Pengetahuan Am

Jadual Persekolahan 2011 Dan Yuran Sekolah

Jadual Sekolah Dan Cuti Ganti 2012

 

Saya mula menyelak kalendar kuda yang tinggal sehelai. Mula membuat susun atur jadual nak masuk sekolah tahun depan 2011. Perlu beli tiket ke Kedah dan tiket balik semula. Cuti hujung tahun kena buat perancangan awal.

Angah dalam Kumpulan A dan Intan Kumpulan B. Angah perlu balik ke asrama hari Sabtu 01/01/2011 kerana sekolah di Kedah akan mula dibuka pada 02/01/2011.  Saya perlu kembali  semula selewat²nya petang Ahad . Intan mula bersekolah  hari Isnin 03/01/2011.

Kalendar Persekolahan Tahun 2011
Kumpulan A – Kedah, Kelantan & Terengganu
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16
II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13
Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
Kumpulan B – Perlis,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Johor,Pahang,Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 21
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16
II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 14
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 20
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 21
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14
Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Sumber : http://www.moe.gov.my

Walaupun MRSM bukan di bawah Kementerian Pelajaran dan biasanya mereka bercuti hampir tepat dengan jadual persekolahan seperti yang disediakan. Kadang² ada beberapa cuti yang berbeza tapi tak banyak sangat.

Sekolah Intan, selain buku teks , buku kerja dan buku latihan telah pun dibeli pada minggu akhir persekolahan 2010.

Buka sekolah nanti, perlu sediakan  yuran seperti tahun² sudah.

Kokurikulum RM 2.00
Kertas Ujian Dalaman RM 6.00
Sukan Tahunan RM 6.00
Pendidikan Moral RM 6.00
Yuran Takaful RM 1.50
Yuran MSSM RM 2.00
AIA Student Accident Shield ( pilihan ) RM 20.0
Akhbar mingguan ( xin xin) RM 11.00

Bayaran kelas komputer
Pendaftaran ( setahun) RM 20.00
Yuran Bulanan RM 11.00 x 10 bulan = RM 110.00

Bayaran Kelas Tambahan ( PIBG)
Yuran Bulanan RM 17.00 x 10 bulan = RM 170.00

Jumlah saya perlu bayar hari ini = RM 102.00
Jumlah yang saya perlu bayar setiap bulan selama 10 bulan = RM 28.00

* Tidak termasuk Yuran PIBG dan pembelian buku kerja yang berharga lebih kurang RM 70-80 sepenggal.

Ini baru Intan……..Angah mesti berganda².  Along pun baru masuk semestar 2.  Yuran pengajian  RM 3440 tidak termasuk makan minum, tempat tinggal dan kos sara diri.

p/s – cerita biasa ‘back to school’ setiap ibubapa.
p/s – tercungap²

©kujie – Budak berdua tu seronok sebab jadi senior kat sekolah.  Intan Tahun 6 dan Angah Tingkatan 5.  Dia lupa – masing² ada peperiksaan utama!:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Jadual Persekolahan 2011 Dan Yuran Sekolah

  1. Oh banyak lagi kena bayar sekolah ni, ingatkan semua free.. lama dah tingal zaman sekolah rindu lak..hehe

  2. yup… kak jie tak de sapa nak hantar, nak jemput kat stesen bas/keretapi..jadi kena susun jadual elok2

    hal sekolah anak tu..sorang sini sorang sana…

  3. macam tulah nampaknya…zaman dulu byk guna buku latihan warna cokelat tu…tulis semua

    la ni…byk guna buku kerja…kos pun tambah

  4. mmm… Maria satu anak sekolah rendah… satu tadika… bonus rm500 tak cukup lo nak tampung yuran ngan baju skolah… hubby bukan gomen… jadi pandai-pandai la guna simpanan yg ade ;p

Comments are closed.