Hujung minggu lepas, blog ini mengalami masalah untuk diakses. Ada yang bertanya di twitter, ada yang sms dan ada beberapa kawan² yang membuat panggilan terus. Sayang korang……….sanggup potong kredit semata² bertanya tentang blog.
eh…korang sayang kak jie ke sayang blog? perasan, kan…
Masalahnya bermula apabila hanya domain kujie2.com sahaja yang tidak boleh diakses dalam server yang sama. Ada yang boleh, ada yang tidak boleh. Blog saya berada di dalam server yang sama dengan blog DenaiHati tetapi blog dia tidak terganggu.
Bila saya terima aduan mengenai blog yang tidak boleh diakses , perkara pertama yang saya buat adalah check sama ada blog ini down untuk semua orang .
Saya akan rujuk beberapa laman web untuk menyemak status blog. Antara yang biasa saya guna : downorisitjustme.com
Cara yang paling mudah, masukkan url blog dan klik or just me.
Atau mencuba dari web site lain seperti :
- downforeveryoneorjustme.com
- isthatsitedown.com
Keputusan menunjukkan blog saya ‘online’ tak ada masalah sebenarnya untuk diakses. Tetapi kenapa ada yang tidak boleh mengakses?
Check DNS pula di intoDNS – Work In Progress, tiada masalah juga.
Bila dah tahu masalah, baru mejerit di twitter minta bantuan, hubungi pihak web hosting bertanya status blog.
BIla berhubung dengan pihak web hosting, saya diberitahu :
Local Isp dns server is blocking your domain. You have to ask your visitor use opendns.com or google dns.
dammit! Apa salah saya?
Pukul 9 malam, eizil contact saya untuk hulurkan pertolongan. Beliau ada menyediakan perkhidmatan bantuan percuma Khidmat Blogger setiap hari Khamis mengikut tempahan. Tapi untuk saya, perkhidmatan 24/7..hehehe..
Selesai dia tengok masterchef, baru #opskujie bermula.
Off semua setting, standard procedure untuk troubleshoot , uptade dns hampir 9:45 malam , blog dah boleh diakses.
Pakar yang buat kerja, sekejap je dah nampak jalan penyelesaian.
Sekarang dns saya menggunakan CloudFlare. Nak tahu apa itu CloudFlare , bacaan ini mungkin dapat membantu.
- Cara Melindungi Blog Dari Kena Hack
- Security Patch Vol #1 – Cloud Flare
- Security Patch Vol #2 – Pendaftaran CloudFlare dan Penggunaan di WordPress
Saya terima pandangan beberapa blogger mengenai CloudFlare yang bermasalah. Bagi saya, tiada satu sistem pun yang sempurna untuk memenuhi setiap keperluan. Masalah CloudFlare bukanlah masalah yang tak boleh diselesaikan dan bukan juga masalah yang kritikal.
Blog ini juga telah diupgade dengan beberapa ciri-ciri keselamatan disaat negara kita sedang hangat dengan isu hacker atau script kiddies. Terimakasih untuk Eizil.
Saya berusaha menjaga milik saya – diam², tak perlu terlampau menggelupur.
take note : Kebaikan Twitter adalah membina perhubungan atau dipanggil ‘kawan’ bukan follow semata² nak spam mention dengan entri sendiri saja. Itu bukan cara berkawan. Persahabatan perlu dibina terlebih dahulu. Agak tak sopan, kalau tidak pernah bertegur sapa, tak pernah pun bertanya khabar…..tiap kali publish entri baru, tiap kali nak mention kat twitter. Ping kat timeline sudahlah. Kalau 2000 follower buat cara yang sama…. cuba bayangkan! Akaun twitter saya bukan Ping Aggregators.
Terimakasih kerana membuat post ini
Informasi yang sangat penting, terima kasih dan izin membookmarknya
terima kak jie..mamat dah cek..mamat punya online 😀
kami dah share & buat entri lagi!
selesai masalh kak jie ni..
tahniah ramai jua yang turut bantu.. 😯
ilmu baru ni kak jie. thanks sudi share. ruginya tak start berblogging time study kat u dulu. sbb saya ni dulu 1 bandar je ngan eizil tu. heheh
Assalamualaikum,
Minggu lepas tak dapat masukpun blog kak jie, campur kelam kabut sana sini…baru minggu ni boleh terjah
Syukurlah cepat selesai masalahnya 😉
Kak jie..terima kasih..
Hari tu saya dah daftar cloudflare tapi terhenti setengah jalan..
Ni dah complete dah semua..
Herm , cloudflare … register pstu rasa mls lak nk setting
Salam kak jie…
Ishh… tiap kali lawat blog kak jie ni, mesti ada je ilmu baru. Tak terkejar la pulak…
ooo..itu masalahnya..padanlah tak dapat buka web kak jie.. 🙁
benda yang baru ni sebab Allah SWT janjikan setiap kejadian ada HIKMAHnya… redha n sabar serta cari jalan penyelesaian.
nota : adakah aku je yg tak nampak commentLuv ni
belum pakai lagi Cloudfare ni..taktau nak guna camne…atau malas guna.. 😆
Kujie,
Bertuah dapat kenal ramai blogger yang baik hati ni.
Pssttt…..Mak Tiri Bawang Besar tu garang erk??
Hahaha, “Tak kenal maka tak cinta”. Nampak garang dalam blog tak apa, tapi bila jumpa, senyum sokmo. 😀
Lagipun, makcik-makcik kalau tak membebel tak adalah pulak orang nak panggil makcik, hehehe. Silap-silap kena tukar gelaran pulak nanti. 😕
singgah kakjie..
banyak benda nak kena catch up ni… 😯
Alhamdulillah masalah dah selesai. patut la malam tadi ada masalah nak buka blog kak jie
Cloudflare ok je kak Jie. Setakat minggu ni Eichi pakai memang lancar.
Tapi untuk bandwidth tinggi macam site kak Jie, Eichi tak pasti la plak.
jangan cam tu makcik.. nanti dia lari bawak diri pergi batu belah batu caves. lol~
yup..akaun free
Dia org memang sengaja nak suruh Kak Jie membebel…nampak lah garangnya! 😆
Takkan benda² basic dalam berkawan pun nak kena tegur. Kata blogger, one step ahead, baca info sana sini, tips, panduan, segala bagai…kisah motivasilah, gunalah dlm kehidupan bukan sekadar post entri blog.
Kalau makcik ni dah mula bising, nampak le jahatnya…macam mak tiri bawang besar!
“Akaun twitter saya bukan Ping Aggregators.” – ya… saya pon salah sorang mangsa keadaan.. bhahaha… erk.. kalau pakai nama kita kat twitter masa release entri tu.. laris kot.. lol~ tapi saya tak kesah sangat.. asalkan jangan dia mencarut sudah.. dah la tak kenal.. jumpe pon idak… tegur kat timeline pon jarang sekali.. tetibe guna royalti nama beta.. ape nak carik nahas.. hahaha…
ape pon… terima kasih atas backlink. syukur.. berjaya gak selesaikan tutorial tu.. walaupon banyak bebenor tempangnye!
tahniah problem dah setel.. maknanya guna cloudflare yg free la ni kan..