iPhone Untuk Intan
Anak

iPhone Untuk Intan

Petang semalam ambil Intan terus singgah kedai telefon.  Bergetik dia depan kedai bila saja pintu ditolak.

“Intan nak yang mana?”

“yang tu…yang tu..yang ni…yang ni….” . Semua yang ditunjuknya berkasta tinggi.

” Sapalah yang akan jadi menantu malang mama nanti…dapat bini macam Intan”


Budak² tak boleh guna iphone – saya belikan ‘aipun’ kaler biru.  Sepanjang perjalanan balik bergedik tak habis².  Guna handphone  saya, dia snap gambar dan MMS kat Along.  Dari luar gate rumah tak dan nak buka kasut dia dah keloi “mak su………maksu tengok telefon Intan”.

Intan cèwi!

Pagi tadi selepas dia pergi sekolah, saya pun try belek²  function Nokia 1280 ni dan ternampak sms macam kat atas tu.  Huwaaaa………….:evil: mama tak reti nak baca!  Dengkinya mama dengan Intan. Ini bukan iphone zaman Flintstone ni.

Glossori

  • tak dan – tak sempat
  • keloi – panggil
  • cèwi – suka menunjuk-nunjuk

©kujie – ‘aipun’ Intan hanya rm 90 tetapi credit limit untuk line postpaid celcom dia rm 1000.  Saya bukan daftarkan nombor baru untuk Intan, ini adalah nombor telefon suami.  Sementara dia di luar negara – mungkin setahun lagi – Intan guna.  Handphone yang dulu dah rosak – off sendiri tanpa sebab.


Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

78 thoughts on “iPhone Untuk Intan

  1. intan skolah cina ke? waa… sms semua tak bleh nak bace. kene carik google translator ni. tapi macam mane nak paste sms tu kan. hehhe

    P/S: aipon pon… aipon la… itu dah besar rahmat sebab intan jenis menghargai nampaknye…

  2. Akhirnya dapat gak henpon, eh aipun baru untuk Intan, pasni nak kena belajar mandarin ngan intan aa plaks… 😀

  3. hahaha…enpon hubby kita pun sama mcm enpon intan…sbb asyik masuk mesin basuh akibat zaujah solehah dia ni asyik lupa nak periksa saku baju jeket cik abg…kah kah kah…

  4. tu la..masa iza dok cerita nak p China minggu depan tu
    dah teringat sms intan dalam hp baru dia
    tu yg dpt idea tulis entri ni..hehehe

    tapi p ngaji dulu 😆 makan nasi tomato lagi kt surau tadi

  5. Intan pun ada iphone ye hehe. Nampaknya sedikit remaja nnt, Intan boleh bercintun tanpa dapat dijejak mamanya hehehe.

    bagus

  6. paling murah yg ada kt kedai, kita sesuailah
    tak kan nak yg lebih mahal dr mak dia guna pula

    aikk..tu dah lawan tokei 😆 😆

  7. normallah………..kita pun nak keinginan nak yg best yang canggih

    semua orang ada nafsu

    tapi bila balik pada kemampuan dan keperluan – bila menewaskan keinginan

    kita dah menang di situ

  8. wah bestnya dapat sms dalam bahasa cina, handphone tu walaupun rm90 tapi cantik

    mungkin saya akan beli satu untuk wife 🙂

  9. smart tepon niii. dah tgk ritu… ada jack audio 3.5mm…. pelik gak napa ada jack camtu.. rupanya ada radio…. pasni kalo beli leh dgr radio pasang earphone yg sedap bunyinyaaa… heeeee

  10. nama saja untuk intan tapi sebenarnya nombor tel dah ade, hp lama dah rosak
    so..nak bagi dia seronok2…. 😆

    line tel ni dah ada bertahun2 dulu
    tapi sbb suami kak jie tak ada, bagi kat dia

    esok abah balik, kena pulangkan semula tau.. 😆

  11. pakai henpon itam putih je….bg saya,tak sampai lagi keperluan dlm hal enpon2 mahal ni…budak2…nk eksyen lebey…hehe(sekadar pandangan…)

  12. komen anonymous kat atas tu sy punya.. lupa nk masukkan data dulu sblm hantar.. huhu itu la lama sgt xtinggal komen kat rumah kak jie ni, dah terrrrrlupa… huhu 😳

  13. Ai dalam bahasa jepun masuknya sayang/cinta (rasanya bahasa cina pun sama)
    jadi Ai Phone Intan = telefon kesayangan intan.

    mesti dia sayang dengan telefon tu ..hehe
    untung intan boleh berbahasa cina..siap boleh sms bahasa cina tuuuu..

    apa pun, semoga intan memanafaatkan telefon itu sebaik mungkin..jangan bergayut je tau 🙂

  14. la ni senang budak2 ada tepon.senang nk cari dia duduk kt mana. abis tusyen ka,abis kelas ka, tipon.xyah dok tunggu2 lagi dah.hihihi…

  15. salam kak..
    sama la anak daraku..
    henpon murah ni tak main
    la katanya..last sekali saya tak belikan
    senang tak payah berhenpon..nak
    mahal nanti kerja beli sendirik..he he 😛

  16. Intan kecik² da pandai berbahasa cina..
    Saya yg nak meningkat tua ni baru nak blaja.. 😳
    Kena blaja sebab ofismate semua chinese,sy lah satu²nya melayu..
    Nanti klu diorg bercerita apa² senang nak faham 😆

  17. sebenarnya tu nombor talian suami kak jie
    sayang nak potong, nanti kalau dia balik nak guna lagi
    sbb tu bagi intan guna….
    sebenarnya tak de guna byk man apun
    dia sms kawan sekelas tanya homework

    dia guna ke tak, talian tetap bulanan tetap kena bayar

  18. klau ikut kan adik zqah yg sama umur dengan intan pon nak handset tp ummi x bagi agi ..
    kak jie sporting sbb bg dah ke intan pakai tepon 😉 kak jie x belajar etek ke bhs cina dengan intan ? hehehe

  19. intan sekolah cina ke…wah jelez..sy nak jugak belajar bahasa asing ni…senang sikit hidup

  20. bestkan kalau tau bahasa cina dulu faham sebab masuk kelas 2 semester tapi lepas bertahun tak practise hancusss semua

  21. sekali sekala intan nak cewi apa salahnya kak jie..owh dapat handphone free walau berapa harganya, sungguhla eksaited, jadi wajib cewi… :mrgreen:

  22. habis la mama lepas ni hahahaha.kang intan dok wo ai ni dalam tepon, mama taktau =p hahaa

  23. hehe.. “aipun” intan lawa.. bagus juga kalau anak-anak pandai cakap dan tulis cina ni kak jie, satu kelebihan bagi mereka.. saya sendiri pun tak reti nak cakap/tulis bahasa cina ni..

Comments are closed.