hidup kosong di Seremban demi ayahanda yang sedang mengidap kanser dan memiliki lesen memandu sebagai pelajar dewasa. Moga kembali memiliki semula ‘mata ketiga dan lidah kedua’.
6. Genta Rasa dimiliki oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Wartawan, pengarang ,Ketua Pengarang , kolumnis beberapa buah majalah , penulis lirik kumpulan nasyid, penulis skrip Raudhah (ASTRO) dan pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Belajarlah. Kekadang sesuatu ilmu tidak dapat diajar tetapi boleh dipelajari. Pokoknya, aliran ilmu umpama aliran air. Mana tempat yang rendah, di situlah banyak mengumpul air. Tadahlah ilmu dengan hati yang merendah. Orang yang tawaduk bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan cerdik, tetapi juga daripada orang yang jahil dan jahat – gentarasa
Walau tajuknya 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 tetapi saya senaraikan 6 dan kalau boleh nak listkan 60 blog.
Eh…saya juga pembaca senyap blog Aku Melayu Minimalis..
Saya pun nak tahu juga 5 blog paling kerap yang korang lawati…sharelah. Mungkin ada blog baru yang kena dengan selera tekak saya.
Saya melawat blog lain setiap hari bergantung dari referer dari clickly
©kujie – bila ada ‘saya’ itu pengalaman saya … jangan tipu pembaca awak tau!
oh,semua belum pernah terjah lagi tu..kalau kak jie yang rekomen saya mesti terjah dan baca lepas ni…
ermm…menarik topik ni, setiap manusia ada sifat unik tersendiri kan…yang unik itulah yang kita suka…kakjie ada ciri unik tu sebab tu ramai yang suka tu…tahniah…
terima kasih sebab share. banyak blog yang bagus.
suka blog KAHUNA.
Alhamdulillah…baru semalam terdetik nak cari blog2 lain utk kudapan minda…sekali terjah blog kak jie…nah…terus dapat 6 blog sekaligus…terima kasih byk2 kak jie
MM kemudian dia pindah atp…hehe
baca life org mmg best dengan syarat kita hormati life dia… kita belajar byk perkara dr pengalaman dia org
ok kak…terima kasih banyak2….tengah nak cuba buat ‘read more’ ni, addoooiiii
tapi tak tercalon satu pun dalam game ini..hehe
tak ape …. blogger indie memang mcm ni..bkn blogger selebriti 😆
Bila lama kak jie kurang dtg bukan tak ingat
tapi saja nak biarkan tuan blog selesa dgn komuniti yang dibinanya
biasanya kak jie mcm tu…support blogger, kemudian hanya memerhati mereka belajar membina group tersendiri… 😆
Kat nav atas tu ada segmen – Tanya Kak Jie
tinggallah komen kt situ..senang nak tengok
kalau kat kotak komen…kak jie tak online sehari je..komen tu semua dah duduk kat mukasurat belakang2 dah..dah tak nampak
Kak Jie pun bukan blog yang paling kerap dilawati- hepi je ni..
oke, tade huwaaaa…bye
tambahan….sorry kak jie..blog wordpress saya dah bersawang agaknya kot….dah pindah guna blogspot lagi, hehe
banyak blog yg saya selalu lawat kak jie…rasanya kak jie punya blog ni yg ju selalu singgah paling lama . hehhee….kak jie masih ingat saya tak…? kak jie pernah singgah sebentar kat blog saya … tinggalkan komen lagi. thanks kak jie!!! ju pernah musykil dan bertanya tentang wordpress tapi tak terjawab….hehehe….luv kak jie punya blog.
Saya baca blog Hidup Biar Sedap, sebab tuan blog tu kan, masa mula-mula saya ada blog; dialah yang rajin layan pertanyaan saya. Huhu
*Terima kasih kak jie, jasamu kukenang.
Saya pun (uh, ini hanya amalan di hujung minggu dan malam yang kurang assignment)
Suka baca tulisan Sinaganaga dan Ustaz Pahrol, cuma kadang kala mereka jarang update.
kadang2 sy cerita kisah sendiri,tapi meletakkan diri sy sbg org ketiga dlm plot cerita..nak tegur diri sendiri tapi dalam masa yg sama luaskan kpd org lain juga.. huhh,memeningkan kah description ni ?.. harap2 leh paham.. 😆
blog hidup biar sedap adalah blog yang paling saya kerap lawati
haha.melayu minimalis tu minat juga. kakjie pun saya minat baca. mak andeh beyond6years pun sama. peejburhan rasa macam kita pun ada dalam cerita dia. kereta mayat pun suka. captainlukman harus dalam list. saya rasa saya suka baca blog orang yang ada pengalaman dan tak hipokrit kot? sedih happy malang suka duka sayang benci semua dia tarok masuk. baru real!
kalau saya, lima blog tersebut adalah:
SaifulIslam.com, LangitIlahi.com, iMotivasi.com, dan banyak lagi lah..
antara suma tu blog genta rasa saja yang saya tahu, yang lain belum..
Saya ingatkan apa lah tadi buku “katak oren” tuh, rupanya placeholder erk… Saya pernah join blook pertama yang bertajuk “Jiwa Kacau” kemudian yang masuk barisan tuh tak sempat hantar entri.
Mantap sungguh senarai 5 blog yang paling kerap kak jie lawati ni. Selera hebat. 😀
satu pun saya tak pernah layan..mungkin kita punya taste lain sikit kot..hehe
Biasanya “orang lama” memang minat Liverpool…
Salam KAk KUJIE..
lama betul saya tak berkesempatan baca entri2 Kak Kujie.. rindunya
sy suke skodeng blog akak !
tp diam diam je la.. ni baru bgtau..
cakkkkkkkkkkkkkk !!!
hehee 🙂
kak ina kl
kujie
eyriqazz
ariffshah
aididmuaddib
blogserius
tehtraik gelas besar
anastasyea
suterablogger
cik epal 06
byk lagi
pergh tak pernah pi lawat pun blog2 tu sebelum ni
terbaik lah akak..
psst: peminat setia gitew…
hahahahah
bleh buat kelab Liverpool Kujie2.. hehehehe
Tahun ni saya kurang la melawat blog2..antara blog yg saya kerap lawati:
1. Kehidupan Ringkas Tapi signifikan-Prof Muhd Kamil
2. Hidup Biar Sedap – Kujie (kenal kan blog ni..hehe)
3. Ini Belog Saya – Kancilbiru
4. Intan Izani – Intan
Tu je kot..yg lain2 tu melawat juga kalau ada lebih kesempatan..
bolehlah nak pergi jenguk juga nanti..
aku pulak jadi silent retweet heee
Blog Kak Jie ni memang sellau gak saya singgah
heheh kadang-kadang jadi silent reader 😆
blog mereka yang kak jie senaraikan adalah mereka yang unik terutama bro sinanaga yang saya kenali sejak terbelinya buku ‘goblok’.
p/s: adeh lupa pulak web tempat terkumpul nya geng dulu.
banyak yg saya suka sampai tak tau nak shortlisted kan 5 .. 😀
Tie pun minat membaca blog-blog ilmiah, masakan (sambil terbeliak tengok gambar), catatan pengalaman di luar negara dan beberapa blog politik , juga termasuk blog ini. Lebih suka jadi pembaca senyap.
Ada satu blog Tie sering baca, mungkin Jie tahu, namanya sixthseal.com. Seorang Chinese, yang bebas makan apa saja(anjing dan dadah pun dia telan).. walaupun adakalanya entri dia buat kita tak selesa, tapi… masih nak baca juga.
tipuuuuuuuuuuu….hahahaha
mesti percaya, dia pengkomen terbanyak 2 tahun berturut2
terimakasih…baca senyap memang best, kan
Baru tau ke…hehehe 😆
sebenarnya 5 tak cukup…Kak Jie baca banyakkkkkkkkkk blog tiap hari
‘membaca’ life orang memang seronok… 😆
on ‘penapis’
jadi…rasanya kak jie terpengaruhi tak dengan ayat takbur dari dlm blog tu? 😆
suke bace blog kak kujie..
suka sangat bila semua pengikut setia blog kak jie boleh ikut dan buat special entri 5 blog paling kerap dilawati 2011.
sokernet pun akak layan gak? banyak ayat2 takbur dalam tu.. 😆
blog yg kerap saya lawati ialah blog kujie dan tie.. hehehe
salah satu blog yang kerap saya baca dalam senyap ialah blog kak jie. 😀
5. Tersepit Dicelah Kegilaan – sekarang dah berpindah ke rumah baru Anak Abu Bakar – Satu tahun satu blog kot description dia.
Saya ikuti kesemua sagmen Solarisnya dan yang penting dia peminat Liverpool! Full stop!
#kak kujie peminat Liverpool gak ke? wahahahah.. You’ll Never Walk Alone kak kujie!! Saya Liverpool fan for the win!!
blur2 xde idea nak update blog ni
bagus jugak buat macam ni
hehe
suka baca akab. mesti best. eventho bahasa nya adak tersirat sedikit but still boleh paham gak