Contoh Email Kepada Pengiklan
Blog Tutorial

Contoh Email Kepada Pengiklan

perjalanan kehidupan
Ini adalah entri lanjutan dari isu yang ditulis oleh Puan Bee… saya bercadang nak komen panjang, jadi lebih baik tulis entri. INi hanya sebahagian dari apa yang ditulis oleh Puan Bee, kena baca entri di sana untuk sambungan di sini.

Isunya adalah mengenai syarat-syarat menjawap email yang bertanya mengenai iklan diblog.  Sebelum ini jarang blogger berkongsi cara atau panduan untuk berurusan dengan pengiklan.  Dua tiga tahun dulu, kebanyakkan pengiklan akan berurusan dengan orang tengah seperti Nuffnang atau Innity tetapi sejak kebelakangan ini ramai pengiklan akan menghubungi tuan blog sendiri untuk mendapatkan perkhidmatan.

Masalah utama yang dihadapi oleh blogger bila kali pertama dihubungi pengiklan adalah harga.  Nak letak berapa?  Nak rujuk siapa?

Saya nak cakap secara tepat pun susah, jadi saya bagi satu garis panduan.  Ingat, ini cuma panduan bukan keputusan akhir.  Tiap orang mempunyai priority dan hala tuju blog yang BERBEZA.

Untuk satu entri   melalui orang tengah, saya pernah dibayar RM 350 – 400.  Kalau kita berurusan terus dengan pengiklan, harga yang ditetapkan mestilah lebih dari itu.

Kenapa saya kata perlu lebih?

Kerana kalau  melalui orang tengah, sudah tentu mereka membayar sekurang-kurang 30% lebih dari harga yang diterima oleh blogger.

Saya takut nak letak harga mahal, takut tak dapat job.

Iya, saya pun akan mengalami perasaan seperti ini.   Kadang-kadang saya terfikir,  mereka cuma sekadar mengumpul data dikalangan blogger untuk dibuat rujukan mencari blogger yang menawarkan harga lebih murah atau meraka betul-betul ingin beriklan.

Rujuk dengan blogger yang sama level untuk menentukan harga yang sepatutnya. Blogger perlu tahu kedudukan blog dia dan rakan selevel sendiri seperti kedudukan ranking.  Dari situ kita boleh menentukan harga yang tidak jauh berbeza.

Bagaimana contoh menjawap email pengiklan yang bertanyakan harga?

Ini adalah contoh ringkas untuk menjawap email pengiklan.

Terimakasih kerana berminat untuk beriklan di ( nama blog)

Saya menawarkan iklan berbentuk advertorial berharga RM ( nyatakan ) meliputi

  • entri xxx patah perkataan
  • sticky post selama 24/48 jam di laman utama
  • 2 backlink ke laman web pihak tuan
  • 2 image yang disediakan oleh pihak tuan

Pihak tuan perlu sediakan bahan untuk diterbitkan termasuk kata kunci yang dikehendaki. Pihak saya memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk menyediakan draft sebelum diluluskan untuk disiarkan.

Entri akan diterbitkan setelah bayaran dijelaskan terlebih dahulu.

Saya sedia untuk berbincang lanjut sekiranya pihak tuan memerlukan apa-apa cadangan yang lebih baik.

Ini pula contoh email yang biasa saya gunakan jika menggunakan bahasa Inggeris

 

With reference to your email about the advertising on my website, this has reference to your enquiry.

  • The cost for the advertorial is RM xxx per entry post.
  • Enter up to xxx words including two links back to your website.
  • Two photos of your choice may be included with the post.

Give me the targeted keywords for our website as a guideline of the topics . It will take approximately 3 days for me to draft up an advertorial of your product after being approached.

Advertorial will act as a main blog post for 24/ 48  hours after making the payment. After 24 hours, the post will be available in perpetuity in the online archives

I will of course send you a draft before publishing it.

Hope the above is sufficient. If there is any further information you need me to complete, please let me know.

Grammer salah berterabur pun peduli apa, kita memang blog dalam Bahasa Melayu, dah dia hantar email dalam bahasa Inggeris. Saya bukan pandai, ini pun google dan susun atur mengikut sesesap hati aje.

jenis bunga di bukit fraser

Saya memang akan jelaskan berapa jumlah perkataan yang akan ditulis kerana setiap entri adalah berbeza.  Tak kan entri sepanjang 1500 patah perkataan sama harganya dengan entri 350 patah perkataan.  Masa yang kita luangkan, bahan yang kita perlu rujuk semuanya berbeza.

Saya tetapkan backlink dan image yang digunakan kerana backlink itu memberi kesan kepada ranking  saya sendiri dan image akan memakan bandwidth.  Semua itu ada harga yang perlu dinilai.  Ramai yang tahu blog tetapi ramai pihak diluar sana yang tidak tahu, blogger yang fokus dan stabil mengeluarkan modal untuk membina reputasi mereka.  Elektrik, internet, beli domain, beli hosting atau bayar perkhidmatan  keselamatan blog adalah kos untuk sebuah blog.

Saya akan jelaskan tempuh sticky post selama mana yang patut bergantung kepada harga yang  diterima.  Paling lama 24 jam, kalau dia nak 48 jam, harga akan dibincangkan semula.

Syarat yang paling penting – Lepas bayar baru diterbitkan.  Kebanyakkan kes, saya akan terbitkan entri SELEPAS bayaran dijelaskan kecuali melalui beberapa pihak yang saya kenal baik, yang pernah bertemu dan kenal secara peribadi.

Ada juga pengiklan yang menawarkan kemudahan lain seperti token/baucer/barangan/jemputan hadiri majlis. Sekiranya apa yang ditawarkan itu berbaloi, tak salah untuk terima asalkan memberi kelebihan kepada kita bukan saja dari segi wang ringgit tetapi dari sudut menjenamaan, membina network atau social life.

JIka pengiklan mahukan saya review produk, saya akan meminta mereka kirimkan produk terlebih dahulu.  Saya tak buat iklan produk yang saya tak kenal atau ambil gambar hasil carian google.  Ini adalah sebahagian dari T&C ( Terms and Conditions ) yang saya amalkan merangkumi syarak, integriti, merit dan budaya .

Saya menolak untuk menerima bayaran untuk review blog , produk kesihatan kerana saya tidak bertauliah untuk diagnosis sesuatu produk untuk penyakit tertentu.

Sekali lagi saya ingatkan, tiap orang berbeza nilai T&C masing², apa yang saya buat tidak semestinya perlu diikut oleh setiap blogger.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

61 thoughts on “Contoh Email Kepada Pengiklan

    1. In blogging, “sticky post” refers to a post that remains at the top of all other posts, in the homepage. It will stay at the top of your blog until that day comes and goes
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sweet SundayMy Profile

      1. oh saya faham la…maksudnya post kita yg tulis di muka surat pertama apabila ada pelawat dtg melawat blog kita….in other way kita tak tulis post yg lain utk 24 jam seterusnya setelah post ads itu dipaparkan
        Jom terjah post menarik dari Emily Tang ..Avene Serenage 美容工作坊My Profile

        1. boleh.. kita boleh update tetapi sticky post tu tetap akan duduk kat atas walau pun kita dah update entri lain.
          ada cara nak buat sticky post ni

  1. Salam,
    Belum ada lagi blogger yang ingin berkongsi tip dan panduan mengenai perkara ini. Akak sangat memahami apa yg kami inginkan. Sgt berguna buat saya, blogger baru. Terima kasih yg tidak terhingga.
    Adakah perbezaan ketara dari segi harga bagi blogger baru dan lama/popular? Berapa peratus perbezaannya? (agak akak la).
    Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Wordless W#3 : Tipah Tertipu!My Profile

    1. beza tu susah nak cakap sebab tak ada blogger yang akan dedahkan harga yang mereka tawarkan secara terbuka.

      secara am, blog yg banyak trafik, related dgn produk yang hendak diiklan lebih mahal.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sweet SundayMy Profile

      1. Salam Kak Jie, Terima kasih diatas feedback,
        Susah juga nak menetapkan harga ni, xde rujukan. Kalaulah ada satu garis panduan harga berdasarkan trafik blog pun sudah cukup utk di jadikan sebagai panduan ataupun bayangan. Sekurang2nya tidaklah terlalu tinggi atau rendah.
        Ade ke yg bermurah hati nak membuatnye ye…Akak kot…hehe.
        Mungkin boleh dibentangkan dalam SBB anjuran Denaihati sebagai satu kertas kerja. Yang berpengalaman jer yg boleh beri maklumat ni.
        Eh..terlebih pula permintaan saya…sekadar idea. Jgn marah Akak ye.
        Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Kreativiti Bilik Tidur untuk Anak RemajaMy Profile

  2. belum ada pengalaman lagi. belum ada rezeki..
    sekiranya sudah ada peluang mendapat rezeki ini, blog kak jie dan kak bee akan jadi rujukan kepada DT..
    bila agaknya ye nak dapat.. UV pon tak tetap lagi. he he
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Jangan Kau BerlagakMy Profile

  3. Terima kasih kak jie atas perkongsian ini. Setakat hari ini saya belum menerima apa-apa mesej dari pengiklan. Artikel ini akan saya jadi panduan di masa akan datang.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Harijadi AlongMy Profile

  4. persoalan yang kerap kali bermain difikiran kat kawan-kawan blogger zaman sekarang. bila era blog dipandang kembali sebagai medium penyebaran dan media pengiklanan berkesan. tapi masih jugak ade yang tertipu termasuk saya. ada jugak pihak yang suka ambik kesempatan.

    nota: saya akan stick with my price sebab kalau saya rendahkan price saya, maka saya juga akan jatuhkan indusri pengiklanan kat blog. seterusnya untuk rakan blogger yang sepenuh masa jugak akan menerima impak yang sama kesan daripada “harga lebih kurang”
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..WW: Perghhhh….. Edisi Ramly BurgerMy Profile

    1. betul..setakat ini belum ada yang email minta kurangkan harga
      sama ada dia terima atau tidak ( dia diam terus)
      kalau turunkan harga, kita sendiri akan dapat kesan jangka panjang

Comments are closed.