Dah lama saya tak buat segmen Hari Bertemu Pelanggan, kan?
Dah tak ada lagi A Letter From Heaven yang dihantar ke?
Sebenarnya ada banyak email yang saya terima tetapi kebanyakkannya soalan yang berulang² – jawapannya ada dalam blog. Ada juga soalan yang terlalu umum – saya tidak jelas tahap mana ketidakfahaman beliau.
Ada juga beberapa tutorial atau pertanyaan yang saya balas terus melalui email bergantung mood dan waktu kelapangan. Saya pun ada kehidupan ada prioriti lain selain dari blogging.
Kebanyakkannya soalan berkisar mengenai isu Nuffnang, SEO, dan trafik. Kadang² saya rasa sedih, rasa bersalah kalau tak dapat nak balas email mereka. Rasa dihargai bila mereka sudi menulis kepada saya tetapi dalam masa yang sama , kemampuan saya untuk membalas email dengan isu yang sama berkali², berulang² bukanlah sesuatu yang membantu.
Harga yang perlu saya bayar kerana kegagalan membalas email tersebut adalah ‘blogger sombong’ . Nak sedap, tak dapat sentap!
Tiap hari ada saja blogger baru muncul dalam blogsphere ini dan sudah tentunya setiap hari ada saja blogger yang ingin tahu itu ini begitu begini. Setiap hari saya menerima pengunjung baru – yang mencari info dan maklumat untuk level masing².
Hari ini saya nak kongsi cara mudah menjadi blogger yang smart yang kebanyakkan blogger tidak ambil kisah mengenai fungsi ‘part ‘ tersebut. Cara mudah untuk mendapat info , maklumat langsung atau mencari isu yang relevan dengan apa yang ingin diketahui.
1 . Related Post / Post Berkaitan / Tags
Dibahagian bawah setiap post, kebiasaannya ada lain² post yang berkaitan dengan entri tersebut. Sekiranya selepas membaca entri tersebut anda ingin mengetahui lagi mengenai isu yang dibincangkan, eloklah klik mana² post berkaitan yang disyorkan. Tag yang disertakan juga ada fungsinya.
2. Taip katakunci pada ‘search box’
Tulis saja apa yang sesuai dalam kotak tu dan tekan ENTER – akan dipaparkan beberapa entri yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Taip saja Nuffnang, SEO atau awek cun , mesti tidak mengecewakan.
3. Baca komen pengunjung lain.
Ramai blogger yang tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mereka di ruangan komen. Kutip, sedut ilmu tersebut.
Ini adalah asas seorang blogger perlu ada untuk mencari ilmu iaitu dengan membaca. Tips inilah yang saya gunakan setiap kali terjumpa sesebuah blog yang menarik minat untuk terus menjelajah.
10 tahun lagi, kalau ditanya soalan yang sama – jawapan saya tetap tidak berubah – rajinlah membaca! Jadilah seorang yang berminat untuk mengetahui dan guna daya usaha untuk mendapatkannya.
Untuk berjaya, untuk dapatkan trafik, untuk dapatkan earning juta² lemon perlukan ilmu. Untuk dapatkan ilmu perlu membaca.
Macam kita baca buku, kena selak mukasukat demi mukasurat untuk dapatkan kandungan yang lengkap, blog juga begitu. Hanya perlu klik entri post yang lepas² pada topik yang berkaitan.
Kalau ada keinginan, tidak susah sebenarnya. Mari kita belajar besama-sama! ( ayat macam cikgu mengajar murid Tahun 1 )
Nota : Post ini untuk blogger yang sering bertanya dan mahu ambil tahu mengenai blogging, kalau komen anda ” aku tak kisah…. saja-saja suka suka….” post ini BUKAN untuk anda.
tadi install plugin ape tak tau tapi takleh activated..
😐
sebenarnya kalau kita rajin mencari di google memang banyak info dan kaedah yg telah ditulis oleh ramai blogger dan biasa kaedah mencari inilah yg menguatkan ilmu kita berblogging.
betul sgt tu kak jie..
kadang2 rase menyampah dengan orang yang semua benda nak tanye. even benda simple gile tanye. orang suruh google die jawab “malas”.
haha.. mmg terus hanginla kalau jawab macam tu…
Nak blogging smart kena PEKA
kak jie guna related post plugin ape?
ada pembaca yg tak jadi smart utk mencari ilmu. banyak kemudahan boleh digunakan. jangan malas membaca.
ini ori, belum edit…nnt na kena edit sikit2 ni
ruang komen untuk beramah mesra dan berbincang.. bertukar pendapat..
eh,ruang komen blog ni dah elok nampak ?..
ye..membaca jambatan ilmu. usaha tangga kejayaan. trafik lif kemahsyuran..
ramai yg salah konsep ni , kan
katanya blogger kena rajin update blog..update blog…update blog…. 😆
hehe..cikgu ni…
Kak Long cikgu kekal sampai pencen – dah pencen pun orang panggil cikgu juga
tak rugi….kan
awatnya….. berletiak macam mak2 ni 😀
sebab itu kena ‘taip katakunci’ yang ingin kita pilih 😆
blog ni dah 4 tahun, banyak isu yang berulang2 yang ditanya
semua ada dlm ni…kena selaklah macam kita baca buku…
memang terlalu banyak yg nak dibaca… kena pandai memilih apa yg perlu dibaca 🙂
plugin dh reintall baru….belum edit belum usik lagi ni..tunggulah bila free 😆
btw – terimakasih
betul.. kalau nak menjadi blogger berjaya
tapi kalau suka suka..tak kisah apa benda
ikut suka hang lah nak jadi apa…kan..haha 😆
bila dah lama menjadi blogger, kita boleh sediakan penapis untuk ambil apa info yang baik, jangan terpengaruh dengan ‘tajuk’ tetapi bila kita ikuti track record seseorang blogger tu, kita tahu – kandungan entri dia mesti ada sesuatu
betul – kenapa saya tulis isu ini
sebab terlalu kerap bertemu blogger yang berkata mereka malas membaca entri, malas nak klik ‘read more’
sama-sama…
berkongsi dan mendidik
supaya kita sama² menjadi blogger yang smart 😆
betul tu..selalu entri yang banyak perbincangan
masing2 mengeluarkan idea
tabik spring kat kak jie!
kami rasa mungkin dari kod CSS kotak komen tu, jadi bila plug-in CommentLuv keluar, nampak bertindih.. mungkin ada yang tak kena dengan kod atau mungkin padding number perlu ditambahkan antara butang ‘Submit’ dengan ruang bawah tempat plug-in CommentLuv muncul. In pendapat saja..
internet kaya dengan ilmu, namun carilah ilmu yang mahu di tahu, kelak nanti bercelaru. Info overload.
maksudnya, orang yang minat membaca paling ngam jadi blogger..bila dah banyak membaca, pasti terdorong untuk banyak menulis. Banyak input, banyaklah output.
ya, kami menyedari hal ni. Ilmu ada di mana-mana,walau di ruang komen semata.
Betul. Ilmu yang ada hari ni berkat kesukaan membaca.
kat page tepi kanan tu ada ‘contact’
dah cuba?
Kalau tak nak jadi blogger pun mesti rajin membaca, apatah lagi kalau nak jadi blogger berjaya.
“Rajinlah membaca! Untuk dapatkan ilmu perlu membaca.”
Macam pesan cikgu-cikgu pada para pelajarnya. Tapi Kujie memang cikgu pun, cikgu dunia blogging! smile:
saya memang da banyak nak tanya akak tp kat mana saya nak send soalan tu?
saya rasa kena pandai cari dulu, then tak jumpa baru tanya org.. itu lebih baik sebenarnya.. tapi ramai yg malas nak searh2 ni.. ikut citarasa masing2 la kot kan..
setuju! 😉 😉
Banyak membaca, barula post2 tu relevan sepanjang masa 🙂
kena rajin membaca…pun sekadar singgah saje..
dari bnyk membaca lah dapat idea nk buat entry jugak.. 😀
betul, nak jadi blogger yg berkualiti kene rajin membaca, ops bukan rajin plagiat yea…
saya dulu pon malas membaca, bila dah berblog ni, nak tak nak kenelah rajin membaca gak…
pernah emel kak jie gak dulu tny pasal subdomain.. tu pun sbb dah google tp tak jumpa jawapan yg diperlukan.. dan emel tu dibalas.. terima kasih.. 🙂
tanya pakcik google macam2 jawapan ada..bacalah
setuju.. memang nak jadi blogger kene banyak membaca dan menulis serta mencerna maklumat..
saya baca gaks selit seling selang seli 🙂
Membaca keseluruhan artikel dan juga komen-komen yang diberikan sememangnya akan memberi banyak input kepada kita, sebab biasanya di ruangan komen tersebut ada perbincangan lanjutan daripada artikel yang ditulis, seterusnya menambahkan pemahaman kita terhadap artikel tersebut, terutama artikel yang lebih teknikal.
nak tambah ilmu kena rajin membaca… jadi blogger pun kena membaca jugak… 🙂
mmg terlalu banyak input berguna dkt dlm blog ini…cuma taip & search apa yang kita nak, then baca…tp kalau malas, mmglah tak dapat kan!!!
dah reset plugin…. test
sistem komen ada masalah…………..entri ni suruh baca, jadi baca je lah ye… 😆
memang membaca tu penting, kalau tak membaca cam ne nak dapat ilmu kan.
kalau nak jadi blogger, mesti membaca
sebab blogger adalah penulis blog
mesti kena main dgn huruf dan perkataan..hehe
Sangat setuju dengan akak. Kalau nak .. cuba cari dulu kat website or internet. Bila dah tak jumpa dan putus asa, baru la tanya kat orang yang bijak pandai. Baru la ilmu itu akan berkat dan ingat sampai bila2.. =)
bacalah walaupun satu ayat. ye dak kak kujie…
terima kasih ye atas tunjuk ajar… 🙂
betul, kadang2 baca komen orang lain tu pun boleh dapat input yang berguna.