A-Y-I-E tanya:
Assalamualaikum kak jie.. mcm mana ek nak buat bloglist teman tapi mesra macam kak jie ni? Boleh buat tutorial??
Berat sungguh permintaan ini… bukan sebab saya kedekut ilmu untuk berkongsi. Apa pertanyaan yang tidak pernah saya jawap? Tapi untuk bloglist seperti Teman Tapi Mesra tu susah saya nak terangkan kerana itu adalah projek trial and error syok sendiri . Langkah yang saya buat bukan secara profersional atau tertib seorang web designer. Itu adalah projek hentam kromo.
Saya tak akan mengecewakan orang yang bertanya. Saya akan mencuba juga memberi garis kadar mengenai cara dan prosedur membina page tersebut. Ayie baru menggunakan wordpress selfhosted, jadi tutorial ini dari amatur kepada amatur.
Bahan asas yang diperlukan:
Subdomain – dulu saya guna page dengan memasang plugin WP Social Blogroll tetapi plugin ini terlalu berat loading time. Saya buang.
Cara Untuk Buat Subdomain
* amaran : entri ini sangat panjang dan mempunyai banyak image, baik untuk bacaan di bulan puasa yang memerlukan anda banyak bersabar!
1. Login ke cpanel – ini adalah contoh alamat cpanel http://nama domain/cpanel
2. Dibahagian Domains, klik subdomain
Bahagian create subdomain, isikan nama subdomain yang ingin kita miliki. Jika kita isi blog, url akan menjadi http://blog.domain.com. Untuk contoh ini saya gunakan http://me.kujie2.com. Document root akan keluar public_html/me. Klik create.
Paparan ini akan dihasilkan apabila berjaya membuat subdomain.
Cara install wordpress pada subdomain menggunakan Fantastico.
Balik pada HOME, cari bahagian Software/ Services. Klik Fantastico De Luxe
Pada navigation klik wordpress > new installation
Pilih domain yang kita create tadi dan Install in directory . Isikan contoh semua data termasuk Site Name dan Description ( boleh tukar di dashboard WP ). Selesai mengisi maklumat tersebut, klik Install WordPress.
Klik Finish Installation. Selesai klik Back To WordPress.
WordPress telah berjaya di install dah boleh klik Visit Site untuk menatap hasil kerja keras anda sebentar tadi! ( kuina.kujie.com tu blog adik saya )
Hello world ! aku dah ada blog wordpress…oyeh~!
Inilah blog tersebut dengan default theme wordpress – Twenty Ten. Bolehlah login dengan username dan password yang dicipta tadi.
Sekarang dah ada tapak, rehatlah sekejap. Kita minum dulu…..ops!
Saya nak keluar nikmati dingin pagi dengan kicau burung di Ruang Rindu dan bagi ikan² makan.
Hujan malam tadi, teratai saya tetap berkembang.
Layan blues di Ruang Rindu ( ini bukan gambar pagi ni… abaikan bekas² makanan tersebut )
Ok….. lepas dapatkan oksigen yang segar, kita sambung balik kerja yang belum selesai.
2. Dari Dashboard WP – Widget > drag Link ( your blogroll ) ke sidebar.
Ini adalah default blogroll wordpress yang terdapat di sidebar.
Memandangkan kita hanya inginkan subdomain ini mengandungi bloglist sahaja, kita perlu cari theme 1 column dan edit bahagian yang tidak dperlukan. Inilah bahagian yang memerlukan daya kreativiti seseorang blogger. Fikir apa yang kita mahu dan faham struktur sebuah blog itu sendiri.
Untuk contoh ini saya gunakan theme Blue Basic. Proses seterusnya adalah trial and error seorang blogger amatur.
Widget Blogroll saja yang diperlukan. Jadi kita buang post body.
Dashboard > Appearance > Editor> Main Index Template. Buang code yang tidak perlu. Mugkin boleh terus buang file tersebut tetapi saya seorang amatur… redah sendiri. Mungkin orang lain ada cara lebih kemas.
Widget sidebar yang tak perlu juga perlu dibuang, tinggalkan Blogroll saja. Edit di sidebar.php.
Ok, sekarang blog dah siap.
Nak rehat lagi ke? Teruskan aje lah… mood tengah baik ni… hehehe. Korang dah penat baca ye… tak apa. Kalau tak perlu sekarang jangan baca, kalau suatu hari nanti perlukan tutorial ini baru datang belek.
3. Langkah seterusnya memasukkan link dan create kategori yang diperlukan.
Dashboard > Links > Add New > Isikan Nama, Web Address > Categories > Add New Category > Target > _blank — new window or tab dan akhirnya klik Add Link.
Proses ini berulang-ulang setiap kali kita add link atau tambah kategori baru. Sekiranya kategori yang ada lebih dari 6 , edit tambah jumlah tersebut pada sidebar.php.
Jadilah Teman Tapi Mesra. Cara untuk letak kat parent domain hanya create page seperti biasa.
Kalau tak faham dibahagian yang mana², tanya saja di ruangan komen. Kalau bukan saya yang boleh jawap, pasti blogger lain akan menolong. Kebanyakkan kawan² blogger saya ‘geek’ – mereka hebat dibidang masing².
kringggggggg……….. loceng dah bunyi ye? Korang pula yang melompat seronok sebab dah habis kelas. Saya pun nak rehat juga. Nak berjemur dengan matahari pagi.
©kujie – sebenarnya saya malu dan segan nak siapkan tutorial ini kerana cara amatur saya ini bukanlah betul konsepnya bagi web designer.
terima kasih kak jie =)
cari2 pasal nak buat subdomain, terus dibawak pakcik google ke rumah kak jie…
dah lama entri ni, tp pakcik google sayang sungguh 😛
Kira2 dalam satu domain berapa jumlah subdomain yang bisa di buat melalui hostingan Kak Jie ?
terima kasih 🙂
singgah lewat malam…
belajor nak aktifkan subdomain.. terima kasih.. 😉
makasi kak jie…muahhhh dgn kak jie… 😳 😳 😳
dah tengok dah…. lega juga sebab dah jadi
tak pe…buat salah…buat salah…tu pun proses belajar
kak jie pun mcm tu
bukan belajar secara formal pun..main hentam kromo sana sini gak 😀
kalau wordpress , ada page ..klik je dah ada
kalau blogspot – cuba tgok tutorial ni > http://www.kujie2.com/blog-tutorial/cara-buat-page-dan-contact-form-blogspot.html
kak jie..gimana nak buat ruangan biodata, cinta rumahtangga, tutorial, hari bertemu pelanggan, kenangan lalu n wajib baca tu..
😥 😥 😥
Assalamualaikum Kak Jie. Tahniah dan terima kasih banyak-banyak di atas tutorial ini. Ini memang info yang saya cari-cari. Alhamdulillah, sepetang semalam saya menggodeh mengikut panduan yang Kak Jie kongsikan ini lalu terhasillah http://links.arabmykrk.com/. Tapi saya guna theme yang sama dengan parent domain dan ianya belumlah siap sepenuhnya. Syukur sangat!………. Semoga Allah membalas budi Kak Jie dengan sebaik-baik balasan, insyaAllah, aamiiiiiin……. 😀
kakjie,stail kite same je… try n error … baru boleh blaja mcm2 kan ?
sebenarnya sy suke bangat dgn bloglist yg ada pd platform Blogger , try juge search plugin seakan tu , mcm dah jumpe tp x reti lg nk godek2…so terpaksa biarkan dulu bloglist tu dlm sebuah blog khas utk bloglist sahaja…ada juga terpikir nk buat subdomain mcm ni tp ruangan hosting yg sy beli xcukup besor utk install sebuah lg blog..tgh try n error buat blog e-commerce ni,belum mnjadi lagi 😉
pening baca…tetap tak faham..huhu..akan cuba difahami nanti
owh goggle pasal ni jumpe dlm blog kak jie..mmg nk tnya kak jie cmana buat tu dh lma, dr pkai blogspot lg, tp segan..thanks
Salam kak jie.
Alhamdulillah ada pun tutor ni. Baru merancang nak buat juga. thanks
wahhhhhhhhhhh sedang cari gak nak buat bloglist camni.. Nak letak semua kat satu tempat lambat loading plak.. Nanti nak buat testing gaklah.
fuhhhh siap ada timeout lagi.. haha
wah hosting kak jie besar senang nak pasang wordpress sebuah lagi
oo.. saya dah faham.. leh cuba buat lau de projek bagus ni.. terima kasih kak jie..
Kalau free nanti kongsikan la ye… Tahu banyak ilmu tak pe.. itu yang terbaik sebenarnya
fuhh.. selsai juga saya menamatkan pembacaan ni.. memang panjang tapi menarik sebab ilmu yang boleh saya praktik satu hari nanti. kak Jie rasa amatur, saya lagi la sub-amatur dengan benda-benda ni..
oh.. menarik.. akan cuba buat nanti.. mungkin pakai blogspot untuk subdomain blog roll.. , boleh kan?
terima kasih daun keladi 😀 oops
terima kasih kak jie…
hehehe… sebab tu yang jadi bagus tu, sebab proses menyiapkannya lama (ditambah dengan aktiviti-aktiviti lain tersebut).
Bagus gak ..nanti bole try
itula pasal, sy pun tak tahu apa masalahnya, takper lah pasni buat je subdomain untuk kawan2 😆
oh..gitu pula
tgok subdomain blog adik Kak Jie tu…kami sama PR
ok kalau macam tu nanti saya nak buat la hujung minggu ni, em lagi satu kan pasal subdomain sama pr dgn parent domain sy nyer satu niche blog tu, subdomain pr2 tapi main domain pr0, huhuhuhuh
Untuk orang yang belajar online tanpa asas dan sijil…. trial and error adalah pelajaran paling bermakna sampai kadang2 tak tahu nak explain secara teratur dan tertib kepada orang lain..hehehe 😆
tak pe. godek untuk tujuan baik 😀
Kalau bab nak edit² php ke ape benda yang teknikal tu Kak Jie tak pandai… yg kak jie buat ni selepas terfikir sendiri …penyelesaian yang mudah dan mampu Kak Jie buat.
tutorial gaya pemahaman makcik² – siap boleh tinggalkan pc merayau sapu rumah, sidai kain ….kemudian sambung balik 😆
subdomain PR sama dgn parent domain, jadi rasa adillah untuk kawan² 😆
Mula-mula buat blog memang guna page macam entri tu, add secara manual.
Kemudian guna plugin wp social blogroll – berat sgt
Kemudian terfikir nak buat subdomain mcm ni…entah bertahan sampai bila
esok lusa kalau terfikir nak cuba cara lain…mulalah dia mengatal godek sana sini 😆
hehe mine blog masih tak buat lagi blogroll sebab rasanya macam malas 😀 sebab dah ada page untuk bloglist atas nama tukar pautan.
tapi semua masuk manual la. macam buat entri heh 😀
p.s kalau buat page baru bak kata azmanishak memang boleh. tapi dah try hari tu tak menjadi T_T salah buat kot haha
sekarang ni saya masih konfius untuk buat satu list kawan2
samada buat page ataupun create subdomain untuk senarai kawan2
apa pendapat kakjie? dari segi PR dah juga faktor2 lain
Mantap kak jie, tutorial lengkap panjang lebar yang sangat details. 🙂 semoga semua yang memerlukan akan faham.
nice kak jie. banyak cara bleh buat. kalau ikut cara kak jie ni rasanya dah senang dah… tapi kalau ikut cara saya.. bapak la panjang dan mengkompiuskan. hehehe elok cara macam kak jie jer senng. ade gak plugin dan integration antara php dengan blog rolls. rasanya yang tu senan. tak perlu buat sub domain tapi cume perlukan satu page baru!
kalau nak.. kene ingatkan saya la.. sekarang ni mudah lupe la 😛
Loceng dah bunyi ekk…Senang pakai WordPress ya, banyak klik kurang taip, I like.
subdomain boleh digunakan utk mcm2
salah satunya utk blogslit sbb RPnya tetap sama dgn parent domain.
p/s – Kak Jie dah add kat TTM tu 😆
otak muda lagi…sayang sgt nak guna belajar bahasa urdu ni..kehkeh 😆
bahasa urdu T___________T
oh…. mcm tu yek..
akhirnya sumi dh paham..selama nie tak pernah tahu kegunaan subdomain..hehehehe..
ok..skrg dh paham..
terima kasih Cikgu Kujie….
dr kak Kujie la sumi tahu serba sedikit mengenai WP..hehehe