Cewi Dengan Reading Glasses
Peribadi

Cewi Dengan Reading Glasses

Minggu lepas, masa keluar berfoye² dengan anak segerabak tu, kami berderet² buat pemeriksaan mata kat satu kedai yang tengah buat promosi. 6 dari 9 orang memang pakai spek..jadi agak ketara genatik keturunan di situ!

4/5 ahli keluarga saya bercermin mata. Tapi sejak dua menjak ni [baca: tua ] dan kekerapan mengadap skrin komputer , mata saya pun rasanya macam dah tak sihat.

Tadi waktu temankan adik bongsu buat cermin mata saya pun buat pemeriksaan mata secara manual. Hari tu buat pakai mesin , letak dagu dia print keluar jawapan. Kali ni manual…. baca huruf dan test beberapa keping kanta.

Kata adik manis jurujual – ‘kakak ni rabun dekat… sebenarnya ini normal bagi orang yang seusia dengan kakak’ [ maksud tersurat: tua ]

Dia bagitahu saya perlukan cermin mata untuk membaca.

Tahun depan, lepas anak² dah selesai urusan ‘back to school’ barulah bercadang nak kesahkan urusan ini. Belum kritikal sangat pun.

Lepas tu jalan² kat Tesco singgah satu kiosk ternampak dia jual “Reading Glasses” .Tergerak pula hati nak beli –  lepas try dua tiga jenis,  saya beli yang paling rendah powernya dengan harga RM10.

“Jom Intan balik………. mama tak sabar nak baca paper dengan spek baru “ hehehehe…. pestaim nak pakai spek ni!

Bila pakai saja………… tengok cermin terus teringat Muriel. Kenal siapa Muriel?

Muriel tu bini Eustace Bagge dalam Courage the Cowardly Dog ( Berani Anjing Pengecut ) .  *Courage = nama anjing dia.

“mama dah tua dah kenai pakai spek”

Tak bagi sokongan moral langsung.:twisted:

Internet kat Algeria tu masih down…..tak sabar nak tunjuk spek baru! hahahaha…. macam Intan cèwi dengan kasut sekolah baru dok buat catwalk dalam rumah.

©kujie – Melihat apa yang tidak lihat.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Cewi Dengan Reading Glasses

  1. reading glasses skrg ni bukan mcm dulu old fashion. yg now dah bergaya. siap boleh jd shades.. vouge la nnt kak jie hihi

  2. apa maksud cewi?saya tak pakai cermin mata,wifey power 300+….alisya hopefully tak perlula pakai cermin mata…jom makan carrot…

  3. salam maal hijrah kak kujie…

    tgk pic katun courage tu..ingat sgt bhw anak3 saya suka tgk…tapi skrg..utk channel tu..kami da potong..kuat sgt tgk katun anak2 saya..

    **jika da confirm akak rabun ..better pakai spek kak..takut semakin naik kerabunannya

  4. hahahah,.. kebetulan semalam maza pergi pasar malam di Carrefour Kota Damansara…. ada sorg Cina jual cermin mata pakai try sendiri dengan berbekalkan beberapa helai kertas bertulisan dan cermin yg tergantung… hahaha….

    lepas tu apek tu cakap, “mari pilih, mari pilih.. sendiri pakai, sendiri tau.. ini ada power punya.. murah, murah”

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

Comments are closed.