Selepas Hari Bertemu Pelanggan Vol 6 , hari ini saya akan cuba membalas A Letter From Heaven yang saya terima hampir setiap hari dengan berbagai soalan dan pertanyaan. Ikut mood, kalau rajin saya balas berjela atau kalau sibuk , saya cuma menulis apa yang penting. Ada yang saya balas terus melalui email dan ada yang ingin saya kongsi bersama pembaca blog.
A Letter From Heaven – 1 – bahagiakan saya?
salam kak jie, sy rasa bahagia & lapang je bile ada kt blog kak jie.. sy baca post lame2 kak jie…kadang2 sy rase mcm hiidup sy kosong, kejap rase bahagia, kejap rasa mcm biasa2 je..kejap rase tak de ape2…
thanks kak jie.
Ida
Terimakasih Ida kerana berjaya mengumpul kekuatan menulis untuk Kak Jie yang masih boleh dianggap orang asing dalam hidup.
What Goes Around Comes Around!
Salah satu cara yang pasti untuk mendapatkan kebahagiaan adalah dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain. Semakin kita berbagi kebahagiaan dengan orang sekitar, semakin kita akan mendapatkannya. Kedengarannya logik kan?
Ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, kita bahagia. Ketika kita memberi orang lain sesuatu yang mereka perlukan kiga akan membuatkan mereka bahagia, maka kebahagiaan datang kembali kepada semua orang disekitar kita.
Kata-kata yang diucapkan sering merupakan refleksi dari fikiran yang tersembunyi dan sikap kita, jadi berusahalah menjadi seorang yang positif dan optimis.
Jika engkau berdukacita, renunglah ke lubuk hati , dan kau akan temui bahawa sesungguhnya engkau sedang tangisi sesuatu yang pernah engkau syukuri- ©Kujie
A Letter From Heaven – 2 nak tanya macam mana nak hubungi PRof?
salam, bagaimana cara saya boleh hubungi prof. hal ini kerana saya ingin memanggil prof beri ceramah di kolej saya UPSi
eizan0406
Professor Dr. Muhd Kamil Ibrahim atau Prof. Dr. Sidek Baba? Kedua-dua Professor tersebut mempunyai web blog mereka sendiri. Bolah contact mereka di sana.
A Letter From Heaven 3 -link this blog
http://xxx.blogspot.com
XXXXX <- saya editlah nama dia, nanti saya kena saman malu pula.
Ayat perintah? Saya tak kenal dia, dia pun tak pernah memperkenalkan diri , bolehkah dia menjadi Teman Tapi Mesra saya?
Nasihat saya untuk semua blogger
Cara yang lebih berhemah adalah anda link dulu blog tersebut dan hubungi pemilik blog memberitahu anda telah link blog beliau atau kebiasaanya pemilik blog mempunyai sitemeter yang dapat mengesan link yang datang ke blog mereka.
Belajarlah memberi sebelum menerima kerana saya tidak mempunyai apa-apa faedah pun dari link tersebut.
A Letter From Heaven 4 – tolong wawa kak jie
kak jie, dah pening kepala wawa carik template yg cntik2 utk blog wa. apa yg wa cuba buat dlm blog ni, wawa nk buat column utk blog post lebih wide bila menggunakan 2 column. kak jie fhm x?haha..skrg wa gune 3 column. umpamanya wa nak gune column sebelah kanan hingga ke column blog post tu hanya untk blog post.. =.=” harap kak jie apa yg wa cuba sampaikan…
Wawa
Cik Wawa – hubungi Kak Jie dan bagi url blog – sebelum bagi apa-apa khidmat nasihat, kenalah site visit dulu, kan?
©Kujie – Post Hari Bertemu Pelanggan paling cepat pernah disiapkan.
EDIT : Maza nak code benda gedik2 kaler hijau tu..
<marquee behavior=”alternate”><marquee width=”250″><span style=”color: rgb(0, 153, 0);” class=”Apple-style-span”> TEXT DI SINI </span></marquee> </marquee>
macam biasa – tukar code kaler diminat, pink ke..hehe
width = pun boleh tukar ikut nilai sesedap rasa
ingatkan dah masuk vol 8, rupanya masih di vol 7. 😆
sebut pasal link blog tu, teringat balik yang kak jie link dulu ke blog saya, baru la saya link ke blog kak jie. cam malu pun ada masa tu.
.-= beliamuda´s last blog ..Alat Berwuduk Automatik Pertama di Dunia =-.
@beliamuda, silap tulis tajuk..heheh – sekali check baru 7 😀
kak jie biasa add link orang yang selalu komen kat blog…. tak harap balasan..sebab itu untuk diri sendiri…tak macam blogger sekarang
ada yg kak jie add kat bloglist
@Kujie, o0o. mcm tu. tapi, sejak PR tak berganjak tempoh hari, rasa macam nak nofollow je untuk link2 yang ada dalam exchange tu. 😛
.-= beliamuda´s last blog ..Alat Berwuduk Automatik Pertama di Dunia =-.
Kak Jie. Memang tak dinafikan, semakin banyak yang kite bagi..insyaAllah makin banyak yang datang. Ini boleh terjadi dalam ape jua perkara. Kalau baik, insyaAllah baiklah yang datang. Kalau kurang baik, ambil pengajaran. 😮
p/s – thanks kak jie singgah blog saye
.-= hafizmd´s last blog ..Madu oh! madu =-.
@hafizmd, Kak Jie pun patut minta maaf, kadang2 tak sempat nak blogwalking…nak reply komen pun…ada banyak aktiviti offline
@Kujie, Tak mengapa kak jie. Saye pun begitu, kadang-kadang aktiviti offline membataskan peluang untuk online..hikss..thanks again.
.-= hafizmd´s last blog ..Madu oh! madu =-.
kujie, maza nak tahu bagaimana cara buat bendalah warna hijau yg gerak2 ke kiri ke kanan tu, boleh?
heehhe
nanti maza belanja diri maza lah satu kali di atas pertolongan kujie itew.. 😉 😉 😉
.-= maza´s last blog ..Jodoh Yang Tak Kesampaian! =-.
@maza, sy ade bagi code kat blog tutorial tu
tapi code yang gerak2 pesen ni…sy tak bagi code dia…hahaha
bukan kedekut..yg ni special – utk special request je
tapi kalau search kat google, boleh jumpa
kalau view source pun boleh dpt code ni..hehehe
maza punya pasal..hari ni sy bagi code pesen ni… edit kat post lah…
@Kujie, menarik pulak tengok text gerak2 tu kan. 😀
.-= beliamuda´s last blog ..Alat Berwuduk Automatik Pertama di Dunia =-.
🙂
utk ceriakan lagi wahai Ida, mahu berisi hidup itu, lawatilah Gubuk Kecil Kembara Jalan itew. hehehhe
psst: wah kujie tepek gambar KLCC yg disnapnyer.. 😉 cute gak photo tu, cuma kecik jerk.. hehehe
.-= maza´s last blog ..Jodoh Yang Tak Kesampaian! =-.
@maza, suka pula letak gambar jenis panorama – jenis panjang dan kurus…slim gitu..selalu gambar mcm gumOz je..
“Jika engkau berdukacita, renunglah ke lubuk hati , dan kau akan temui bahawa sesungguhnya engkau sedang tangisi sesuatu yang pernah engkau syukuri- ©Kujie ”
Suka dengan ayat ni .. 🙂 sungguh bermakna
.-= zuls´s last blog ..3 Kaedah Asas Cari Twitter Follower =-.
@zuls, deria ke-6 dah berfungsi le ni
salam kujie
sy pun ada link blog kujie yg tutorial blog tu di blog sy tanpa beri tahu kujie.Maaf iyer. Sy suka kumpul blog yg beri ilmu blogging…ramai rakan2 sy yg tak reti buat blog, sy cakap ke blog sy sebab sy ada link bebrapa blog yg ajar ilmu blogging. Alhamdulillah campur aduk ilmu2 dr rakan2 blogger yg mahir , dpt juga sy dan kawan2 yg zero knowladge , pandai juga menghasilkan blog..
.-= MrsNor´s last blog .."memandikan" keris lembing …. =-.
@MrsNor, Kak Jie pun kadang2 terlupa nak update link juga
Insyaallah – akan dicuba untuk linkback
Terimakaish ye
Tangan yang memberi sememangnya lebih baik daripada tangan yang menerima. Tp yang memberi pulak janganlah terlalu mengharapkan balasan. Di takuti frust pulakss…
p/s: ingatkan Jabatan Kerajaan sahaja yang ada event “Hari Bertemu Pelanggan”…
.-= Ayah Aiman´s last blog ..AKU Tengah Berkabung… =-.
@Ayah Aiman, Sebab memang selalu dapat email
kadang2 email pengunjung juga boleh dijadikan entri dan dikongsi dengan orang lain
saya pun link kan blog2 yang saya suka tapi tak pernah berharap org tu link balik. but thanks k.jie sebab link me back. tanpa paksaan tau.
@.D.d L a L a., kadang2 seminggu sekali try update link tu..tapi kadang2 terlupa juga…
Kak Jie ke dimaksudkansebagai Prof tu sebenarnya?
.-= Bb Hussain´s last blog ..Alasan semata-mata =-.
@Bb Hussain, bukan lah kot..tak tau apa maksud dia
soalan tak jelas
“Erti Hidup pada memberi..’ sebagaimana tagline ustaz hasrizal pada blognya.
‘What you give, you get back” sebagaimana tajuk lagu ‘kala jengking’
p/s: Ayat renungan tu memang ditulis ‘renunang’ ke kak jie atau kakjie teringatkan nuffnang.. 🙂
@nuaeman, he he he…skrg ni mmg kerap sangat salah eja..tanda2 rabun
sbb tu kadang2 rasa masa yang sesuai nak bersara 😆
Yang memberi lebih baik dari yang menerima… kan Kak Jie kan? kan? kan? kan?
.-= rohaizad´s last blog ..Kenapa nampak macam susah untuk buat duit dari blogging? =-.
@rohaizad, betul3…
Tie paling tak suka bila orang datang dan bubuh link dia macam tu. Tak ada adat langsung. Sekurang-kurangnya komen la apa yang kita tulis, atau perkenalkan diri… Malas nak layan orang begini. (selalu masuk kotak spam je)
.-= Tie´s last blog ..Blogging – Tak semudah itu =-.
@Tie, tapi dia orang langsung tak de perasaan…rasa diri bagus.
sekarang ni nampak ramai blogger buat tutorial tak linkback/trackback pun sumber yang mereka rujuk…
kami dulu..ada 2-3 orang saja blogger yang buat tutorial….kita baca dan kutip ilmu..bila kita guna kita linkback pada tuan yg bagi tutorial..
1. Yang paling BEST tu dapat gelaran PROF tu tapi pandai pulak kak jie kona(english yg di Melayukan) balik.
2. Orang bijak pandai selalu berkata apa yang kita beri itulah yang kita dapat balik…kita beri bahagia maka kita dapat balik bahagia tetapi jika mengharap bahagia tetapi kita tidak pernah memberi bahagia kepada insan lain dengan ikhlas maka…..
.-= denaihati´s last blog ..5 hari di Cambodia yang menyentuh hati =-.
@denaihati, Mungkin dia betul2 maksudkan PROF berdua tu..tetapi ramai sangat yang salah faham –
selalu dapat email yang pengunjung ingat kak jie ni boleh terima rayuan ke sekolah teknik 😆
satu lagi tips berhemah untuk kak jie. tips ni bukan saja untuk blogger baru. malah blogger lelama pon kene amalkan perkara yang sama. jangan ingat bila dah lame tak perlu blog hop. yang lama lah patut ziarah yang baru nak belajar.
P/S: kak jie semakin ngetop sekaran neh.. hehe.. tahniah akak. tak tau le bile lagi bleh sembang-sembang kosong dengan kak jie sekeluarga. harap nanti dapat jumpa husben kak jie sekali.
.-= Kreuger´s last blog ..Mari belajar berkomen cara Azman Ishak =-.
@Kreuger, tapi bila makin lama, kak jie rasa makin tak cukup masa untuk blogwalking tak macam dulu…ramai orang cakap nak jadi macam kak jie..tapi dia tak tahu..kak jie ni selalu rasa bersalah sebab tak sempat nak ziarah ramai kawan2 blogger
mungkin inikah masa yang sesuai untuk bersara?
rasa macam tak boleh lagi jadi blogger seperti biasa
pocket cukup tak senang ngan orang yg dtg hanya utk meninggalkan jejak tu,
nak promote blog sndiri,
oleh itu , pocket harap pocket sndiri tak akan buat
kat blog orang… tidak akan ku mintak tukar link…
tanpa stalking tuan empunya tu lelama 😀
kalau ada terbuat jgak tegur tegur yek:D
.-= Pocket´s last blog ..258. Advice from… =-.
@Pocket, aku dah banyak letak link kat blogroll tapi belum lagi harap mereka letak balik link aku kat blog mereka dan aku pun tak pernah merayu orang letak link aku kat blog dia KECUALI bila aku anjurkan contest tu pun tak merayu cuma syarat penyertaan jee…heeeeee
.-= denaihati´s last blog ..5 hari di Cambodia yang menyentuh hati =-.