Gigi Dalam Tren Komuter
Anak

Gigi Dalam Tren Komuter

Sibuk satu hari!

Tengahari tadi pergi stesen KTM Rawang, nak tempah  tiket keretapi  dari Sungai Petani ke Rawang 01/01/2011.

“maaf kak… tiket tahun depan kena beli kat KL Sentral, sistem kami belum ready “

Aduhai…. ini sistem Zaman Flinstone ke?   Tahun depan tinggal berapa hari saja lagi, sistem pula yang tak sedia nak sambut tahun 2011.  Mungkin kat Stesen Rawang saja kot…. atau mungkin hari ni saja kot… Bersangka baiklah konon²nya.

Kalau saya bising² pun bukan boleh jadi pari² …pling! sistem canggih ala Star Wars.:roll:

Naiklah kami komuter ke KL Sentral , beli tiket dua hala rm 14.20 untuk seorang dewasa dan dua kanak² ribena.

Dalam perjalanan, nak dijadikan kisah hari ini dalam sejarah KTM , gigi Intan yang dah bergoyang 2-3 hari lepas tu nak tercabut. Dah keluar darah. Saya tak ada tisu dan tak mungkin nak meludah dalam tren. Saya pujuk Intan suruh sabar 30 minit saja sehingga sampai ke KL Sentral.

Tutup mulutlah dia, tak berani buka sebab dah berdarah. Budak ribena dah biasa bising dan aktif dalam tren, sesekali kena diam memang bergedik juga dia.

Dengan mulut dah kembung, dia berkomunikasi dengan kami guna text di telefon. Mulut tak boleh buka, makin galak pula dia nak membebel. Berbalas text kami sepanjang perjalananan. Saya layan saja…untuk alihkan perhatian dia pada gigi yang nazak dalam mulut.

Sampai saja di KL Sentral, berlari cari bilik air. Masuk² saja…puihhhh……….dia ludah dalam sinki dan berdebuk jatuh seketul gigi yang diam lama berkulum sejak tadi.

Lega…………. darah pun dah beku!

Huh………… sejarah gigi tertanggal dalam tren komuter.
gigi je pun…..nak buat live report ke Algeria!

Anak² … macam² kisah giginya. Saya masih ingat gigi pertama Along tertanggal waktu kami dalam perjalanan balik ke Bentong. Tahun 1998 kami tinggal di Bentong , Pahang.

Kami balik dari meminang untuk adik suami ( Azni ) dan dalam satu bakul hantaran ada epal hijau. Along gigit sebiji epal dan ……..

wahhhhh…………….. gigi tertusuk kat buah epal. Riuh satu kereta. Gigi pertama anak pertama kali pertama tanggal!

p/s – sampai kat kaunter KTM, angka giliran lagi 30 orang ….. tunggu lagi!

©kujie – nak keluar lagi ni…kedai cermin mata baru call, cermin yang adik bongsu tempah semalam dah siap!  Eh… buat apa nak bagitau semua ni………..saja…supaya tak adalah orang nak bersangka buruk cakap saya sombong tak balas komen tak buat lawatan balas.   :roll: Kebanyakkan blogger suka menghukum.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Gigi Dalam Tren Komuter

  1. itulah..dia ajak berhenti mana² stesen
    tapi kalau dah turun, nak kena tunggu 15 minit untuk tren seterusnya…tahan sajalah.

    hehehe…pisang tu lembut pun boleh tanggalkan gigi 😆

  2. kalau tempah sms pun kena pergi kutip tiket kat kaunter juga…nak tak nak, memang kena keluar . Lagi pun nak cari tiket bas sekali…

    hehehe… tu mcm cabut gading gajah je 😆

  3. nasib……..dalam komuter
    tahan je lah….. katup mulut tak bercakap
    nasib baik tak meleleh darah 😆
    kalau tidak, jadi cerita seram 😆

  4. pernah pergi, doktor nasihat suruh gigi tu tercabut sendiri
    sejak hari tu… kalau gigi dia goyang je…dia tak nak p klinik..dia ingat sungguh cakap doktor 😆

  5. dah check..tapi hari ni ada notis

    ” E-ticket is temporarily unavailable due to system upgrading”

    Kalau stesen antara bandar pun tak support online…. apalagi kat laman web… 😆

  6. hebatnya……..leh telan gigi
    kalo cam tu…bile lapar je..telan je lah gigi

    kehkeh 😆

    ape kata, bawa je tren kat moscow tu balik M’sia :mrgreen:

  7. tak boleh… kalau kanak2…gigi susu
    doktor suruh gigi tu tercabut sendiri
    bulan puasa baru ni, gigi Intan pun bergoyang sikit2 dan sakit…Kak Jie bawa dia ke klinik…doktor nasihatkan… biar gigi tu tercabut sendiri

  8. KTM ada je problem, rasa website dia pun duk maintenance lagi system ticket online dia.. tak tahulah.

    Bab cerita gigi ni ingat dulu zaman kecik dan nakal, ikat gigi yang nak tercabut kat pintu, kemudia tutup pintu kuat, tak rasa pape tengok2 tercabut..haha

  9. hee..pengalaman yang menarik :)pengalaman saya dalam komuter ialah kena sembahyang duduk sebab train rosak tengah jalan. lepas sembahyang kena leter dengan pakcik yang duduk di bahagian depan sebab dia kata kami ni mengada-adakan ajaran baru dalam Islam. mujur kawan saya pandai bagi hujah 🙂

    p/s: mama jie, online ticket utk ktm ada, tapi harus ada visa dan master card 🙁
    Jom terjah post menarik dari cikwaneee ..The Chronicles of Narnia- The Voyage of The Dawn TreaderMy Profile

Comments are closed.