Saya ada pengalaman 11 kali menjaga kucing selepas pembedahan termasuk 2 ekor kucing kudung yang jalani 3 kali pembedahan setiap seekor. Ada macam-macam ketahanan setiap ekor kucing yang berbeza terhadap kesan ubat bius. Biasanya sehari selepas pembedahan keadaan semakin pulih. Kecuali sewaktu Alice menjalani major surgery pemotongan kaki dia pada 1/1/2015 dulu.
Alice agak terganggu 2-3 hari. Tapi hari ke-5 dah boleh berlari dan bermain seperti biasa cuma kita saja yang cuba kawal supaya jahitan dan lukanya benar-benar sembuh.
Hari ini saya nak berkongsi idea atau panduan menjaga kucing yang menjalani pembedahan.
Biasanya kucing dipakaikan E-Collar seperti ini. Elizabeth Collar nama penuh kolar tersebut adalah kon plastik yang membantu melindungi kecederaan atau luka daripada kerosakan yang lebih teruk . Kolar ini juga dipakaikan untuk mengelakkan kucing dari menjilat atau menggaru pada kecederaan di badannya.
E-Collar yang original adalah plastik lutsinar . Harganya antara RM 25 – 40 . Ada aras yang boleh diselaraskan mengikut saiz yang dikehendaki. Ada juga beberapa jenis E-collar mudah pakai yang mempunyai pelbagai corak. Atas nasihat veterinar, plastik lutsinar ini yang paling selesa dipakai kerana ianya tidak menganggu penglihatan kucing.
Alice pakai E-Collar sebab lukanya di kaki. Majoriti kucing tidak suka memakai kolar dan cuba bersungguh-sungguh untuk menanggalkannya tetapi mereka cepat menjadi biasa dengannya. Walaupun memakai kolar, kucing dapat minum atau makan seperti biasa.
Salah satu cara menjaga kucing selepas pembedahan sekiranya tidak dipakaikan E-collar adalah dengan membuat baju sendiri. Gunting bahagian lengan panjang baju ( saya gunakan inner ), tebuk 4 lubang untuk kaki.
Selain lengan baju, legging juga boleh digunakan kerana jenis kain yang elastik. DIY E-Collar jenis ini sesuai untuk luka pembedahan di bahagian perut.
Carrot tu macam pakai baju kalis peluru dah kan…. Hari ke 4, Carrot dah tak pakai ‘baju’ kalis peluru’ ni lagi. Lukanya sembuh dengan sempurna.
Dah boleh gomol macam biasa…
Nota : Kucing yang menjalani pembedahan, tak boleh gunakan pasir kerana pasir atau habuk boleh melekat pada luka tersebut. Ganti pasir dengan kertas suratkhabar yang dicarik-carik atau digunting halus.
Kreatif ??
Akak awesome n creative!! Akak, boleh saya tahu bahagian mana yg kena potong kalau inner? xdapat nk imagine la. saya baru spay kucing n bleeding plak sebab dia jilat. Perlu sgt baju “kalis peluru” macam akak buat tu. hehe
maaf lewat reply…pc ada masalah .
potong bahagian tangan inner….yg bahagian bahu lebih lebar daripada bahagian pergelanggan tanggan tu….tebuk lubang 4 selari utk dua kaki depan, dua kaki belakang..sarungkan lenggan inner tu kat badan dia…yang bahagian lebih lebar ( bahu ) letak kat belakang kucing
salute kat akak yg sangat rajin jaga kucing…
kadang2 kebetulan dia dtg ke rumah..nak tak nak, kena jaga
kak kujie kene buat baju raya ko kucing ni…baru catwalk
panjang juga lukanya. kagum tengok akak yang sayang & berhalus sangat dengan kucing.
Nice entry, kak.. ade tips untuk makanan kucing ? kucing sye ssh nak makan, berkira sgt…huhu
cuba tukar kibbles …mmg ada yg dia tak berapa nak makan, ada yang dia suka..bila kita tukar2 nnt kita akan jumpa mana satu yg dia nak
kucing kami makan nasi juga + ikan goreng atau ikan rebus
Rajin betul kakjie buat benda tu. InsyaAllah ada imbuhannya tu nanti.
Ini berguna bagi keselamatan kucing ya…
Kucing itu juga hewan kesayangan saya nih…
Kucing memang hewan yg betul betul harus kita rawat dan jaga baik2.
Selalu kesian tengok kucing yang pakai e-collar tuh. Huhu. Eh, kreatif betullah kak kujie boleh buat diy e-collar. Serius kagum. Hehe
memang kesian sbb kita rasa dia tak selesa….tengah sakit sapa nak selesakan….semua tu utk dia juga, supaya cepat sembuh.
kena tahan aje lah…
puan memang berpengalaman jaga kucing, mudah je rupanya ya
sebenarnya… bukan berpengalaman sangat..tapi saya banyak membaca mengenai kucing
Wah waah wah hewan juga sama seperti manusia.
saya paling suka sama kucing
aq dirumah punya 2 ekor hehe
sekarang aku baru mengerti
jika kita sudah punya keputusan buat memelihara sebuah
hewan berarti sepenuhnya menjadi kewajiban kita buat menjaganya.
lucu ya kucingnya 🙂
Walaupun saya tak bela kucing, seronok pula baca pengalaman akak menjaga kucing.
good idea ni..saya pernah jaga 2 anak dara yang operate untuk spay..memang leceh sikit sebab dia jilat kawasan luka tu..alololo comeynye carot, dah macam agen FBI..
assalamualaikum,
baru hari ni tau pasal benda ni. nampak lucu juga tp itu terbaik sbb kucing boleh mati kalau jilat ubat luka tu.
Duh lucunya ini kucing….baru tau saya ada e-collar pelindung buat kucing yang sehabis pembedahan…
alhamdulillah sihat jugak Carrot akhirnya
antara semua kucing, dia je tak pernah ada masalah
dah macam polis dah kucing tu.
kalau letak pistol mainan, dah cukup lengkap dah tu. Hehe..
he he he…kan
lawak je tengok bila dia gerak
tapi skrg kucing ni dah sihat dah
alhamdulillah.
dah sehat dah.
tak yah dah jadi polis. hehe..
kucing pun nak kena ada hospitak sendiri ni… 😀
banyak klinik haiwan skrg ni…. kak jie ada akaun kat 4 klinik haiwan sbb dok bawa kucing2 ni pi berubat
ohh..
senang aje rupanya. Takde la susah sangat.
kadang2 tak terfikir nak guna idea ni…rupa rupanya kena korbankan baju lama je…hihi
comel betul si carrot nih..rasa nak culik jer beliau 😀
jaga jaga..kalau hilang tahulah kak jie nak cari kat mana…hehe
Sudah pakai kolar barulah tak dijilat bahagian luka.
kadang kadang kesian juga…tapi terpaksa utk kebaikan dia juga
suka main dgn kucing.. tp x mampu nak bela sbb selalu busy.. selalu x lekat kat rumah.. nnt kesian kucing tak terbela..
sekali skali manja2 ngan kucing org lain & bg makan kat kucing jalanan je… ;D
2 tahun ni je akak jie bela kucing…sebelum ni ada kucing bagi makan kat luar rumah je…tapi entah tiba tiba ada seekor kucing tak ada mak, terpaksa bela…lepas tu sekor sekor datang 🙂
selamat jugak akhir nya kucing ni…:) bnyk kucing luar sana menghadapi kekejaman manusia yg xspatutnya…