Cara Melindungi Blog Dari Kena Hack
Blog Tutorial

Cara Melindungi Blog Dari Kena Hack

Isu hacker atau dalam bahasa berprofil tinggi dikenali sebagai pengodam bukan perkara baru. Kehadirannya berkembang seperti kemajuan dunia internet. Jadi jangan terkejut hyperbola dengan kemunculan yang begitu ketara sejak dua tiga minggu ini.

Hacker sentiasa ada – sama ada kita sedar dan memberi perhatian padanya atau tidak.  Serangan siber ini juga turut melibat portal milik kerajaan.

Sebenarnya saya bukan orang yang pakar dalam bidang ini.  Saya bergantung pada kawan² dan  Admin blog saya  yang terlibat secara rutin harian dengan web designer dan teknologi networking. Bila-bila masa yang perlu, saya boleh jerit kat twitter mohon bantuan.

Saya sering merujuk kepada Eizil seorang pengaturcara laman web sepenuh masa dari Acoostic Design , MrKay mempunyai kemahiran Teknologi Keselamatan yang tak update blog sebab sentiasa sibuk dengan kerja harian mengadap skrip. Yam yang akan muncul bila button SOS saya hidupkan dan MrKrueger, pemilik blog komputer bawah tanah.

Sebagai makcik ceruk dapur, saya sedar diri yang  buta IT, jadi saya perlu bijak untuk berada dikalangan mereka yang celik. Di saat semua kawan timeline sibuk dengan hastag #barucouple dan #af, saya masuk kelas malam melalui Gtalk belajar bahasa urdu. Bahasa urdu tu panggilan manja kami kepada code dan skrip.

Dalam keghairahan dan kemewahan blogger lain meraih trafik keyword Akedemi Fantasi, hari ini saya ingin berkongsi sedikit info bagaimana melindungi blog dari hacker yang melakukan SQL Injection. Terimakasih untuk Azmanishak – pemilik blog komputer bawah tanah dan Prasys – The blog that cares and shares kerana berkongsi cara melindungi laman web.

Tutor ini untuk blogger yang menggunakan wordpress selfhosted. Blogger dari blogger.com tak perlu risau,  kerana ada maklumat mendakwa blogspot dah cukup kebal.  Boleh blogging riang ria.

1. Register di CloudFlare. Saya guna akaun percuama. Lengkapkan kesemua 4 langkah yang diperlukan.

2.  Masuk Server Client Area, bukan cpanel.  Kalau saya gunakan ServerFreak, guna link ini http://secure.web-hosting.net.my/clients/index.php .  Pergi kat MyDomain > klik domain yang kita register dengan CloudFlare tadi dan Nameservers tukar DNS yang diberikan oleh CloudFlare. Save Changes.

3. Masuk wp-admin blog, install plugin CloudFlare. Aktifkan.

Ini step penting.  Selepas aktifkan plugin, masuk CloudFlare dapatkan API nombor.  Klik Account.  Copy paste no API kat plugin .

Cikgu saya tak cakap step ini malam tadi, dan kerana sebab itulah blog ini jadi haru bitu kelabu pagi tadi.  hehehe

Tulah cikgu…dah tau murid warga emas, ajar tak habis. :lol:

 

Kebaikan CloudFlare menjadikan blog lebih cepat untuk loading, menjimatkan bandwith dan melindungi blog dari serangan hacker, web spam dan mengkuarantin kod berbahaya.

Siapa LulzSec?

LulzSec was just another hacker group that was targeting Sony. It used an SQL injection to get into the company’s online databases.

Sony was hit again this week by LulzSec, losing over one million logins for an online picture service. The passwords were not encrypted, which was really an astonishing careless move by Sony.

Last night, LulzSec hacked into Infragard, which is a nonprofit organization that connects local businesses with the FBI to help prevent crime. Email addresses, personal information, and log-in information were taken. The group also left a picture of Gonlag on the front page.

Cubalah.. tugas kita mengambil langkah berjaga bak kata cikgu saya !

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

65 thoughts on “Cara Melindungi Blog Dari Kena Hack

  1. ada jugak cara nak install cloudflare ini, nak pasang sendiri tak reti sebab tak tau kat mana nak carik DNS, lagi pun saya pun pakai serverfreak, so memang cantik la jumpa ni, 😉

  2. Saya dah try buat cloudflare dah..alhamdulillah..so far ok..masih dalam pemantauan..hehe..thanks kat K.Jie..info yg baik..

  3. Tahniah sebab dah berjaya….memang bukan senang nak lepas dugaan demi dugaan tu… 😆

    Kak Jie masih guna plugin Akismet…

  4. kak jie , sebelum ni saya buat sendiri tp tk habis , saya buat kali ke dua baru selesai .. harap dapat jimat bandwidth dn senang org nk load memandangkan blog saya byk iklan sekarang tengah buat ujikaji mana lagi best , bak kata kak jie , kita kena cuba dulu kan ..

    dan soalan saya :

    lepas guna cloudflare ni ,plugin askimet tu perlu lagi ke tak ? atau saya boleh delete ke plugin tu ?

  5. gd to share here kujie…
    pernah cuba dulu tapi sekejap jer problemnya

    skrg guna blogspot walaupun
    terkadang kena virus malware 2 kali..

  6. betulke kujie, blogspot tu tak perlu risau? bila baca tentang hackers ni , rasa macam tengok citer batman, ala2 penyangak buat announcement. risau…

  7. yg paling aku suka, bila ajar kak jie, dia senang paham. dia rajin cari sumber tambahan utk lagi paham apa yg kita ajar. lepas tu dia translate pada bahasa mudah utk org yg bukan teknikal boleh paham. dari situ, ilmu yg kita bg tak rasa di sia-siakan. kadang2 dah rasa malas nak ajar orang yg tak ikhlas nak belajar. hehe

  8. dengar cerita………. skrg ni kak jie, azman, prasy mencuba sendiri …bukan lagi dengar cerita pihak lain.

    ada beza dengar cerita dan sendiri alami

  9. baguslah kalau tak ada masalah
    kita mencuba…….. kalau serasi teruskan
    kalau ada masalah, kita boleh cari jalan penyelesaian

  10. hari ni rasa berbaloi, kan
    bukan saja kita dapat ilmu ini tapi dapat gerakkan otak untuk menyelesaikan masalah berbangkit…sampai kebulur tu…hehe

    terimakasih ye, banyak sungguh tolong kak jie
    dah lah ajar warga emas………. 😆

  11. Terimakasih kerana berusaha selesaikan masalah blog Kak Jie hari ni….

    Benda ni sebenarnya bergantung pada individu, kalau dia perlu belum tentu orang lain perlu. Keperluan tiap orang berbeza. Dan lagi satu² teknologi tidak statik, dia akan berubah… kita mungkin tak sedar.

    Bangga dengan penguasaan BM Prasy 😆

  12. mungkin bukan sekarang, akan datang…. mungkin bukan utk kita, orang lain yg perlukan

    kak jie hanya berkongsi bila kak jie dapat

  13. alhamdulillah kalau dah jadi, kita berusaha je
    nak cakap sempurna, mesti tak , kan…

    setting blog kak jie paling teruk sebab ada CDN, nasib baik tok guru semua tu power2…dia org yg tolong selesaikan 😆

  14. Kak Jie pun orang ajarkan, cuma berkongsi dengan pembaca blog. Semua sistem ada kelemahan dan kelebihan, gunalah sebagai satu usaha kita.

  15. salam kak kujie…

    thanks for sharing…

    bukan calang2 makcik nihhh…klu dah pasai computer security pun dah leh share..kira ok ler..

    itulah…ilmu itu milik Allah…sesiapa yang mencari pasti akan memperolehinya..

    TQ kak kujie…smuga terus sihat dan terus diberikan ilmu oleh Allah…aminnn

  16. by the way.. thanks for sharing with me bro. tak kesah kalau ade orang tanak hargai apa yang kita share. kita bukan buat salah pon.. kita sharing untuk goods. kalau dia taknak.. biar depa nangis kemudian. tak kena boleh la cakap.. dah kena nanti baru tau.

    thanks again.. and by the way.. BM hang still ok. 😀

  17. Terima kasih atas info ini, saya akan cuba guna ilmu yg diberikan.. 😉

  18. kakjie mempermudakan. Yg penting aku percaya la , kita kena kongsi ilmu. Aku duduk ajar si mamat kat atas yg tulis tu (x nak sebut nama dia). Orang kate 1000x , pasal cloudflare x jalan la , itu la , ni la . Hacker group lulzsec sendiri syorkan utk gune cloudflare. Diaorang leh hack site spt sony , apatah lagi blog spt kite. Memang ada kebaikan dan keburukan , kalau cloudflare sendiri kena hack , lain la cerite dia…tapi kita kena ambil aspek yg positif

    Hope my BM is still good , sebab lama x duduk komen kat blog orang guna BM. Asyik2 duduk speaking BI!

  19. saya ada artikel untuk dikongsi bersama.
    boleh semak kat comment lurve saya ni.
    tengok macam mana nak pancing ikan guna website
    Maybank2u.Com

  20. pernah pasang clouflare dulu. bermasalah.

    dan lagi satu, css/js file kak jie tak load masa saya baca entri ni. baca blog bogel je.

Comments are closed.