Setelah 8 tahun Google membeli perkhidmatan percuma Blogger, Google mengumumkan mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Selepas 25 Jun 2011, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.
Baca selanjutnya di sini – Google Ingin Memadam Pengguna Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google . Terimakasih Amanz untuk maklumat ini.
Bagaimana nak tukar email login ke blog? Saya pernah buat tutor Cara Tukar Username Blogspot, Hari ni saya nak menukar akaun pendaftaran masuk blog Intan, jom kita buat sama².
1. Create akaun gmail
Dah ada? Kalau dah ada baru kita mulakan kelas. Kalau belum, create akaun gmail dulu.
2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.
3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan . Ada notis ” To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here”. Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita dibawa memasuki dashboard blog tersebut.
4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula² ( yahoo )
5. Pergi kat Settings > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.
6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.
mudah dot mai ….. kan? Tak sampai 5 minit dah siap.
Kalau ada 3-4 blog lain , ulanglah langkah ini sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.
Cara Lain Untuk Berpindah Menggunakan Google Akaun klik – blogger legacy claim
Maklumat di buzz blogger menyatakan : Sekiranya anda pernah login akaun blogger walaupun sekali sejak tahun 2007, notis ini boleh diabaikan.
Saya andaikan blogger yang mendaftar tahun 2008 tiada masalah , cuma bagi blogger² senior zaman dinasour yang masih menyimpan blog sandarkan pada kenangan yang perlu memberi perhatian pada notis ini. Saya masih ada blog zaman 2005 – masih guna template klasik.
p/s – saya tak tahu cara lain, kalau ada bolehlah berkongsi.
NOTIS
1. Sila baca keseluruah link sumber ( pautan ) yang diberikan supaya lebih faham dan tidak berlaku salah faham.
2. Saya menerima aduan mengenai Google Follower yang hilang bila menukar username . Tutor ini saya buat dari pengalaman saya ( saya tiada follower ) jadi maafkan sekiranya ianya menimbulkan masalah di luar jangkaan.
3. Maaf kerana tidak mampu respond kepada banyak pertayaan, rujuk entri terbaru dan anda tahu saya sakit sejak seminggu.
4. Baca komen dan info dari orang lain untuk mendapatkan lebih maklumat terkini – kata kunci saya MEMBACA
pada 2011.04.18 19:32, GreenLava menulis:
Kak Jie,
Setahu saya Google account tak semestinya menggunakan Gmail.
Contohnya kalau kita guna Hotmail untuk buat/login ke Google account, ianya masih lagi di kira Google account.
Dalam Google Buzz dia hanya sebut Google Account (dan bukan Gmail).
Google account tidak sinonim dengan Gmail.
kak jie ! saya da tukar ke email gmail da , tp kan , sy ni berblogger di julai 2007 lagi , patut ke sy tukar? rugi lah , sebab Profile Views sy countdown balik da jadi start blogging mulai april 2011 !! ruginye!
Kak Jie,
Setahu saya Google account tak semestinya menggunakan Gmail.
Contohnya kalau kita guna Hotmail untuk buat/login ke Google account, ianya masih lagi di kira Google account.
Dalam Google Buzz dia hanya sebut Google Account (dan bukan Gmail).
Google account tidak sinonim dengan Gmail.
LAWAK!!!..kenapa semua orang salah manipulasi fakta ni????
adoi… baca betol betol.. abis kecoh dunia blogger..
google kata lain, tapi pi interprate lain.. sabo je la..
tak kisah pon intan xblog about monster tu sbb sy risau xsampai je. al makllumlah, gune setem je.. anyway, kim salam kat intan ye kak. sy doakan dia success exam nanti 😉
tak boleh pun yang grant admin tu 🙁 , btw, nk mintak izin nakk artikel nih . nak share dgn blogger lain 😉
kak jie, so sekarang selepas update tu maksdunya yang pakai akaun yahoo selepas tahun 2007 masih selamat lah?..
bagus la diorang buat macam ni
epic.com la, nampak unik sikit..haha
Hehehe…selamat..sejak kenai google, dh x pandang yg len..akaun email yahoo pun dh berzaman x bukak.. 😛
kak sy pun nk share info nie dgn followers sy jgk ye…
dah buat tukar email…tapi semua blog kita folow hilang..pastu kena pilih templete baru..bia btl..salah buat ke ni
Alhamdulillah~
Nasib baik memang guna platform ni.
🙂
Thxx kak for the information . btw , yg yahoo account sebagai admin tu wajib ke delete ? kalau x delete x pe ?
Alhamdulillah saya sudah berhasil mengalihkan semua akun saya..
Terima kasih banyak atas infonya Kak Jie..
Baru kejap tadi merisik, meminang dan terus kawin dgn gmail.
Terima kasih kak Jie. Semua dah tukar gmail.
Assalam..
Minta izin dgn tuan rumah utk copy paste..utk dikongsi dgn rakan lain ye..
P/s – Selamat hari jadi yg ke ?..moga dirahmati Allah selalu.
sekarang sume Google dah conquer. Create satu Gmail jer boleh akses banyak benda; Blogger, Youtube, Picasa.. even Yahoo Mail pon boleh login pakai akaun Google dah sekarang..haha
Tapi kalau cakap macam ni kat Gen X mesti ramai sedih. Yela, akaun yahoo tu tinggi sentimental valuenya. 😛
owh btw, hepi burfday kak jie! bro denaihati yang sebar kat twitter die just now. 😀
kalau sekarang ni b3-4 blog satu akaun, kalau nak tukar satu blog satu akaun…sama juga proses ni
invite akaun baru dlm blog tu…ambil alih dgn delete akaun lama.
terima kasih atas info ini.. 🙂
saya share di blog saya ya.. 😮
nasib baik saya guna emel google. Kalau tidak pening kepala nak tukar emel lak. Cuma yang saya bimbang satu akaun ada 3 blog. Blogspot. Takut satu blog langgar policy google, semua blog kena ban.
mana baik kak jie satu akaun 3-4 blog atau satu akaun satu blog.
Kalau satu akaun satu blog lagi baik, macam mana lak nak tukar
dulu pakai yahoo, tapi entah macam mana tah, google macam pasang trap utk pakai gmail. sudahnya dah beralih kepada gmail
kalau malas jgn buat…hehe
jadi blogger bukan kena paksa…rela hati nak buat 😆 😆
kak jie, klo start dr 2009 kena buat gak ke? mcm mls plak,hahaha
mnx share akk..;)
hahaha…macam la banyk.padahal 1, 2 jer kak…..hahaha
Nasib baik blog yg main adsense tu guna gmail 😆
nasib baik saya guna gmail, kalau tak jenuh gak nak tukar.
ada 2 cara tu…cara invitation tu cara zaman dulu2 kak jie buat bila nak cantumkan beberapa blog dalam satu akaun.
cara dia pun boleh guna utk tukar username…
sama macam yana…
cuz sign in kat google account pky mail yahoo…tapi dia dah jadi macam google account dah pon…
banyak sgt ke blog lain?
hehe
mysyafiq.com lah pula
huh saya tengah nak pikir juga yang tu hehehe
syafiq.my pun dah ada orang sebat. kalau tak tu la yang saya ambik.
o camtu citernya.saya 2009 baru ada blog, so tak tau la dulu orang guna yahoo.
domain .my ni mahal sket tapi dari segi SEO tu, adakah better dari .com?
yup kak jie, mmg dah guna account gmail pun sebenarnya, just nak tau keadaan sebenar 🙂
aku pon xpernah curang dgn Google dan Gmail sejak dulu lg. rasa lebih user-friendly dan nampak cool sbb setup account ni pakai invitation je dulu. skg dah bley create sendiri. hehe
kak jie nampak..sebab bila komen masih guna akaun yahoo….kalau tak perasan pun, sempat kak jie bagi tau
p/s – hadiah dah sampai, nnt intan update, dia bz sgt, nk peksa thn ni
takut ada dua akaun, salah satu dia delete, terdelete dgn blog2 sekali….kalau tak perlu, guna satu akaun je dah
oo pakai cara invitation rupanya. bagus tutorial ni. tapi mujurlah saya dah pakai akaun gmail untuk startup blog ER ni. suka guna Gmail. rasa lebih user-friendly 🙂
syafiq.my…domain mahal sesekali 😆
dia org berniaga, mesti bersaling
sapa kuat dia menguasai
google makin jauh meninggalkan pesaingnya 😆
😉 fuhh nasib ade tutorial ni, blk umah baru bleh tukar. kat ofis die block 😥
kebanyakkan blogger dulu2…. sebelum google beli blogger.com
sebelum baca entry ni saya dah buat. tapi jenuh gak nak transfer blog banyak2. alternatif lain, bukak dua browser hehe.
tapi ada satu lagi masalah. ada 2 3 buah blog saya jadi author, terpaksa lah mintak admin invite balik kat email gmail. nak transfer sendiri takleh hehe.
Oh ye ker. Selamat menyambut ulang tahun
Google sentiasa nak menang….contoh mcm mana dia menguasai youtube. Lawan Google skrg ni cuma Facebook je..
dah x geng kot…huhu
betul…ramai blogger yang menggunakan blogspot tapi rasanya blogger lama2 yg masih guna akaun lain..kebanyakkan blogger baru dah register guna akaun google