Kisah percutian di Guilin tak habis lagi…. tak berapa nak rajin menulis tetapi suka nak berkongsi gambar. Walaupun gambar yang diambil menggunkan telefon sahaja tidaklah cantik, tetapi inilah kenangan terindah di bumi China yang saya ada.
Hari ke 4 di Guilin, kami ke Yao Mountain ( Yaoshan – shan adalah gunung ) yang terletak di timur Guilin lebih kurang 12 kilometer dari pusat bandar. Yao Mountain adalah puncak tertinggi di Guilin setinggi 903,3 meter.
Ia mendapat namanya daripada kuil Maharaja Yao dari Dinasti Tang yang dibina di puncak gunung tersebut.
Setiap musim menawarkan pandangan yang berbeza. Waktu lawatan saya pada musim bunga dan kelihatan bunga Azalea sedang berkembang di mana-mana. Katanya pada musim panas, pokok buluh dan pokok pine akan tumbuh subur saling bersaing menyerlahkan kehijauan dan pada musim luruh, pokok maples berdaun merah yang jatuh melayang akan membuatkan kawasan bukit kelihatan seolah-olah ia adalah api menjulang.
Pada musim sejuk, jika bernasib baik, puncak ini juga akan diselaputi salji yang berkilau seperti kristal.
Pada tahun 1996, kereta kabel telah dibina menghubungkan kaki Gunung Yao dan puncak sepanjang 1,416.18 meter. Kereta kabel bukan macam yang bentuk tertutup tetapi jenis terbuka seperti ski lift.
Macam inilah ski lift tu…. cuma ada penghadang yang akan dibuka apabila sampai di lokasi.
Jam hampir 5 petang, cuaca berangin dan berkabus dan gerimis. Perjalanan mendaki sepanjang 1.4km dengan skilift mengambil masa lebih kurang 20 minit memberi kita masa menikmati pemandangan yang mengkagumkan.
Walau tidak setinggi Cable Car Genting, tetapi lokasi di lereng gunung ganang nampak gayat. Tambahan lagi dengan skilift yang terbuka tu hati pun kecut juga.
Pemandangan dari atas puncak Gunung Yao, Guilin. Kalau cuaca cerah, kita boleh nampak dengan jelas pemandangan gunung kapur diselaputi kabus seperti dalam filem.
Dalam perjalanan turun, diseparuh perjalanan, kita boleh berhenti dan turun menggunakan slider. Kami tak guna slider pun sebab ramai yang beratur tunggu giliran.
Hari berikutnya kami cuba berjalan-jalan disekitar bandar Guilin. Salah satu tempat yang menarik perhatian pelancong ialah Sun and Moon Twin Pagodas yang terdapat di Shan Lake. Pemandangan Pagoda berkembar ini lebih menarik diwaktu malam tetapi kami dah malas nak keluar. Sejuk sangat waktu malam di sini.
Pagoda Matahari dihubungkan dengan Pagoda Bulan melalui terowong lutsinar sepanjang 18 meter.
Hari terakhir sewaktu bersiap nak check out, ternampak lori sedang memancutkan air menyiram daun daun pokok.
Satu lagi pemandangan yang menarik di Guilin. Dikebanyakkan persimpangan besar, terdapat pondok berteduh di laluan motorsikal. Laluan motorsikal memang luas memandangkan ianya adalah pengangkutan utama penduduk bandar Guilin, Mereka gunakan motorsikal elektrik jadi kurang bunyi bising di bandar,
Agak-agak….?
wahh bestnye yee naik ski lift ni…
Wah.. Sangat cantik permandangan.. Teringin nak pergi..
bestnyeee kakjie
Wah menarik.. terlampau menarik ni.. kne cuba dengan family ni..
TQ admin sharing info. tak pernah tahu tempat ni.
Cantiknya gambar gunung, bukit2 tu.
Macam lukisan.
Tak sangka betul-betul wujud.
yang kereta kabel tuu bikin saya kepengen nyobain tuh…
cantik lah pemandangan tu
Wah bestnya.
Cantiknya permandangan. Ada rezeki nak juga ke sana.
Subanallah cantiknya pemandangan tempat ni.. Dengan bunga-bunga yang memnuhi Kawasan.. Tinggi Tak ski-lift dia Ni? Insha Allah suatu Hari nak ke sini juga
Bestnya dapat jalan-jalan kat sana.Naik ski-lift lagi.Belum pernah lagi try.hehe
Bestnya jalan-jalan kat sana
Masya Allah Indahnya ciptaan Allah di bumi kita ni
wahh bestnya kak ji dapat jalan-jalan cuci mata..shopping lagi..
waaa bestnye kak, teringin ceq nak pergi
perrhh ski lift dia..gayat nya. dengan kerusi mcm tu..x berani nak naik.cable car yg tertutup pun seram sejuk dah
Saya tunggu update selanjutnya dari blog ini ya….
wah indah banget, jadi pengen kesana
Skilift dia, memang terbaik, yang gayat tempat tinggi, pasti kecut perut
Berjalan di tempat orang, membuka mata dan minda 🙂
Kalau tak silap, ini satu-satunya open-air cable car di dunia kan yang masih beroperasi?
Kalau tengok negara org msti best dan cantik sangat…
Cantik!! Macam mana la depa ni bole cipta ski lift ni.. saya nek cable car pn gayat ni kn pula nk nek ski lift ni..huhu tunjuk gmbar kt isteri excited plak dia nk pegi..saya gayat xmau pegi ????
Huhu.. Terbaiklah kak jie.. Memang moment yang sukar untuk dilupakan..
wow.. cantiknye pemandangan dikawasan gunung ini.. tapi kalau saya yang pergi mesti x nak naik kereta kabel tu sebab saya gayat..hehe
Menarik sekali nih, pemandanganya indah.
Thanks ya…
Tinggi nampak ski lift tu. Tak gayat ke?
Wih kayaknya asik, ditambah pemandangannya yang enak banget. Jadi pengen 🙂
bestnya naik cable car. dah lama tak naik. tapi kalau cenggitu la rupanya takut jugak nak naik.open je…
waduh-waduh, gayat nye..naik bukit bendera pun gigil, ni kan laagi kaki tak jejak ke bumi..
Ya Allah, gayatnye..huhu…jeles betul orang yang boleh naik tinggi-tinggi ni..pemandangan cantik2..tp saya gigil klu pergi tempat tinggi..huhuhu
tempat yang memukau. Lebih-lebih lagi kalau kawasan berkabus ni..
Assalamualaikum,
gayatnya! Tapi kalau dah sampai sana, rugilah kalau tak naik…tak kan nak panjat kot huhuhuhu
unik sekali nih tempatnya.
Best sharing and experience…Memang Ohsem Blog ni!
cantiknya permandangan..walaupun ambik pakai fon..nampak sharp and clear je gambar..bestnye skilift tu, kalau gayat tak merasalah nak naik
waaahhh,, pemandangannya indah sekali…. ^__^
jadi pengen,,,
Wah bestnya la. Bila la saya pergi bercuti mcm ni 😉
Tudia skilift tu. Open air sangat. Dengan kaki terjuntai kat bawah, fuh tengok dalam gambar pun dah boleh rasa gayat. Kalau saya bukan setakat hati je kecut, satu badan kecut. Hahaha
saya x berpeluang lagi naik kereta kabel ni, nampak best jer kan kalau dapat naik, meghayati permandangan dari atas
kkjie gayat tak ? bee gayat dah .. baru tengok gambar je
sungguh menarik nih…
Tempatnya menarik sekali nih…
kpn kpn main kesana ah….
waah keren juga tuh tempatnya.
kpn kpn main kesana ah….
Boleh rasa kecut perut naik lift tergantung seperti didalam gambar.
menarik sekali nih tempatnya
..
kapan ya saya bisa kesana
wahh..
kabel jenis aircorn free ni.
kalau hujannn…