Baca tajuk dengan satu nafas!
Seni blogging ada sarcasm, metafora, personafikasi , tamsil , analogi dan kadang² banyak ungkapan yang hiperbola untuk melahirkan kesungguhan perkataan dari reaksi. Kita tak boleh baca blog seperti menyelak buku Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM.
Blogger yang pertama kali singgah, blogger yang membaca dan blogger yang tak baca akan menilai sebaris ayat yang kita tulis dengan berbagai pandangan dari sudut masing².
Ada perbezaan diantara pembaca blog dan pembaca buku. Orang akan ‘membaca’ buku dan pembaca blog, mereka mereka “mengscan” blog.
Scan dan read adalah dua perkara yang sangat berbeza. Bila kita baca, kita teliti baca satu-satu, manakala bila kita scan kita tak baca satu, satu tetapi lebih kepada membacanya secara rambang..Hanya penulisan yang kearah pencakapan sahaja yang mampu menarik pembaca untuk actually membaca dan bukan sahaja scan dari awal sampai akhir. – petikan dari Blog Bukan Buku Rujukan – Izzat Aziz
Kesian Emila yang suci murni tu terkena kejutan. Huruf dan abjad yang kita baca boleh hidup dengan berbagai cerita bergantung siapa yang membacanya dan setakat mana kita memahami tuan punya blog.
Kita tak boleh membaca dan mentafsir huruf dan aksara blog Tubelawak sama caranya jika mendalami blog Helmy Samad . Kita tak boleh telan tips dan tutorial bahasa teknikal Ariff Shah sama nada dan rentaknya bila memgikuti tips bahasa wiiiii di blog Hazrey. ( korang kena klik untuk memahami – ini juga gaya dan cara membaca blog yang betul )
hehehe..terasa juga di sini.
Saya post entri sebaris, korang komen patploh baris. Apa cer…cer lah sikit boh!
Bagi saya , inilah ‘blogging language’ yang berbeza setiap orang. Bagi pengunjung kali pertama, dia akan ‘lost’ , tak faham apa yang sedang berlaku. Dia tak faham rentetan saling berkaitnya satu entri dengan entri yang lain.
‘Blogging language’ bukan boleh difahami dengan membaca satu entri. Blogging language juga berbeza setiap blogger. Tarikan, sentuhan dan makna tersirat cuma boleh difahami oleh pengikut sesebuah blog itu sahaja. Hubungan ini bukan terbina dari satu entri tetapi proses membina karektor seorang pemilik blog.
Contoh mudah, kalau saya tulis – Nemo dan Dori tengah sun bathing. Yang pertama kali baca, tak faham. Yang selalu ikuti bebelan saya dah faham, itu kura² kesayangan saya.
Inilah penjenamaan. Saya bina penjenamaan Nemo dan Dori sehingga image mereka juga diabadikan dalam banner blog ini.
Contoh lagi – kalau entri saya wordless (hanya image yang perlu ditafsir bahasanya ceritanya ) pembaca saya faham sekarang mood dalam hati ada taman. Mereka faham dan saya tak perlu ulang patploh kali …….
Schedule encik suami dah comfirm, flight 7.30am 19hb (Khamis) Constantine – Algiers – Doha – KL 2.55pm 20hb ( Jumaat )
bile makcik dah membebel, tak de nye nag-less, word-less lagi dah!
kak jie, lagi satu kita kena selalu baca gossip juga, baru tahu maksud tersirat.
herm perkara biasa..tiada siapa yang faham entri penulisan penulis blog…mana yang tak faham tu..akan main redah jer terus kutuk penulis blog
hanya mereka yg dalam dunia blogging je yg faham bahasa blog kan… 😉
hehehe kena baca entri sampai habis, baru lah faham. hanya blogger yg akan faham jiwa blogger. chewahhhhhhhh!
Entri ni best..series.
gaya penulisan setiap blogger melambangkan identiti dan branding blog itu sendiri. mcm blog saya, xperlu diungkapkan dgn karangan yg pjg, hanya perlu gmbr je
sbb tu masa mula2 baca blog kakjie pening den dibuatnya, tapi bila dah melekat setiap hari di blog ni dah faham dah apa yang nak disampaikan
sampai hati kau nak tempeleng kak jie~
ok komen atas tu satu contoh mereka yang salah faham dengan tempeleng tu. 😆
kalau tak faham tu..buat cara tak faham. Senang.
Oh, macam tu kak jie yer.
tapi rentak tulisan saya tak senada. Ada serius, lawak-lawak sikit, unsur tazkirah sikit, Serius pun ada.
Rasa lebih selesa dengan cara macam itu.
wahaha.. terharu nama tubelawak masuk blog kakjie.. kakjie nak tempeleng muka kakjie sedas buleh tak? syg kakjie! muah!
Komen saya yang bakal saya tulis tidak ada kaitan dengan entri diatas kecuali perenggan terakhir.
Selepas ini boleh cium dan peluk sayang kerana en.abang akan terpacul pada hari Jumaat nanti 🙂
hang baca entry ni,terutama baris-baris ppertama..
puas juga melihat lihat blog2 rakan lain yang hebat-hebat,mencari dimana aura diorang..hMMM…eNTRY???Gya bahasa???apa-apa lagi lah..
“Pembinaan jenama, jati diri, dan karektor blogger”. Tak semua akan sama, tapi bila dah lama meneliti sesuatu blog, kita akan faham cara penulis blog tu. 🙂
style penulisan tak semua sama.. betul2..
bila tulis rasa best tu yg seronok..
padat… padat… saya suka…
sebab idea kak kujie tersangat padat dalam penulisan buat saya tak berani nak beri komen satu ketika dulu…
membaca dalam senyap jerk…
Bukan kak jie nak pergi bercuti..encik suami yang nak pulang bercuti
Terimakasih Kak KUJIE.
Boleh kah saya sebut satu perkataan dalam 1 ayat di sini?
Blogger yang ada identiti tersendiri…!
dah jumpa ke dak nemo & dori tu?
itu la..
bila orang sebut “kenapa nak beli barang buatan cina”
ada yang faham “APSAL TAK BOLEH BELI PULAK? APSAL TERUK SANGAT KE, RACIST LA, ORANG CINA PON ADA YANG BERAGAMA ISLAM”
padahal tersiratnya barang harga RM100 orang jual harga RM2ribu.
*wink-wink*
masuk blog ni,kena bawak hidden pancaindera. 😆
oh..saya pun baru ikuti blog akak..so tak tau cerita nemo tu..hehehe
wah..taknak komen lain..nak wish k.jie ” happy honeymoon nanti!1″
belajar terima pendapat orang lain supaya orang lain menerima seadanya pendapat kita
Saya dah makin ketinggalan zaman.
Apa pun, mujur dah letak kat header, ‘small time blogger’
Tumpang happy bila kekanda dah nak sampai… Salam Hormat untuk beliau.
😆 HAHAHAHA! 😆
Sian kat “DIA”
😎 wiiii……
saya rasa sbb dlm dunia ni perangai beza2.. kdg2 blog yg de byk info lum tentu ramai komen, tapi tak mustahil ramai dtg cari info..
kdg2 yg tulis pasal life sendiri, de org suke, so org komen la.. itu ikut rasa hati la kan..
Sorry dah terbalik lol! Dalam ‘hati ada taman’. Mak gelojoh pulaklah menaipnya..
Mmmm…Entry wordless dan dalam taman ada hati tu saya faham…..Semoga dilimpahi kegembiraan.
saya tak rase saya komen berdasarkan entry di atas kot.. sebab jauh tersasar..
as per my understanding, the more famous you become as a blogger, the more comments you will get..
letak la huruf A sahaja dalam blog post.. ppl will ask, comment, and say whatever they want to.
pernah tengok satu video chris crocker yang popular suatu ketika dulu.. die cume letak video die kelip mate selama 5 saat.. tapi berjuta-juta hit dapat dalam masa yang singkat..
I am not really a big fun to go deep on technical language ni… some ppl may understand that way and i understand in my own way ( based on saya cakap la )..
As for me, blogging doesnt need to be like a rocet scientist.. you write, post and publish.. its abonus if you hv thousands followers cus from that moment you’ll see you are not just writing but you are ‘provoking’ ppl thoughts
hihih
sy paham apa yg ezany tu cuba sampaikan..hehehe
erm…akhirnya, kita pilih utk jd blogger yg lagu mana..nak jenis yg ‘membaca’@ ‘mengscan’….
dan latih diri utk ada cermin sisi dan juga belakang…bukan setakat cermin depan..insyaAllah, kita akan lebih faham…
pssst..kak jie..ramai yg susah nak faham agaknya apa yg si ezany-kun tu tulis…serius sgt idupnye… 😀
ini boleh dianggap membebel tak?
hehe
entah, kakjie bercuti bukannya nak ajak kita..
setuju2… hehe… ada beberapa blog je yang aku baca betul2 dari huruf yang pertama sampai huruf terakhir…
dan blog2 yang lain, aku akan SCAN je… wahahaha
blogger2 mcm tu kena hantar kat obefiend 😈
hehehe.. ade baca gak komen yg blas kat ezany tu ritu.. nak tlg jwbkan.. tapi no idea.. :p.. betul la kan..membaca ni nak kena phm bebetul, kalau skali lalu je mmg tak sampai la ape yg org nak sampaikan tu… tu yg kdg2 kalau ade org buat entri dah detail skali pun masih ade jugak yg ckp tak phm.. ngeh
Di sinilah letaknya sense of blogging. sebab tu bukan semua orang boleh baca dan tulis blog. Kena ada sense dia dlu.. 😀
haha Kak Jie, sumpah mula-mula saya tak faham cerita blackheads kat hidung tu. bila kak jie cakap tentang SY cakap yang orang suka hidung dia, terus saya pi google. masyaAllah, barulah saya tahu cerita sebenar.
Kalau blogger tu dah lama mengikuti sesuatu blog tu, dia pasti akan faham apa yang diceritakan di dalam ruangan komen. Kalau yang baru tu, biasanya akan blur dan kemungkinan tak jadi komen sebab tak faham.
Sebenarnya, orang macam Hazrey tu takde life. Sebab tu dia blogging. Kesian dia. Kekadang mintak orang letak header blog dia sebab masa kecik tak cukup susu badan. Ai benci kat Hazrey tu. Geram pun ada. Rasa nak siat siat jek.
kenapa berbeza.. sebab mereka2 yang bernama blogger ni kan orang.. setiap orang ada feel dan ragam dia sendiri..
wah syoknya abg ann nak balik eh??
**hatiku berbunga riang** ~kakjie
hahaha!
suka entri ini.Kadang-kadang blogger suka berkias dalam nada menganjing,memperli dan sebagainya.Bila orang tak baca habis,tak paham maksud,mesti terus komen kata itu ini.Hurmmm,perception orang mungkin berbeza kot
itulah pentingnya pemahaman. baru baca satu baris, dah melenting. tapi tak mahu selidik dulu punca cerita itu. hehe
orang yang komen macam itu kesimpulannya bukan “follower” yang baik. tak gitu?
salam kak jie! lama tak tinggalkan jejak..sejak ada baby ni tak busy layan anak je.. 🙂
dunia blogging ni luas.. blogger ade macam2 ragam.. 😀
ahaha, jumaat makin hampir, selamat balik
itulah pentingnya persahabatan dalam blog. kita kenal, kita tau cara penulisan diorang!
sebab tu blogger lain jangan melenting, ada blogger tulis sikit2, komen bukan main banyak.
Maknanya penulis blog itu ada “networking” yang tersendiri. Update lah macam mana pun, orang datang, baca, komen.
pandangan berbeza..harap tiada yang terasa hati
kak jie nak bercuti ke mana? 🙂