P/S: macam mane bleh komen terbaru lepas ke atas ye?
boleh ajar macam mane nak set tak? bagus ni!!!
Dashboard > Setting > Discussion > Other Comment Settings > tukar Comments should be displayed with the OLDER jadi NEWER .
Save. Saya ubah setting ini kerana ramai pengunjung yang jenOh dok melanggut tunggu loading time untuk scroll komen mereka nun jauh dok bawah.
Sistem komentar di blog ini :
1- Selepas anda submit komen, komen anda akan berada di atas sekali
2- Anda akan menerima email terimakasih
3- Apabila komen anda dibalas ( oleh saya atau pengunjung lain ) anda akan menerima email pemberitahuan. Anda boleh klik link komen tersebut untuk membaca atau membalasnya semula.
4- Selepas 30 hari, post akan dikunci secara automatik.
5- Teringin nak tengok Dashboard WordPress?
Ini Dashboard WP 2 kolum yang simple, anda boleh Screen Options untuk memilih1,2,3, atau 4 kolum.
Kalau klik Comments –
Dalam Dashboard WP, kita boleh melihat IP pengomen biarpun dia tidak menulis nickname. Kita boleh unapprove , edit, reply,Spam atau Trash.
tpinky
@Kujie, ye ker.. tp sy pndatang baru dlm dunia blog ni kak.. sllu sggah kt sini.. belajar2 mana yg patut.. SEO tu apa kak heheheh
SEO adalah Search Engine Optimization yang berfungsi mengindek setiap kata carian ( keyword ) yang dicari di search engine. Search engine adalah seperti Google, Yahoo, Bing . Jika sebuah kata kunci ( keyword ) memenuhi contents yang berpadanan dengan blog, blog kita akan muncul di urutan teratas pada hasil pencarian search engine . Inilah yang diingini oleh setiap pemilik blog kerana kecenderungan pengunjung tentu saja akan meng-klik pada hasil pencarian yang muncul paling atas.
Contoh : awak taip kata kunci : cara pilih coli ( contoh tak bley blah…)
SEO akan membantu blog saya mendapatkan SERP (Search Engine Result Page) di muka pertama.
Saya bukan mempunyai kemahiran atau kelulusan di bidang ini, jadi saya masih lagi belajar dengan membaca blog-blog yang membincangkan topik seperti ini. Apa yang saya amalkan adalah menulis kandungan blog yang baik dan selebihnya saya serahkan kepada engine carian.
P/s :Saya mmg suka baca blog kak ujie cuma saya rasa template kak ujie ble dicantikkan lagi…Mesti lagi ramai org akan berkunjung.Ini pandangan peribadi saje,template blog saya pun tak cantik @ tak pandai nak godek2 template..
p/s – selalu panggil saya Kak Ujie – he he he..nama saya Jie , Ku adalah nama keluarga.
Saya menggunakan blog wordpress selfhosting, template adalah theme. Kata orang – template atau theme menggambarkan diri /personaliti tuan blog punya blog. Kalau theme @ template blog ini tidak cantik – itu mengambarkan tuan blog memang tak cantik .
Gurau saje… cantik itu subjektif.
Sebenarnya saya adalah ‘kipas susah mati’ theme MINIMALIS. Menurut wikipedia Minimalis bermaksud – Minimalism describes movements in various forms of art and design, especially visual art and music, where the work is stripped down to its most fundamental features.
Dari dulu sejak awal berblog memang saya lebih meminati theme@template minimalist tetapi kata orang theme seperti itu agak janggal untuk blog tema peribadi dan kekeluargaan apalagi jika pemiliknya perempuan. Tak feminin langsung!
Kenapa saya agak berlawanan dengan pemikiran semua orang?
I would say I am happy with what I have, confident of who I am and I enjoy the simple things in my life…. itulah kelainan yang saya bina untuk menjadi satu jenama KUJIE. Kalau jenama Kujie sama dengan yang lain-lain, hilanglah identiti saya.
Dan dengan bangganya saya ingin umumkan bahawa theme ini dari MentariWorks adalah hasil ciptaan orang melayu Malaysia yang menang TEMPAT KE DUA Smashing Magazine Typographic Layout Contest.
Theme Manimalis nampak senang dan simple tetapi sebenarnya sukar untuk disusun atur kerana kita perlu bijak memuatkan main page yang terhad. Kadang-kadang pening untuk memikirkan apa yang patut, apa yang tidak patut di muatkan diruangan yang terhad ini.
Yang paling penting dan ramai mengabaikan – loading time. Saya ada 3 blog lain yang template gebu macam Zizie Ezette, cantik macam Umi Aida tetapi fokus saya di blog ini adalah isi kandungan dan keselesaan pengunjung – itu salah satu cara untuk mendapatkan trafik.
Blog saya hanya seberat 36.42KB – cek di sini iwebtool. Atau untuk test loading time yang lebih lengkap – di tools.pingdom.com
TIPS OF THE DAY – Sidebar disebelah kanan lebih baik dari disebelah kiri. Secara teknikalnya, blog anda dibaca dari sudut kiri atas turun ke sudut kanan bawah. Untuk memudahkan loading time, letak script/image/widget yang berat disebelah kanan bawah.
p/s – sebab itulah code nuffnang dan mybloglog saya ada di footer! Sebab itulah blog saya tak ada image – kosong macam dinding untuk along tampal iklan !
©Kujie – eh..apasal entri saya makin panjang sekarang ni..makin banyak pula yang nak dibebelkan….real makcik2 ..!!!
komen terbaru di atas…hmmmm… logik jugak tuh
masuk je blog ni terus kena berdisiplin dan bersopan santun gitu…hahahaha xD
Nice blog tapi kekok gila masuk sini…semua style “happy ending” gitu.
Im from komentator dari blog seliaan kak kujie MOM. hehehe 😀
tapi kak jie pula yang tak boleh set mcm ni sebab kak jie guna plugin Ajax Comments-Reply
Walaupun artikel ini sudah lama tetapi isinya masih relevan. Saya cari-cari dengan Google sekali sampai sini. Dapat set komen terbaru diatas. Terima kasih Kak Jie kerana ada simpan lagi tutorial ini 🙂
ada kat bahagian tips & tutorial tu
kat entri Cara Setting Comment Box
t.kasih kak..untuk blogspot mcm na lak..?heheh..kena tanya orang lama,:-)