Hover Text Transform
Blog Tutorial

Hover Text Transform

@kujie pasang plug in ape yg letak link dan gerak cursor ke link tu dia jadi besar?

Kak Jie buka kaunter kejap untuk Joe.

Nama menatang tu dalam bahasa html  hover dan hover mouse pointer jadi besar tu nama dia text-transform.

Mana Kak Jie tau?

Entah, baca sana sini, faham sendiri². :lol:

1. Untuk Blogspot.

Dashboard > Design > Edit Html > Cari code hover – contoh macam kat bawah ni .

Guna Ctrl + F untuk senang nak jumpa code yang dicari.

Letak code text-transform: uppercase;
Kalau nak jadikan hover mouse pointer tu warna lain dari link asal, letak color: #0066B3; (tukar code warna mengikut tema)

Kemudian kalau nak hover sidebar pun kenalah cari css sidebar , contoh :

.sidebar .widget a:hover {
color: $(widget.link.hover.color);
text-transform: uppercase;
color: #0066B3;
}

2. Untuk WordPress

Appearance > Editor > Style.cc – contoh macam kat blog ini

Ini code contoh – boleh tukar warna , text decoration , ikut selera masing².

a:hover { color: #8E006B;font-weight:bold;text-transform: uppercase; text-decoration: none;}

nota :  saya mengoogle cari benda ini dan mencuba patlima kali baru jadi.  Maklumlah makcik² belajar tak formal.  Tutor ini bukan untuk web designer.

Selain segmen Berita Komuniti Kujie yang dikhaskan untuk hebahan umum bukan berbentuk perniagaan,  Hari Bertemu Pelanggan sehingga ke vol 10, saya ada segmen baru Tanya Kak Jie.  Kalau boleh bantu, saya tolong, kalau tidak kita sama² jerit help help help!:lol:

©kujie – Hari ni terkantoi dengan kakak ipar yang tiba² muncul depan pintu – saya pakai kain pelikat.  Kena usik  “rindu ke…pakai kain pelikat tu ?”  Kalau saya cakap tak rindu, agak² orang kat sana merajuk tak mau balik …hiks!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Hover Text Transform

  1. hahahah! footnote mama jugak yang yonna pandang :p ecehh pakai kain pelikat.hahaa pelikkk, tapi tu je lah cara mengubat rindu 😆

  2. 😆 Tipa kali komen je, Puteri Mia ni mesti asyik kena tanya ngn Kujie;

    “kenapa tak letak gravatar kat kotak komen”

    Ooo… Puteri…, buat le gravatar tu. Nanti mentor kita ni ‘merajuk’ baru padan muka kita semua. 😳

  3. hehe… sape yg minat godek2 coding blog sendiri cuba boleh la cuba… macam2 boleh buat… tp nak kena cari kat google dulu 🙂

  4. ooo hover text ek.. penah dengau perkataan ni sedikit masa dulu.. tapi sebab tak follow maka tak ingat dan tak buat..
    bagus kak jie ajau benda2 html ni…

  5. Panduan yg menarik.. sebenarnya blh dipelbagaikan lagi ikut selera masing2.. cuma kene faham bahasa CSS ni.. 🙂 Lg pun ni dlm kategori design utk kurangkan ke simple lan blog tu.. 🙂 Simple mmg ok dan clean, tp kurang menarik.. Sbb mata kita lebih suka tgk benda yg cantik2.. 🙂

  6. Kalau bagitau kat twitter pun boleh, tapi lebih seronok buat blog post…boleh share dengan kawan2 lain

    hehehe..kembang kuncup kembang kuncup…last2 tak kuncup2 dah 😆

  7. hahaha..tanya je lah. membebel tanda sayang

    ni nak membebel lagi, kenapa tak register gravatar.com lagi..letak gambar kat profile image kotak komen.

  8. Lama Kak Jie cari code ni…pernah tengok blog orang lain buat macam ni…. search sana sini, terjumpa juga pasal text transform ni 😉

  9. Padanlah dengan blog teknologi…ini blog makcik2 main code warna warni 😆
    kejap kembang kejap kuncup 😆

  10. Tadi Kak Jie try masuk wordpress.com yang dah bersarang tu…ada theme yang boleh Edit html, Dekat theme option ada Edit Css,, klik situ

    Cari theme yang ada optiong mcm Widgets,Menus , Theme Options , Background , Typekit Fonts atau Edit CSS

  11. Kalau wordpress.com ( free ) Kak Jie tak pernah cuba, css tak boleh edit kot… kalau wordpress.orf ( self hosted ) baru ada editor – baru boleh edit

  12. hahahha…. kalau ada suami tetiba isteri kain pelikat lain lak agaknya maksudnya kot.. hahaha

    oppss… tumpang lalu kakjie.. (sambil tunduk dan menghulurkan tangan kanan minta melintas … hehehe)

  13. salam kak jie..kenapa saya punya wordpress takde Editor pada Appearance dia..? Yang ada pun edit css tapi kena bayar kalau nak edit bagai. kalau yang free boleh yang original style je. maaf la saya tak tau.

Comments are closed.