Kesilapan Blogger Blog Contest
Blog Tutorial

Kesilapan Blogger Blog Contest

Dua tiga hari lepas, terbaca dan terkomen juga saya mengenai isu blogger masa kini.  Isu suam suam kuku mengenai pandangan seorang yang melabelkan blog contest adalah sampah.

bagaimana menjadi blogger

Sebelum kita terus menghangatkan keadaan, mari kita kenali dulu apa itu blog contest

Blog contest  ialah blog yang dikhaskan untuk menyertai peraduan, give away atau pertandingan sahaja.  Majoritinya pemilik blog ini ada blog utama lain.  Ini blog sampingan.

Saya tak suka nak labelkan blog orang lain. 7 tahun saya jadi blogger, saya tak melarang apa blogger lain buat dengan blog mereka. Biasanya saya sekadar memberi pendapat dan tunjuk ajar. Selebihnya adalah hak pemilik 100%.

Biasanya saya gunakan kuasa diri sendiri untuk menghampiri, membaca atau mengikuti sesuatu blog bukan memaksa blogger itu menjadi apa yang saya suka. Sama juga kat twitter atau facebook. Saya tak kisah apa orang lain nak tweet nak update status tetapi saya yang pilih nak follow atau tidak. Kalau orang cakap saya sombong tak follow si anu si anu, itu masalah dia. Saya tak terhutang apa² dengan siapa².

Prinsip mudah – kita buat apa yang kita suka dengan blog kita, kenapa dia tak boleh buat apa yang dia suka dengan blog dia?

Selesai masalah ( masalah hati sendiri sebenarnya .. hati sendiri yang dok kecoh bab remeh temeh urusan orang lain )

Blogger kena pandai cari bahan untuk kelainan

Hari ini saya tak nak ulas atau labelkan blog orang lain cuma saya nak beri beberapa pendapat mengenai kebaikan dan kekurangan menggunakan blog kedua ( blog contest )

Kebaikannya hanya satu – anda mengasingkan  kandungan blog supaya lebih teratur.

Kekurangan

  1. Tujuan masuk contest adalah untuk memperkenalkan diri dalam komuniti blogger tetapi kalau gunakan url blog contest, blogger lain tak berminat untuk mengenai blog seperti itu kerana mereka tahu blog tersebut tiada sentuhan peribadi tuan punya blog.
  2. Backlink yang didapati dari blog yang mengambil bahagian dalam contest tersebut tidak membantu blog utama meningkatkan ranking. Semua backlink pergi ke blog contest bukan blog utama.

Ramai blogger yang gunakan blog contest tak nampak dua faktor penting ini. Mereka letakkan iklan harapkan earning dari blog utama tetapi dalam masa yang saya mereka membawa nama lain bersosial dalam talian. Ini bukan cara yang betul untuk membina network.

Mengukuhkan penjenamaan diri penting untuk berada dalam komuniti blogger dengan selesa dan stabil. Jenama diri tak boleh bercelaru – mesti konsisten dan mudah dikenali.

Entri contest ke, entri biasa ke buat saja dalam  blog utama.  Cara ini lebih memperlihatkan peribadi anda sebenar sebagai seorang blogger.  Ada entri manis, ada entri masam ada entri diri sendiri ada entri tentang orang lain .  Blog seperti ini lebih berwarna warni dan menarik pembaca.

Secara normalnya kita mudah membina network dengan seseorang yang kita kenal serba sedikit kisah peribadinya.  Kita tahu dia lelaki atau perempuan dah kahwin anak berapa duduk mana.

Kalau dah kenal tuan blog itu lelaki atau perempuan ,  anda tak akan buat kesilapan dengan menghantar email  dengan ayat bombastik ” Hi… saya selalu follow blog Encik “  sedangkan pemilik blog kujie2.com seorang makcik!

Saya berharap blogger yang terlibat ( pemilik blog contest ) tidak berkecil hati dengan pendapat saya.  Ini fakta yang perlu diketahui , baik buruknya blog contest yang dibina.  Keputusan akhir terletak di tangan masing².

Pemandangan biasa bila blogger berkumpul gambar dari : benashaari.com

Baca juga beberapa entri lain yang berkaitan

  1.  Cara Mudah Menjadi Blogger Smart
  2. Ping Pada Masa Yang Tepat Untuk Nampak Smart
  3. Berfikir Diluar Kotak Deria Ke -6

©kujie – kalau nak cakap tak kisah, saja suka² buat blog – entri ini bukan untuk anda!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

68 thoughts on “Kesilapan Blogger Blog Contest

  1. salam, saya baru dalam dunia blogging ni.jangan segan tolong tegur2 blog saya ok!

  2. ramai sebenarnya yg buat blog untuk contest nih. memang kemas tapi tu la backlink ke lain perginya.

  3. saya pulak awal2 dulu org panggil bro.. ahaha.. tapi skg tak de lah.. tapi tul kata kak jie, mmg nmpak teratur blog sebb utk contest je, tapi tak mmbantu sgt kot utk yg lain2..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Dia Putera HatikuMy Profile

  4. dunia blogging ni luas, setiap benda yang dibuat ada pro and cons nya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kalau yang pakai dua blog, kena pandai-pandai atur kedua-dua blog mereka. Setuju juga pasal memilih contest, blogger yang join contest pun kena pandai-pandai pilih contest yang ingin disertai.
    Jom terjah post menarik dari zuls ..Isu Blog Contest Semata-mataMy Profile

  5. saya ada terfikir nak buat juga blog ke dua utk contest, mcm yg kak jie ckp niatnya untuk mengasingkan entri contest dengan entri lain, bila dah baca kebaikan dan keburukan yang kak jie ceritakan di atas, rasanya tak perlulah buat blog ke-2 hanya untuk contest. Sebelum ini tak nampak kesannya, terima kasih membuka mata saya.
    Jom terjah post menarik dari kimmie ..Tukar template baruMy Profile

  6. Assalamualaikum,
    Pernah juga ikut beberapa kontes dan pernah menang, tapi…hadiahnya sampai sekarang tak dapat. Nak tuntut banyak kali TERmalulah pulak.

    Pernah juga buat kontes sekali, tapi masa buat tu tak plan betul-betul. Terkenalah pulak masa Tersangat sibuk. Jadi tak sempat nak promosi.

    Ilmu yang saya dapat daripada buat kontes dan join kontes tu: blog saya tetap macam tu juga dan tiada perubahan apa-apa. Saya banyak belajar daripada try and error kat blog sebab pernah tanyakan juga seorang blogger terkenal (bukan Kak Jie), tapi …caranya buatkan saya rasa tidak ikhlas untuk menerima ilmunya.

    Terima kasih dengan banyak entri dalam blog Kak Jie yang banyak membantu.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Nak Jadi Raja Kena Panjat Menara Tambatan DirajaMy Profile

  7. Dengan senang hatinya tangan gatal ini mencari butang pangkang warna merah di bucu kanan atas…. heheheh

    1. he he he..panggil je apa pun, jangan salah jantina sudah :p

      dulu perkara ni nampak kecil, org tak kisah
      tapi bila dah merebak, nampak kesan secara langsung
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah BalikMy Profile

  8. dulu ada blog contest sendiri..tp sekarang dah terkubur…sebab xde seri blog contest tu… yg datang berkunjung pun hanya blogger yg anjurkan contest sebab nak check syarat cukup atau tidak..

    memang sgt2 rugi bila join contest menggunakan blog contest… sekarang ni kalau zie nak join contest anjuran mana2 rakan blogger akan gunakan blog yg utama… itupun tengok syarat2 nya jgk.. Kalau syarat kena letak banner di sidebar ka atau syarat yg tak munasabah… zie tak join..

    memang berhasrat untuk adakan giveaway satu hari nanti, antara syarat yg bakal dimasukkan nanti, guna blog utama..pastu boleh la linkkan entry K.Jie ni supaya bakal peserta faham kenapa syarat mcm tu… Boleh tak..? 🙂
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Realiti Kisah Hidup Buat Renungan Kita Yang BertuahMy Profile

    1. blogger perlu tahu = contest bukan semata2 hadiah tetapi salah satu usaha membina network, membina komuniti.

      penganjung dan peserta kena win win situation dalam permainan ini.

      kak jie tak sentuh bahagian penganjur kerana dia boleh control benda ni dgn letakkan syarat mengikut hal dia.

      kak jie cuma membincangkan dari sudut peserta contest itu sendiri – macam mana untuk mendapatkan kebaikan dari menyertai contest.

      Hadiah sesuatu yg menarik tetapi sebagai blogger, kita kena tahu juga kelebihan lain yang boleh dikaut dari pihak penganjur.

      contoh – kalau penganjur adalah blog berPR lebih tinggi dari blog kita…. dapat backlink dari blog tersebut akan membantu menaikkan ranking blog kita sendiri. Jadi……… inilah peluang atau masa untuk menaikkan blog utama.

      Lagi satu – pilih contest yang ‘berkualiti’ kerana bila kita join contest, kita MEMBERI backlink juga. kalau TERLALU BANYAK BACKLINK KELUAR dari blog kita ke blog yang ranking lebih rendah, keadaan tersebut juga tidak membantu menaikkan blog sendiri.

      ini bab inbound dan outbound link… kak jie dah pernah tulis bab ni..ada dlm blog. inbound dan outbound link perlu seimbang………..jangan outbound lebih banyak dari inbound…. ini semua ada pengaruh pada sitelink blog
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Air Terjun Serendah Dan Perigi Tujuh SerendahMy Profile

    1. benda ni dah lama ada………… mula2 kecil
      mcm biasa kita abaikan… kita selalu anggap yg kecik tu tak bawa pengaruh apa2
      bila dah merebak ……….benda tu ada kesan jangka panjang.

      kesan teknikal sebenarnya walaupun kesan emosi adalah juga…rasa kecewa hehehehe
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Air Terjun Serendah Dan Perigi Tujuh SerendahMy Profile

    1. gambar tu kat The Bee masa ikut Honda Test Drive hari tu….

      kami ada 14 bloggers.

      Tiap kali berhenti di satu satu tempat, kesemua ( hampir kesemua ) blogger akan duduk dan keluarkan gadjet masing²…. masing bersosial dalam talian. Dlm gambar tu..ada guna laptop, tab, hp, update status… ada yg ambil gambar.. ini perkara2 yg biasa blogger buat.

      Keadaan ini menimbulkan kepelikkan kepada crew atau ahli rombongan lain yang bukan blogger… apa saja lalu depan mata, semua nak snap gambar hihihihi

      Seronok pula bila ingatkan staff HOnda yg mesra alam tu… bertanya itu ini tentang blog dan twitter. Seronok menerangkan mcm mana sesebuah blog itu dibina. Bukan semua orang tahu dan faham perkembangan membina blog.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Air Terjun Serendah Dan Perigi Tujuh SerendahMy Profile

  9. Masing2 ada sebab sendiri. Ikut merekalah nak guna blog utama atau buat blog lain. Tapi apa yang Kak Jie kata tu ada betulnya. 🙂

    Bila pakai blog utama, boleh dapat backlink dan juga pada masa yang sama boleh tingkatkan trafik ke blog utama.
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Ditahap Manakah Keyakinan Kita?My Profile

  10. Berani kerna benar takut kerna salah, ada pendirian/pendapat masing2, jgn peduli apa org lain kata, yang penting hati mesti jujur. Tidak terikut dgn apa org lain kata. Cth terbaik adalah blog DenaiHati. Ada saja perkara baru yang dibuatnya, memberi keistimewaan kpd rakan2 mesra mereka. Sumbangan tak berbelah bagi terhadap rakan2 yg terjah blognya.
    Jom terjah post menarik dari sensasi2020 ..Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".My Profile

  11. Nak join contest ? Uuuu… jauuuh sangat lagi. Nak buat contest ? Lagi la… tak mampu lee.

    Entry yang teramat jauh dari kedudukan saya yg dalam kategori blogger wannabe ni… hehe 🙂
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul ..DRIVER TUA, DRIVER MUDAMy Profile

    1. ha ha ha…. patut depa bagi kita 3 biji kan… boleh kita buat contest…hehehe
      tapi ada masalah juga dgn blog contest ni.. dia org dtg sekali utk join kemudian hilang
      lepas tu keputusan peraduan dah keluar sebulan , baru datang tanya result.

  12. sejak tahun lepas lagi dah wujudnya blog contest ni. aku malas nak layan blog jenis macam ni. macam kak jie cakap, takde sentuhan personal. takde nyawa. takde serinya. serius, blog tu bosan bagi pandangan pembaca. Sekurangnya, aku akan bosan dan cari butang pangkah.

    blog contest ni..banyak dari geng-geng blogger blogger.com. Blogger self-hosted, takdenya gatal buat macam nih..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Lelaki kacak patut minum jus Monavie.My Profile

    1. dah lama nampak , tapi tak sampai hati nak masuk campur…dah lama rasa nak bagitau…cara ini tak membantu pun utk meningkatkan trafik dan memperkenalkan blog utama.

      tapi……… tahan, takut org kecik hati
      bila isu ‘sampah’ minggu lepas, baru ada keberanian utk memberi pendapat ni

  13. Huh? Tak pernah pulak saya tahu ada blog contest macam ini. Apa tujuannya pun saya tidak pasti. Tetapi daripada pendapat saya pula, adalah satu kerugian apabila membuat sebuah blog yang khusus untuk contest sahaja.

    Memang betul untuk mengasingkan entri main blog kita, dengan entri contest. Tetapi yang pasti (yang sama seperti Kujie katakan di atas), blog contest ini tidak akan bawa backlink to our main blog. Nothing! Kosong! Nada!

    Dalam erti kata lain, ianya merugikan…

    1. mungkin selama ni tak sedar, kak jie dah lama simpan nak cakap benda ni… bukan senang nak menulis mengenai blogger lain – selalu topik yang akan dielakkan.

      tetapi rasa mcm perlu juga kak jie terangkan kebaikan dan kekurangan benda ni.

      blogger perlu sedar tentang kelebihan backlink yang mereka dapat dari blog yang lebih tinggi rankingnya. Nilai backlink tersebut utk blog mereka.

  14. dulu saya join contest guna blog utama tapi ader kengkwn yg komplen asik tgok entri contest je..trus saya buat blog khas utk contest..xpikir pun ader kelemahannnya..sekarang baru tau..tkasih k.jie sudi kongsi ilmu…:-P

    1. bila komen kt blog lain, terutamanya blog yang pasang plugin commentluv, ada kelebihannya kerana kebanyakkan mereka memberi ‘dofollow’.

      Sebab itu bila join contest, lebih baik guna blog utama, secara tak langsung blog utama akan lebih meningkat ranking, dapat backlink dapat dofollow… bukan blog kedua ketiga atau keempat.

  15. Setakat ni saya join contest je,ada juga plan nak buat contest..tapi tatau la bila nak buat,selepas baca entri ni saya dapat juga la gambaran macam mana nak anjurkan sesebuah contest di blog.Apa yang penting,tujuan bukak blog ni banyak,cuma kita je la perlu pilih kemana hala tuju blog tu nanti.
    Jom terjah post menarik dari wazy ..Dapatkan Karikatur Di MycartoonnizzMy Profile

    1. nak anjurkan kontest, itu hal lain
      kak jie cuma bagi nasihat kepada orang yang nak join kontest
      yang guna blog kedua, blog yg dicreate semata2 utk contest

      kalau utk jangka masa panjang
      join contest guna blog utama – dapat trafik dan dapat backlink
      boleh naikkan ranking blog

      kalau guna blog contest – satu kerugian
      itu dari segi teknikallah
      tapi mcm kak jie ckp, keputusan 100% ditangan masing2

    1. samalah… amat amat kurang join tetapi kita tak boleh nak halang orang lain
      tiap orang ada kehendak dan minat tersendiri
      cuma….. nak bagi panduan
      supaya apa yg dia orang usahakan itu mendapat pulangan yang sebaiknya.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pasar Karat Stadium Shah AlamMy Profile

  16. “Mengukuhkan penjenamaan diri penting untuk berada dalam komuniti blogger dengan selesa dan stabil. Jenama diri tak boleh bercelaru – mesti konsisten dan mudah dikenali.”

    Ini antara perkara penting yang sering diabaikan, ramai yang merasakan tidak perlu melakukan perkara ini sedangkan dia nak bercadang untuk pergi lagi jauh.

    Dah lama tak join contest apa2… 😀
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kata-kata yang diucap seharianMy Profile

    1. nak letakkan diri dalam komuniti juga kena ada style dan seninya… hehehe
      komuniti blogger ini besar – jadi tentu kena ada faktor tersendiri yang berbeza untuk menarik perhatian.

      ada bermacam² cara – terserah pada tuan punya diri, kerana kepuasan dari apa yang kita lakukan tak sama dgn setiap orang..hala tuju dan pandangan kita pada sesuatu juga berbeza.

      yang utama, mesti kenal kemampuan diri dan belajar utk letakkan di tingkat mana diri kita
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Satu Hari Seribu KenanganMy Profile

  17. Kak Jie…

    3 kali baca entri ni…1 kat google reader 2 kali kat blog hehehe…baru betul2 faham. 🙂

    Orang yang buat kontest memang ada tujuan tersendiri,sama ada untuk dikenali atau memang untuk backlink dan sebagainya.

    Bagi yang mengetahui kelebihan buat contest dia akan guna kebaikan semaksima mungkin dari kontest yang dia buat.(sapa2 pernah buat kontest mesti tahu apa dia dah dapat)

    Tentang “blog kontest” baru tahu ada orang buat guna blog kedua.Rugilah rasanya,sebab blog kedua hanya popular masa kontest berlangsung sahaja.Kalau guna blog utama rasanya akan bertambah popular dan dapat ranking yg lebih baik 🙂

    *saya baru buat first kontest.mmg dapat apa yang saya nak walaupun kontest belum habis lagi.
    Jom terjah post menarik dari Azman ..Latihan Perbarisan Hari WilayahMy Profile

    1. hehehe…gigih tu, lega juga sebab faham
      kalau salah faham..berjela jela jadinyan nanti.

      isu di sini bukan tuan blog yg buat kontest.
      blogger yang join kontest.
      bila dia join, bukan hadiah saja yang perlu difikirkan, kena juga fikirkan ‘kelebihan teknikal’ yang dia perlu rebut peluang tersebut.

      kelebihan teknikal adalah dari segi menambah trafik ke blog, menaikkan ranking blog. dua perkata ni penting kerana kedudukannya boleh mendatangkan kelebihan lain , contoh org akan beriklan kt blog atau menduduki SERP carian muka depan google.

      sebab tu, utk jangka panjang, join contest dengan blog utama.

  18. Sebenarnya saya baru tau blog macam nie dah ada kat Malaysia, jadi xtau dari mana datangnya isu nie.. hehe.. sebenarnya contest nie banyak untungnya, sedia maklum yg utamanya sudah tentu trafik, yg keduanya mencari pembaca baru..

    1. yup betul tu, trafik

      jadi, kena join dgn blog utama supaya dpt trafik ke blog tersebut dan dapatlah sekupang dua dari pengiklan.

  19. Saya suka contest :

    dulu buat blog contest sebab tak nak campur aduk , lagi2 contest yg perlukan kita letak banner dan link di sidebar..

    tapi sekarang ..

    join je contest dengan blog utama , tapi memilih contest yang tidak banyak syarat yang saya tidak suka …

    Bagi saya , itu pilihan saya ,

    Orang lain nak buat apa pun saya tak kisah , terpulanglah..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Bila Tersalah Tempat Makan KenduriMy Profile

    1. betul tu Bee..join dgn blog utama, ini adalah peluang untuk dapatkan trafik dan backlink dari blog yang lebih tinggi ranking…sebab tu pilih contest mana yang sesuai.

  20. 1. saya jarang masuk kontest dalam blog
    2. bukan sebab saya kata itu sampah tapi kurang minat nak masuk
    3. kurang minat adalah bahasa lembut bagi malas

    kenal denaihati punya la lama tapi masuk kontest pun yang seo je. hahahaha.
    yang kak jie punya kontest tak masuk pun.
    Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..Kagum. IYKWIMAITYDMy Profile

Comments are closed.