Ada blogger tanya macam mana nak buat gambar yang gerak-gerak atau animated gif pada entri lepas ( LIMA 2013 – Su-27 Russian Knight ). Saya nak buat tutorial pun malu sebab ramai pembaca blog ini pakar² yang lebih pandai . Tetapi saya percaya, setiap hari akan lahir newbie yang ingin belajar perkara baharu bagi mereka.
Jadi, pagi ini saya buat tutorial mudah gaya makcik² untuk rakan² sebaya yang ingin menambah pengetahuan meraka kepada perkara baharu. Mungkin ada steps yang saya tertinggal, sila tinggalkan pertanyaan diruangan komen bawah entri ini.
Kalau saya tahu.. saya jawab spontan.. kalau saya tak tahu, LMGTFY.Com bak kata AiMedia Network
Mari kita mulakan!
- Buka Photoscape. Kalau belum ada, kena install dulu secara percuma.
- Penjuru kiri atas, klik Batch Editor – untuk edit secara berjemaah banyak-banyak sekali harung, kalau nak edit satu-satu guna Editor.
- Guna tetikus, tarik gambaryang nak diedit dan letak kat ruang atas kiri.
- Kemudian edit saiz , frame gambar kat tool belah kanan.
- Klik objek untuk letak watermark sama ada nak letak photo atau text.
- Dah siap, klik Convert All untuk save.
Dah siap edit saiz, warna dan segala yang dingini secara berjemaah. Sekarang kita buat gambar tu bergerak-gerak pula.
- Masih di Photoscape, klik Animated GIF pada tool atas.
- Guna tetikus , tarik gambar yang diingini dan letak pada ruangan yang disediakan.
- Pada tool sebelah kanan, change time untuk sesuaikan berapa saat gambar bertukar, edit effect untuk memilih gambar gerak atas ke bawah, bawah ke atas, dari tepi kanan, dari tepi kiri atau sesedap rasa.
- Setkan canvas saiz mengikut main-wrapper blog masing-masing.
- Save.
Dah siap tu, jom kita test dengan upload ke dalam entri blog post. Ini yang paling asas, cepat dan simple, cukuplah sekadar untuk diisi dalam entri blog sendiri.
Saya tak pandai nak guna photoshop, tak berapa rajin. Guna Photoscape untuk kegunaan entri blog yang simple dan mudah. Lainlah kalau nak edit secara professional dengan ketelitian yang berlayer-layer.
p/s – edit blogspot guna main-wrapper, kalau wordpress nak guna istilah apa ye?
assalam, saya baru nk belajar photoscape. cane cara nak buat banner, takpun label?
betul tu .. saya pun baru nak download photoscape ni
nice sharing… amat berguna… tq…
lagu senang lah lps ni buat gambar gif, kalau tak asyik pakai potosop, ssh gak..
terima kasih atas tutorialnya, sangat bermanfaat sekali
Okay jugak tutorial ni. 😉
Walaupun guna Photoscape saja. Tapi nampak profesionalnya.
Saya selalu jugak guna software ni. Mudah dan cepat. 😉
kalau de gambar bot ni byk2, boleh jadi macam video ni.. hehe..
Kak Jie. Just nak inform yg gambar dalam entri teaser Lima 2013 – Su 27 Russian Knight tu jadi lebih besar (tak macam gambar teaser yg lain)
p.s. apakah hanya berlaku di pc saye?
sebab thumbnail dlm bentuk jpg/png ttp gambar tu gambar dlm bentuk gif
dah tau keadaan mcm tu tapi tak boleh nak ubah css semata² utk satu entri..biar kan saja
dalam 2000+ entri dlm blog ni, hanya satu je ada gif
ooo..gitu citernya..terima kasih atas pencerahan =)
.gif ni mmg kurang glamer…hehe
oo.. saya buat photoscape untuk resize gambar n sikit tone2 warna je.. hahahaha
Itulah jugaklah yg ambe buat bila guna paint.net
Resize dan kasi touch up sikit..simple jer..hehe
nice info..sgt bermanfaat..
guna photoscape pun boleh buat gif 🙂
dapat ilmu baru hari ni….
tak payah sgt rupanya ya klau dah tau.
Nice kak jie memang sangat-sangat berguna nie buat saya.
Menarik sekali, akan saya coba di lain waktu!
dulu pernah buat guna photoshop, lepas tu dah tak ingat.
nanti nak cuba guna photoscape pula..
tak perlu photoshop, macam ni pun dah ok..
dapat lagi ilmu tambahan hari ni… terima kasih
thumbs up!!! boleh lah fyna cuba selepas ini.
Selalu guna apabila buat banner. 🙂 Kalau rajin boleh buat Cinemagraph.
Alhamdulillah. Dpt ilmu photoscape kat sini.
Mmg tak pernah guna photoscape. Biasa pakai paint.net. Maklumlah, edit ringkas2 jer…hehe
Terima kasih kak jie.
dua2 photoshop dan photoscape x pandai lagi..
Saya tak reti guna Photoscape.. Biasa buat animated gif guna photoshop je.. Photoscape dah byk kali belajar tak pandai2 jugak.. Pelik..
Rupanya boleh juga mengunakan photo scape ini ya
Gif animated ni,dulu2 belajar sendiri,sebab sgt rajin explore photoscape :).Saya percaya ramai yg akan cari tutorial ni,betul kata Kak Jie setiap hari ada blogger baru yg dahagakan ilmu 🙂 – photoshop memang tak reti nak guna juga 🙂
memang senang nak guna Photoscape ni..
terima kasih kerana sudi-sudikan kongsi gambar lip-lap nie…nanti saya nak terjah photoscape…belum belajar lagi…
hehe abis pecah rahsia…sayapun guna photoscape buat anim gif haha 😉
Terima kasih untuk tutorial gaya makcik2 ni..hehe
oklah tu. tak semua orang tahu buat gambar gif nih..