Event Berbayar Atau Tidak, Tentukan Sendiri
Blog Tutorial

Event Berbayar Atau Tidak, Tentukan Sendiri

gambar tiada kaitan dengan entri- cuma rindu
gambar tiada kaitan dengan entri- cuma rindu

Seminggu dua lepas, kecoh jugalah dunia blogging tentang isu event free event berbayar.  Saya pun tak tau nak cakap apa.  Dalah hidup kita bukannya hanya ada hitam dan putih, ada pelbagai warna yang menyebabkan tiada satu keputusan jelas betul atau salah.  Semua tu saling berkait.

Ada blogger tanya saya panduan atau apa yang sepatutnya kita ambil tahu apabila membabitkan urusan pengiklanan atau event blogger. Saya ni kurang pergi event, bukan sebab bayar atau tidak tetapi kriteria utama saya adalah kesesuaian atau tidak dengan diri sendiri.  Saya tak akan mengukur kemampuan dari ‘kasut orang lain’, saya sering merujuk kepada kesesuaian sendiri.

Blogger berumur macam saya ni, tak semua majlis sesuai untuk saya.  Ada banyak yang saya perlu tapis sebelum terima.

Untuk adik-adik blogger,  ini adalah sedikit panduan yang boleh diambil kira sebelum menerima sesuatu job melalui blogging.

Pastikan menerima email secara rasmi, jangan berurusan ‘cakap mulut’ kerana kalau apa-apa terjadi, awak yang akan terbelit sendiri.

contoh email pengiklanan

Ini contoh email rasmi mengesahkan sesuatu projek.  PR yang bagus akan sediakan semua detail untuk blogger ‘jagaan’nya.  Bukan jenis lepas diri sendiri.

Beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan dan diambil berat adalah:

  • Tarikh dan waktu – baca email terbaru sekiranya ada perubahan waktu
  • Keperluan – baca dengan jelas apa yang dikehendaki oleh pelanggan.  Setiap event berbeza kehendak dan format sasaran.
  • Draft entri – ada pelanggan perlu dikirimkan draft sebelum diluluskan untuk disiarkan.  Ada pelanggan tidak memerlukan draft.
  • Bayaran :  Tak semua dibayar.  Lihat secara jelas email tersebut.

Kalau dah setuju dengan penawaran tersebut, barulah buat job tersebut.  Kalau dah setuju buat, jangan merungut.  Kalau tak puas hati, tolak dari awal. Senang hidup dunia akhirat.

Kalau berurusan dengan blogger yang merangkap PR, sila pastikan secara jelas bab bayaran tersebut.  Jangan salah faham kalau beliau menerima bayaran kerana itu atas kapasiti seorang PR bukan sebagai blogger.  Sama ada dia berurusan dengan kita menggunakan term “free” atau “bayar”, kena diputuskan secara jelas.

Ada blogger menjadi PR, dia menerima bayaran tetapi menawarkan job kepada blogger tanpa bayaran.  Itu adalah bentuk perniagaan dia, kita tak boleh komen atau komplain.  Keji tak keji , itu adalah jalan hidup dia. Apa yang kita boleh buat adalah, terima atau tidak.  Kalau tak setuju, jangan terima.  Tak akan ada kes berbangkit.

Ada juga kes yang saya dengar, PR gunakan cara kotor.  Biasanya PR berstatus Blogger.  Dia setuju untuk jadi wakil walau blogger tersebut belum menyatakan persetujuan dan dia sediakan bahan.  Siap bagi dateline lagi suruh up entri di blog. Blogger yang terpaksa terima itu tersepit untuk menjaga reputasi sendiri dengan pihak pengiklan atau job yang menjerat diri sendiri tidak mengikut piawaian dan term sendiri.

Saya kurang ada masalah dengan pengiklan sebab saya jarang terima job.  Saya ada banyak sekatan untuk menerima job yang betul-betul saya nak buat.

Saya ada sekali saja pergi event dengan satu syarikat pengiklan yang top sebab tak bayar blogger…  Selepas tidak dibayar , saya dah turunkan entri tersebut dari blog.  Ini mungkin cara saya mendapatkan pengalaman.

Kepada adik-adik blogger junior, network blogger memang penting tetapi yang lebih utama adalah contents blog itu sendiri.  Jadi kalau setakat nak menempek di majlis orang sedangkan dikira dicampur ditolak tak berbaloi pun, tukar strategi.  Kerja keras untuk memantapkan blog sendiri.  Bila blog dah cukup stabil, ada UV yang stabil , InsyaAllah awak akan senang untuk mendapatkan advertorial.

Baca juga

Jangan lupa, peribadi juga dinilai.  Diri kita yang mudah berususan, yang tak cerewek dan tak mudah berkira akan senang didekali untuk projek seterusnya.

sambar
Kalau betul rezeki… sambar saja!

Saya nak bagi nasihat panjang lebar pun payah , anggap saja ini sebagai ‘manual book’ ringkas.  Keputusan akhir terletak di tangan sendiri.  Sambar saja mana yang berkenan.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Event Berbayar Atau Tidak, Tentukan Sendiri

  1. Setuju dengan kak jie
    Itu semua terpulang pada kita.tak banyak sangat join
    Kadang tanya dulu boleh bawa wife tak.kalau boleh tu yg menarik
    Event free kalau rasa nak pergi pergilah bergantung pada kita tak suka janganmmengungkit.tak bagus tu

    Panazzz betul isu blogger skrg nie boleh masuk Melodi nie
    Jom terjah post menarik dari Faizal pj ..Tip Memberi Makan ‘ Solid Food ‘My Profile

  2. Kena jadi bijak dalam hal ni, bukan nak kejar glamour semata-mata.Memang gah di mata kawan2, sedara mara bila kita post kat laman sosial yg kita ni join event sana-sini, tapi hakikat nya O, tak dapat apa2, yang dapat hanyalah letih, yang paling best bila dapat goodies yang hempeh kita mula mengadu kal wall itu ini, tapi hakikatnya kita yg redo nak pergi.

    Seperti yang Kak Jie kata,tak salah nak join event free, tapi kena bijak la,tak kan 10 event kita pergi semua free kan? kaya benor kamu! hehehe – mohon jangan terasa 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Buat Duit Dengan AffiliateTemplate Foto BesarMy Profile

  3. lebih kurang sama la kalau deal ngan advertiser..gitu le contoh emelnya..cuma saya deal,depa bayar dulu dan saya akan tanya berapa maksimum boleh bayar….biasanya duit akan masuk dulu..dan entri akan publish.kekadang tu just copy paste je, dan publish..then copy paste URL..kemudian, kalau ada lagi dia sendiri akan carikan lagi..:D

    masa tu memang best dan takyah pening ikut dateline bagai,sharing social dll…blogger kena pelbagaikan source of income kalau betul-betul kesemua incomenya dari blog sahaja..:D
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Alcatel OneTouch Idol X dan Ninetology Z1My Profile

  4. dah lama xsinggah. hehe. ada eh kes xberbayar ni? xtau kenapa jadi pelik, dah orang xnak bayar awal2 buat apa terima. haha. papepun, berblog lah dengan berhemah 🙂

  5. Apabila diberikan kepercayaan perlulah menghasilkan artikel yang diminta dengan baik. Kalau tidak sukar untuk menerima kepercayaan di masa hadapan.

    Tidak semua event yang berbayar jadi tepuk dada tanya selera. Kalau hendak dibayar perlu ukur baju sendiri dan berdiri dibumi yang nyata. Jangan terbuai keseronokkan diri sendiri.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Template FotoBESAR untuk WordPressMy Profile

  6. pokok pangkal diri sendiri kujie kan…SA xde pengalaman lagi..nak jugak merasa…bukan pentingkan bayaran (walau penting) tp untuk yang baru start mencuba kena la faham dulu kan..mula2 susah..mana tau esok2 senang pulak kan…
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Angin Kencang Laut BergeloraMy Profile

  7. Meletup juga kes ni, pandangan beberapa blogger yang otai mgenai benda ni.. saya memang kurang menyertai event atas kekakangan masa, kerja memang kurang cuti, ada cuti pun sekadar balik kampung..

    berkenaan event berbayar atau tidak, kita buat 200%.. buat sehabis baik.. Ikhlaskan diri, jika ada masalah terus terang dan kalau ada payment tunggu la dulu.. Kerja memang dah habis buat, takkan terus payment dapat.. Itu shja.. Penjelasan dah di buat, bagai menutup longkang sendiri yang telah terbuka luas di mata blogger.. Jerat yang di pasang memakan diri..
    Jom terjah post menarik dari Irwan Alessa ..Kisah Harga Gula NaikMy Profile

  8. salam Kak Jie, nice entri ni..

    tapi saya tak faham part ni lah:

    Ada juga kes yang saya dengar, PR gunakan cara kotor. Biasanya PR berstatus Blogger. Dia setuju untuk jadi wakil walau blogger tersebut belum menyatakan persetujuan dan dia sediakan bahan. Siap bagi dateline lagi suruh up entri di blog. Blogger yang terpaksa terima itu tersepit untuk menjaga reputasi sendiri dengan pihak pengiklan atau job yang menjerat diri sendiri tidak mengikut piawaian dan term sendiri.

    boleh tak kak jie tlg explain lagi? dah baca banyak kali still tak dapat faham apa yang kak Jie cuba sampaikan 🙂

    Sorry kalau menyusahkan.. hehe
    Jom terjah post menarik dari Azri Johan ..Manchester United Power Nak MampusMy Profile

    1. saya kalau nak pergi event saya pergi , tak dapat pergi saya tolak walaupun berbayar , betul2 berbaloi saya buat kerja dengan kongsi payment dgn blogger lain. tapi sungguh ada yang tak faham.

      pandai2 wakilkan kita walau dah tolak dengan berjuta alasan.

      oh mungkin saya terlalu baik , sekali di wakilkan saya ikut , dua kali saya ikut.

      tapi tak ada kali ke 3 … insyallah … malas nak rungsing2 ..

      blogger yang belum ada pengalaman elok pegang semua kata-kata kakjie dalam entri ni , dalam sedar tak sedar je kita akan di pergunakan , nak heboh benda dah jadi susah , berdolak dalik sana sini , nak tunjuk bukti takada pula email hitam putihnya.

      nak kena tunjuk print skrin di fb je kot ?

      nasib baik belum kejam sampai tahap nak tutup periuk nasi orang.

      diam je la ..

      maaf berkajang komen kakjie … 🙂
      Jom terjah post menarik dari puanbee ..Toshiba Canvio Slim II 1TB , USB 3.0 ( Hard Drive External Portabel Terkini )My Profile

  9. Bab payment..macam kak jie cakap..terpulang pada individu..macam saya, kalau event tu free tapi menarik untuk pergi, tetap saya akan pergi..cuma kalau dah pergi dan rasa tak best, takdelah saya nak mengungkit pun..hehe..
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Resipi Cheesy Wedges BujangMy Profile

  10. “baca email terbaru sekiranya ada perubahan waktu”,
    tuler lain kali baca dulu kan tak pasal2 datang awal tunggu lama…haha.

    “Ada juga kes yang saya dengar, PR gunakan cara kotor. Biasanya PR berstatus Blogger. Dia setuju untuk jadi wakil walau blogger tersebut belum menyatakan persetujuan dan dia sediakan bahan. Siap bagi dateline lagi suruh up entri di blog. Blogger yang terpaksa terima itu tersepit untuk menjaga reputasi sendiri dengan pihak pengiklan atau job yang menjerat diri sendiri tidak mengikut piawaian dan term sendiri.”
    yang ini sangat tak setuju sebab tanpa persetujuan anda menjual nama blogger yang disukai oleh client sedangkan blogger tidak setuju dan tidak tahu apa2, akhirnya bayaran entah ke mana entri pula dipaksa publish..
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Kad Jemputan Dari Kak Ina KLMy Profile

    1. Hahaha…nama pun entri pengalaman sendiri. Bab tak baca email lengkap tu dah terkena. Dpt email tak baca attachments. .. hahaha…dok tunggu sampai sakit perut. Nasib baik time ubah lewat sejam je bkn patlima jam

Comments are closed.