iPhone Untuk Intan
Anak

iPhone Untuk Intan

Petang semalam ambil Intan terus singgah kedai telefon.  Bergetik dia depan kedai bila saja pintu ditolak.

“Intan nak yang mana?”

“yang tu…yang tu..yang ni…yang ni….” . Semua yang ditunjuknya berkasta tinggi.

” Sapalah yang akan jadi menantu malang mama nanti…dapat bini macam Intan”


Budak² tak boleh guna iphone – saya belikan ‘aipun’ kaler biru.  Sepanjang perjalanan balik bergedik tak habis².  Guna handphone  saya, dia snap gambar dan MMS kat Along.  Dari luar gate rumah tak dan nak buka kasut dia dah keloi “mak su………maksu tengok telefon Intan”.

Intan cèwi!

Pagi tadi selepas dia pergi sekolah, saya pun try belek²  function Nokia 1280 ni dan ternampak sms macam kat atas tu.  Huwaaaa………….:evil: mama tak reti nak baca!  Dengkinya mama dengan Intan. Ini bukan iphone zaman Flintstone ni.

Glossori

  • tak dan – tak sempat
  • keloi – panggil
  • cèwi – suka menunjuk-nunjuk

©kujie – ‘aipun’ Intan hanya rm 90 tetapi credit limit untuk line postpaid celcom dia rm 1000.  Saya bukan daftarkan nombor baru untuk Intan, ini adalah nombor telefon suami.  Sementara dia di luar negara – mungkin setahun lagi – Intan guna.  Handphone yang dulu dah rosak – off sendiri tanpa sebab.


Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

78 thoughts on “iPhone Untuk Intan

  1. menghargai pemberian walaupun ianya tak seberapa sudah cukup gembira buat orang yang memberinya lebih-lebih lagi ibu bapa yang bagi …

    pada saya phone macam intan tuh lagi best kalau nak bandingkan dengan phone canggih..
    saya tak reti nak guna phone yang terlalu canggih ….

  2. oo die ngengada la tu ee,

    off topik, kak jie nak tanya buleh? nak amik plugin apa kalu kita nk ada sistem reply cam kak jie ni jugak?

  3. masuk pagi tadi masih cam smalam..masuk kol 8.10am..dh bertukar balik ke asal, x sabar nk tunggu kak jie guna template mentari mcm ari tu..cute

  4. handphone tu ada radio kan? hehe

    *kak jie, betul ke kalau blog yang ada sidebar di bhgn kiri kurang mesra SEO? Sekadar bertanya

  5. nak tanya berapa banyak traffik sehari/sebulan baru boleh dapat rm200 sebulan hehe maaf luar topix..innity aku lembab tul jalan sehari masyuk 2 hari xde

  6. hem..ok lah..tapi nasi baik dia tak mintak dibelikan domain..kuintan.com…untung pandai bahasa cina huhu

  7. bestnya dapat aiphone.. hehehe.. selagi digunakan utk tujuan baik, tak de salahnya.. mmg jeles la intan pandai guna bahasa yg satu lagi tu..

Comments are closed.