Kisah ni dari hunung tahun lepas, tapi saya kurang rajin pula nak bercerita. Tetapi nak juga catitkan di dalam blog sebagai kenangan diri sendiri atau rujukan. Bila dah tua-tua nanti bolehlah dibawa untuk anak cucu…hihi
Kisah percutian 6 hari 5 malam ini bermula di Phnom Penh, Kemboja sehingga ke Siem Reap sebelum memasuki Vietnam . Baca saja di sini kembara cuti saya bersama Team Denaihati.
- Romantik Malam Pertama Di Phnom Penh
- Kenali Kemboja Secara Ringkas
- Ekpresi Kembara Kemboja
- Tempat Menarik di Siem Reap
- Dari Angkor Wat Ke Tonle Sap Lake Di Siem Reap
- Kemana Cambodian Muslim Cooperatives Salurkan Derma Yang Blogger Kutip?
Kami menyeberang sempadan Kemboja ke Vietnam dengan bas melalui Moc Bai dan selepas 7 jam perjalanan termasuk terkandas 2 jam di pusat imigresen Vietnam – baca di sini Perjalanan Dengan Bas Dari Phnom Penh Ke Ho Chin Minh Melalui Moc Bai
Selepas check ini di hotel, kami tak buang masa terus ke Ben Thanh Market untuk membeli belah. Selpas makan malam, keluar ke pasar malam disekitar hotel. Ramainya orang Malaysia rasa macam berjalan-jalan kat Jalan TAR.
Awal pagi selepas sarapan, kami dah bergerak ke daerah Cu Chi iaitu lebih kurang 70 km daripada Bandar Ho Chi Minh. Selepas perjalanan lebih kurang satu setengah jam kami pun tiba di Cu Chi Tunnel. Terowong Cu Chi (Cu Chi Tunnel) ini adalah salah satu tempat menarik yang wajib dilawati di Vietnam.
Cu Chi Tunnel ialah kawasan yang menempatkan terowong yang telah dibina oleh Tentera Viet Cong semasa menentang Amerika Syarikat dari tahun 1959 hingga 1975.
Di sepanjang jalan, ada banyak gerai kecil yang menjual makanan seperti ini.
Nampak macam serabut sangat tetapi sebenarnya teratur. Semua penunggang bukan merempit dengan laju. Semua tenang meunggang dengan cermat.
Walaupun nampak berserabut bila nak lintas jalan, tetapi percayalah kalau kita mulakan langkah melintas, teruskan dengan konsisten dan terasa begitu ajaib kerana boleh melepasi jalan dengan mudah. Jangan panik macam ayam melintas jalan.
Comel je
Semua pokok di bandar Ho Chi Minh ada nombor pengenalan diri. Kalau nak berdating bawah pokok, bagi tahu saja pokok nombor berapa.
Selepas lebih kurang 1 jan setengah, sampailah ke Cu Chi Tunnel. Tiket masuk ke Cu Chi Tunnel ialah 90.000 Dong (4.5 USD) atau lebih kurang RM 14 untuk pelancong luar dan untuk rakyat tempatan 70,000 Dong.
Tiket 2 keping tu, kepingan yang bawah berharga 70.000 VD, yang atas 20.000 VD dikepilkan untuk pelancong asing.
Cu Chi Tunnel mengandungi rangkaian terowong bawah tanah sejauh lebih kurang 200 km yang lengkap dengan bilik mesyuarat, ruang kediaman, stor makanan, stor senjata malah dapur untuk memasak.
Salah satu teknik bijak bagi menghalang asap dari dapur memasak di kesan oleh tentara Amerika, ruang dapur terdapat satu ruang tertutup yang mengumpul asap. Asap ini akan dilepaskan pada waktu malam jauh dari lokasi dapur. Maksudnya ada terowong yang menyambung dapur dan tempat pelepasan asap.
Terowong yang sempit, sesuai dengan saiz badan orang Vietnam di zaman perang. Kalau kita yang gempal makan mewah macam zaman sekarang ni boleh tersankut tak celuih bila masuk. Pengunjung boleh cuba memasuki dan merasai sendiri pengalaman merangkak di dalam salah satu terowong yang terdapat di sini.
Pada waktu itu, seluruh kawasan itu dipenuhi dengan jerangkap samar (booby trap).
Ada banyak jenis perangkap yang dicipta, dan ini adalah salah satunya. Dalam serba kedaifan mereka berjaya mempertahankan negara dan terus melancarkan serangan gerila ke atas musuh sehingga berjaya. Malah ada beberapa kawasan terowong yang berada dibawah kawasan penempatan tentera Amerika sehingga mereka boleh menyusup waktu malam untuk melancarkan serangan.
Terowong yang serba lengkap ini sesusai dijadikan pengkalan dan kubu bagi menghadapi serangan tentera sekuat Amerika Syarikat pada waktu itu. Kagum dengan kepintaran rakyat Vietnam mereka cipta senjata dan tempat pertahanan mereka dari persekitaran untuk melawan tentera yang lebih moden.
Buluh digunakan untuk menyalurkan air.
Di penghujung lawaran, kami dihidangkan teh panas dan ubi kayu rebus. Bahan untuk dicicah adalah campuran lada, gula dan kacang tanah.
Lama dah tak makan ubi rebus. Sedap pula bila makan di Vietnam
Dekat Shooting Range, pengunjung boleh menembak dengan peluru sebenar. Saya dah tak ingat berapa harga yang dikenakan. Kita beli peluru hidup dan boleh gunakan M16 atau AK47 dan senjata lain untuk merasai sendiri pengalaman menembak.
Nota : suami beli cenderamata seperti peluru. Terlupa dan masukkan dalam bagasi dan akhirnya saya tersangkut sewaktu pemeriksaan menaiki kapalterbang balik ke Malaysia.
Salam Kak. Teringin nak pergi Vietnam actually. Banyak info menarik kat sini boleh saya jadi panduan untuk plan trip nanti. Terowong tu is a must lah rasanye.
Harga peluru tu dalam Rm7 sebutir, tapi kena beli minimum 10 butir
sy pun x pernah sampai Chu Chi Tunnel tu..biasa pegi vietnam shopping je..hehe
Betul-betul sangat menarik tempat2 yang wajib dikunjungi itu kak.
Dekat sepuluh kali saya ke Vietnam tapi tak pernah langsung berpeluang ke sini.. Rugi rasanya
Wah..memang best pengalaman nie..thanks for sharing..
bila berjalan dan tengok negara orang kita akan rasa ada unik dan bestnya setiap negara kan
Bila la boleh terjah Vietnam
Pengalaman yang menarik merasai perit jerit pejuang Veit cong menentang Amerika. Akhirnya Amerika malu dan tersungkur dengan keangkuhan mereka.
Luas betul terowongnya. Berapa tahun la baru siap erk. Kagum dengan semangat dorang.
Unik betul pokok2 kat situ..siap ada tanda pengenalan diri..
Jauh berjalan luas pandangan dan macam-macam ilmu kita belajar. paling penting bagaimana kita nak menghargai setiap kebesaran ALLAH yg kita lihat setiap kali kita mengembara di negara orang.
vietnam bnyk sejarah peperangan amerika vietnam dlu…nanti ad kesempatan mesti jalan sana..hehe
bagus utk tmpat pelancongan yg perlu pilih dngn kos reandah berbanding negara barat…i ll be there vietnam !! 🙂
hajat di hati nak masuk dalam lubang tu.. tapi macam tak muat je… hehehehee
sama la aku pun…he he he
Tak pernah lagi sampai sini.. doakan saya murah rezeki utk pergi sana ye