Bagaimana corak kita membaca setiap artikel di internet?
Mengimbas ( scanner ). Jangan malu mengakui, sebab saya sendiri pun bukan membaca secara fokus apa yang dicari di dalam isi kandungan blog orang lain. Jadi sudah tentu orang yang membuat carian di internet pun mempunyai tabiat membaca seperti itu.
Sebagai penulis blog, kita pun kadang-kadang tak suka orang datang dan membaca entri yang ditulis secara mengimbas, langkau setiap baris untuk mencari apa yang “dia mahu baca” sahaja. Saya pun sedang cuba mengurangkan patah perkataan di dalam setiap entri supaya tidak meleret dan menyukarkan pembaca mendapat point yang sepatutnya.
*intro pun dah berjela, lagi mau cakap tak nak meleret..hahaha *
Hari ini mari kita belajar beberapa cara menulis blog yang memudahkan untuk diimbas oleh pembaca.
Guna List atau Senarai
Kenapa point bentuk list dan senarai lebih memudahkan untuk dibaca?
- Mudah untuk discan
- Mudah dihadam oleh pembaca
- Mudah ditulis oleh penulis
Guna Perenggan
Perenggan yang mempunyai 10 ayat dengan 2-3 ayat yang sederhana panjang , mana satu yang lebih mudah dibaca?
Jujurnya kita akan cuba menghabiskan perenggan tersebut tanpa memahami secara jelas kerana mata mudah tegang. Guna font perkataan yang sesuai juga boleh membantu entri yang dihasilkan dibaca dengan lebih baik oleh pelawat blog.
Hitamkan Perkataan Penting
Ini tabiat saya. Saya kerap bold beberapa perkataan yang saya tidak mahu pembaca terlepas membacanya kerana saya mahu penerangan yang disampaikan menjadi jelas tanpa ada salah faham. Pembaca yang membaca secara ‘scan’ akan mudah salah faham dengan susunan ayat yang digunakan.
Tabiat mata yang membaca memfokuskan kepada
- Tajuk entri
- Link yang disertakan sebagai rujukan ( tips: guna warna havoc yang kontras supaya link lebih mudah dilihat )
- Perkataan yang digelapkan
Tajuk Membunuh ( Killer Title )
Gunakan tajuk entri yang boleh menarik minat membaca. Contoh kalau menulis isu yang umum dan hampir semua blogger pun menulis isu yang sama, cari tajuk yang menimbulkan misteri juga tanda tanya.
80% hingga 90% orang akan membaca blog, hanya jika kita berjaya mengalihkan bola mata mereka dengan tajuk entri.
Akhirinya Dengan CTA
CTA tu apa? CTA adalah Call To Action.
Pembaca akan berlalu pergi sekiranya kita tidak mengajak mereka untuk mengambil bahagian di dalam apa yang telah kita sampaikan. Ada beberapa cara, antaranya
- Mengapa mereka perlu membaca posting blog ini
- Apa yang membuatkan entri ini berguna untuk mereka
- Apakah tindakan yang perlu mereka ambil selepas membaca post ini
Apa pendapat korang? Adakah entri ini mudah untuk dihadam dengan corak pembacaan masyarakat internet?
Saya sendiri pun cuba melatih diri supaya tidak meleret kalau menulis entri yang agak formal. Kalau entri mak-mak membebel , itu masuk dalam kategori lain, bukan difokuskan kepada apa yang pembaca nak tetapi lebih kepada apa yang diri sendiri ingin luahkan.
Nota : Sesiapa yang faham entri ini, dia akan nampak point yang ke- 6!
Thanks Kak Jie, dapat banyak idea dari artikel ni. Especially yang guna point tu. Baru tahu teknik letak point atau bullet memudahkan pembaca blog ..Terbaik!!
Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..Hi Hi Bye Bye Masalah Period Dan Keputihan!
terimakasih kak jie ,,, memang point2 itu sangat penting sekali,, terutama point 5…
Terima kasih kak jie. Byk point penting yg dpt saya ambil dan bawak balik pagi2 ni =)
Saya ada amalkan beberapa point sperti buat listing nombor terutama utk entri bersifat informasi. Lebih senang untuk disampaikan dan moga2 pembaca dapat apa yg mereka cari.
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Nak Belajar Jahit Baju Kurung Tradisional?
Salam kak…
1st time datang jenguk blog akak.. banyak info yang baru saya dapat belajar.. terima kasih di atas ilmu ini…
Jom terjah post menarik dari MyCherita ..Ganjaran apabila melayari internet. [ pendapatan sampingan ]
Salam ziarah dan perkenalan…
Terima kasih atas maklumat yang disampaikan..moga blog n dapat saya jadikan rujukan pada masa2 akan datang. In shaa Allah…
Jom terjah post menarik dari Niniqaisara ..Rawatan Kencing Manis
Kak Jie,
Untung awal2 dah jumpa tips ni, boleh praktikkan nanti. Thanks akak 🙂
Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Jom Jemput Rezeki dengan al-Ma’thurat
Kalau cari kat kategori Tips Blogging tu mungkin ada lagi yg boleh di baca
Bagus lah. . Cubalah kalau berjaya sebab syaratnya tak rumit
Tips baik ni kak jie, akan dilakukan nanti
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Tips keselamatan untuk wanita
semuanya betul.
blog kak jie ni pon boleh jadi rujukan. 🙂
Jom terjah post menarik dari tips ..Bersama Anjung Seri, Dr Eric Leong, Zahnita dan Faizal Hamid
thanks bebanyak Kak Kujie. Straight to the point. Senang nak paham. Blog camnih la yg saya suka terjah sbb cam ada daya tarikan. Masih lagi mencari2 apa ‘daya tarikan’ tu. Bnyk lagi sy kena belajar ni.
Jom terjah post menarik dari seri.selaseh ..[KOD: 0707] Telekung Lycra – coklat
terbaiklah tips dari akak…saya pun dah praktikkan menulis dalam perenggan yg pendek, tak berjela-jela.
Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Final Piala Malaysia 2013 : Kelantan vs Pahang
Bagus perkongsian ini. Aku sekarang tengah berlatih untuk membina ayat pendek dan mudah di fahami.
Jom terjah post menarik dari Arman ..Jurujual Di Telefon Layan Atau Tidak
perkongsian yg bagus..tq kak jie
Satu perkongsian yang menarik dan amat berguna. Salam perkenalan dari resepi.org
Jom terjah post menarik dari Resepi.org ..Tepung Talam Ubi Kayu
kata2 yang digunakannya juga tidak berbelit – belit atapun berputar2 agar pembaca bisa mengerti dengan mudah apa yang ingin kita sampaikan dari setiap postingan2 kita
Jom terjah post menarik dari Rina ..Create PHP To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database Table
banyak juga tips nya…
tapi lebih suka kepada yang bergambar sambil diterangkan…
kalau panjang berjela dan berperenggan slalu skip je..
ehehehehe
Jom terjah post menarik dari mie ..Kopi Luwak Terkenal Di Bali Indonesia
Saya menulis untuk mereka yang nak membaca saja…kalau digabungkan dengan tips akak ni mungkin lebih mantap. Tq berkongsi
Jom terjah post menarik dari Shubhi ..Kenapa saya suka jemaah tabligh
tiap blog ada pembaca masing-masing
ada macam-macam jenis bentuk penulisan, kalau santai..buatlah macam mana ikut suka.
kalau entri informasi, kena susun elok supaya satu point dan satu point tidak tercicir dan menjadi salah faham kepada pembaca.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
Ya setuju sangat. Terima kasih kak!
Jom terjah post menarik dari Shubhi ..Panduan menjahit baju kurung tradisional
Antara blog yang saya akan baca sampai habis ialah blog Military Malaysia yang Shah Paskal tulis. Penulisannya, walaupun berjela panjang, tetap saya baca sebab kandungannya menarik yang tidak didapati dari blog lain.
Dan macam Dr. M juga, dia tulis guna nombor-nombor.
Saya tulis style perenggan-perenggan, diselang-seli dengan gambar. Kadang-kadang je tak letak gambar.
Jom terjah post menarik dari HipMommy ..Brickfields – How 7 Eleven Staffs Try to Steal RM10 from Your Pocket
Saya antara admin blog tu.. tapi skrg dah kurang masa nak pantau/jaga banyak blog.
Tiap org ada cara dan identiti sendiri, itulah lahirnya penjenamaan.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
haha nak juga lah praktikanya
Jom terjah post menarik dari onlajer ..Cara Untuk Kurangkan Bergantung Pada Barangan Ciplak Dan Tidak Berkualiti
kalau berguna, boleh buat
kadang2 blogger ada cara tersendiri, identiti sendiri … itulah penjenamaan
tak perlu nak ikut org, buat apa yg kita rasa selesa
ini panduan saja…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
Saya bila menulis suka panjang berjela-jela kerana bila idea menulis datang, semua nak diterjemahkan sebagai ayat. Bagaimana agaknya saya boleh menarik minat orang untuk membaca sehingga akhir?
Jom terjah post menarik dari mummydearie ..Antara dua benua
Baguslah kerana dapat menarik minat org membaca biarpun panjang berjela jela…sebenarnya ianya bergantung kepada rentak/identiti tiap orang
ada yg boleh menulis mcm tu dan pembaca dia terima
cuma kadang2 bila dah berjela , point penting pembaca tak dpt nak tangkap
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
jarang scanning, selalu skinning je. hehe..
Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAH
Kak Jie. apa perkataan/word yang patut dielakkan diguna masa tulis entri? Ikut pengalaman kak jie.
Jom terjah post menarik dari Eridy ..Alasan aku tak update blog selalu
untuk tajuk entri ke untuk isi kandungan blog?
isi kandungan blog
Jom terjah post menarik dari Eridy ..Alasan aku tak update blog selalu
perkataan tu tak ada larangan, tulis saja apa yang sesuai dengan entri
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
Kadang-kadang orang masuk blog, bukan dia baca semua kak. Ada yang komen terus lari dari tajuk. Biasa saya letak gambar yang lain bebenor dari isi penulisan saya. Boleh plak dia komen pasal gambar.. Nampk sangat dia datang tengok gambar jer.
Jom terjah post menarik dari amirnawawi ..Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Orang macam tu nak backlink kat ruangan komen je sebenarnya. Pastu dia blah sebab dah dapat letak komen. Dia tak kisah komen tu dapat backlink do follow atau no follow sebab bagi dia, dapat komen tu kira jadi dah.
Jom terjah post menarik dari HipMommy ..Split Belly at Bosphorus Fine Turkish Cuisine at Pavilion
Setuju… Komen tangkap muat.. Tak kesah langsung tentang tajuk perbincangan.
Jom terjah post menarik dari amirnawawi ..Woi Blogger, Jangan Lupa Tulis Kat Blog Ya.
Seni ilmu mengaranng masih kurang dan kurang “ummph”. Masih mencari rentak dengan membaca blog rakan-rakan blogger.
ada tu..cuma agak serius
cuba lebih santai
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
Terbaik Kujie!! Info yang menarik.. Ringkas dan padat.. Tapi kenapa saya tak jumpa point ke 6 tu?? Huhuu..
Jom terjah post menarik dari Moms Avenue ..Merokok Jejas Kualiti Sperma
oooo… point ke 6 tu
letak gambar …. 🙂
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
Assalamualaikum sis..seronok membace entri ni..bg sy yg bru dlm aktiviti berblog ni, info ni sgt2 membantu..thanks for sharing..:)
waalaikumsalam… ini entri lama , cuma panduan tak semesti tiap orang kena ikut
sebab tiap orang ada target sendiri2 sebagai blogger
CTA sebaik-baiknya guna button instead of link kalau nak promote something. Gambar penting utk kekalkan fokus pembaca.
Suka gaya penulisan Dr M. Instead of buat perenggan banyak-banyak, tulis dalam bentuk list.
Jom terjah post menarik dari Affan ..Busuk.org Memperkenalkan Sistem Baru – Autoping
ok..terimakasih
tips juga ni…. letak button
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
yang pentingnya jalan cerita, ada moral of story, ending cerita yang menarik pembaca untuk meluahkan melalui komen-komen yang bernas…….
Jom terjah post menarik dari sukma ..Tinta Jumaat
bergantung kepada isi kandungan juga rasanya
kalau info elok letak list…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
Jangan lupa selitkan 2- 3 gambo yang terbaik gambo original yg kita snap sendiri …
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Bajet 2014 musim bunga sudah berlalu
kalau tak ada gambar, tak ada jiwa
sendiri pun suka gambar….harap orang lain pun
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
Kali pertama jumpa blog ini, saya suka. Bookmark terus! 🙂
Jom terjah post menarik dari Suhili Nain ..EBOOK PERCUMA, “BAGAIMANA BUAT DUIT DI FACEBOOK, TANPA FAN PAGE?”
Terima kasih, jangan lupa selak beberapa entri lain yang berkaitan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
kalau baca scan tak per..
janji bukan copy dan paste.. lagi bahaya.
Jom terjah post menarik dari Mus ..Kesan Khas Baru ‘HDR Scape’ Pada Aplikasi Snapseed
tu level/bab lain…copy paste ada cara lain pula kita boleh buat
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
tips yang menarik untuk dihadam.
kalau benda mudah pun tak ikut, cmane agaknya…
Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Jaga-Jaga Dengan Pokok Beracun
kadang2 kita tak nampak perkara kecil
dok fokus benda besar yang orang sibuk dok bercerita, padahal ada benda lain yang utama terlepas pandang
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
Banyak kaedah yg saya digunakan, ada scan, ada baca secara perlahan,kadang baca muqadimah jer, kalau menarik teruskan baca sampai habis.Apa-apa pun bergantung pada masa yang ada. 🙂
Jom terjah post menarik dari azman ..Template Foto Besar Untuk Blogger dan Foto Blogger
samalah..
kadang2 tak perasan pun menaip macam mana, ikut sedap jari
tapi bila baca point ni, diri jadi alert nak buat lebih smart
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo
yang pendek itu susah tapi caranya bagus. Masih ketar tangan nak buat pendek tapi sukar nak juga buat macam dekat sekolah tu tulis panjang-panjang bermuka-muka surat lagi hiii..
saya note.
p/s:lama tak datang sini 😛
samalah.. jenis membebel kelaut , camput macam² dalam entri
kadang² point yang nak dihighlight tu hilang
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan Yahoo