Gathering GengBlogger : Masalah Loading Time
Blog Tutorial

Gathering GengBlogger : Masalah Loading Time

Masa sesi perkongsian tips dan panduan blogger di Gathering GengBlogger hujung minggu lepas, sesiapa yang ikuti sesi ini mesti ingat bagaimana Ariffshah tunjukkan laman web yang membolehkan kita test speed load blog.

Masa tu ingat tapi sekarang dah lupa ye , masing-masing melangut je…dengan mata macam panda sebab kekenyangan.:lol:

Hari ini saya nak imbas kembali dan share link laman web tersebut. Guna Pingdom Tools. Masukkan URL Blog dan klik TEST.

Antara kebaikan Pingdom Tools adalah menyimpan data test yang pernah kita buat. Contoh kali pertama saya gunakan Pingdom Tools pada 8hb Disember 2008.  Kita boleh lihat peningkatan blog untuk mereducekan loading time.

Saya suka orang datang dan baca blog , sebab tu sangat-sangat menitikberatkan mengenai loading time kerana saya faham masalah kelajuan capaian internet di negara kita.

Cara nak reduce loading time adalah dengan faham apa yang ada dalam blog kita dan tahu widget atau themes tau plugin atau banner  atau image yang membuatkan blog kita mengambil masa yang lama untuk dibuka dengan sempurna.

Tips –  blogger perlu kenal blog sendiri bukan saja tulis entri dan publish.

Pingdom Tools akan tunjukkan apa yang ada dalam blog kita dan saiz.  Kita boleh buang mana yang tidak perlu atau yang terlalu banyak mengambil masa .

Tips – kalau image atau banner yang mengambil masa yang lama untuk loading, letak di bahagian bawah kiri blog.  Kerana secara teknikalnya, blog kita mula dibaca dari atas kanan dan turun ke bawah kiri.

p/s – selepas sharing session dengan GengBlogger, saya cari Mr.Kay untuk dapatkan satu rahsia/petua untuk dapatkan reduce loading time.  Tips ini untuk Gathering akan datanglah ye… he he he.  Menuntut ilmu kena sikit-sikit… baru mudah nak faham.:lol:

©kujie – entri senafas selepas bertweet dengan kawan-kawan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Gathering GengBlogger : Masalah Loading Time

  1. Terima kasih atas perkongsian itu. Cukup membantu saya. selama ini memang lambat kalau nak bukak blog saya…

  2. Emm, speed loading blog yg laju ni mmg penting untuk kemesraan pengguna.. 🙂

  3. baru try tadi pas baca entry denaihati.. ok la kan.. ape pun, terima kasih kak jie, info yg bagus..

    cuma tak tau kat ne nak ubah bilangan css ke, external objects ke..ataupun scripts.. ke tak leh ubah sbb de dgn theme?

  4. total loading maza cuma 4.6second.. hehehe

    yahooo.. tak ler berjanggut menunggu sudahnya loading kan?
    maza juga mementingkan kepantasan loading..

    lagipun komputer ni dah semput2 gak…
    sama mcm broadbandnya..
    suka hati mak ayah dia mau laju dan mau slow tiba2.. huhhu

  5. WAH ilmu-ilmu…

    terasa rugi lah fulaks yg amat sangat tak pergi ke gathering itew.. huhu

    apa2 hal pun terima kasih kujie..
    mudah2an melimpah2 lah rahmat dan pahala kepada kujie..

    ameennn

  6. wah baru tau ni.. ligakampung.com dan rear-wheel.com dekat 12 second.. kena buang atau kecilkan mana2 yg patut dikecilkan ni

    1. bergantung pada kelajuan internet – cuba beberapa kali dlm masa beberapa hari, kita boleh agak time purata blog.

  7. thanks kak jie ingatkan semula pasal pingdom ni.
    dah lama tak test, rasanya setahun lebih kot eheh.

    nampaknya blog sy sgt berat walaupun load kat laptop sy
    macam biasa je. maybe sbb cache laptop sy ni kot.

    kena tweak lagi ni. thx kak jie

    1. Kak Jie pun lupa – bila check semalam
      rupanya tahun 2008 pun dah tau laman web ni
      setahun juga tak check
      baiknya pergi gathering, disebut bab ni

  8. kamy try reduce gambar punya size. Boleh jimat banyak masa atau mengurangkan bilangan post di laman depan

    1. betul tu..selepas kita test, akan keluar data kita boleh nampak apa yang buat loading time satu blog tu lambat…dari situ kita cuba reduce apa yang perlu

    1. 12 second dah kira terlampau slow tu bro. kalau connection tengah slow, lagi parah. ikut kajian, org cuma sanggup tunggu 5-10 saat untuk loading satu2 site. kebykkannya akan tutup kalau site tu load lebih dari tu. 😉

  9. pindom tools memang berkesan utk check bende2 yg berat dlm blog.. time tgh boring2, memang akan bukak pingdom ni check loading blog.. walaupun blog dh lama x update.. T__T

  10. tak semua blog mula di loading dari atas kanan dan turun ke bawah kiri. Semua tu bergantung pada bagaimana code theme/template/layout di tulis. tapi kebykkan theme/template/layout sekarang mempunyai ciri2 SEO yang akan load entry dahulu dan yg lain2 kemudian. ini cuma pendapat saya. kalau salah, org lain boleh betulkan 😉

    1. setuju ngan mrkay, sebab ianya berkait rapat dengan struktur theme/template/layout yang telah diaturcara.

  11. Disebabkan terbaca pasal tools ni kat tweet kak jie tadi, terpanggil untuk optimize blog picisan saya juga… hehehe 😀

Comments are closed.