Artikel

Sejarah Baling

Salam Kujie, you mentioned in your postings and at your blog pages, interesting places like Baling (Throw), Serendah (As Low), Rasa (Taste), Kota Tinggi and more, in which country are these…? I hope to visit these places soon.

Menarik sangat pertanyaan tersebut dah saya dengan sengaja mengodek² menyiasat biodata si empunya diri..owh…bukan calang² orang. Mungkin orang hebat² tak pernah menjejak kaki ke tempat² seperti ini, jadi hari ini kita akan masuk kelas Geografi..sesiapa yang rasa mengantuk, dilarang sama sekali menyertai pengembaraan ala National Geografi ini..he he he

Hari ini kita akan ke Baling. Baling adalah sebuah bandar/daerah di, Kedah DarulAman di utara semenanjung Malaysia.

Negeri Kedah terbahagi kepada 11 daerah iaitu :-

  • Baling
  • Bandar Bahru
  • Kota Setar
  • Kuala Muda
  • Kubang Pasu
  • Kulim
  • Langkawi
  • Padang Terap
  • Pendang
  • Sik
  • Yan
Daerah Baling, di pedalaman negeri Kedah, terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah.

Cara mudah untuk sampai ke Baling dari Kuala Lumpur adalah melalui Lebuhraya Utara Selatan dah keluar melalui Kuala Kangsar. Dari Kuala Kangsar kita boleh meneruskan perjalanan ke Gerik dan terus ke Pengkalan Hulu( Kroh), Perak. Baling terletak 16km dari Pengkalan Hulu, Perak. Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau, sertaa buah-buahan tempatannya, seperti durian,langsat dan dokong. Selain itu, baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, dimana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong.

Nama Baling dipercayai berasal dari peristiwa seperti yang tercatat dalam Hikayat Raja Bersiong. Ada berbagai cerita tentang kemunculan nama Baling, termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiong, raja ke-4 daripada keturunan Merong Maha Wangsa. Raja Bersiong gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Akibat kegemaran itu, gigi beliau telah ditumbuhi siong atau taring. Baginda melarikan diri setelah kegemarannya yang menjijikkan itu diketahui rakyat. Ketika Raja Bersiong lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi taring atau siongnya. Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, baginda mengambil keputusan untuk mencabut siongnya itu. Namun siong itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. Sudah beberapa kali baginda menjerit kesakitan ketika cuba untuk mencabutnya. Apabila siongnya itu akhirnya berjaya dicabut baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. Tempat siong itu jatuh dinamakan ‘Baling’.

Dari peristiwa Raja bersiong tersebut, lahirlah nama-nama tempat seperti Merbau Pulas, Kuala Pegang dan Kuala Ketil.

Dalam cerita kedua, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Nyanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ.

Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama kerana diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka Ban-Lin yang bererti ‘kera’. Ban bererti kampung dan Lin bermaksud kera. Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi ‘Baling’.

p/s..loceng dah bunyi..esok kita sambung ye….

 

Petikan dari laman web rasmi Pejabat Daerah Baling.

LATAR BELAKANG DAERAH BALING

Baling merupakan salah sebuah daerah daripada kesebelasan daerah di Negeri Kedah Darul Aman. Daerah ini mempunyai keluasan 1,530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi ( 152,900.65 hektar ) yang merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Kedah Darul Aman selepas Daerah Sik. Ianya terletak di selatan Negeri Kedah Darul Aman pada garis lintang 539’U.

  • Daerah Baling adalah bersempadan dengan Negara Thailand ( Betong ) dan negeri Perak di sebelah timurnya bersempadan dengan Daerah Sik dan Daerah Kuala Muda di sebelah baratnya manakala Daerah Kulim di sebelah selatannya.
  • Sempadan antara Daerah Baling dengan Daerah Kulim bermula dari Kuala Sungai Sedim hingga ke sempadan Hutan Simpan Gunung Inas mengikut tebing kanan Sungai Sedim.
  • Sempadan antara Daerah Baling dengan Daerah Kuala Muda pula adalah bermula dari Sungai Sedim mengikut pertengahan Sungai Muda ke utara hingga ke sempadan Daerah Baling dengan Daerah Sik. Keadaan muka bumi Daerah Baling adalah tanah pamah di kawasan tengah manakala berbukit bukau di kawasan sempadan Negara Thailand di mana kawasannya melebihi ketinggian 1,000 kaki.

Daerah Baling menerima sebanyak 2,750 mm hujan setahun. Walau pun taburan hujannya tinggi namun taburan hujannya tidaklah sekata sepanjang tahun. Secara umumnya bentuk taburan hujan daerah ini mempunyai 2 puncak iaitu Musim Hujan Lebat yang pertama berlaku di antara bulan Mac hingga bulan April dan diikuti oleh Musim Hujan Lebat kedua yang berlaku di antara bulan Ogos hingga bulan November. Musim hujan kedua ini akan diikuti oleh musim kemarau iaitu di antara bulan Disember hingga bulan Mac.

Daerah Baling mempunyai 8 buah mukim iaitu Mukim Siong, Mukim Baling / Bongor, Mukim Pulai, Mukim Kupang, Mukim Tawar, Mukim Bakai dan Mukim Teloi Kanan.

Pola penempatan penduduk adalah mengikut keadaan geografi, arah aliran perhubungan yang sedia ada adalah kesesuaian tempat tinggal dengan sumber pencarian. Sebelum merdeka, kepadatan penduduk adalah tertumpu kepada arah aliran perhubungan. Penduduk adalah lebih padat di kawasan yang berdekatan dengan sungai kerana ia adalah punca perhubungan utama. Selepas merdeka, didapati penempatan penduduk di Daerah Baling ini mula tertumpu ke tepi-tepi jalan apabila banyak jalan-jalan baru di buka oleh pihak kerajaan.

  • Mengikut bancian tahun 1980, Daerah Baling mempunyai penduduk seramai 107,926 orang.
  • Pada tahun 1991, jumlah penduduk Daerah Baling seramai 114,489 orang.
  • Pada tahun 2000, jumlah penduduk Daerah Baling seramai 124,830 orang.

Daerah Baling mempunyai pola kepelbagaian kaum dimana di samping kaum-kaum Melayu, Cina, India dan Thai terdapat juga kaum Orang Asli yang tinggal di Kampung Legong Mukim Siong iaitu satu-satunya perkampungan Orang Asli di Negeri Kedah Darul Aman ini. Menurut kajian Major P.D.R. Williams-Hurt, Advisor On Aborigines, Federation Of Malaya pada tahun 1952, Orang Asli ini adalah daripada keturunan Negritos.

Kawasan sempadan pentadbiran daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah Baling adalah sama dengan sempadan daerah Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah. Tetapi sempadan ini adalah berbeza dengan sempadan daerah pilihan raya. Daerah Baling meliputi kawasan pilihan raya bagi seluruh kawasan Parlimen Baling yang mengandungi kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu dan Kupang. Manakala, Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Ketil walaupun terletak di Daerah Baling tetapi ianya di bawah Parlimen Padang Serai.

BALING ANTARA UNSUR METOS DAN KATA-KATA THAI

Panggilan ‘Baling’ boleh dikategorikan kepada dua. Pertama, berdasarkan metos Hikayat Merong Mahawangsa ( HMM ) dan yang kedua berdasarkan kata-kata Siam iaitu ‘Ban Ling’.

Kata ‘Baling’ untuk kategori pertama dan kedua memang menjadi satu cerita warisan yang dipertuturkan daripada dahulu hingga kini. Walau bagaimanapun rencana ini bertujuan untuk memberi gambaran yang sebenarnya bagaimana nama Baling muncul iaitu berdasarkan kategori pertama atau kedua.

Fakta-fakta lisan agak sukar untuk diterima dalam hakikat sebenarnya berhubung nama Baling. Sumber yang bersandarkan kepada HMM yang bermetoskan Raja Bersiong hanya wujud dalam tradisi lisan. Lebih-lebih lagi HMM diklasifikasikan sebagai salah satu karya historiografi yang mengandungi cerita-cerita khayalan.

Walau bagaimnapun, kewujudan tradisi lisan tersebut tidak boleh dinafikan dalam masyarakat Melayu. Ismail Hamid dalam Dewan Sastera Jun 1986 menyatakan walaupun unsur metos dan lagenda yang terkandung dalam karya tersebut dicatat sebagai suatu kebenaran menurut nilai-nilai masyarakat Melayu tradisional.

Dengan itu asal-usul Baling yang didasarkan kepada Raja Ong Maha Perita Deria ( Raja Bersiong ) yang mencabut dan membaling giginya adalah metos dalam masyarakat Melayu. Lebih-lebih lagi hikayat tersebut tidak disebut dalam HMM, namun perkembangannya melalui tradisi lisan.

Masyarakat Melayu hidup secara kolektif, sebagai perintang waktu kemungkinan episode HMM dikaitkan dengan cerita lisan Raja Bersiong kerana kebetulan nama-nama yang wujud di Daerah Baling mempunyai kaitan dan boleh dihubungkaitkan di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

Selain daripada itu tidak dapat dinafikan bahawa tingkah laku Raja Bersiong sebabai lagenda untuk menggambarkan kelaziman yang dilakukan oleh Raja Bersiong. Lebih-lebih lagi pada zaman dahulu hal-hal yang berkaitan dengan istana tidak boleh dicatat atau dibicarakan oleh golongan marhain.

Hasrun Haron dalam Dewan Bahasa Disember 1971 menyatakan imej Raja Bersiong sebagai lagenda untuk menggambarkan kisah seorang raja yang zalim dan disingkirkan. Mlah, R.O. Winstedt dalam buku Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik HMM adalah sebuah hasil sastera sejarah yang menyimpang.

Justeru, berdasarkan tulisan Abdul Rahman Ismail Warta Darulaman Julai 1992, penulis berpendapat bahawa Baling mendapat nama berdasarkan kata-kata Siam yang bermaksud Kampung Kera ( Ban Ling ). Oleh itu untuk melihat asal-usul Baling mengikut konteks disiplin sejarah, penulis berpendapat kata-kata dari Siam boleh diyakini jika dibandingkan dengan metos HMM.

Ini disebabakan penduduk Baling pada waktu ini terdiri daripada pelbagai kaum dan masyarakat. Kaum Siam merupakan golongan yang agak ramai yang tinggal di beberapa buah kampong sejak dari dahulu lagi. Antara kampung-kampung yang kini didiami oleh penduduk berketurunan Siam ialah Kampung Simpang Empat, Kampung Sirako, Kampung Watt, Kampung Tass dan sebagainya.

Kedatangan orang Siam tidak dapat dipastikan tarikhnya dengan tepat. Mohd Shabarani Ghazali dalam Jurnal Purba Bil. 2 1983 menyatakan peringkat awal kedatangan orang Siam ke Baling terlalu sukar untuk dilihat dengan jelas, terutamanya tidak dapat dikesan bila dan oleh siapa satu-satu petempatan didirikan.

Hubungan Siam ( rakyat dan kerajaan ) dengan Negeri-Negeri Melayu khususnya Kedah hanya dapat dijelaskan apabila berlakunya hubungan antara kerajaan dengan kerajaan. R.Bonney dalam bukunya Kedah 1771-1821. The Search For Security and Independence menyatakan orang Siam pernah memerintah Tanah Melayu tetapi sejarah kedudukan Siam di Semenanjung masih tidak begitu jelas, yang nyata hanyalah hubungan dengan kerajaan.

Jelas menunjukkan bahawa kajian dan penulisan terdahulu mendapati bahawa asal-usul Baling lebih menepati dengan kedatangan orang Siam berdasarkan perkataan yang wujud. Seorang ahli bahasa dari Kedah, Dr. Asmah Haji Omar dalam tulisannya Kedah : Aspek Kebudayaan seperti yang terdapat dalam Sejarah dan Bahasa telah menulis bahawa nama-nama tempat di Kedah terutama sebelah Utara kebanyakan menunjukkan kesan pengaruh Thai zaman dahulu.

Namun begitu persoalan yang timbul, bilakah nama Baling wujud?. Catatan bertulis hingga kini menyatakan kedatangan orang Siam hanya bermula pada awal abad ke-19. Penghijrahan ke Negeri-Negeri Melayu termasuk Kedah bermula apabila peperangan Burma-Siam berlaku pada akhir abad ke-18.

Hal ini perlu dikaji oleh pakar-pakar sejarah atau sejarawan tempatan. Petempatan awal di Baling, bermula lebih awal dari tarikh kemasulan Siam. Berdasarkan artifak yang ditemui di Baling, manusia pertama tinggal di sini pada Zaman Neolitik apabila tinggalan seperti kapak persegi dan kapak bahu ditemui di gua-gua batu kapur sekitar Baling. Kajian lanjut boleh dibaca dari Bulletin Of The Raffles Museum-I-3-1936-1937, khusus tentang penemuan kapak dan artifak lain di Baling.

Oleh itu, Lin dalam bahasa Thai yang bermaksud kera memang ada kaitan dengan bidang pertanian. Sememangnya kera merupakan musuh utama hasil-hasil tanaman pada masa itu mahupun masa kini. Justeru, memang benar kedatangan orang Siam berkait rapat dengan bidang tersebut. Pertanian tradisional secara kekampungan masih diamalkan oleh masyarakat Siam di Baling hingga kini. Sebuah jurnal JMBRAS Part II 1970 menyebut secara jelas bidang pertanian mempunyai kaitan rapat dengan orang Siam di Kedah. Dengan itu tulisan Abdul Rahman Ismail, asal-usul Baling lebih tepat dengan pengarauh kedatangan Siam. Manakala cerita kera putih yang ditandatangani oleh Penghulu Nai Sinon lebih berbentuk metos dikalangan masyarakat.

Kesimpulannya asal-usul Baling boleh disandarkan kepada unsure metos dalam kesusasteraan historiografi rakyat tempatan. Manakala Baling yang berdasarkan sebutan Siam lebih mendekati nilai sejarah dengan berpandukan kajian dan tulisan lalu.

ASAL USUL NAMA “BALING”

Baling mempunyai banyak kisah sejarah awal yang menarik. Seorang arkeologi yang bernama Colings telah menjumpai kapak dan beliong di gua-gua kapur iaitu Gua Debu dan Gua Kelawar di Gunung Baling. Tempat-tempat perlindungan dalam gua-gua yang didiami oleh orang-orang zaman batu juga dijumpai. Berdasrkan penemuan ini bererti penempatan awal di Baling sudah wujud sejak Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) lagi.

“Baling” mempunyai dua buah kisah sejarah awal yang menarik. Kedua-dua kisah ini adalah merupakan bahan cerita lisan yang telah diwarisi oleh masyarakat di beberapa daerah tertentu di Negeri Kedah Darul Aman. Kisah-kisah ini telah diceritakan turun temurun sejak dari dahulu lagi hinggalah ke beberapa generasi silih berganti terutamanya di dalam Daerah Baling ini sendiri.

KISAH PERTAMA

Di dalam Hikayat Merong Maha Wangsa, terdapat satu kisah “ RAJA BERSIONG”. Nama sebenar “RAJA BERSIONG” ialah Raja Ong Maha Perita Deria yang memerintah baginda ( baginda gemar memakan hati dan darah manusia ) telah menyebabkan rakyat memberontak dan baginda pun melarikan diri. Kisah lanjut dan menarik waktu pelariannya tidak terdapat di dalam Hikayat Merong Maha Wangsa tetapi hanya berkembang melalui tradisi cerita lisan.

Masyarakat di Daerah Baling terutamanya telah mewarisi cerita lisan mengenai Kisah Raja Bersiong ini turun temurun sehinggalah sekarang.

Kisah pertama ialah bagaimana perkataan BALING ini diambil sempena peristiwa Raja Bersiong yang telah membaling siongnya. Menurut cerita orang-orang tua di Daerah Baling, pada zaman dahulu, kononnya Raja Bersiong telah melarikan diri daripada istana apabila berlakunya pemberontakan rakyat akibat kelaziman baginda.

Di dalam pelariannya, baginda terpaksa berhenti di beberapa tempat kerana baginda sakit gigi atau siongnya. Oleh kerana baginda tidak tahan lagi menaggung sakit, baginda telah mengambil keputusan untuk mencabutnya.

Perbuatan baginda memegang beberapa kali dan memulasnya telah mengambil masa yang agak lama melibatkan beberapa tempat persinggahan. Akhirnya setelah perjalanan baginda semakin jauh, usaha mencabut siongnya itu pun berjaya. Selepas membaling siongnya itu, baginda pun merasa amat lega kerana tidak lagi merasai kesakitan. Mengambil sempena peristiwa baginda membaling siong itu, maka lahirlah perkataan BALING dan juga perkataan SIONG.

Perkataan Baling ini menjadi sebutan generasi demi generasi sehinggalah nama tempat di mana Raja Bersiong membaling siongnya dikenali dengan nama Daerah Baling. Ekoran dari peristiwa itu juga, masyarakat telah menamakan dua buah mukim yang terdapat di dalam Daerah Baling ini sebagai MUKIM BALING dan MUKIM SIONG.

Menurut pendapat seorang penulis tanahair, Encik Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof, terdapat satu deretan di Negeri Kedah yang telah mengambil sempena pelarian Raja Bersiong iaitu termasuklah Kuala Ketil, Tawar, Kuala Pegang, Kupang, Pulai, Baling dan Siong. Ternyatalah nama-nama tempat yang disebutkan oleh penulis di atas adalah tempat-tempat yang terdapat di dalam Daerah Baling.

KISAH KEDUA

Satu cerita lisan lagi yang terkenal terutama di kalangan penduduk Daerah Baling ialah mengenai bagaimana wujudnya perkataan BALING. Dari cerita lisan yang diperolehi, perkataan BALING sebenarnya berasal daripada perkataan orang Siam (Thai) iaitu BAN LING yang bermaksud Kampung Kera.

Menurut cerita orang-orang tua yang ditemui, BALING asalnya ialah sebuah kampong yang terletak berdekatan dengan sebuah gunung di mana penduduknya terdiri daripada orang-orang Siam dan orang-orang Melayu. Bilangan rumah yang terdapat pada masa itu ialah lebih kurang 235 buah sahaja iaitu 200 buah rumah orang Siam dan 35 buah rumah orang Melayu.

Kampong ini diperintah oleh seorang Penghulu Siam yang bernama Nai Sinou. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah mengerjakan sawah dan bercucuk tanam. Mereka juga mempunyai dusun buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, rambutan, cempedak dan juga kebun kelapa.
Pada masa itu, terdapat berpuluh-puluh ekor kera yang selalu dating memakan buah-buahan serta merosakkan apa sahaja tanaman penduduk. Kumpulan kera ini dipercayai telah diketuai oleh seekor kera putih. Oleh kerana kampung ini kerap diganggu oleh kumpulan kera yang besar jumlahnya, penduduk kampong sentiasa berada di dalam keadaan gelisah. Ini adalah kerana kera-kera yang datang bukan sahaja memakan buah-buahan dan merosakkan tanaman mereka malah ianya sering mengganggu penduduk kampong terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Untuk menghindarkan daripada serangan kera-kera ini, Penghulu Nai Sinou telah mengambil keputusan mengadakan upacara pemujaan bersama-sama dengan penduduk kampong berketurunan Siam. Upacara pemujaan ini adalah bertujuan untuk menghalau kera-kera daripada mengganggu kampong ini. Selepas pemujaan itu, tidak ada lagi kera-kera yang datang mengganggu kampong tersebut. Maka kehidupan penduduk kampong itu terhindarlah daripada serangan kera-kera yang liar.
Mengambil sempena nama peristiwa serangan kera-kera ini, maka kampung ini pun disebut sebagai Kampung Kera iaitu BAN LING. Lama-kelamaan penduduk di sini hanya menyebut BALING sahaja dan sebutan ini kekal hingga sekarang.

CATATAN SEJARAH BALING

Collings, seorang ahli arkeologi telah menjumpai artifek-artifek kapak dan beliung dari Zaman Neolitik ( Zaman Batu Baru ) di gua-gua kapur ( Gua Debu dan Gua Kelawar ) di Gunung Baling. ( Petikan Warta Darulaman Jun, 1991 Halaman 11 ).

Raja Negeri Kedah Darul Aman iaitu Maharaja diraja Putra telah menggantikan Maharaja Derbar Raja 1. Maharaja Derbar Putra itu sangat mengambil berat hal ehwal dalam negeri Baginda. Baginda telah berjalan melawat ake merata-rata tempat dalam Negeri Kedah Darul Aman dan mendirikan sebuah kota dan Bandar yang baru dan dinamakan baginda “Kota Bandar” ( dalam Daerah Baling sekarang ). Baginda berpindah bersama Orang-orang Besar Kedah dari Kota Langkasuka bersemayam ke Kota Bandar. (Petikan dari Buku : Sejarah Kedah, Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, karangan Allahyarham Tuan Hj. Buyung Adil).

Sejarah Pentadbiran Daerah Baling bermula pada tahun 1852 ( 1271 Hijrah ) apabila Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman menempatkan seorang Penghulu bernama Hakim Mohd. Bakhir bin Mia Nasruddin menjadi Hakim dan Penghulu yang memerintah Baling. Beliau berasal dari Limbungan Kapal, Alor Setar dan dipercayai melarikan diri daripada musuh Bisik ( Siam ). Pada tahin 1853 ( 1271 Hijrah ) beliau telah membuka Pekan Baling. Kegiatan perniagaan di Pekan Baling pada masa itu ialah dengan cara dagangan melalui Sungai Ketil. Barang-barang yang dibawa melalui tongkang telah diniagakan di Pekan Baling yang terdiri daripada beberapa buah kedai. Hakim Mohd. Bakhir telah memerintah Baling selama 30 tahun.

Mengikut catatan bekas Penghulu Mukim Baling/Bongor, Tn. Hj. Md. Noor bin Awang Abd Rahman, J.P., Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menghantar seorang Pegawai Daerah bernama Che Ahmad Deli pada tahun 1908 ( 1327 Hijrah ) untuk mentadbir Daerah Baling. Dengan adanya seorang Pegawai Daerah maka Baling telah berubah wajah dengan adanya Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Balai Polis, Sekolah Melayu, Pejabat Pos Hospital dan Padang Bola.

Pejabat Daerah Baling yang pertama telah didirikan dengan bangunan kayu di kawasan Majlis Daerah Baling sekarang ini ( 1908 ). Bangunan ini dibina semula pada tahun 1955 dengan belanja sebanyak $125,000.00 dan dirasmikan pada Hari Jumaat, 11hb. November 1955 bersamaan 26hb. Rabiulawal 1375. Ianya dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang pada ketika itu baginda sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Negeri Kedah Darul Aman. Bersemperna dengan Hari Perasmian Bangunan Baru ini juga, pada sebelah malamnya iaitu bermula pada jam 7.00 malam, satu Sandiwara Pengampunan Beramai-ramai telah diadakan di Padang Baling.

Tunjuk Perasaan Mogok Lapar telah berlaku di Daerah Baling pada 19 November 1974 di mana beribu-ribu penduduk telah berarak dan berkumpul di Perkarangan Pejabat Daerah Baling. Tunjuk Perasaan Mogok Lapar ini adalah ekoran Kejatuhan Harga Getah.

Bangunan baru Pejabat Daerah & Tanah Baling ( $ 2 Juta ) telah dirasmikan oleh K.D.Y.M.M Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 7hb. Ogos 1989.

ANTARA PERISTIWA DALAM SEJARAH NEGARA

RUNDINGAN BALING

Perundingan ini adalah hasil dari sambutan Chin Peng kepada “General Amnesty” yang diistiharkan oleh Kerajaan Perikatan pada 9hb. September 1955. beliau mencadangkan supaya diadakan perundingan di antara pihak Kerajaan dan pihak Komunis. Cadangan Chin Peng untuk mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur telah ditolak oleh Ketua Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya beliau bersetuju untuk memberi penerangan lanjut tentang syarat-syarat “Amnesty” di suatu mesyuarat yang akan diadakan di tempat yang sesuai di Utara Malaysia.

Selepas diadakan tiga mesyuarat permulaan di antara Pegawai-pegawai Kerajaan dan wakil-wakil Chin Peng tentang persediaan perjumpaan ini, perundingan di antara Ketua-ketua Menteri Tunku Abdul Rahman dan Mr. David Marshall dan Chin Peng akhirnya diadakan di Sekolah Rendah Tunku Putera Baling pada 28hb. dan 29hb. Disember 1955.

Laporan oleh Ketua Menteri Persekutuan Tnah Melayu Mengenai Perundingan Baling.

Laporan ini adalah mengenai keempat-empat sesi Perundingan Baling yang diadakan di Baling pada 29hb. Disember 1955. Perundingan Baling gagal kerana perkara-perkara yang diutarakan oleh pihak Komunis tidak dapat diterima oleh pihak Kerajaan seperti pengiktirafan Parti Komunis Malaya, penghapusan tempoh tahanan dan penyiasatan untuk ahli-ahli komunis yang menyerah diri dan praktis menghadkan penyerahan mereka.

Wakil-wakil Kerajaan di Perundingan Baling ialah

  • Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra,
  • Dato’ Sir Tan Cheng Lock,
  • Mr. David Marshall dan
  • En. Too Joo Hing.

Manakala, Wakil Parti Komunis ialah

  • Chin Peng,
  • Rashid Mahideen dan
  • Chien Tien.

ANCAMAN KOMUNIS DI DAERAH BALING

Beberapa peristiwa yang bersangkutan dengan ancaman Komunis yang berlaku di Daerah Baling adalah seperti berikut :

  • “GERAKAN SEDAR” telah dilancarkan pada 10hb. Mac 1972 pada jam 3.00 pagi sebagai Operasi untuk menangkap anasir-anasir Komunis dan mencegah ancaman yang ada. Serentak dengan pelancaran ini, Perintah Berkurung selama 48 jam telah dikenakan. Operasi ini telah berjaya dengan tangkapan begitu banyak anasir Komunis dan penjenayah.
  • Serang hendap Komunis ke atas Pasukan Keselamatan di Sempadan Baling / Kroh pada 10hb. Julai 1979.
  • Serang hendap Komunis di Kg. Ulu Legong Mukim Siong pada 4hb. Jnuari 1981 dan 29hb. Oktober 1981.

Semenjak tahun 1982, tidak ada lagi sebarang kegiatan Komunis yang dilaporkan. Keamanan yang dapat dikekalkan ini adalah hasil daripada kerjasama di antara Pasukan Keselamatan dengan orang ramai. Pada 3hb. Mei 1989, pihak kerajaan telah memansuhkan Perintah Berkurung yang dikenkan sebelum ini iaitu Jalan Weng / Batu 8 dan Jalan Baling / Kroh. Semenjak itu tidak ada lagi mana-mana jalan di dalam Daerah Baling ini dikenakan Perintah Berkurung. Walau bagaimanapun, kawasan hutan masih lagi diletakkan sebagai kawasan kawalan.

PERISTIWA MEMALI

Peristiwa ini berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Daerah Baling pada 19 November 1985 dan telah meragut 18 nyawa.

BILANGAN MEREKA YANG TERKORBAN DAN CEDERA.

Anggota Keselamatan Awam Jumlah
Terbunuh 4 14 18
Cedera 20 9 29
Ditahan – – –

Lelaki – 116 –
Wanita – 27 –
Kanak-kanak
Bawah 17 – 17 160

Anggota-anggota Keselamatan yang terkorban ialah Inspektor Azmi Hamzah dari Kampung Sakar, Tendong, Pasir Mas Kelantan, Sarjan Mohd Nor, dari Kampung Titi Serong Parit Buntar, Perak, Konstabel Jaafar Sain, Kampung Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang dan Konstabil Mohd Suli Osman, Kampung Telok Kumbar, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Manakala, Orang Awam yang terbunuh ialah Ahmad Ismail, Zakaria Ahmad, Razali Haji Saman, Hambali Mat Senang, Zamri Md. Isa, Mohd Arof Hashim, Idris Kadir, Manas Wahab, Md. Daud Kadir, Abdullah @ Hanafi Yasin, Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya, Ahmad Hasan, Shafie Dahaman dan Haji Abdullah Abdul Rahman. Tiga Belas orang termasuk Ibrahim Libya dikebumikan di perkuburan Islam Kampung Parit Panjang dalam satu kubur ( kawasan masjid ). Salah seorang daripadanya dikebumukan di Alor Setar, Kedah.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Sejarah Baling

  1. Assalamualaikum..tma ksih tentang maklumat !..saya nk tnya tahun bila daerah baling ni wujud.? dan di mana saudari dpt suma mklumat ni ??

  2. Salam,saya cucu kepada arwah hj.jamaluddin b.yaacob iaitu penghulu mukim siong,baling.beliau ada bersama2 masa perjumpaan denfan tunku abd rahman dan chin peng,kami ada menyimpan gmbr2.dan saya bangga menjadi cucu beliau dgn semangat berani dan berjuang untuk rakyat.sedih bila mendengar cerita arwah di masa zaman komunis.

  3. kalau ikut logik, Ban Ling lbh nmpk logik dari nama asal krn orang Baling sendiri tahu.. kalu istilah Baling digunapakai oleh orang baling,maka dah tentu daerah tu namanya PUNGGAI.. kebanyakkan nama dari SIONG/weng/sirako..nmpk mcm perkataan siam,nnti la chek semak wikipedia..tp sambil2 tu cari la fakta yg lebih tepat agar generasi akan datang dari daerah kita dapat sama2 berkongsi ilmu asal usul nenek moyang mereka.

  4. assalamualaikom……..
    saya memang anak jati jati baling, dan memang benar dengan cerita yang
    no 2 tu, yang pertama tu, mana dapat cerita tu, dengar pun tak masuk akal
    memang pada zaman dahulu baling di teroka oleh pendatang asing,
    dari situ baling mendapat nama, siong memang ada kaitan dengan cerita
    raja bersiong, dan tempat tinggal raja bersiong
    sekian kalau nak datang, datang lah musim buah buahan
    boleh la rasa buah segar kat tempat kami

  5. ceq anak jati baling…kalau uma nak nak maghi baling gtw la noo…

    atas tu loghat baling

    maksud dy..’saya anak jati baling…kalau awak semua nak mlwt baling gtw la…

  6. btulker camtu sejarah baling…..yang saya tahu merong mahawangsa tu tahulah…..ttg raja bersiongpn pernglh dgr tapi yg org thai tu tak penh pula… ❓ 😆

  7. baling kalau kat penang bermaksud lempar…menarik juga ye kisah ttg nama asal usul tempat tu….kisah sejarah lama….hikayat merong maha wangsa..

  8. he he he….bila ada pertanyaan baru terfikir, menarik gak tempat2 saya tinggal Baling (Throw) Serendah ( As Low )…cute la tempat ni..

    dusssssppp…baling pemadam kt cik zura…tido dlm kelas erk..

  9. walaupun geografi bukan peberet subjek n slalu kene tanye dgn cikgu sbb tertidur dalam kelas..tp kene saiddd…wowww gak..nice info..

  10. hehehehe… baca pun dah nak ngantuk..dulu kat skool boikot gak subjek nie..ape taknyer.. cikgu yang mengajar garang sangat..asyik suruh wat kajian ..hampeh tull..dah ler kita nie malas hahahaha..

  11. wah, terlopong mulut Am baca sejarah pasal baling ni, kali pertama Am tahu, ini baru betul2 orang baling ni hehehe

Comments are closed.