Tips Menarik Pengiklanan Ke Blog
Selesai entri semalam mengenai pandangan saya betapa pentingnya pengusaha perniagaan online melabur dengan ‘membeli entri’ sebagai satu bentuk hebahan perkhidmatan atau produk, ada pelawat yang bertanya –
Blog bagaimana yang perlu kita pilih untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan online? Kriteria apa yang diperlukan untuk memilih blog bagi tujuan mengiklankan produk dan promosi?
Betul juga kan………. ada pelbagai gred, jenis , identiti blog di dunia ini, blog yang bagaimanakah yang boleh memberi impak kepada sasaran pemasaran tersebut.
Macam mana nak mendapatkan pulangan yang setimpal dari modal yang telah dilaburkan? Baca dulu entri berkaitan di sini – Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay
Ada beberapa perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perkhidmatan ‘advertorial post’ dari sesebuah blog. Perkara ini penting kerana tidak semua blog berada pada kedudukan yang sama dan sudah tentu hasil yang akan diperolebih juga berbeza.
Ada orang cakap, tulis entri di blog senang. Ya! itu mungkin nampak betul tetapi untuk membina dan mencapai kedudukan yang baik di dalam dunia WWW ini itu bukan kerja yang mudah. Perlu ada beberapa tempoh masa dan usaha gigih yang konsisten bagi menempatkan sesebuah blog pada kedudukan ‘dilihat , dipercayai, dikunjungi ‘ pelawat.
Pemilik blog juga keluarkan modal untuk membina asas untuk menempatkan blog beliau di dalam enjin carian. Selain dari masa dan kreativiti yang sukar untuk dinilai dalam bentuk fizikal, membeli domain dan menyewa server adalah langkah pertama ke arah tersebut.
Ciri-ciri Blog Yang Baik Untuk Pengiklanan
-
PageRank
Semakin besar angka PR, semakin stabil sesuatu blog. PageRank ( PR) adalah salah satu mekanisma yang digunakan oleh Google bagi menentukan kepentingan sesebuah blog untuk berjaya menduduki Search Engine Results Page (SERP). Blog yang mempunyai PR yang bagus berpeluang untuk menduduki muka depan halaman carian Google mengikut katakunci yang sepadan.
-
Alexa Ranking
Semakin kecil angka dicapai, semakin baik kedudukan blog tersebut. Kedudukan rank di Alexa boleh berubah setiap hari. Alexa Ranking adalah sistem ranking yang ditetapkan oleh alexa.com (anak syarikat amazon.com) yang pada asasnya mengaudit kekerapan dan bilangan kunjungan pelawat ke blog tersebut. Tanpa peru bertanya berapa daily visitors atau unique visitors, kita boleh membuat perkiraan jangkaan pelawat blog tersebut berdasarkan kepada kedudukan ranking di Alexa.
Kedudukan ranking di Alexa boleh digunakan oleh pengiklan untuk melihat potensi pemasaran produk yang mereka harapkan.
-
Domain Authority
Semakin tinggi skor yang diberikan, bermaksud blog tersebut lebih dipercayai dan mempunyai kekuatan di engin carian. Domain Authority adalah ukuran sejauh mana bernilainya sesebuah blog yang menjadi salah satu faktor blog tersebut menduduki halaman depan engin carian.
Domain Authority diukur berdasarkan umur sesebuah domain, populariti domain tersebut dan saiz kandungan yang berada di dalam domain tersebut.
Umur domain yang stabil dan lebih berumur ( ehem.. lebih tua lebih bernilai ni ) memberi isyarat bahawa domain tersebut konsisten dan menjadi sumber yang boleh dipercayai. Populariti domain diukur dengan jumlah link masuk dari laman web yang mempunyai domain berkualiti. Inbound link dari domain lain adalah satu isyarat bahawa laman blog tersebut mempunyai maklumat yang berguna dan bernilai.
Saiz domain iaitu kandungan yang besar dan berkualiti membantu memberi domain tersebut pautan yang lebih dan diindex dengan lebih luas untuk memberi kedudukan baik dalam engin carian.
Baca tentang domain dan hosting – Apa itu domain?
Ini adalah ciri-ciri teknikal blog yang boleh dicapai oleh semua blogger melalui beberapa ilmu blogging. Ciri-ciri teknikal ini turut sama memberi keuntungan sekiranya laman web pengiklan mendapat inbound link ( backlink) dari blog yang kukuh untuk jangka masa panjang.
Selain dari itu ada beberapa ciri-ciri yang tidak bersifat teknikal yang boleh digunakan sebagai panduan dalam memilih blog yang terbaik bagi tujuan pengiklanan.
Untuk mendapatkan pulangan yang optimum dari pengiklanan di blog, pengusaha yang mencari blog terbaik perlu melihat beberapa kriteria humanistik. Blog yang bersifat ‘untuk manusia’ yang mempunyai sentuhan jiwa secara peribadi lebih menyentuh naluri kemanusiaan pelawat.
Blog yang mesra pengunjung – Blog yang baik mempunyai hubungan yang harmoni antara tuan punya blog dan pengunjungnya. Kita boleh melihat dari beberapa artikel terdahulu untuk mengetahui tahap keselesaan komunikasi kedua-dua pihak. Interaksi diruangan komen boleh dijadikan panduan bagaimana tindakbalas pengunjung kepada setiap post yang diterbitkan.
Pengiklan boleh menilai dan memberi keutamaan kepada blog yang mempunyai komen kerana ini boleh memberi peluang mereka mendapatkan ‘feedback’ dari pelawat blog terhadap produk yang disasarkan.
Bilangan pengikut di Twitter atau Facebook – Bukan semua blog yang mempunyai bilangan pengikut yang banyak itu menandakan ianya bagus atau sebaliknya tetapi sekurang-kurangnya kita tahu pemilik blog tersebut ‘disenangi’ oleh rakan sebloggernya. Disenangai dan dihormati dikalangan rakan seblogger memberi nilai tambahan post yang diterbitkan dibincang, diulas atau dikomen sesama sendiri.
Human Network – Internet adalah mengenai manusia. Manusia suka berhubung dengan manusia lain. Produk yang diiklan juga mensasarkan manusia sebagai pembeli atau penggunanya. Kalau pun produk tersebut untuk seekor kucing, manusia juga yang akan membuat keputusan mendapatkan produk tersebut. Pastikan blog tersebut menggunakan bahasa yang difahami manusia. Perkataan , ayat atau bahasa yang baik susunan dan lengkap lebih mudah dicari oleh manusia lain.
Ini hanyalah beberapa ciri yang boleh difikirkan. Ada pelbagai sebab untuk pelbagai tujuan. Pastikan nilai yang anda bayar berpatutan dengan nilai blog yang hendak anda gunakan sebagai perantara perkhidmatan tersebut. Sudah tentu blog yang mempunyai ranking yang berbagai-bagai ini meletakkan harga yang berbeza.
nota : siri entri ini macam tidak berakhir, saya dah ada satu draft lagi mengenai topik ini.. hihi
Sekarang dah banyak online tools yang boleh digunakan untuk “siasat” KPI yang Kak Jie bincangkan di atas 🙂
sangat bersetuju dgn entri ini kak jie 🙂
Wow, sangat menarik.
Terima kasih kak Kujie. 🙂
Perkongsian yang begitu menarik … 🙂
Thank you atas perkongsian nie.Bersemangat saya baca.Salam perkenalan.
Terima kasih sangat menarik la blog admin nie .. setiap patah perkataan dibaca menyentuh jiwa. Rank Alexa pon tinggi huhu .. xdpt nak fight kih2 .. gurau je .. selamat berpuasa cik admin .. =)
trafik dan pagerank biasanya menjdi sorotan utama bagi penngiklan..
Perkongsian yang menarik untuk blogger yang baru 😉
khusyuk baca entri ni…hmmm…saya pun update blog ikut mode…akan berusaha supaya bertahan lama…masih byk ilmu perlu di gali dan di korek…;-)
bagus tip nih. banyak lagi kena improve kalau nak berjaya, tapi skrg update ikut suka je
Blog saya masih terlalu jauh ke arah itu… sedang belajar dan akan terus belajar, selagi hayat ada insyaallah
Semua blogger pun melalui jalan yang sama untuk capai kedudukan di tempat dia sekarang. … proses ni tak berhenti, akan ada sistem dan perubahan semasa … point ni mungkin tidak relevant lagi 3-4 tahun akan datang
membaca komen2 di atas ternyata isu ini semakin hangat..menurut pandangan saya yang semakin kabur ini..faktor utama pengiklanan ialah jumlah pelawat yang datang ke blog tersebut dan gaya bahasa yang berpengaruh ke atas produk yang diiklankan jika ada segmen produk review.
blog ini blog yg simple tapi power. berbanding blog lain yg bersepah iklan loading pun letih. blog sy juga simple dan pengunjung pun simple hahaha. takdek bakat la kujie huhu.
blogging memerlukan kecekalan, konsistensi, dan tidak kenal jemu melayan karenah rasa yg kadang rajin kadang malas hehe. tahniah kujie.
tetapi mereka tetap hormat dengan panggilan ‘ encik khairi’ hehe
umur domain sy masih muda belum layak sebut pasal autoriti huhu. alexa alhamdulillah ok tunggu google update lak
seronok baca berkenaan tips berblog ni. thanks 4 da infos…
umur domain saya masih muda..thanks kak jie berkongsi..
setuju..bukan senang pengiklan nak bagi RM kan..mereka tentu pilih blog yang terpilih
azam utk terus stabilkan blog insyaAllah…
Emm lambat lagi lah pondok kecil nak dapat tawaran dari pengiklan..hehe
samalah kita bro…masih mentah lagi..
banyak yang Kak Jie kongsikan dalam entri ni. inilah masanya blogger perlu buat perubahan menjadi blog yang baik untuk pengiklanan..
banyak lagi yang perlu fyna titikberatkan dan belajar. dengan penerangan akak at least memberi fyna panduan dan bole dipraktikan.
Aura yang diberi pencipta salah satu kelebihan kpd seseorang untuk popular dan dikenali ramai..dah popular dan glamor otomatis RM masyukkkk banyak sbb org jadi minat nak beriklan di blognya…ada betoi ka kak jiee
bisa jadi referensi saya sebelum memutuskan beriklan di suatu blog
terima kasih
Saya bersetuju dengan beberapa pendapat di atas, tapi ada di antaranya seperti isi yang kelihatan kabur untuk diketengahkan seperti Alexa ranking, PR dan domain authority itu sendiri.
Baiklah mari kita kupas entri ini dari sudut pandang Mama Murai. Untuk pengetahuan kak Jie, tidak semua advertiser berminat untuk mengetahui berapa jumlah ranking Alexa yang kita ada kerana Alexa ranking bukan penentu populariti blog. Hal ini sudah saya perjelaskan berserta buktinya dalam salah satu entri saya beberapa bulan yang lepas. (google kalau minat baca entri tu dan tanya kepada penmerah kenapa Alexanya tak pernah naik walau berjuta pageviews sebulan)
Kedua PR, Pr yang tinggi tidak akan membuatkan entri kita di muka hadapan SERP kerana ianya hanya disandarkan kepada page hadapan sahaja. Sedangkan untuk setiap entri, ianya bermula kepada PR yang baharu.
Setakat ini belum ada bukti jelas google mempertaruhkan kesemua entri dari domain yang berumur lanjut di muka hadapan. Kadang-kadang ada di antara blog yang baru berumur setahun jagung juga diletakkan ke muka hadapan berbanding yang otai kerana kesilapan mengomptimasikan kandungan entri.
Semoga ianya memberi pencerahan.
Advertiser sekarang ni pun dah semakin celik dengan kriteria yg mereka harus tahu,jadi poin Kak Jie diatas,saya rasakan penting sebab kita tak boleh lari dari Alexa Ranking,PR melainkan ada kriteria yg lain disediakan oleh penyedia web untuk mengukur tahap kebolehan sesuatu blog.
sebab pasal celiklah depa tahu ketiga-tiga di atas bukan faktor penentu untuk mendapatkan iklan. Apa yang pengiklan mahu adalah kebolehan untuk melariskan jualan. Mereka hendak tengok sejauh mana kredibiliti kita dalam menulis produk mereka. Pendek kata penulisan yang boleh menarik perhatian pembaca. Bukan traffik atau ketiga-tiga mekanisme di atas.
Kalau dah Aexa bagus,PR bagus sudah tentu penulis nya pon bagus juga..tak gitu Mama Murai?
Ya, saya tidak nafikan bahawa ada di antara pemblog yang mempunyai ketiga-tiga pakej di atas. Perfect. No objection for that. Malangnya kita lupa bahawa data Alexa sangat… sangat boleh dimanipulasikan oleh pengguna. Itu satu. Keduanya Alexa tidak mengukur kualiti tulisan kita.
Sama halnya dengan PR, kerana kita boleh mencipta satu ruang untuk PR yang lebih tinggi (Mana yang berkecimpung lama dalam penulisan blog akan faham maksud saya). Walaupun penulisan dibuat secara caca marba.
So kedua-dua mekanisme ini subjektif sebenarnya.
Persoalannya di sini apa yang menarik perhatian pengiklan untuk beriklan? Penggunaan Bahasa Baku? Ayat gramatis? Tidak… bukan itu yang dicari oleh pengiklan. Mereka mahukan penulisan yang kuat, yang boleh mewakili produk mereka serta meyakinkan pengguna bahawa produk tersebut berbaloi untuk dimiliki.
Salam MM, saya setuju dgn apa yg diuraikan kerana ianya sama dengan point no 2 dibahagian ciri2 bukan teknikal. Ada banyak sebab utk berjayanya sesuatu perkara dan ini bukan hanya satu2 sebab… ada banyak. Apa yg ditulis dr 900+ perkataan dientri ini bukan mutlak nerangkumi satu keputusan. *maaf tak dpt reply dgn panjang lebar, dari phone saja
Artikel yang sangat menarik, buat pedoman dalam menjalankan blog saya untuk sukses ngeBlog!
niche blog pun memainkan peranan penting. contoh macam travel, kereta, bank, shopping. Pengiklan suka blog niche macam ni.
Jarang dapat jumpa entri yang bagi panduan kepada peniaga untuk cari blog mengiklan. Sungguh rare dan saya impressed.
Macam taklimat daripada owner bisnesman pulak.
kagumnya dengan tulisan akak
Assalamualaikum.
Thank Kak Kujie for your valuable sharing. Sye nh blogger baru.. mmg sedang belajar mengenai teknik2 berblogging..
nampaknya banyak lagi la yang perlu dibaiki kat blog saya tu..huhu..
mekasih kak jie..:)
semua blogger melalui fasa demi fasa sebelum dia berada pada kedudukan dia yang stabil
terima kasih tips ini kakak. berguna untuk yang baru macam saya nak belajar. suka baca entry ini.
sama-sama, cuma berkongsi apa yg dikutip sepanjang melalui jalan tersebut..supaya blogger yang akan datang ada panduan dan lebih berjaya utk maju
terima kasih tips ini kakak. berguna untuk yang baru macam saya nak belajar.
Dah faham dah ..kena tingkat usaha banyak2 lagi..blog saya banyak yang belum menepati kriteria yang advertiser mahu..
tapi jgn lupa, advertiser pun ada macam-macam
tak semua akan pandang ciri-ciri tersebut, jadi letak je blog kita kat mana yg kita akan rasa selesa
Setuju 100% dengan kak jie…
lu tau setuju je laaa :p
Hahaha..bila nak belanja gua bagan lalang lagi?
Selama ini ramai yang hanya memikirkan trafik yang tinggi sebaai tarikan pengiklanan..
Dengan ada panduan ni,advertiser pun patut selidik betul2, buka hanya tengok angka kan?
blogger pula boleh ambil panduan ini untuk berjaya
trafik yang tinggi bagus juga, tapi………….. perlu stabil, tak boleh kejap mcm gunung everest, kejap mendatar … trafik tak berapa kencang tapi stabil akan buat google bagi kita anugerah 🙂
blog saya byk mengabaikan ciri2 yg kak jie listkan tu..bkn saja2 abaikan..tapi sebab x tau nak buat..alexa ranking pun dah kembali berjuta…PR? langsung ke laut..heheh
kadang2 keutamaan kita atau priority kita bukan ke arah tu, jadi abaikan
senang je nak maintenance blog ni, buat ikut keselesaan kita bukan nak ikut orang
nanti kita terkejar2 dan tak selesa
Terima kasih atas tips nya. Semoga bermanfaat untuk saya 🙂
Nampaknya sudah perlu ada ‘gold standard’ untuk blog yang menepati piawaian Advertoril.
sebenarnya piawaian cuma utk menentukan perbezaan harga yang ditetapkan oleh blogger – kalau pengiklan tu nak ambil mana-mana pun boleh tetapi dia perlu sedar apa beberapa perkara yang akan menyebabkan berjaya tau tidak teknik pemasaran tersebut
Suka bila kak jie bercoleteh ! selalu banyak tips kak jie beri .. terima kasih ! Insyaallah boleh apply kat website saya 🙂
kena fikir perkara yang jarang diulas oleh blogger lain, kena cari topik yang tak ramai blogger tulis kerana kak jie lebih suka berkongsi tips dari pengalaman sendiri, jadi susah sikit nak luahkan secara terbuka mcm ni
fuh! dua ibu jari menegak ke atas utk entri ni..
nak lagi!
Poin yang harus pengiklan tahu sebelum beriklan disesuatu blog. Nak share lah entry ni.
kan aku dah kata… dia punye pendam 2 minggu.. hang tunggu je la. kalau boleh setiap minit dia menggigil nak hapdate blog tahu..
hahahaha… larik cepat wehhhhhhh….
Simpan power hihihi……
ha ha ha…. bukan senang nak cari momentum sebelum lemau bercuti 2 minggu.. bila jumpa topik yg ‘boleh makan’ barulah cucuh sumbu …. berdentum dentum bunyinya
thumbs up kak..motivasi pagi harini..
utk sesiapa yang berkenaan saja, tak semua blogger ambil kisah dengan keadaan ni
Terbaiklah entri ni.. Memang kena kuatkan ciri2 tu semua baru sesuai untuk tarik pengiklanan..
beberapa ciri , ada lagi sebenarnya
cuma kak jie gariskan yang penting dan agak teknikal supaya pengiklan lebih faham
seronok banyak ni..yang penting memnag bukkan sehari nak develop blog yang dipercayai advertiser..
betul tu, bila kita create blog, bukan “tup” terus ada kat laman carian
Bagaimana pula sebuah blog percuma seperti blogspot hendak bersaing dengan blog yang menggunakan domain berbayar? Walaupun di sediakan oleh google, ianya bagaikan terpinggir…amat sukar terutama untuk meningkatkan PR dan AR. Walaupun ada tapi sangat sedikit bilangannya.
Pd pendapat saya, personaliti/populariti blogger itu sendiri juga memainkan peranan utk menarik pengiklan.
Blogspot memang disediakan oleh Google tetapi blog domain berbayar menggunakan wordpress mempunyai pelbagai plugin yang membantu meletakkan blog pada kedudukan baik dalam enjin carian.
Domain berbayar juga menunjukkan blog tersebut betul-betul serius dalam membina blog dan tentunya memberi lebih kepercayaan.
Tudia kak jie sekali menulis.. Panduan untuk pengiklan kelak.
hahaha..selalu cuba set nak tulis bawah 350 words saja, tetapi jarang tepat..mesti berjela jela… samalah kalau offer advertorial utk 300 words tapi mesti entri mesti panjang juga…
haha..dah lama makcik tak tulis macam ini. 🙂
entri macam ni umpama bunga api.. belum dibakar sumbu , belum meletup memercikkan cahaya menerangi alam.. hahaha
banyak lagi perkara yg perlu diperbaiki pada blog ejam utk setanding dengan blog kakjie ni, ilmu yang dikongsikan membuka mata untuk perubahan 🙂
*tak sabar nak tunggu next tips.
semua orang akan lalui proses baik pulih blog masing2… kak jie pun satu satu masa akan renovate dan susun atur semua blog…… kalau mcm ni je jadi jemu
tu cabaran buat kita tak leka…
Tulisan kak kujie yang baik untuk para blogger memperbaiki blog masing2 untuk tujuan pengiklanan 🙂
panduan ni sebenarnya lebih ditujukan kepada pengiklan kerana ramai pihak yang membuka mata kepada peranan blogger dalam pemasaran produk mereka tetapi tidak faham dalam berjuta blog yang ada, kenapa ada meletak harga iklan berbeza. semua ada harganya dan kesan tersendiri
Saya setuju sepenuhnya dengan apa yang diutarakan oleh kak jie..no wonder blog kak jie mempunyai follower yang ramai.
blog kak jie followers jenis ‘hide’ – ada hubungan yang lama