SEO Melalui Gambar Atau Image
Blog Tutorial

SEO Melalui Gambar Atau Image

Gambar adalah salah satu teknik SEO yang membolehkan kita mendapat SERP yang baik dalam Google Search Images.  Blog saya sendiri, Google Search Images menduduki ranking Top 5 selepas enjin carian lain.

Mungkin ramai rakan blogger saya tahu mengenai isu ini kerana ianya bukan kes terkini. Saya dah lama tahu bahawa tajuk gambar yang telah dimasukkant tidak mempunyai title walaupun kita telah isi pada kotak sebelah kanan sewaktu memasukkan gambar

Tetapi, sedarkah wahai blogger, setiap kali kita memasukkan gambar  sewaktu membuat pos baru atau edit post,  title kepada gambar tersebut tidak secara automatik disimpan oleh WordPress.

Biasanya, kita akan meletak title image yang dikehendaki sebelum insert image .

SEO Image Title Image

 

Selepas dah masukkan gambar di dalam entri , cuba klik   edit image.

Gambar SEO

 

Title imej yang diisi tidak disimpan.  Ruangan tersebut kosong walau pun telah diisi sebelumnya.

SEO Melalui Gambar

 

Penyelesaiannya – setiap kali sebelum publish entri, letakkan title imej secara manual.  SEO Google Image juga banyak membantu kedatangan pelawat ke blog ini dan sebab itulah saya selalu meletak tajuk gambar yang bersesuaian.

seo image

Kalau kita letak mouse pada gambar , akan keluar  tajuk gambar tersebut. Itulah keyword untuk SEO Image.

Ada beberapa tips sampingan untuk mendapatkan SEO melalui gambar

  • Guna nama file yang sesuai dengan contents  contoh – nasi arab, nasi kerabu, nasi ayam
  • Alternative Text :  Search engine tidak dapat melihat gambar tetapi membaca text pada gambar.

 

Nota i : saya tak gunakan plugin SEO Image
Nota ii : Untuk blogger WordPress sahaja.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “SEO Melalui Gambar Atau Image

  1. tambahan tip, untuk bagi nama pada imej, saya pernah terbaca antara menjarakkan nama file contohnye seperti: gambar nasi ayam.jpg adalah satu perkara yang tidak berapa bagus untuk SEO image.

    jadikan nama file tersebut menggunakan sempang atau tolak seperti: gambar-nasi-ayam.jpg. sebab untuk catch file, ia akan hanya catch perkataan “gambar” sebab terputus talian. maka sebab tu kita letak tanda sempang tu.

    begitu juga dengan tanda “under_score” kalau boleh dielakkan, kerana dalam bahasa pengaturcara common, underscore akan dikira sebagai space. oleh itu, sama juga, ia cuma catch perkataan kat depan, sedangkan keyword pada gambar tertinggal kat belakang. jadi kalau boleh,

    elakkan memberi nama: gambar_nasi_ayam.jpg kerana ia akan dibaca sebagai gambar nasi ayam.jpg

    sama ada perkataan gambar akan di indeks, ataupun ayam.jpg. sebab tu bila search kat google image, keyword berlainan, tapi gambar tadek kene mengena dengan hasil carian.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Salam Blogrrr Untuk semua.My Profile

  2. 1. Sebenarnya mana yang lagi penting? Alt atau Title? 😉

    – Setahu saya Alt. Boleh rujuk video Matt Cutt, pakar SEO dari Google

    2. Ada sebab kenapa WordPress remove Title attribute dari image. Boleh rujuk tiket no #18984 ni http://core.trac.wordpress.org/ticket/18984

    3. Ada plugin best. Namanya Restore Image Title. Lepasni tak payah nak edit2 dah. Bila masukkan image title masa upload image, terus ada kat image.
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Busuk.org Memperkenalkan Sistem Baru – AutopingMy Profile

  3. Agaknya lepas update WordPress 3.5 ke atas ni diaorang sengaja buat macam tu kot..nak bagi blogger rajin sikit kemaskini nama (keyword) gambar utk setiap post.. 🙂
    Saya pernah terbaca mengenai benda ni dulu (letakkan keyword yang sesuai utk gambar supaya mudah diindeks oleh ‘spider’ enjin carian), tapi tetap selalu terabaikan perkara penting ni setiap kali upload gambar..apa pun entri ni dah memotivasikan saya supaya lebih rajin letakkan keyword yang sesuai utk setiap image di dalam post..
    Terima kasih Kak Jie sebab up entri berbentuk pemberitahuan ni.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Komisen Pertama Dari eQurbanMy Profile

    1. sebenarnya kak jie tak panggil ni tutorial….

      kak jie nak panggil – pemberitahuan sebab semua orang letak tajuk gambar kat bahagian title tetapi ada yang tak sedar, selepas WP 3.5, walaupun letak, title tu tetap kosong pada tempatnya.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..SEO Melalui Gambar Atau ImageMy Profile

  4. gambar sangat penting dalam sesebuah entri kalau boleh jangan satu biar lebih kerana ramai yg suka melihat gambar terutama yg kita snap sendiri. dengan gambar2 yg menarik pasti pembaca akan menunggu setiap entri baru kerana nak tengok gambar apa yg akan keluar … tu faktor offline SEO. Dengan gambar seperti kak jie jelaskan diatas juga dapat membantu up kan ranking entri dalam google.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Mangsa Banjir bukan sekadar perlukan bantuan materialMy Profile

    1. sebelum ini , bila kita letak title image kat kotak sebelah kanan, title tu ada
      tapi sejak wp 3.5 ke atas, walaupun kita dah letak tajuk….ruang tu tetap kosong
      sedar dengan tak sedar je…

      cuba balik check image kat entri masing-masing, baru perasan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..SEO Melalui Gambar Atau ImageMy Profile

Comments are closed.