Hari ini saya mulakan progress projek mega yang saya cakapkan minggu lepas. Dah seminggu domain dan hosting ini dilahirkan, cuma hari ini baru saya punya keberanian untuk mengorak langkah seterusnya. Saya sms tuan punya minta ID supaya saya boleh masuk ke akaun bloggernya.
Dapat sms ” semoga sukses”
Terus mengelodak perut macam ada kura-kura bergolek² sesama sendiri. Ayat akhir tu buat saya senak perut.
Saya biasa pindahkan beberapa blog dari blogspot ke wordpress. Bukan susah pun, tak sampai 5 minit tetapi dengan saiz blog ini sebesar 17MB, sesiapa pun akan gugup dan gigil! Rasa kebas jari tangan semua ada. Takut beb… bukan calang² blog.
Saya pernah diberitahu default untuk import dari blogspot hanya 8MB dan ini adalah percubaan pertama saya mengangkut satu kontena besar 17MB. Selepas 2 tahun dengan 863 entri post dan mengandungi beratus² keping gambar.
Entri ini adalah catatan untuk diri sendiri sepanjang proses memindahkan blogspot ke wordpress. Yang penting jangan panik dan jangan takut mencuba. Bukan boleh meletup komputer pun. Salah steps , ulang balik. Inikan proses pembelajaran.
Mari kita mula. Saya andaikan wordpress selfhosted telah diinstall.
- Dari Dashboard WordPress > Tools > Import > Blogger > Ada peringatan untuk install plugin Blogger Importer.
- Install plugin Blogger Importer , aktive dan run.
- Klik Authorize di Import Blogger.
- Klik Grant Acess di Google Acess Request.
- Klik Import di Magic Button ( kesemua blog kita akan dilampirkan, pilih blog yang mahu kita import)
- Tunggu sehingga selesai segala proses dan semua entri dan komen akan dipindah ke WP secara automatik.
Selesai. Saya tarik nafas panjang dan tinggalkan komputer. Keluar ke taman tepi rumah, sedut oksigen baru . Rasa beban 17MB tu selesai diuruskan. Tinggal untuk susuatur dan hal² pemilihan theme.
Pindahkan beberapa widget semua boleh buatkan dan selalu yang dfiikirkan adalah memindahkan Google Follower. Ini perkara kedua yang saya fikirkan dan saya melakukan sedikit kesilapan di sini. Kerana terlalu awal memindahkan Google Follower, blog lama ( blogspot ) menjadi redirect ke blog baru walaupun blog baru masih belum siap untuk dilancarkan.
Kes kantoi! Kalau saya tau ………………… mesti saya pindahkan Google Followers ni yang paling akhir sekali.
Proses pindahkan Google Followers dari blogspot ke wordpress .
Dashboard Blogger > Setting > Publishing > Advanced Settings > masukkan URL blog WordPress
Masuk Google Friend Connect > add the members gadget > Create html code. Copy dan paste pada widget WordPress. Di sini boleh ubahsuai font, warna latar, lebar dan semuanya.
Selesai proses ini , tiba²………..jeng…jeng….
Bila saya klik view blog dari Dashboard Blogger, terus diderect link ke blog baru wordpress. Haru………. saya belum bersedia untuk umumkan blog ini . Tengok site stats dan menderu² visitors masuk.
Blog apa? Kalau tahu, tahulah………… kalau tak tahu, saya tak akan beritahu.
©kujie – minta tolong azmanishak.com untuk dapatkan theme yang sesuai.
salam kak,saya cuma ada domain je takda hosting,boleh ke import ke wordpress?saya tengah buntu ni…harap dapt membantu…
kalau nak pindah dari wordpress (free hosting) ke blogspot (freehosting)boleh ke? kalau boleh macam nae ye??
followers boleh dipindahkan ke wordpress selfhosted saja
kalau guna wordpress.com tak boleh
kalau ada sesiapa yang berjaya pindahkan followers ke wordpress.com, boleh kongsi bersama kami?
saya dah buat back up blog saya ke wordpress, dan tadi Kak Jie ada sbut pasal follower tu, tak boleh pindah cara yang mana?
dan cara yang mana boleh dipndahkan?
Saya nak tahu sgt cara yang boleh pindahkan follower tu. Tq
Kak Jie, tahniah sebab berjaya buat pemindahan kontena tu.. saya ada jenguk blog tu. memang mantap security feature kat sana.. ini memang hasil tangan otai wordpress ni. saya bila disable feature tu pun takde sampai keluar ‘are you sure?’ hehe 😛
wow! macam best jerrr….hehe
dah dapat ‘detect’ blog mana… memang power blog tu… K. Jie juga power, kontena besar 17MB, selambe je K. Jie angkat sorang.. 😉
baru arini ketahui blog mana yang menerima penangan kak jie… 😀
wah memang best betul kalau dapat pindahkan semua tu..hari tu memang tak dapat pindah blogspot ke wordpress terpaksalah biarkan ajer
satu ilmu baru. baru tahu hari ini.
salam kak g, alahaaiiii, masalah la kak. dah bekali login wp tapi asyik ralat jer… sedangkan username dan pssword betul. boring la.. kak g, tolongg….!!
ha..ah..jom kite serang kak jie n soalan wordpress
mantap. kalau pindah wordpress ke blogspot ade ke? same mcm ni jugak ke kak jie? saje je tyn..hehe..
Terima kasih atas perkongsian kak Jie, sebab tak pernah pindahkan google follower tu. 😀 stakat pindah blogspot jer.
p/s: nampaknya saya takkan tahu aa apa jer blog yang menerima penangan kak jie ni erk… huhuhu
faham, tak hilang
tapi JANGAN pindahkan google follower dgn cara ini…blog blogspot akan diderect ke blog wp
ada cara lain utk pindahkan google follower.
kak jie, nak tanya sikit..
klu kita dah import dr blogspot ke wordpress, tak akan menghilangkan blogspot kita kaan??
faham tak soalan saya??
salam..
hebat jugak Kak ni yek/
bolehlah mintak tolong
nanti erk?
Blog ayie yang lama tu tak boleh di transfer pun.. hahahah… sebab besar sangat saiznya… 23MB…
owh..ini musim pindah wp yek? sy pon baru pindah last week. tapi lom nak rasmi lagi sbb xtau nk tukar css. blogspot senang je godek. mungkin boleh bertanya sifu kujie kemudian nanti? Sudikah??
hmm..masa sy tengah menggelabah nak bertukar ke wordpress, rugi tak minta tolong n kak jie kan… kalu kita nak tukar kaler pown ikut cara kat sini jugak yer?
Memang tang komen dia jadi stuck gak kejap
suspen juga…..tapi dia stuck dah tinggal lagi 9 komen…dah lebih 98% – kita oklah tu walau bukan 100%
Sebab ramai pembaca tu yang seram…kalau error sana sini, blog down tersangkut tengah jalan… susah oooo
Alhamdulillah…….lancar je.
tutorial yg kak jie tulis tu..sgt2 senang dan itulah step yang kak jie ikut
tak sampai 5 minit dgn saiz blog17MB, kalau blog kecik, lagi cepat
ikut je…
antara theme kesukaan kak jie tu…kemas dan sidebar table dia cun..jimat ruang
hehe…avatar nampak belakang pun Kak Jie kenailah sapa..lama tak nampak mencemar duli turun ke kawasan rakyat jelata. 😆
Dia sibuk yang amat – kalau email memang terperamlah. Email Kak Jie pun 2 minggu baru di balas. Nasib baik Kak Jie ada nombor telefon, contact via phone jelah. Itu pun dpt arahan ringkas , sampai skrg tak tahu apa lagi yang tuan blog mahu. Gigil gak nak transfer blog dia, saiz dia besar sangat takut tersangkut² tengah halan.
Alhamdulillah………….. laju je. Baca doa banyak² 😆
saya pernah buat kak jie, utk wp tunang saya.. hehehe, dah import dari blog blogspot, mudah sgt..
kadang2 masa nak import masuk wp, dia stuck tengah2 T___T selalu part komen la dia stuck. haaa masa tu mmg nak nak jadi hulk! hahaha
wahaa! takut lagi nak transfer2… sebab kuehtart.com ade problem lepas transfer ke wordpress.
saya tahu blog ni kak jie.. antara blog yang saya baca setiap hari… tahniah kak jie
dulu tuan dia pernah pindah gak kejap…tp stuck camtuh jer..saya offer nak tolong dulu..tp dia pn senyap jer..so tak tertolong la…ingatkan leh la menyumbang alang2 dia dh beli domain ape semua dulu..haha..ni check domain tuh..nampak cun jer..kira ok la tuh..
panduan yang bagus walaupon tak tau url blog tu 😕
nampak ‘scene’ je belakang tu..hehe
yg ni memang proses yg sangat2 mencemaskan.. 😯
yang ini yang kita mahu…baru duk cari cam mana nak pindahkan google friend connect. hehe
thanks info!
dulu pernah hilang feedburner subscribe lepas pindah blog 🙁
Boleh refer nanti..tengkiu Kujie, toche!
pernah buat beberapa bulan yang lepas.haha.. congratz! 😀
bagus tutorial ni..boleh dirujuk nanti,sukran Kujie
dari hari tu dah dapat agak dah sebab selalu juga baca blog tu, then dah nampak dia nyer clue dan akhirnya hari ni memang terjawab segala persoalan,
tahniah kakjie, bekerjasama dengan satu blog yg memang hebat dan tinggi pembaca setiap hari
kalau mcm tu nanti boleh la tolong sy setupkan pulak blog saya tu…saya nak tulis pun jadi fedup sebab suma tak settle lagi…dah bape minggu dah…bz ngan stdi lagi..huhu
boleh… create akaun wordpress
kemudian import je
dah tengok… hehe… tp macam biasa, takut nak tengok banyak2.. XD
rasanya theme macam tu pon dah sesuai..
kalau tak tahu… tak kan tahulah ya kujie..
tak pe,
yang pentingnya saya tahu siapa yang boleh dirujuk bila tiba masanya nanti kan.. 😀
salam kak jie.
bagi yg xde domain & hosting
boleh ke transfer dari blogger ke wordpress?
hebat laa kujie
saya teringin nak pindahkan dari blogspot ke wordpress.. tapi tidak rajin pula buat masa ini.. dengan tutorial ini.. moga2 akan membantu sy nanti..
Bukan pelangganlah Tie
kawan tolong kawan… saya dah kenal tuan blog tu.
Diakan bz 25jam sehari..saya tolong saja…FOC 😆
Tie tahu, Tie tahu !!!
Tahniah Jie, lepas ni tentu ramai lagi pelanggan hebat.
boleh
kalau wat kat subdomain bole tak kak jie..