Blog Tutorial

Domain tu alamat rumah, hosting pula rumah kitalah…

tapi kita tak faham sangat la antara domain ngan hosting ni, kak kujie boleh tolong terangkan tak… kalau boleh nak tahu dengan lebih lanjut lagi… shay

Domain tu nama server komputer seperti web server di internet.

top level domain = com, net, org, edu

2nd level domain = kujie2 ( contoh)

hosting pula tempat kita simpan data/dokumen webserver atau lebih mudah..domain tu alamat rumah kita dan hosting tu rumah kita lah..

Faham tak Shay?

Mengikut Sembangkomputer.com , Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web saya adalah http://www.kujie2.com.

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda.

Bagaimana nak mendapatkan domain dan hosting?

Ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. Salah satunya serverfreak , hosting saya sekarang. Mula-mula beli domain – alamat untuk laman web. Contoh kujie2.com @ kujie2.net . Biasanya, bayaran secara online akan dibuat menggunakan kad kredit atau maybank2u. Harga domain bergantung pada top level domain yang dikehendaki.

Contoh untuk top level domain .com/.net/.org/.biz berharga rm 4o setahun dan untuk .com.my/.net.my/.org.my/ berharga rm 100.

Selepas ada domain, kita perlukan hosting. Harga hosting bergantung juga pada apa yang kita perlukan. Saya ambil package Supreme ( RM 100 setahun )- Disk Space (ruang simpanan ) 1GB , Monthly Data Transfer ( bandwith ) 25GB dan Domains Allowed – 2 – maksudnya saya boleh gunakan 2 domain pada hosting yang sama seperti sekarang saya menggunakan hosting ini untuk domain kujie2.com dan kujie2.net.

Harap-harap apa yang saya terangkan ini difahami. Selepas ada hosting dan domain barulah kita boleh install wordpress menggunakan Fantastico dan mengenal cpanel atau FTP .    Subjek itu untuk silibus semester depan ye…

Opss..sebelum loceng bunyi nak bagitau sikit lagi, hosting dan domain itu tak semestinya kita buat blog saja. Kita boleh buat laman web  menggunakan CMS seperti Joomla!, Zen Cart, atau Drupal

©Kujie – Post ini dari amatur kepada amatur – Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus dan yang berisiko sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Cara install wordpress pada subdomain menggunakan Fantastico

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Domain tu alamat rumah, hosting pula rumah kitalah…

  1. bagus huraian tue…for me, utk senang ingat,
    domain = alamat,
    hosting = tanah…..
    umah tue = kire isi yg kite bina..makin lama makin berisi n cantik… :mrgreen:

  2. Sebenarnya blogspot kak jie tak berapa pasti, tak pernah mencuba tetapi dari apa yang kak jie tau…kalau ada domain tapi masih gunakan hosting dengan blogspot, boleh.

    tapi cara nak setting dia tak tau, tak pernah cuba

  3. Salam Kak Jie, saya nk tanya, boleh x saya nk tukar dari blogspot ke domain sendiri? maksud saya kt bahagian setting blogspot tue kan ada bahagian published? Boleh x buat kat situ.

    Lagi satu, kalo ada domain tapi tak nak ada hosting boleh x?

  4. trimas byk2 boleh la siapkan report saya haha
    .-= broSKL´s last blog ..cara menukarkan video youtube kepada mp3 =-.

  5. ooo… macam tu ke…?

    ok sekarang kita dah paham… tak pe nanti bila sampai masa kita nak beli domain ngan hosting tu, kita sembang2 lagik yerk… sekarang ni pakai free dulu, bagi mahir…

    apa pun terima kasih ye kak sebab susah2 buat entry nak jawap soklan saya tu… :mrgreen:
    .-= shay´s last blog ..BLUR… =-.

    1. @shay, baguslah dah faham…sebenarnya benda asas ni…kak jie pun bukannya pandai sgt nak terangkan bab2 teknikal mcm ni

      1. @Kujie, ok la tu kak… kita ni dulu tgk org ada blog kita pun nak, tapi fungsi blog tu pun kita bukannya faham sangat… 😆
        .-= shay´s last blog ..AWAK TIDAK BERSENDIRIAN =-.

        1. @tekkaus, mcm saya – hosting saya boleh add on 2 domain…. faham?

          adahosting package yg membenarkan lebih dari 1 domain, contohnya 2 atau 5.

  6. oo camgitue…

    saya guna yang tak perlu bayar lah dulu, belom pencen dari kerja tetap. Bila sampai masa, may be belilah alamat dan rumah sekali, tapi nak rumah yg ada loteng (utk simpan barang2 lama)
    .-= AyKay´s last blog ..Talak Express =-.

  7. ramai jugak org berkata2 mengenai server freak ni ye.. nanti nak kena usha ni..
    .-= nikillas´s last blog ..Keywords..?? =-.

    1. @nikillas, selepas guna hampir 6 bulan, mmg berpuas hati..dulu guna syarikat lain…asyik down je…

  8. Ooo….sebenarnya Tie memang kurang arif tentang ni.. Info yang berguna !!
    .-= Tie´s last blog ..Siput oh siput =-.

  9. TQ for sharing, Kak Jie.

    Bila kita nak jumpa ni??? Intan selalunya kat ofis hari Jumaat je.. lgpun lunch-hour pjg, leh beronggeng dgn Kak Jie kalau jumpa.. hahaha :mrgreen:
    .-= intan´s last blog ..Aktiviti Anak2 =-.

  10. 1 Gb space, 25 Gb data transfer, 2 domains addon = RM100. That’s rather expensive.

    I’m using DataKL. RM 165, 10Gb, 50Gb data transfer, 5 Domains. Yg Penting kt sini 5 domain addon tu. Pakai semua, tp bandwidth tak pecah2 pon lagi 😛
    .-= NoktahHitam´s last blog ..Mercedes vs BMW II =-.

    1. @NoktahHitam, package yang lebih besar ada juga, 5 domain juga tapi keperluan kak jie tak sebesar tu…

  11. Bagus info ni.
    Terima kasih kak Jie. 🙂
    .-= Eriyza´s last blog ..Janji Melayu Janji Palsu =-.

    1. @Eriyza, kak jie dah pernah jwp soalan ni dulu..masa mula2 tukar blog ke hosting dan domain sendiri

Comments are closed.