GetClicky – Apa Yang Anda Mahu Tahu?
Blog Tutorial

GetClicky – Apa Yang Anda Mahu Tahu?

Secara tak sengaja (tipu je ) saya mengintai orang lelaki bersembang kat kedai kopi sana nun…. bukan calang² topik. Tapi tersedak tersembur milo panas pagi ni bila nama saya dipetik.

Nak intai apelah orang lelaki tu bergossip, klik > kedai kopi

Setia katanya… kalau setia dapatlah hadiah percuma ipad 2 , kan?

Sebenarnya bab Getclicky ni dah beberapa kali saya tulis di sini. Kali pertama 28/02/2009 – menerangkan apa itu getclicky yang sebenarnya.

Baca – Hari Bertemu Pelanggan Vol 3

Kalau nak faham, kenalah register dulu.  Susah nak terangkan kalau belum masuk dalam dashboard dan tengok sendiri.   Register percuma pun…

  1. Klik  Getclicky .   Kemudian klik  Register Now.
  2. Home > Your web sites > klik link blog yang didaftar tadi
  3. Preferences > info preferences > edit time zone ( GMT ) submit

Ada dua cara nak letak tracking code.

  1. Klik tracking code dan copy code yang dibagi tu letak sebelum
  2. Klik widgets > ada macam² jenis , pilih yang berkenan

Ini dashboard Getclicky .  Ada banyak lagi maklumat seperti domain , links referrer, top contents , search keyword , lokasi pelawat dan traffic source.

Pada paparan addressbar ada dalam kurungan () berapa pelawat dalam real time.  Kat bahagian date, kita boleh pilih untuk melihat data hari ni, semalam, 2 hari lepas, 7 hari, 14 hari, 30 hari , 90 hari sehingga 3 bulan lepas.

Macam-macam boleh buat –   Setiap pengunjung yang pernah singgah dia ada ID tersendiri ( contoh : Unique ID:637739146931589273) . Kita boleh filter ID tu dan bagi nama ,  Kita boleh kesan  dia datang berapa kali walau dengan IP yang berbeza dari komputer yang sama.

Kena rajin menjelajah dashboard Getclicky sendiri… jangan takut untuk klik. Bukan boleh meletup pun komputer kalau klik.

Carian dengan katakunci, berapa lama masa diambil untuk berada di dalam blog, apa yang pelawat klik dan baca boleh kita tahu.

Bila klik action – akan keluar senarai entri kita yang telah dibaca.  Kadang² saya boleh tahu corak pelawat yang datang dan kata kunci bagaimana yang membuatkan mereka berada lebih lama di dalam blog.

Itu rahsia sayalah… 5 tahun lebih sebagai blogger dan seorang yang suka membaca data dan statistik, berkali-kali saya pesan, kenali blog sendiri, baca statistik dan buat kajian tentang data yang didapati, jangan sibuk² buang masa nak jaga tepi kain blogger lain.

Nak kata saya bersih, clean dari noda noda asap kelabu kontroversi sana sini, tak adalah. Tapi memang saya menjauhkan diri dari terjebak dengan hal negatif. Ehhh……….. sebagai manusia yang beremosi saya pun terlanjur kadang² hilang arah juga…inikankehidupan.

Hah! kan dah ke laut membebel tu.


Selain dari host utama seperti Telekom, Maxis, Celcom, Digi, Jaring , Time dan GiTN (Government Integrated Telecommunication Network ) ada banyak lagi sumber lain seperti dari syarikat besar , jabatan kerajaan atau IPTA yang mempunyai server sendiri.

*Kebaikan sistem komen di Worspress, setiap pengkomen mempunyai IP mereka yang boleh kita buat pemeriksaan bersilang dari tarikh dan waktu yang tepat, kita tahu dia dari server host yang mana.

Banyak lagi yang ada, bergantung kepada apa yang awak ingin tahu… apa yang saya suka tak semestinya semua orang suka, jadi register saja secara percuma di  Getclicky untuk merasai sendiri.

Nanti loading lambat kalau guna banyak skrip? Guna yang perlu, kalau awak rasa perlu, letak.  Kalau pengguna WordPress, ada plugin.  Saya tak guna plugin, jadi tak ada komen tentang pemasangan plugin.

Kepada adik² yang baru bergelar blogger, Getclicky ini memang berbaloi² untuk dipasang, tak percaya?

Kalau percaya usah curiga,  kalau curiga usah percaya…………hiks!:mrgreen:

p/s – pagi tadi gatal pergi usik function.php – blog error dan down setengah jam…sekarang theme kena edit semula..padam muka!

©kujie – rindu!  Dah seminggu hanya text melalui phone saja!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “GetClicky – Apa Yang Anda Mahu Tahu?

  1. salam kak jie.. saya baru nak berjinak2 dgn blog. Tq ats topc getclick tapi sesat x tau kat mna nak paste kod tu… cara kak jie yg no. 1 mcm t’gntg je bantulah sy step by step seterusnya kak jie huhu…

  2. Baru hari ni dengar pasal binatang ni…. 😛
    Blog saya dah terlalu banyak plugin. nanti nak tukar template baru fikir nak try getclicky ni…. 😉

  3. tak penah dengar getclicky ni, getclicky ni untuk analisis je ye kak jie? google analytic pun saya baru je bulan lepas daftar.hehehe

  4. Benda ni bukan kita boleh dapat kemahiran utk baca data dlm sehari sebulan….kita kena tengok data dlm jangka panjang baru kita faham

  5. kajian tu tak dtg dlm sehari…kak jie cuba filter satu IP dan ID

    Kak Jie akan tengok kemasukkan pelawat tu dlm masa 7 hari ke, 14 hari utk dptkan analisa

    tapi bukan dicop oleh SIRIM dan tanpa bukti klinikal….hehehe…utk org amatur mcm Kak Jie, boleh lah guna 😆

  6. kak jie suka yang ni, real time dan senang nak nampak pelawat – action pelawat apa yg dia baca secara individu

  7. Menang guna kedua2 ni…dulu2 guna xtremetracking, tapi Getclicky lebih baik selepas digunakan bertahun2…rasa syg nak buang 😆

  8. Benda free cubalah..kemudian kena ada kemahiran sendiri2 utk cari apa yang menarik dlm tu…. sebab tiap org kan kehendak berbeza…

    ada org tak kisah, ada org nak cuba

  9. Salam K.jie. Kesian saya. Baru tahu pasal benda ni. Kalau ada banyak manfaatnya, rugi sangat kalau tak tahu dan lambat tahu nih 🙁

  10. erk ni mesti kat bulletin ada citer pasal bayar saman. saya agak (malas nak cek) keyword density “saman” agak tinggi kat sini.

    mungkin tu yg kakjie maksudkan dengan iklan di buletin utama ?

    he he

  11. google analytics dan getclicky memang sesuai untuk kita mengenali blog sendiri cuma kita kena ambil masa jangan hanya fokusmenulis sahaja.

  12. Salam kak jie,

    Getclicky ni fungsi dia macam analyticla ye.Saya baru dengar getclicky ni.Penggunaan analytic pun saya masih belum mahir lagi macam mana nak buat kajian daripada statistik yang ditunjukkan.

  13. entri semalam dok simpan dalam draft
    sakit kepala sgt semlm, tapi nak juga bergedik buat tutor ni
    entah..seronok main skrin shot kot 😆

  14. Fuh… ini utk blogger advance ni. untuk yg pandai taip entri saja, analitics nuffnang cukup dah hehe.

  15. er… tak paham la kak jie.. terangkan sikit.. maklumlah sebab dah tak aktif, so tertinggal la pasal dunia blog nie.. huhu…

  16. hahaha…. time pukul 8 tu, tajam sebab blog kak jie ada iklan kat prime time Buletin Utama dalam seminggu dua ni… 😆

    faham….? faham…?

    tak faham sudah…hehehe deria kena tajam lagi tu 😆

  17. heh.. saya lebih suka clicky dari analytics.. tapi saya guna juga dua2.. sebab nak compare..

    pasal berat tu tak kot, selama saya pakai dekat blog2 lain ok jer..

    *terpegun jap tengok statistik atas tu.. huhu..
    *corak statistik yang hampir sama, tapi angkanya lain.. =P

Comments are closed.