Ini isu untuk wanita. Wanita yang perihati yang menjadi mangsa fesyen. Petang tadi waktu ke pasar malam, saya perhatikan hampir semua orang terfokus pada seorang wanita. Bertudung dan ber’baby shirt’ jalan bersama anak perempuan bertudung cantik beruniform sekolah agama.
Bila dekat, barulah saya tahu kenapa. Owh……….. dia punya camel toe! Astaghfirullahala’zim.
Camel toe adalah istilah slang yang merujuk kepada garis yang terhasil dari pemakaian seluar yang ketat hingga nampak tulang kemaluan dan sekitarnya tetapi jika anda bogel, itu bukan diistilahkan sebagai comel toe, itu adalah natural. Sumber : wikipedia (klik) . Kalau lelaki dipanggil “moose knuckle”
Saya tak boleh nak post gambar camel toe kerana bila saya cari image camel toe pun dapat warning macam ni : Results for camel toe may contain adult-oriented content.Your SafeSearch filter must be turned off to display these results.. Jadi faham² sendirilah. Kalau nak tengok ‘camel toe’ tu, search sendiri dan pastikan anda cukup umur untuk menanggung risiko tersebut.
Tapi untuk tidak menghampakan , saya tunjukkan jugalah bagaimana kedudukan yang dinamakan ‘camel toe’ tersebut.
Ini yang original.
Ini yang melekap pada tubuh manusia.
Atas nama fashion, perempuan sering membuat kesalahan keji.
Dulu keadaan ini sering terjadi pada anak gadis yang memakai legging. Tahu legging? Legging adalah sejenis seluar sendat nipis yang biasanya diperbuat daripada campuran lycra, Spandex, nilon, kapas, atau polyester campuran.
Bukan saja legging yang menghasilkan ‘comel toe’ tetapi jenis seluar yang berkaki kembang pun sering menonjolkan ‘comel toe’ disebabkan oleh memakai seluar yang terlalu besar di satu kawasan tertentu-membuat daerah timbal balik terlalu kecil.
Kalau meminati seluar seperti ini, janganlah pakai ‘baby shirt’. Pakailah blouse yang labuh menutupi punggung. Dulu legging dicipta untuk anak gadis tetapi sekarang seluar jenis ini mensasarkan penggunanya wanita pertengahan umur dengan anggapan tidak ketat tetapi longgar. Longgarnya dibawah tetapi di ” tempat tu “ lebih terserlah bentuk ‘camel toe’ dari ratu dunia berbikini.
p/s – macam nak pengsan tengok ibu² mengandung juga memakai seluar seperti ini. Semua bentuk terserlah. Wahai suami, tegurlah isteri anda. Itu tanggungjawap.
Sila ambil perhatian – legging bukanlah seluar, jadi jangan jadi mangsa fesyen.
©kujie – Lama tak lalu Lenggong.
yup, it’s agreeable that in Malaysia (specifically) the camel toe thing is a shame. especially by those yang bertudung.
mintak simpang… huhu..
saya setuju kak kujie , rasa macam diorang nie nak g mandi kat swimming pool je.
macam-macam ada sekarang ni.. bila ditegur marah 🙁
kadang2 cara untuk membaiki atau menegur tak semestinya juga dengan perkataan, tetapi juga boleh dengan perbuatan – tunjukkan akhlak yang baik.
Lagi satu, jangan lupa doa. Hidayah milik Allah, kita berusaha
itu berbogel secara “jujur” kak jie
fesyen tu fesyen la jugak, tapi kalau dah gayanya x kena..mmg lah patut ditegur. jgnlah sampai berlaku satu tahap yg aurat ni jadi bahan mainan la plak..adoi..
Apa yang saya nampak dari entri ini?
Ini kenyataan kak jie;
1. “Bertudung dan ber’baby shirt’ jalan bersama anak perempuan bertudung cantik beruniform sekolah agama.”
2. “macam nak pengsan tengok ibu² mengandung juga memakai seluar seperti ini. Semua bentuk terserlah. Wahai suami, tegurlah isteri anda. Itu tanggungjawap.”
Jadi, kedua-dua situasi ini mempunyai kemungkinan melibatkan wanita yg sudah berkahwin (yakni ada suami).
Maka, sudah tentu menjadi tanggungjawab suami untuk menegur atas perkara ni. Sebagaimana yg ada dalam surah an-Nisa ayat 34, bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,
dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian
dari harta mereka”.
Kesimpulannya, ini bukan soal kebebasan atau hak personal, tapi adalah ketetapan dan keistimewaan yg Allah beri pada kaum lelaki mahupun wanita.
p/s – ini pandangan saya saja…”biar singkat fikiran, jgn singkat baju dibadan!”
huhuhu.. keywords series panas.. baru sempat nk trjah. xceli bile ade perkataan tu, saya jadi malu nak bersuara atau berpendapat umum. dah tau dah mende macam tu memang lucah. tapi kene pandai menilai la kan. kat tempat kijer pon sama.. banyak jenis staff suke pakaian macam ni. aishhh… mate kan? macam mane nak tutup kalau tak tidur. hehehe..
p/s: cilk adik suke gak seluar macam ni. tapi untuk dipakai kat rumah. kalau nak pakai kat luar masa riadah… dia akan matching dengan tshirt Muslimah. jadi baju tu labuh sampai lutut. ranggi tapi sopan. +_+
saya rasa jika lelaki itu bergelar suami, maka dia patut dipersalahkan kerana isteri merupakan t/jawab atau amanah yg diamanahkan kepadanya..
apakah maknanye makin ke arah tua..makin tak sedar?huuuuu 😮
mmg selalu sgt dah tgk situasi cmni.. kdg2 kita yg pompuan ni pulak rasa malu.. lebih lagi, lau anaknya cantik je bertudung, tapi mak nye.. alahai.. sepatutnya perkara ni tak berlaku, takut2 anak konfius mana satu betul, kat sekolah ke atau kt rumah..
selalu berdiskusi dengan suami pasal pakaian2 sekarang ni.. apa nak jadi..
huhuhu… tajuk yang memang mengejutkan, skang ni nak tundukkan pandangan pun kena hati-hati, takut ternampak benda lain plaks…
Ustazah saya kata, kalau kita menyebut nama si polan atau si polan, itu boleh ditakrifkan mengata atau mengumpat, kalau kita hanya memberitahu secara umum tanpa menjejaskan siapa dia, identiti dan ambil untuk dijadikan contoh – itu adalah pengajaran.
Pendapat yang lain2 saya tak nak komen – tanyalah guru/ustazah masing2
sama la.. tapi sekarang ni org dah tak tau malu bro
😕 Pertama sekali dgr istilah camel toe. Zaman skrg nie bkn je ade tudung besanggul bonggol unta, ibu jari unta pun ada. Yg pakai tu mmg saja nk tarik perhatian suruh org tengok ‘anu’nya. Wahai para suami, jgnlah jadi dayus membiarkan anak isteri mengheret anda ke neraka.
Wallahua’lam.
Salam kak kujie.. Sekarang nie susah nak tegur kak kujie.. Bila ditegur kata mereka “hang xpayah nak risau, jaga diri sendiri” Ya Allah kak kujie.. *ini teguran sy buat atas keluarga terdekat saya*
Salam,
Mmm selalu sangat jumpa,kadang2 kita sendiri rasa malu,sebab orang lain dok pandang atas bawah. 😐
aiyakk…. boleh dibayangkan..kalau anak dara yg mmg slim river …seksi juga ..tp kalau makcik tak sanggup dowhhhhh…….. 😆
tp apa pun, entri kak jie ni berguna sgt agar ada yg sedar diri….. 🙂
ooo rupannya camel toe tu macam tu, hari ni baru tau ketinggalan zaman betul saya, padal benda tu dok tengok hari-hari dekat shopping complex dan kedai-kedai, yang memakainya pun ibu mengandung, remaja, makcik2 dan isteri2 orang, huhu
p/s: ramlah ram dulu orang panggil bentuk karipap, itu pun camel toe juga la agaknya 🙂
nasib baiklah diriku ini xpernah nak terpengaruh ngan fesyen pelik2 ni…
legging pun xnah beli, suar ketat cmtu pn xnah beli…
=)
Emm, ni mesti kes x pakai spender, ataupun pakai spender yg nipis.. tu sangat menyerlah camel toe nya tu.. hehe.. kes ni sama mcm marsha yg nampak jelas camel toe nya..
legging ke , seluar kembang ke memang x sesuai pakai kat luar .. kejam sungguh fashion sekarang 🙁
kat FB sampai ada group untuk org yang suka pakai legging kat public tp teguran dalam group tuu lebih kepada bukan teguran .. 😕
camel toe …..bila direct translation jadi kaki unta!…. 😛
ilmu baru ni ….kadang-kadang rasa macam legging ni
adalah sebagai hot pants kalau di negara musim sejuk
kat malaysia…..huish…tak sesuai you
saya kalau pakai legging mesti pakai dengan baju yang labuh atau besar so tak obvious sangat la lekuk2 tu. Tapi ade jiran dah le pakai legging, pakai pulak baby t. Dah macam sarung nangka lak aku tengok!
google imagelah.. kak jie tak sanggup nk letak gambar tu kat sini
psst…blog ni ramai pengunjung lelaki..hahaha
p/s – blog maria masih ada warning google malware sumber dari gengblogger
buang banner gengblogger tu. Kak Jie masuk dgn chrome ada warning, tak boleh buka
sian nye… dah la tak tau camel toe tu ape benda… nak bayang pun tak bole… masih tak paham mcm mana rupe jadi nye… sian sungguh saya ini… 🙁
legging tu sepatutnya pakai di rumah ja, untuk tatapan sang suami….tapi sekarang ni semua berlumba-lumba nak jadi siapa paling seksi, siapa paling menyerlah…:P
seluar agogo 😆
hehehe Tie
lepas publish entri ni, tidur
ade sorang awek tu sms tanya – dia google ‘camel toe’ dan jumpa gambar2 ‘celah tut’
betul ke itu maksudnya..hahaha
fesyen gini semakin banyak Tie
yang mak2 orang ni satu…. galak sgt nak pakai mcm tu
camel toe ni kita sendiri tak nampak, orang yg nampak
sebiji2 bentuknya…..miss world berbikini pun tak nampak ketara
Yang muda, dah namanya muda
ini dah makcik² kakak² – bukan legging tapi seluar jenis kembang
tapi bawah je kembang, atas tu sendat
makcik dan camel toe? Kiamat dah dekat…
terlalu taksub nak cantik, lain pula yang tergedik2..
ya la para suami kene lebih perihatin
untuk laki leh cuci mata kan kak…
takat cover dengan pakaian.. tetap juga nampak bentuknya
janganlah nant jadik fesyen cam legging tuh…
tu belum masuk butt crack..aduhai..macam Malaysia ni tak ada pakaian..
kak kujie..
setuju sangat akak buat entry nih..
saya pun pernah gak buat entry pasal ni kat blog sy
http://cloudymonday.blogspot.com/2010/07/cameltoe.html
tapi, kat sini pastinyer mesej ini boleh disampaikan kepada lebih ramai khalayak..
mmg legging tu bukan seluar.. minah salleh pun tak pakai legging as a seluar keluar pi berjalan-jalan..
baru faham maksud camel toe…patut r masa tulis entry pasal nie dulu..ada yang komen tulis term nie…
haha aku pun!
selama nie tak pernah tau pon apa itu camel toe..huhuhu..nampaknya seperti katak di bawah tempurung…
memang buruk sape yang suka pakai legging nie..apa motip dorang ek??apa yg nak ditayangkan??tepuk dada tanya iman…
Aduh.. betul tu, ramai yang dah jadi mangsa fesyen tanpa disedari…
badan comel makinlah tak comel pakai legging.. hehe. baik pakai skirt dari tayang cameltoe tu. hekss. malu jugak 🙂
legging tu jadi fashion saat ni.. tapi mestilah pikir2x bila nak pakai..
dpt ilmu baru hari ni kak, “camel toe”
legging kt luar negara msih trend esp time spring ni. tp malaysia muslim tk pyhla nk ketat2, tk mnis kn nmpak, dh mcm hape nmpknye,
hehe. cuba bayangkan… tapi… euww…
hahahaha terkejut baca tajuk post ni kat blog kak jie..
Kita cuba nak jadi orang lain walaupun selalunya memang tak sesuai dgn bentuk badan apatah lagi aurat sebagai wanita islam…kalau cakap banyak nanti kata kita ketinggalan zaman.
Laa….. Baru tahu istilah camel toe ni. Nampaknya kita innocent lagi, haha….
Tie ada seluar yang kembang bawah tu, tertarik, tapi bila dah beli dan pakai, terus rasa geli semacam.Pakai blouse labuh pun tak berani, rasa bersalah je walaupun orang tak nampak (sebab seluar tu rasa melekat kat situ, hihi). Sampai sekarang ada tersorok kat mana entah.!
ahaksssss….. kak jie..dpt dibayangkan 😆
ermm kalau kmi sini sabah panggil ‘V’ tak pun bhsa kasar sedikit “meladit” hihihihi bermaksud cameltoe hihihi tak sanggup begitu..
mungkin cermin rumahnye setakat paras perut jer kak jie 😆
betul! itu yang nak tulis dalam entri pasal seluar legging dari sorang blogger tu. tapi tak ingat istillah tu. bukan takat tua, yang muda pun jangan 😉