Hari Ahad lepas saya balik ke kampung di Baling berdua dengan Intan. Kami mengambil bas Transnasional 9.00 pagi bertolak dari Hentian Jalan Duta. Sejak berkahwin saya amat jarang menggunakan pengangkutan awam untuk balik ke kampung, tetapi memandangkan hanya saya berdua dengan Intan, tentu lebih berbaloi dari memandu sendiri.
Baru sejam dan melepasi Tanjung Malim , kami dah bosan sangat-sangat. Intan sekejap bangun, sekejap berdiri, sekejap duduk…sekejap tarik langsir…selalu jika berkereta belum pun sejam dia pasti tidur. Saya menghabiskan masa dengan bersms dengan kawan-kawan. Saya sms dengan Bawang merah tetapi diam membisu…mesti membuta pagi-pagi minggu ni ( firasatku benar belaka bila dia membalas keesokkan harinya…sakan ko kak oiii..malam tu teriak sakan dicuit dengan Aznil babak ” Ayah & Ibu “ ..sob…sob…sob…)
Saya bersms dengan Yonna dan juga Rei bertanyakan persiapan mereka untuk Teratakian’z Santai Bowling Tournament. Jutaan terimakasih kepada mereka yang berkerja bersungguh-sungguh untuk merealisasikan aktiviti sulung Teratak Santai walaupun saya tidak dapat turut serta. Terimakasih tak terhingga untuk Rei, Yonna, Cik Mika, Kuzi, Mas, Kak Uda, Kiki juga semua Teratakian’z yang menghadirkan diri. Rindu sangat kerana kita dah lama tidak berjumpa tetapi saya perlu balik ke kampung untuk menjenguk Adam Hakimi di Hospital Kulim.
Selepas 2 jam, saya sms suami:
4224 : tepat 2jam, skrg kat Gua Tempurung.
4114 : Haiya…lu tempulung ka?
Ha ha ha…gelak saya menatap handset cap ayam ni..Intan pun kehairanan melihat saya gelak macam kelakar sangat. Kenapa mama….kenapa mama..sambil meraih handset dari tangan saya dan membaca sms tersebut, tetapi dia tetap tidak memahami…dan saya mengalami masalah untuk menerangkan lawak teks macam ni. Rasanya lagi senang nak faham kalau tengok Mr. Bean atau Tom & Jerry….:p
best cite ni
ANyway, thanks a lot Kak Jie atleast now I know ‘ gua tempulung” itu hehhehe…baru arr boleh senyum..
wooo, tempurung=coconut shell rupanya!! Gua tempulung= saya tempurung, aiyakkk…tapi nape Kka Jie gelak? it sounds funny yea…aduiii, FENIN…lagi bila kak jie takap ade yang coconut shell betina dan jantan..aiyoooo, boleh kenal ke jantan betinanya ni Kak Jie, mushkil betul!!
Now Kak Jie pun FENIN..muahhahahaha..
owh……. (panjang ni)
baru paham lepas baca comment kakjie kt atas..hehe..
lampi sungguh :p
mama…
xmau laaa cik…
laaa geografi nie belajar pun tahun 1994…shin dah lama tinggalkan..tahun 1994 ..sekarang 2007… lebih sepuluh tahun yang lalau.. mana ler leh ingat lagi..manyak mende lain kena ingat kekeke..dok sini dah masuk 4 tahun hehehe..
erk..ni info utk Noush…kesian dia tak tau apa itu tempurung..he he he..
Tempurung adalah kulit yg keras pd bberapa jenis buah ( terutama kulit buah kelapa)
Tempurung betina adalah belahan tempurung yang di belah bawah.
Tempurung jantan adalah belahan tempurung di sebelah atas.
Mana atas mana bawah..he he he…cari..!
Tempulung adalah bercakapan orang cina yang kebanyakkan tidak pandai menyebut huruf ” r”
korang ni….Geografi failed…Noushy ok juga dia mmg kat UK, si ibnu tu baru berapa tahun jer tinggalkan Malaysia pun dah tak faham?
Gua Tempurung adalah satu tempat yg akan kita tempuh bila melalui highway PLUS ke utara, terletak antara Simpang Pulai dan plaza tol Ipoh Selatan.
Gua adalah gantinama “saya” ( hokkien bukan mandarin..kalo mandarin Wo) so bila sy ckp Gua Tempurung….ayat tu jadi ” Saya Tempurung”
Lu adalah gantinama ” awak”
tahu tempat bernama Gua Musang?
Korang ni macam katak bawah tempurung..hahahah…lagi kompius anak mat salih tu…noushy kena banyak belajar lagi ttg malaysia’s culture baru boleh dok malaysia nie….he heheh
ko len kali kalo nak cepat dan kourier laju nye reply sms, ko anto kat 019 aku kak. 012 nye hp sms aku bebal sket, dia bunyik sekali jer kalo aku x jenguk x de lah nak alarm2 aku. yg 019 canggih sket, selg aku x bukak sms ko selg tu la dia memekak
aku baca lam paper pasal Baling arini, bhgn setempat lam metro.
ko mesti baca dah kan?
anw, aku nak tido awal mlm ni kak oi…..aku ada game sok aaa
hehehehe sama ler..shin pun tak faham mende…lagi lak citer Mr Bean tu lama tak tgok..da bertahun..
AIyakkk..usahkan intan, noushy pun tak faham..aiyooooo!!!