Artikel, Motivasi

Etika bersahabat


ETIKA BERSAHABAT

Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman – teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh – jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG

Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.

©Kujie ~ Saya bukanlah sahabat yang sempurna dan terbaik, maafkan saya andai ada janji yang telah dimungkiri, ada kata yang menyinggung perasaan atau ada tindakan yang meninggalkan luka…maafkan saya sepenuh hati

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

13 thoughts on “Etika bersahabat

  1. emm harap nya akan ada la sahabat yang sudi bersama tak kira susah atau pun senang…sebab kawan tempat menangis paling susah nak cari..betul tak kak jie..tak kiralah kite jujur tahap mana, kita baik tahap mana, belum tentu kawan kita mcm kita jugak..hati lain2, rambut jer sama hitam..huhu

  2. 1. KESABARAN
    Masih belajar untuk bersabar. Tambah dengan kawan baru yang banyak songeh!

    2. BERTERUS TERANG
    Bab ni susah. Sebab selalu terkena dengan orang yang suka bangkitkan kesilapan kita bila kita tegur dia. Padahal, kita tak buat salah kat dia. Haru tak?

    3. IKHLAS
    Alhamdulillah, selama ni, memang cuba amalkan nombor tiga ni dalam bersahabat.

    4. SALING MENGHORMATI
    Ni pun sama.

    5. JUJUR
    Ditto.

    6. SALING FAHAM MEMAHAMI
    Masih berusaha. Tapi alhamdulillah, setakat ni, hanya satu dua kes aje.

    7. SALING MEMAAFKAN
    Yeap.

    8. BERTOLAK ANSUR
    Yeap lagi.

    9. JAGA TUTUR KATA
    Sejak dah tua ni, memang berjaga-jaga.

    10. NASIHAT MENASIHATI
    Yeap.

    11. AMBIL BERAT
    Ini memang penting.

    12. SALING BERHUBUNG
    Ini pun sama, walau dengan cara apa pun.

    ODs last blog post..Serious, please!

  3. Hmm……Tie pernah merasa apa yang Queen lalui…

    Ada kala, suaminya jauh lebih peramah dengan Tie…(asalnya kawan hubby). Isterinya macam menyampah pulak kat kita. Malu pulak ni…. Kerana ada hubby, terpaksa layan kerenah hubby orang yang peramah dan lucu. Isteri dok diam memoncong…. eee….segan laa….

    Terpaksa bagitau kat hubby, kalau nak jumpa dia, jumpa sorang je laa… tak payah ke rumah dia anak beranak….malu tau bila kita sebagai tetamu ni semacam tak disenangi oleh suri dlm rumah. Sabor aje laa….

    Tapi Jie…. sejak dua menjak ni, Tie dah semakin matang dalam bersahabat. Tahu bila diri ini tidak diperlukan… pandai2lah bawak diri, ek. Ya laaa….. Tie ni tak de yang istimewanya. Kerja tidak, rupa pun asal ada je (syukur jugak tu….he he…). Ilmu cuma sejemput je…. Mungkin yang boleh dibanggakan ialah pengalaman pahit menimbun….kih kih …..

    Ties last blog post..Siapa Boss ?

    1. @Tie, Saya selalu sediakan ruang selamat antara persahabatan…
      yang pahit tu……dah timbun2 boleh buat jeruk
      sedap ape…time loya² cari juga 😆

      kita matang bkn kerana usia Tie tapi kalau kita belajar dari pengalaman yg kita tempuh
      sbb tu ada org…….tua pun tak matang2 :mrgreen:

  4. but selalunya ianya fake! untuk kesenangan sahaja..
    bak kata orgtua..

    Teman ketawa di mana2..teman mengangis sukar dicari..(betul ke ni?..hehehehehe)

    Kadang2 membentuk gang2 pulak…
    suami gang saya..isterinya tidak..

    seperti itulah..
    jadi…bagaimana?

    jaga mulut?die pun tak jaga…camner?

    sudahnya jadi salah saya!

    sorry kak kujie..emo sangat2..
    huhuhuhuhu

    1. @queen, tak pe

      utk bina hubungan berjaya memang kena kedua belah pihak berkerjasama
      kedua belah pihak mempunyai fokus yg sama

      tapi…kita kan manusia yg tak sama
      dua individu yg berbeza
      kita buat part kita
      kita harap apa yg kita buat akan dpt speerti yg kita harapkan :mrgreen:

      lepas geram jaga tatasusila tak pa….
      mgkn dpt legakan perasaan

  5. Hmm..mcm mana ye boleh ilang blog tu mama. Apa pun, ira harap semuanya akan dapat balik semula.

    Bagus entry pasal persahabatan tu…tapi pada pdgn ira, Persahabatan tu adlh satu ikatan yg suci.Kalau dijaga insya-Allah pasti akan membahagiakan kita. Tapi tak semua sahabat boleh jadi teman dikala susah dan senang.Semuanya bergantung kepada individu tu sendiri. But, i love my freind..Apa pun, pandangan setiap org berbezakan.
    Hope mama hepi always

  6. Kka Jie..2 days prior to your blog ilang tu Noushy c n p entry kak jie abt Muhasabah tuh..kalau Kka Jie nak macukkan semula dalam entry kak jie dlm blog yg baru ni ada dalam blog noushy tau….

    And this one is good too, that’s why I keep coming to your blog kak jie..eh eh BTW blog2 kak jie yg lain2 tu pun ilang juga ke Kak jie? Mushkil…

  7. AM, entry motivasi awal2 ni…nk release hati sendiri….tu pun sy copy gak tp tak ingat kt mana..dah lama simpan kat file.

    EQ…kakjie relex je hah..ada kawan2 yg dtg bagi bantuan kemanusiaan..he he he…hepi sokmo!

  8. Welkam Bek…Aik..cam previous blog jek..X berubah..so, Equil oakan akak bahagia. I know u r strong rite. Have a nice day to u n b happy!

Comments are closed.