Cara Mudah Buat Watermark
Blog Tutorial

Cara Mudah Buat Watermark

Sebelum Kak Jie jawap soalan tu, meh nak rotan bontot dulu.  Degil…………… cikgu dok ajar tak mau ikut.  Dah bagi homework tak siap²kan.

Dah bagi tutor macammana gambar ada kat profile bila komen atau dipanggil avatar pun tak buat² lagi.  Pi baca entri Gambar Pada Profile dulu, register Gravatar tu dulu biar keluar kat ruangan komen avatar cun melecun.

Ok, balik pada soalan Princessmia.  Itu namanya watermark.  Ada banyak jenis software yang boleh digunakan.  Ajak Pakcik Google cari.

Memandangkan ramai kawan² saya rakan sebaya, makcik² yang baru mengenal keyboard dan komputer, saya akan buat tutorial bergambar cara mudah yang saya gunakan.

  1. Cara asas – guna paint.

Klik Start > All Programs > Accessories > Paint. Itulah Paint yang dimaksudkan.

Izati jangan rotan Maklong ye…pinjam gambar gedik….

Right Klik gambar yang nak diwatermark, Open with > Pilih Paint.

Resize gambar mengikut saiz yang sesuai. Ikut step 1- 4 macam gambar kat atas tu.  Tool bar kat bawah ( tak nampak dalam gambar) ada pilihan warta untuk font yang boleh dipilih.

2.  Cara buat Watermark menggunakan Photoscape.

Search photoscape dan install.

Klik Photoscape – muncul page seperti di bawah.

Kalau dah ada macam ni, cun dah …dah boleh meneroka macam-macam. Kita nak buat watermark je kan, jadi klik Editor.

  1. Klik Editor
  2. Pilih gambar dari file . Klik Resize untuk dapatkan saiz yang sesuai.
  3. Klik T – pop up keluar macam no 4
  4. Tulis apa yang nak ditulis, jenis font, warna dan sebagainya. Klik OK
  5. Save

Ada banyak yang boleh dibuat dengan photoscape – letak frame, bright , color dsbnya.  Bila dah ada tu, pandai²lah godek sana sini.

p/s – ada banyak cara lain tapi saya suka guna photoscape.

©kujie – Untuk beginner rakan sebaya!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Cara Mudah Buat Watermark

  1. saya guna pain jer….kalau watermark dapat picture tu besar sizenya dah kena caj lain pulak…photoscape….? lum study lagi…

  2. laaa…senang gitu ja rupanya..ingatkan susah..lepas ni nak buat la juga..nak buat yang simple je mungkin.. 😛

  3. ❗ XP is the best! Hands down, by far… Di akui oleh pakar2 komputer sedunia.

    Memang tak banyak apps dan kureng kelajuan & tak shanteks kalau nak main grafik, tapi… the most reliable OS ever.

    Lepas ni tak mau bayar dah OS, nak yang free saja…

  4. Kita kita yang berlajar tak formal ni faham macam mana rakan2 sebaya kita nak fahamkan sesuatu teknik …sebab itulah kawan2 mudah nak tanya kt sini 😆

    tak rasa malu sangat sebab masing2 pun tak tau

  5. Salam

    Dulu pun guna picnik.com juga, tapi loading slow sangat.
    Guna photoscape boleh buat banner gif dan macam2 lagi. Mudah dan senang.

  6. Salam kak.
    Mula2 pakai blog wordpress dulu, sya guna picnik.com buat watermark. Setelah k.jie komen d blog sya dan beri pendapat yg k.jie guna photoscape, terus sya tukar dan mggunakannya hingga kini. Sgt mudah dan byk kegunaan lain juga di situ :mrgreen:

  7. Terimakasih Kak KUJIE. Saya dulu pun memang buta terus bab PhotoScape ni, sbb lebih cekap guna Photoshop.

    Tapi bila dah tahu PhotoScape, seronok guna. Malangnya bila saya guna Apple (PC Windows jahanam) maka PhotoScape tak leh support ke EMac… Saya pernah beli watermark dari orang, sebab masa tu tak pandai. Skang leh ler buat skit2….

  8. susah sangat, tulis sendiri kat gambar. scan, upload kat blog. habis cite. hehe..

  9. Salam. Rajin Kak Jie bantu rakan2. Siap ada tutorial khas tu.. Suka guna Photoscape.. macam2 boleh buat dengannya.. :mrgreen: :mrgreen:

  10. dulu rajin la letak watermark manual nie… tp sekarang upload terus je kat blog… sbb nnt terus ada auto watermark… senang sikit… jmp tutorial dia kat WC 🙂

    kelemahan dia pulak… bila upload gambar kecik nnt watermark tu turut semak sekali… habis penuh gmbar kecik tadi dgn watermark… 😀

  11. dulu2 malas nak buh watermark.. sejak ade orang ambil gambar aly dobo dari page sy, merajinkan diri jugak bubuh watermark

  12. saya dulu rajin juga nak buat watermark ni tapi lama2 malas 😆
    lantak la kalau ada orang curi pun tak banyak sebab tak popular mana.
    tak macam kak jie :mrgreen:

  13. kak jie..
    saya pun tak tau gak..
    tumpang thanks pada sapa yang bertanya
    lepas nie saya akan ulangkaji supaya tidak dirotan oleh Kak Jie
    😀

  14. dah lama nak ada tandair sendiri tapi disebab tak paham2 lansung jadi air sirap jer….tengok ada tutor begambar ni bulehlah nak explore….kalo jadi tima kasih diucapkan atas prkongsian ilmu itu…..

  15. selalu gunakan photoscape utk kerja2 edit-mengedit gambar…btw, tutor yg baguzz…

  16. saya suka gunakan photoscape..
    rasanya lagi senang kot sebab dia boleh setkan terus..

    tapi lain orang lain cara..
    ikut mane mudah dan and suka..^^

  17. salam Kak..
    guna paint tu saya baru tahu..he he
    simple word je la kan?ermmm..selalunya
    saya gunakan picasa je..edit gambar
    dan terus watermark

Comments are closed.