Hari ke dua di China, kami ke Yangshou lebih kurang 70 KM daripada bandar Guilin.
Kawasan sekitar Yangshuo terkenal dengan landskap beratus-ratus bukit batu kapur yang menghiasi sepanjang kawasan ini. Berbasikal adalah cara sesuai untuk lebih mengenali dan menikmati pemandangan dan budaya di sini. Dengan suhu 17°-20° Celsius di musim bunga, berkabus dan sangat tenang.
Aktiviti pertama di Yangshou adalah menyusuri sungai Yulong
Pemandangan sepanjang pelayaran.
Tenang
Permaisuri dan Puteri
Sampai satu tempat, kami berhenti. Ada pondok dan boleh sewa pakaian tradisi etnik dengan sewa 10 Yuan ( lebih kurang RM 6 )
Balik dari berrakit di Sungai Yulong, kami makan tenghari kat kedai mee tarik yang sedap { baca tentang makanan halal di Yangshou di sini Makanan halal di Guilin ) – . Lepas makan kami ke Silver Cave terletak lebih kurang 18 KM daripada bandar Yangshou
Silver Cave ni adalah gua yang terbesar di Guilin lebih kurang 2KM panjangnya.
Betapa tenangnya dan jernih air di dalam gua, sehingga bayang-bayang sangat jelas dan seperti objek sebenar.
Jika sukakan keajaiban alam semula jadi , ia adalah tempat yang hebat untuk pergi. Terdapat banyak stalaktit dalam bentuk tiang, menara , langsir, dan air terjun dipertontonkan dengan lebih menarik menggunakan lampu berwarna-warni,
Saya pernah masuk ke Gua Tempurung, keadaan seupa tetapi Silver Cave lebih luas. Entri di Gua Tempurung, baca sini – Stalaktit dan Stalagmit di Gua Tempurung
Bersama pemandu pelancong kami Mr. Jack. Dia fasih bercakap bahasa inggeris, tetapi kita kena dengar jelas sebab bunyinya dah lain sikit…hihi
Paling kelakar bila dia asyik bertanya “you want to sing a song?”
Berkali- kali kami menggelengkan kepala. Ialah takut nanti dia bawa pergi pusat karaoke ke…nak nyanyi apa. Hari kedua barulah tahu ‘sing a song tu maksudnya apa…”
Kebanyakkan pelancong warga China adalah warga emas. Kami diberitahu, menjadi budaya masyarakat mereka bila anak-anak yang sudah bekerja akan membiayai perbelanjaan ibubapa mereka melancong. Kami bertiga adalah minoriti di sini dan sentiasa menjadi perhatian.
Ramai warga China yang datang dari pelbagai daerah tidak pernah melihat manusia gelap macam kami…hehehe..dan ada juga yang tidak tahu negara Malaysia. Beberapa pelancong berminat untuk berbual tetapi mereka tidak tahu nak bercakap bahasa apa, dan yang sedikit berani akan bertanya kepada pemandu pelancong kami.
Ada juga pelancong asing yang ajak kami bergambar.
Balik dari Silver Cave terus ke hotel. Selesaikan hal solat dan turun semula untuk makan malam dan ke kawasan perlancongan paling popular di Yanghou iaiu West Street.
Kat bilik hotel biasa kita jumpa tanda arah “Kiblat” tapi dalam bilik hotel kami ada tanda arah ” West”
Selepas maghrib, kami keluar ke West Street. Kawasan ini adalah kawasan perlancongan paling popular dan dicatitkan Yangshou adalah kawasan yang mempunyai paling ramai warga asing. Kedai-kedai di sini lebih moden tetapi lebih mahal daripada di bandar Guilin.
Awal pagi hari ke 2 di Yangshou kami ke Shangri La Theme Park Yangshuo, macam Kampung Budaya di Sarawak tu…ada beberapa persembahan kebudayaan etnik China di persembahkan di beberapa tempat sepanjang perjalanan. Cuma pengembaraan kami melalui airdengan bot.
Kat Shangri La Theme Park ada pameran kraftangan, jualan cenderamata dan persembahan kebudayaan etnik
Tenang dan hijau. Perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 25 minit.
Laluan melalui tasik ini juga akan memasuki gua. Sejuk dalam gua ni.
Pemandangan dalam gua. Untung duduk depan sekali, dapat tengok dengan jelas.
Selesai mengelilingi tasik, bot akan mendarat di satu jeti dan kita akan keluar melalui bangunan yang menempatkan ruang pameran dan kebudayaan.
Masa kami pergi musim bunga, landskap menarik dengan bunga yang berkembang di sini.
Ahso dan Amoi
Salah satu adat asli yang diceritakan di sini ialah mengenai puak Zhuang dengan tradisi cinta-cinta dimana seorang perempuan akan memberikan bola berwarna-warna sebagai tanda cintanya kepada lelaki yang dia suka.
Di Shangri La Park , tradisi ini dipersembahan dengan seorang gadis akan berdiri di balkoni dan membaling potpouri kepada pelawat. Intan pun dapat!
Pemandangan kebun sayur yang subur . Ladang limau yang kuning dan saya sangat kagum…hahaha..Dulu saya bayangkan limau yang diimport dari China berwarna hijau dan bertukar kucing sewaktu dalam perjalanan ke Malaysia. Rupa-rupanya warna kuning tu berasal dari atas pokok lagi.
Ada juga taman bunga sakura yang sedang berkembang.
Guilin yang tenang, itu kenangan paling indah.
Nota : malas nak tulis entri, kalau nak tanya apa-apa, sila bertanya di ruang komen ye.
mohon kak kujie carikan facebook cicit puteri hang li po kikikiki
Best sungguh pemandangan tempat nie.. angan angan nak jejak kaki ke situ juga.
Cantik pemandangan dia.. hijau, sejuk mata memandang.. gua dia pun cantik.. moga diberi kesempatan untuk melawat Yangshou Guilin..
sungguh indah pemandangan gua nya
nice info tempat wisata nya, boleh nyoba 🙂 itu gua nya sama kaya di sini di indo, ciamis
Kalau saya Ke sini memang tak nak balik jadinya.. Tgok gambar ni pun dah rasa feelnya..
Bestnya pemandangan kat sana. Teringin nak pi China.
Indah sungguh pemandagan di china .
Keren banget nih…
wooow begitu menarik nih tempat…
semuanya cantik, sungguh agung karunia Allah yang Maha Kuasa. jadi ingin kesana untuk berbulan madu dengan kekasih hati
keren banget nih…
waaah tmptnya indah banget nih….
yang gua gua itu keren banget loh berwarna warni….
best tgk gambar jalan jalan macam ni, dapat kenal budaya negara luar macam mana
Assalamualaikum kak kujie,
Bestnya bila dapat peluang berjalan-jalan ke trmpat orangkan.
Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan.
Suka gambaq Permaisuri dan Puteri.. hihi..
saya taknak tanya apa-apa kak jie..
saya cuma kagum nampak permaisuri hang li po kat atas tu..he he
Subhanallah, cantiknya scenery ! Nampak tenang dan nyaman sangat. Suhu 17-20 degree celcius tu mmg suhu yang nyaman je. Nak jejalan byk2 pun rasa tak penat. hehe
Tempat percutian yang menarik untuk pergi,
Sangat cantik dan insyaAllah akan pergi juga ke sini satu hari nanti. Thanks utk sharing yang bermanfaat ni kak.
Wah cantik sungguh pemandangan gunung dan gua batu kapur.
wah..semua gambar2 ni cantik.. teringin nk ke sana.. jujurnya saya suka baca blog ni.
cantik giler yang banyak gunung tu. Ingatkan dalam lukisan je ada gambar macam tu, rupanya betul-betul ada.
Bila tengok gambar yang cantik2 ni..teringat filem-filem aksi China serupa..dengan pemandangan yang
hehe..
kena tunggu budak kecil tu besar sikit, baru best nak jenjalan macam nih..
Masyaallah cantiknya…untuk kak kujie, dah pergi tengok dengan mata sendiri. Nak masukkan dalam bucket list places to go.
bagus ni artikelnya sangat membantu ni. Terima Kasih..!!
indaaaah banget tuhh..
waah bagus bangt nihh…
Wow keren banget foto-fotonya dan tempatnya indah sekali, pemandangannya bikin hati kita tenang dan adem, siip bagus, ingin sekali berkunjung kesana, terima kasih informasinya, sukses selalu.
anak dengan mak dah macam kembar la plak. hehe
Menarik jugak ye kalau berpeluang melancong ke sana.. Tapi memang pelik bila ramai yang tak tau negara Malaysia, takkan tak sekolah kut..hehehe
kalau awak pergi kat kampung2 di negara kita, cuba tanya macik pakcik umur 70 ke atas, dia kenal tak negara Uruguay atau Costa Rica dia org tak kenal…. buka peta tengok negara China tu luas mana…..
cantiknye permandangan kat sana..best sekali sekali dapat melawat tempat orang..
saya sampai habis cari gambar raja dan putera2 raja..tapi tak jumpe 🙂
saya pernah ditanya, “kamu ni dr india ke?”….adeh….gelap sangat ke…hahaha
thanks kak jie share citer2 best
YA ALLAH cantik sangat la gua silver tu .. kalau pergi mesti ambil gambar banyak2 disitu ..
pelik juga kalau orang china tak kenal malaysia .. betul ke tk kenal kakjie ?
Bee…. China tu sangat luas sampai ke sempadan penduduk dia macam hindustan tapi cakap Cina.
Ada dari daerah daerah luar bandar yang dan warga emas tu mana tau geografi dunia…sama je dgn makcik pakcik tok nenek kita kat kampung tu..negara besar dia tau la.
china saya pernah pergi..tapi tempat ni xpernah pulak…next trip ken plan nih dngn famly..hheheheh
mnrik sekali nih.
Good info.
slm kenal..
Thanks gan infonya ya.
salam knl sesama blogger.
Assalamualaikum,
Dah lama teringin sampai sini…
Dah habis baca entri ni, lagi teringin nak pergi cepat-cepat, alahaiiii!!!
Waalaikumsalam
sebenarnya macam2 boleh cerita tapi skrg ni tak berapa nak rajin menulis entri
assalamualaikum,
silalah kak jie rajin tulis entri 😀
sangat menarik Silver Cave di Gulin.Alangkah seronoknya bila dapat melancong di Guilin.Salah sebuah destinasi pelancongan yang terkenal.
Kami mmg memilih Guilin daripada bandar lain di China sebab sukakan keindahan alam semulajadi, bukan jenis melancong utk membeli belah dan tengok bandar
guilin ni salah satu tempat saya teringin nak gi. sebab kecantikan alam semulajadinya
betul… tempat paling banyak dipotretkan….
Wahhh, seronoknya permaisri dan puteri, tapi rajanya mana? 🙂
Tempat ni kalau anak dah besar sikit, memang best nak bawak, kalau dalam bawah 2 tahun, bimbang juga.
hehehe….. biasalah orang pompuan mmg suka macam ni
Cantik latar belakang bukit bukau yang berbentuk agak tirus.
semua cantik….bila tengok satu cantik, nanti nampak lagi kat depan pun cantik
sebab itulah Guilin adalah the most photographed places in China