Tukar ID Facebook Dan Update Bloglist
Blog Tutorial

Tukar ID Facebook Dan Update Bloglist

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001684179848

Ini adalah contoh id asal bila create akaun facebook. Tak cantikkan? Susah nak bagitau kawan² username facebook kalau terjumpa kawan lama di pasar tani. No akaun bank 12 digit pun susah nak hafal, inikan pula nombor² macam tu.

Ramai kawan² yang dah tau cara tukar ID Facabook  tetapi ramai juga yang masih tak tahu termasuk beberapa kawan² rapat saya di facebook.  Entri ini untuk mereka.

Jom kita tukar supaya id facebook nampak cantik dan mudah diingat seperti ini >

http://www.facebook.com/intansafura

  • Mula-mula dari sudut kanan klik Account > Account Settings

  • Pada page Setting > Usernama > klik Change.  Keluar beberapa username yang dicadangkan.  Kalau nak buat username selain dari yang dicadangkan, klik More.
  • Lepas tu Save ( nanti cakap cikgu tak suruh Save pula ):lol:

Senang je kan…

No telefon 10 digit pun susah nak hafal, inikan pula nombor² macam tu. Tambahan lagi, bermula 15 Disember 2010 , nombor telefon 11 digit pun akan digunakan .  Rasanya tak ada masalah untuk hafal kot sebab selama ini pun bukan kita ingat nombor telefon di polan di polan – semua pinjam memori kat  telefon atau simkad.  Memori space kat kepala sendiri ada banyak ruang kosong lagi ni.

Hari ini saya akan cuba menupdate bloglist Teman Tapi Mesra. Terimakasih kepada mereka yang memberi penghargaan untuk menglinkkan blog saya dalam bloglist mereka. Maaflah kalau ada sesiapa yang telah link dalam bloglist mereka tetapi saya yang belum update. Tak sempat – bukan tak sudi.

Kadang² teringat nak update – tapi sambil merayau ke sana ke sini dalam talian – sekejap lah …. sekejap lah….alih² tak terupdate sampai hari ini.

Insyaallah – hujung minggu ini saya akan cuba luangkan masa mengupdate bloglist – kepada sesiapa yang telah link saya tetapi saya belum linkback, tinggalkan komen di sini ye

©kujie –

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Tukar ID Facebook Dan Update Bloglist

  1. Salam Kujie
    Setelah saya berpindah ke domain baru daripada domain lama saya iaitu dotcom ke dotmy, kuji2.com adalah link ke 3 saya masukkan selepas web cikgu saya..
    Masih banyak blog tip& tutorial yang saya perlu belajar drp kujie2.com

    Syabas & terima kasih tak terhingga..
    Jom terjah post menarik dari Lawang ..SALAM AIDIL ADHAMy Profile

  2. bende ni elok buat utk shortkan link dan utk mudahkan org mengingati.. kalau tak tukar, org terpaksa search.. ini menyukarkan kerna kalau taip nama kakjie, ada berpuluh2 org nama yg sama.. silap2 beratus2.. kan susah.. nak camkan lagi.. dgn tukar id ni, menyenangkan lagi kerja nak cari kawan2 kita..
    Jom terjah post menarik dari RedBoys ..NetKL – Penyedia Domain &amp Hosting TerbaikMy Profile

  3. huhu.. tq atas info ni….

    p/s: kak jie, leh bgtau tak pnca2 sesebuah blog tu down? cara atasi? saja nk tmbh ilme sal tgok blog knalan2 cam blog cikmin asyik down jerk… hehehe, ade masa share le ilmu yg ade ek.. 😛
    Jom terjah post menarik dari aried ..Tips SEO- Keywords dan Masa Part 2My Profile

  4. saya baru menonton cerita “facebook” semalam tajuknya The Social Network.. tak sangka daripada idea suka2 jadi business bernilai 25 billions

    nota : Tapi, founder kata cerita tu tak betul (value facebook tu betul, cuma cerita dalam cerita tu..)
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..DEMAM NAK ICE CREAMMy Profile

Comments are closed.