Cara Menulis Komen Di Kujie2.com
Blog Tutorial

Cara Menulis Komen Di Kujie2.com

Setiap hari saya menerima pengunjung baru. Saya terbaca satu komen dari seorang blogger yang mengatakan ‘tidak suka’ tinggalkan komen di blog wordpress kerana terpaksa mengisi nama, email dan url blog, tidak seperti blogspot yang terus dari akaun google ( blogger )

Hari ini saya nak terangkan satu kelebihan yang tidak disedari secara teknikal.

Sistem komen di wordpress memberi anda kelebihan menulis nick sendiri bukan nickname yang didaftarkan dalam akaun blogger. Anda boleh menulis ‘ Erin Tudung Bawal ‘ atau ‘ Eddie Permata Hijrah’ -secara tak langsung anda mempromosikan produk.

Email pula membolehkan sistem Thread Comment di wordpress menghantar email pemberitahuan komen anda telah dibalas oleh tuan blog atau sesiapa saja ( pengkomen lain )

Url Blog – Ini memberikan anda backlink terus ke blog bukan  membawa link kepada profile akaun blogger. Anda dapat backlink direct ke blog. Itu kelebihannya.

Nampak? Kebaikan backlink antaranya meningkatkan PR dan Alexa Ranking.

Kalau anda tak pentingkan semua ini, abaikan. Jangan hipokrit cakap tak suka tak kesah tak kejar trafik – itu doa untuk diri sendiri tu tanpa disedari.  Bukan salah pun kalau nak meningkatkan diri sendiri dengan dapatkan trafik ke blog.  Cakap tak kesah tapi dok sibuk spam shoutbox dengan link promosi ke blog  – tu apa tujuan tu?  Tak kesah?  Kalau nak merendah diri pun biarlah nampak ‘smart’ .

Untuk mengisi borang komen di blog wordpress pun ada cara dan tertibnya , kalau tidak komen anda akan dihantar ke kotak spam secara automatik.   Kadang-kadang tuan blog terlepas pandang komen spam tersebut jika dia menerima berpuluh-puluh komen spam.  Cara paling mudah, klik- delete -all.

1.   Di bahagian URL BLOG – jangan isi permalink

http://www.kujie2.com – Url Blog
http://www.kujie2.com/rumahtangga/cara-memikat-suami.html – ini adalah permalink.

2. Jangan letakkan URL LINK sama ada secara ‘anchor link’ di bahagian kotak komen. Sistem keselamatan wordpress akan mentakrifkan anda sebagai seorang spammer.

3.  CommentLuv di kotak komen  akan memberi anda kelebihan  memilih 10 entri terbaru untuk dipaparkan dibahagian bawah komen sebagai ‘last blog post’.  Itu juga backlink yang boleh diperolehi

Nota : Untuk mendapatkan gambar avatar anda dipaparkan disetiap komen di blog wordpress. daftar dengan gravatar.com

©kujie – ada orang minta tutorial nak dapatkan komen dari pengunjung – itu subjek semester depan ye… kalau rajin klik kat atas ‘Kenangan Lalu’ cari kategori ‘Blog Tutorial’ ada arkib dulu-dulu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

153 thoughts on “Cara Menulis Komen Di Kujie2.com

  1. As soon as I started taking this pill, I felt immediate outcomes in my hunger reduction and the scale subsequently! I am a full-time student so I also use as an strength booster for late night studying as well. Major dry mouth is a true side affect.

Comments are closed.