Makcik Pun Nak Tunjuk Camel Toe?
Isu Semasa

Makcik Pun Nak Tunjuk Camel Toe?

Ini isu untuk wanita. Wanita yang perihati yang menjadi mangsa fesyen. Petang tadi waktu ke pasar malam, saya perhatikan hampir semua orang terfokus pada seorang wanita. Bertudung dan ber’baby shirt’ jalan bersama anak perempuan bertudung cantik beruniform sekolah agama.

Bila dekat, barulah saya tahu kenapa. Owh……….. dia punya camel toe! Astaghfirullahala’zim.

Camel toe adalah istilah slang yang merujuk kepada garis yang terhasil dari pemakaian seluar yang ketat hingga nampak tulang kemaluan dan sekitarnya tetapi jika anda bogel, itu bukan diistilahkan sebagai comel toe, itu adalah natural. Sumber : wikipedia (klik) .  Kalau lelaki dipanggil “moose knuckle”

Saya tak boleh nak post gambar camel toe kerana bila saya cari image camel toe pun dapat warning macam ni :  Results for camel toe may contain adult-oriented content.Your SafeSearch filter must be turned off to display these results.. Jadi faham² sendirilah. Kalau nak tengok ‘camel toe’ tu, search sendiri dan pastikan anda cukup umur untuk menanggung risiko tersebut.

Tapi untuk tidak menghampakan , saya tunjukkan jugalah bagaimana kedudukan yang dinamakan ‘camel toe’ tersebut.

Ini yang original.

Ini yang melekap pada tubuh manusia.

Atas nama fashion, perempuan sering membuat kesalahan keji.

Dulu keadaan ini sering terjadi pada anak gadis yang memakai legging. Tahu legging? Legging adalah sejenis seluar sendat nipis yang biasanya diperbuat daripada campuran lycra, Spandex, nilon, kapas, atau polyester campuran.

Bukan saja legging yang menghasilkan ‘comel toe’ tetapi jenis seluar yang berkaki kembang pun sering menonjolkan ‘comel toe’ disebabkan oleh memakai seluar yang terlalu besar di satu kawasan tertentu-membuat daerah timbal balik terlalu kecil.

Kalau meminati seluar seperti ini, janganlah pakai ‘baby shirt’. Pakailah blouse yang labuh menutupi punggung.   Dulu legging dicipta untuk anak gadis tetapi sekarang seluar jenis ini mensasarkan penggunanya  wanita pertengahan umur dengan anggapan tidak ketat tetapi longgar.  Longgarnya dibawah tetapi di  ” tempat tu “ lebih terserlah  bentuk ‘camel toe’ dari ratu dunia berbikini.

p/s – macam nak pengsan tengok ibu² mengandung juga memakai seluar seperti ini.  Semua bentuk terserlah.   Wahai suami, tegurlah isteri anda.  Itu tanggungjawap.

Sila ambil perhatian – legging bukanlah seluar, jadi jangan jadi mangsa fesyen.

©kujie – Lama tak lalu Lenggong.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

57 thoughts on “Makcik Pun Nak Tunjuk Camel Toe?

  1. Kakak saya pon suke sangat pakai suar legging xkire la kat umah ke kat luar ke salu sangat pakai. Pakai plak dengan baby tshirt. nampak jelas bentuk ‘V’ dia.

  2. tuan blog tu tulis sikit saja, tegurlah isteri anda. itu tanggungawap bukan dia kutuk lelaki yang tak tegur isteri pun.

    ego setinggi langit tak boleh terima sampai rasa terhina.
    Jom terjah post menarik dari Leon ..Merdeka! Merdeka! Merdeka!My Profile

  3. Amin kak kujie.. Terima Kasih.. Doalah senjata mukmin kan 🙁 Tapi saya pula semakin jauh dari awal sekarang.. Ya Allah
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Berkahwin Usia MudaMy Profile

  4. ikut mana yg baik…itu yg terbaik..sbb dari awal pun mama just sampaikan benda yg baik…

    sape nak sentap, silakan lah….ibarat anjing menyalak bukit….bukit takkan runtuh kerana salakan tersebut…

    =)

  5. nak buat camner ma, zaman dah berubahh…manusia dah maju..maju tapi tak berotak mcm tu lah…tapi xper..x kan nak di cop sebagai kolot…alah, kubur masing2 ada kesahhh…(mcm nanti dia mati leh gali lobang kubur sendiri, pastu tanam diri sendiri) dia punya barang, tu pasal dia nak tunjuk…dan, hak asasi manusia ni susah nak di tegur, aku punya suka lahh…haha…kalu btol kail panjang sedepa, pasti tak mcm beruk makyeh kena belacan..
    hahhahaha…..:)

Comments are closed.